Showing posts with label air tangan. Show all posts
Showing posts with label air tangan. Show all posts

April 10, 2013

Lapis marie cheese

Assalamualaikum...

Dah agak basi entri ini diperam..entah kenapa tak terkeluar..padahal dah jadi darah daging hasil yang dimakan tu:)

Itulah lumrah kehidupan..seperti biasa alasan sibuk selalu,  tak sempat selalu..huhu

Kek ni saya buat masa farewell meraikan seorang rakan setugas yang berpindah ke Sabah..Pastinya rindu rinduan lepas ni, buat Dr S kalau hang baca blog ku, jangan rindu rinduan dengan lapis marie cheese ini ye..hihi.. Kek ni betul betul serius sedap resepinya..senang pulak tu, 
tak payah bake lagi..macam resepi oreo cheese cake haritu..yummy sangat, alhamdulillah....




Saya buat kek ni lepas nampak kat blog Syida..Thanks Syida..Syida dah pro buat ni, berkali kali dah dia buat...Tu yang lepas je tengok entri kat blog Syida  terasa sungguh menggugat perut dan air liur:), kihkih..tu yang terus nak buat juga:)

Bahan dia senang je, 270gm cheese cream, 300ml whipping cream(non dairy ye), 250g susu pekat dan biskut marie (saya suka perisa kopi). Pukul whipping cream, asingkan then pukul cream cheese dan susu sampai sebati baru campur whipping cream. Susun biskut marie atas loyang dan lapiskan dengan cream sampai habis...Atas tu tabur dengan biskut marie yang di blend halus. Gambar kat atas ni saya buat untuk anak anak makan kat rumah guna biskut marie biasa, tapi ig guna biskut marie kopi rasanya lagiii sedap:)Kawan kawan sekerja semua suka makan..alhamdulillah...siap ada bagi nama mariemisu, kihkihkih.. sebab katanya rasanya lebih kurang cam tiramisu..

Ok, selamat mencuba ya...insyaAllah tak menyesal:-D

*update@3.30pm: lupa pulak nak bagitahu lepas dah habis susun tu tak boleh terus makan tau, sejukkan dalam fridge semalamam ye, kalau dah tak sabar nak makan 4-6jam pun oklah..hihi

January 10, 2013

Resepi durian crepe

Assalamualaikum...:)

Saya pernah menulis satu entri tentang crepe suatu masa dulu. Ini menyebabkan ada beberapa atau mungkin ada 2, 3 orang yang ter klik entri itu sebab blog ini memang tidak selalu di muka depan enjin pencarian sebab tuan blog malas buat entri yang ada SEO eh betul ke apa saya merepek ni. Dan bila fenomena durian crepe telah melanda bumi ini, seluruh penduduk dunia yang hantu durian telah merasai kesedapan durian crepe ini. Masa dalam pantang haritu pun dah meroyan saya nak makan sehinggalah terhasil entri ini. Saya, antara yang terlambat merasainya dan malam tadi dengan gigihnya berjoget di  dapur semata mata kerana durian crepe.

Resepi durian crepe ni saya lihat banyak versi. Walau apa pun versi, yang dibuat sendiri dengan limpahan kasih sayang ,bersih  dan halalantoyyiba juga yang sedap kan...hihi. Bagi saya resepi yang mudah menjadi pilihan sebab walaupun tak banyak bahan diperlukan tetap menghasilkan rasa yang sedap.


Jadi dalam banyak banyak resepi durian crepe saya ambil satu resepi dari blog ummuhafiyya dan olah sedikit mengikut sesuka hati saya. Sedikit penderhakaan resepi telah berlaku.  Saya tak letak santan semua sebaliknya campurkan dengan susu sejat. Langkah paling penting ialah mengisar adunan setelah di adun untuk memastikan kita mendapat bancuhan yang halus dan crepe yang licin dan cantik. Satu lagi, pastikan anda menggunakan durian yang sedap dan berkualiti seperti D24 atau MusangKing supaya setiap gigitan crepe itu terasa nikmat tak terkata di lidah, cewahh:) Nak guna durian kampung pun boleh juga asal rasa dia segar dan sedap.

Oklah, mari kita tengok resepi ya. Saja saya kongsikan untuk rujukan sendiri juga bila nak buat lagi nanti.

Bahan-bahan crepe:
250gm tepung gandum
2 biji telur gred B
250ml santan
250ml susu sejat
1/2 sudu kecil garam
1 sudu mentega dicairkan
1 sudu kecil pewarna kuning lemon

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali santan, susu dan pewarna. Adun hingga sebati.
2. Masukkan santan dan susu sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlalu berketul. Setelah itu, masukkan pewarna dan gaul hingga rata.
3. Kisarkan adunan sehingga menjadi halus dan tapis ke dalam mangkuk.
4. Dengan menggunakan kuali "non-stick pan", letak sedikit minyak pada permulaan dan mulalah melempeng adunan. Untuk yang seterusnya tidak perlu letakkan minyak lagi. Pastikan anda menceduk adunan dalam kuantiti yang lebih kurang sama agar mendapat saiz crepe yang lebih kurang sama juga.

Bahan-bahan inti:
Durian secukupnya-saya guna Musang King
500ml  whipping cream (non dairy)-saya guna jenama Rich(ada tanda halal oleh Islamic Community of HCMC Vietnam)

Caranya:
1. Pukul whipping cream menggunakan mixer bermula dari kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan hingga mendapat tekstur krim yang padat dan gebu.
2. Asingkan durian dari bijinya dan di lecek sedikit.
3. Setelah itu, bentangkan crepe dan letakkan krim terlebih dahulu di bahagian tengah crepe.
4. Letakkan isi durian di atas crepe. Pastikan isi durian tidak terkena kulit crepe untuk memastikan durian tetap segar dan tidak masam.
5. Tutupkan isi durian dengan krim juga.
6. Lipatkan ia seperti bentuk bantal.


Oleh kerana dah berjoget sehingga pukul 1 pagi, saya dengan tidak sabarnya terus merasmikan durian cepe ni. Simpan kejap dalam freezer pastu terus ngapp. Adoyai, memang nikmat. Saya makan sampai 3 ketul pastu tidur. En suami yang stay up tengok Hindustan pun makan juga tapi dia makan satu ketul je sebab dia tak sanggup kumpul lemak banyak banyak. Bayangkan lemak dan kolesterol berapa banyak saya dah kumpul!Pagi ni pun sarapan durian crepe juga. Memang demam. Tapi suka, sebab ada kasih sayang dalam tu. Wakaka. Ok, nanti nak buat lagi.

March 7, 2012

Bun kacang merah water roux

Salam semua..dah makan ke belum, kalau belum makan meh jemput makan...hihi..tapi makan roti je la , spesel takde:)



Buat bun kacang merah ni hari minggu baru ni. Dah lama mengidam makan roti buat sendiri. Tak terbuat buat sebab memikir nak uli doh, pastu nak tunggu naik, pastu nak bakar...haha, dasar orang malas banyak je alasan. Tapi hari tu tah kenapa mood rajin terus datang. Pagi pagi lepas Subuh dah menguli doh. Alah, uli pakai breadmaker je....apa susah..Jenama tulangempatkerat. Pernah dengar tak? Semua orang ada breadmaker ni, nak on atau nak off je..kihkihkih...



Cun tak roti saya? Argh..tak habis habis dengan unsur perasan..hihi. Yang ni bajet nak buat cam kat kedai tapi tak berapa nak lawa. Janji jadik. Tagline biasa...hihi...Oh ya, resepi dapat dari blog kaksu. Ada beberapa pengubahan resepi saya buat. Meh nak jadi rajin sikit tunjuk resepi. Minta izin copy ye kaksu.


Resepi bun kacang merah


Bahan2:


380gm tepung high protein (tpg roti)---saya guna dalam 420gm sebab adunan sedikit lembik
3 sudu besar susu tepung-- saya belasah susu Mikael
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur gred A
100ml air
100gm Water Roux
30gm butter---saya guna 60gm sebab tak letak shortening
30gm shortening


Caranya:


1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih--saya tak masukkan yis dalam air sebab risau yis tak berbuih...haha..(pernah experience camtu, jadi bila yis tak berbuih doh tak naik)
2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.---saya tambahkan yis dalam tepung dan gaul rata sebelum masuk bahan lain.
3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.---saya tak masukkan shortening
5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
7. Biarkan doh naik 2x ganda
8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
9. Ambil sebiji doh leperkan.
10. Isi inti kacang merah, bulatkan atau buat memanjang kelar dengan pisau
11. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
12. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar. Atau sapu susu cair/segar.
13. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak
14. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)



Resepi Water roux


50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk

P/S: Sebenarnya dari pagi tadi mood berblog agak merudum...kena reverse psychology nih!Aduh!Huhu. InsyaAllah cuba berjalan ke blog kawan kawan juga.

February 9, 2012

Pau water roux inti kelapa

Salam semua...;)

Dah makan belum? Dah nak masuk tengahari pun...ada orang suka makan brunch terus, tak payah breakfast terus breakfast campur lunch jadilah brunch. Saya makan roti gardenia je pagi tadi. Hihi. Jom layan pau. Pau ni makan panas panas je sedap. Bila dah sejuk pun sedap jugak tapi kurang umphh dahla. Resepi pau ni dapat dari Along Roz. Meh kita zass resepi ni. Thanks to Along Roz:-D Menariknya sebab guna water 'roux' tuh. Saya pun baru first time buat water roux ni. Senang jek rupanya. Ingatkan susahla nak buat. Dulu masa mula mula pandai mengepau, bukan mengepoww yang tu yek saya guna resepi Kak Inahar dalam entri ini.


Sebelum di kukus. Lapik daun pisang. Harum je baunya. Saya tak guna tepung pau. Tiap kali teringin rasa nka buat tepung pau takda dalam stok. Lagi putih rupanya kalau pakai tepung pau.



Berkerutu sikit pau saya ni. Ada air kukusan menitik la ni. Janji jadik. Haha. Saya ada berangan juga nak buat pau ros pumpkin macam Lily buat. Tapi saya tak seni. Huhu. Terhasillah pau bulat biasa ni. Gambar pun tak clear. Kamera handphone je ni. Tak berapa nak sharp. Seingat saya dah lama tak ambil gambar guna kamera betul. Jadi 'monumen'  je kamera cap ayam saya tuh kat 'muzium'. Berangan nak sambar DSLR satu tak tercapai capai lagi.Kihkih.



Inti kelapa buat sendiri. Budak tak berapa suka. Saya pun tak berapa suka sebenarnya. Lagi minat inti kacang merah. Tapi inti kacang merah tiada. Selalu beli ready made di kedai bakeri saja.

Ok, jom pergi lunch pulak!Haha, asyik makan je saya nih. Sadis.

January 24, 2012

Donut gebu


Mendonut lagi...hihi..muka pun dah tembam macam donut babe..Janganla ada yang muntah asik tengok entri donut saya yek..ini pun rajin bermusim sebenarnya(baca:padahal sentiasa malas).Buat kuih pun bermusim..

Saya suka buat donut sebab senang,bahan ringkas,dan paling penting ia laris bila dihidang. Bukan saja budak budak suka mak bapak budak ni pun suka...

Kali ni buat versi original dan moden. Letak ganache and chocholate rice. Yummeh..

Resepi donut boleh ambil kat entri INI ye. InsyaAllah kalau buat ikut aturan sampai esok pun donut gebu lagi tau.

Resepi ganache saya tak sukat pun. Main suka hati mak la nyah.Kikikiki. Taruk cooking chocolate...susu pekat dan sikit air. Double boiling ye. Sebenarnya kena taruk whipping cream tapi tak beli la pulak. Jadi susu pekat jadi mangsa kederhakaan. Buat ala ala pekat then tuang pada donut yang sudah goreng then tabur chocolate rice then hidang la.

Esok dah ada yang mula kerja tapi sy cuti lagi. Selamat bekerja ye dan cepat cepat dapatkan mood proaktive. Jangan sampai wednesday blues yek.

OKlah. Babai!

Published with Blogger-droid v2.0.3

January 1, 2012

Donut sira sambal pedas manis dan cerita penceroboh






Tahun baru datang.Alhamdulillah masih bernafas. Saya sambut tahun baru malam tadi dengan tidur awal. Haha.

Sekarang di kampung encik suami.Selalu saya gelarkan Jerantut Paris.Hiks. Buat donut untuk dibawa pulang.Bajet menantu osem.Tapi bila sampai,suprise!!!!pak dan mak mentua tiada dirumah! Mereka ke Temerloh dan plan nak tidur di sana.Encik suami dah risau..saya pula kool,dalam hati tidur hotel kat bandar Jerantut la jawabnya...Tiba tiba encik suami terfikir nak tengok pintu sliding door yang jarang digunakan sebagai pintu keluar masuk tu dan rupanya sliding door tu tak berkunci!Itulah rezeki namanya,apalagi kami pun 'menceroboh' masuk. Kuikuikui...Macamanala PIL saya terlupa kunci sliding door.Nasib anak menantu sendiri yang ceroboh. Kalau mat pit yang masuk tak ke haru dibuatnya...

Jadi donut yang konon bajet cun ni x sempat dirasai oleh mak dan pak mentua saya sebab dah selamat di habiskan kami anak beranak dan adik ipar yang ikut sekali sebab rumah kosong takda makanan!Hehe..Ok,habis cerita rumah tak berkunci.Kali ini saya nak kongsi resepi donut tu.

Resepi doh  donut  ni sebenarnya resepi saya ambil dari Puan Norasikin Basri. Terima kasih kepada  Puan Norasikin..resepi yang mudah dan banyak tips tips yang berguna untuk orang amatur macam saya.Mudah sangat resepi ni dan lebih kurang je macam resepi yang pernah saya buat dalam entri ini sebelum ni.

Ok..jom kita zass resepi donut gebu tradisional ini.

Resepi asal:Norasikin Basri

Diolah:Ladysirna

Bahan2:

1kg tepung gandum

1 paket yis mauripan(11gm)

2 sudu besar susu pekat manis

550gm air bertapis(saya sukat lebih kurang 3 cawan)

1/2 cawan minyak masak

1/2 sudu teh garam

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Caranya:

1)Dalam satu bekas campurkan air bertapis, susu pekat dan garam. Kacau hingga larut.

2)Dalam bekas yang lain masukkan tepung dan yis. Gaulkan tepung dan yis hingga rata dan sekata.

3)Masukkan minyak ke dalam adunan tepung dan uli dengan tangan hingga tiada lagi butiran butiran kasar(ini langkah yang penting untuk pastikan donut kekal gebu)

4)Setelah itu,masukkan kesemua campuran air ke dalam campuran tepung dan uli dengan kelima lima hujung jari.Adunan akan melekit sedikit pd jari dan asingkan adunan yang melekat itu dengan sudu.Rehatkan adunan selama 15-20minit tanpa perlu ditutup.

5)Uli sekali lagi adunan setelah direhatkan selama 2-3 minit. Selepas itu canaikan atas papan pencanai dan cetak menggunakan acuan donut.Taburkan tepung pada alas pencetak supaya doh tidak melekat.Jika tiada acuan donut timbang doh setiap 50gm dan dibulatkan. Leperkan ia setebal 1cm dan gunakan penutup botol untuk membuat lubang ditengahnya.

6)Setelah doh dibentuk, rehatkan lagi adunan lebih kurang 1/2-1 jam supaya ia mengembang sekali ganda dan kemudian barulah digoreng keemasan.

7) Salutkan dengan sambal atau gula kastor.

8) Jika hendak letak coklat masakan macam big apple donut pun boleh!

Resepi sambal:

4 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

15 tangkai cili kering*

2 sudu air asam jawa

Garam

Gula

Minyak untuk menumis

Caranya:

Kisar bahan bertanda * dan tumiskan hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa,sedikit air dan garam. Kacau hingga sebati.

Masukkan gula dan gaul sebati hingga likat dan berkilat( gula perlu lebih sedikit berbanding kalau masak sambal tumis supaya sambal terasa manis dan teksturnya berkilat, disini saya tiada sukatan tepat hanya agak agak dan ikut sedap rasa)

Masukkan donut yang sudah digoreng ke dalam adunan sambal.

Mikael dan encik suami suka donut sira sambal pedas manis ni berbanding yang ada gula saja. Sebab tu buat 2 versi. Adunan doh di atas tu agak banyak dan saya ada simpan juga  sedikit as frozen. Bila bila rasa nak makan donut lagi boleh terus defrost dan goreng...

Oklah..panjang pulak entri kali ni. Entri pertama untuk 2012. Selamat bergembira bersama yang tersayang.

Published with Blogger-droid v2.0.2

December 17, 2011

Bila aku malas masak

Salam hujung minggu..;)

Bila aku malas masak lunch.

Inilah jadinya.

Makan pizza je kami untuk "teaner". Hikhik. Sukahati. Teaner = Tea time+Dinner

Sebab tak lunch ialah kerana seperiuk nasi lemak basmathi pagi tadi. Kenyang sampai ke petang!
Sungguh. Tinggi kalori. Hehe. Sesekali. Maaf tiada gambar nasi lemak. Tak sempat nak snap sebab dah kelaparan. Ala, nasi lemak je;)






Konon, buat thin crust pizza. Letak sosej je. Keju mesti mewah!Hehe. Cheese lover. Best.


Reason masak nasi lemak seperiuk sebab pergi kat tempat atas ni pagi tadi. Adhoc. Sebabnya teruna sulung ku Mikael demam dari malam tadi. Biasanya kalau anak-anak demam aku memang rendam dalam air. Bukan lama sangat. Memang sejuk tapi suhu badan cepat turun. InsyaAllah. Makan ubat juga. Ku beri Ibuprofen. Lebih minat ini dari Paracetamol.



Terlalu seronok mandi, tak banyak gambar diambil. Seronok. Balik ku bagi lagi ubat demam, dan petang ni syukur dah kebah. Alhamdulillah..

Sampai sini, selamat berhujung minggu;)

Notakakiku: Yeayy, aku cuti seminggu!



Published with Blogger-droid v2.0.1

December 13, 2011

Cara memikat hati ibu mertua

Assalamualaikum...

Tajuk post aku. Bukan nak buat gempak. Macam bagus. Saja. Hiks.

Aku baru balik dari rumah mak dan pak mertuaku. Buat kek pisang kukus masa di rumah mertua. Bajet macam bagus je aku ni. Bodek hobi suka baking and cooking nak buat macamana.Itu ialah second time aku buat kek pisang versi kukus. Sebelum ini selalu buat versi bakar. Resepi boleh rujuk sini.

Semua kata sedap. Aku serius. Bangga.Tahap Gaban.Kihkihkih.

Simple je kek pisang aku ni. Kenapa aku kata menambat hati mertua ialah kerana mak mentua aku puji kemain.Hehe.

Dulu aku buat kek coklat kukus tak pernah pulak dia puji camni. Serius. Yang lagi best siap dia minta resepi kat aku. Dia pun nak menambat hati pak mentua aku.Suka. Suka kalau orang lain suka dan gembira.

Resepi aku ambil dari sini. My resepi.Terima kasih Pn Rohaya. Inilah antara buku rujukan online aku kalau nak masak or baking.Suka. Banyak resepi boleh tengok. Sebab aku bukan lah pandai sangat...



Cantik kan kek pisang kukus ni. Menjilat jari. Yummeh.



Tekstur yang gebu. Kek ini amat lembut. Masuk dalam mulut terasa mencair je.
Malam ni ingat nak buat lagi. Tak puas makan.

Buatla bila balik rumah mertua. Haha. Ikut cakap aku. Macam bagus sangat. Tapi amaran, cuba buat sendiri dulu kat rumah, dah jadi baru buat kat rumah mertua ya. Itu saja perkongsiaan aku. Hihi. Tajuk gempak. Jangan marah.:P

Published with Blogger-droid v2.0.1

November 28, 2011

Sosej roll


Assalamualaikum...

Salam hari isnin...:)

Nak share satu resepi ringkas yang marbelles especially untuk penggemar sosej dan cheese.Dulu zaman zaman remaja dan budak budak teringat saya yang 2 makanan ni mak saya tak pernah pon masak,maklumle budak kampung,tau makan cekodok ngan lempeng jek!hehe...dah tua besar panjang ni baru nak pandai makan...semua makanan nak try,tolak kayu ngan batu je....weehuuu

Ok,back to recipe...terliur tengok sosej roll ni kat dapur kak inahar...dah banyak kali juga buat cuma kali ni baru berkesempatan nak share,sosej roll ni sesuai sangat makan dimakan  waktu breakfast atau minum petang...

Resepi sosej roll

Ilham asal-Kak Inahar

Bahan2:

5 keping roti dilenyek nipis-kita guna roti gardenia

5 batang sosej ayam(jenama ikut suka..kita guna jenama ayamas)

5 keping cheese slice

Sebiji telur

Bijirin nestum secukupnya/serbuk roti

Caranya:

Masukkan sosej dalam microvave selama 1 minit pada suhu medium(if takda microcave rebuskan atau bakar sebentar sosej hingga suku masak)

Lenyekkan roti hingga betul2 rata dan nipis

Letakkan cheese slice dan sosej diatasnya

Gulungkan roti membulat dan celupkan ke dalam telur yang telah di kacau

Salutkan dengan bijirin nestum dan gorengkan

Sedia dimakan panas..

Cheezy inside and crunchy outside!yummeh...:)

Published with Blogger-droid v2.0.1

November 27, 2011

Jemput makan

Assalamualaikum...

Sunyi sepi je di awal tahun hijrah ni, busy meluangkan masa dengan family tersayang, tapi nak update juga, boleh?ehceh...=)

Salam Maal Hijrah 1433H buat semua umat Islam...semoga tahun baru ini kita berhijrah kepada yang lebih baik dari yang sebelum ini...mudah mudahan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..amin, oh ya, Happy Birthday juga buat sahabat saya yang tersayang ibualeesha maisara, yang ke....ops!Semoga hang sentiasa berbahagia dengan keluarga tersayang ya!

Tiada update panjang berjela...Harini jamu mata jela yer.. Jemput makan...:-D




Beehoon goreng singapura lagi...sarapan semalam



Pisang tanduk lagi, kali ni buat pisang goreng pulak


Semestinya cicah sambal kicap, wallaweh....yummeh...sambalkicap lover!




Taugeh masak sos tiram, tambah carrot sebab anak2 tak suka makan taugeh...


Telur masak kari...sodap!

Jemputlah yer..jangan lupa tambah!hehe..jangan marah...


November 10, 2011

Trifle versi rajin

Assalamualaikum....

Last Aidiladha, my cousin punya anak bertunang...alhamdulillah dah pun selamat. Jadi awalnya saya pun dok pening la nak buat dessert apa untuk bagi pada my cousin ni. Mula-mula ingat nak buat kek coklat je tapi macam biasa biasa je so lastly i've decided to make trifle. Trifle yang saya pernah buat sebelum ni biasa dalam bekas besar tapi kali ni terpksala buat kat bekas comel-comel supaya senang tetamu nak makan. This is my first time ever buat trifle dalam bekas dadih tu. Not bad juga la..and paling penting menjadi. Trifle ni sebenarnya dessert yang mudah tapi bila dah buat banyak sampai 70 bekas lebih melepak juga dibuatnya...biasa buat untuk makan 2, 3 orang je ni untuk kenduri faham-faham jela kan...yang bestnya asyik tak cukup bahan. Saya ni memang bab menganggarkan bahan FAILED!Ada je bahan tak cukup. Mula-mula tak cukup susu cair, pastu pulak tak cukup fruit cocktail...Tak pasal-pasal kena keluar gi kedai lagi. Hai, memangla lepas ni kalau nak buat banyak-banyak kena kira betul-betul dulu baru buat. 

Oh ya, saya belajar buat trifle ni from sorang kakak nurse tempat kerja, kak syidah...trifle dia lagi meletops u'olls. Makan sekali rasa nak lagi nak lagi nak lagi..huhu, saya buat ada la sikit nak menyerupai macam dia buat, cewah...mana boleh lawan sifu..hehe. Ada juga rujuk resepi dari blog Potret Kasih milik kak Wana. Dia punya trifle cun melecun tak macam saya punya..hoho...minta cnp ya kak. Thanks to both pemilik resepi.Lebiu=)

Ok jom tengok resepinya...




Resepi Trifle (sumber dapur PotretKasih)


Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus kek swiss roll
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry---saya guna jenama NONA
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard---saya suka pekat, jadi guna dalam 4 sudu
  • 3 sudu besar gula---ni agak-agak bukan ikut betul 
  • 3 cawan susu segar---saya guna susu cair
Cara:
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.---lagi sejuk lagi best, hubby saya siap tambah ais lagi!hehe...
Yang sebenarnya saya buat memang tak ikut sukatan sangat..banyak ikut rasa dan tekstur yang kita rasa best. Yang saya buat untuk kenduri tunang tu memang la banyak, guna sampai 8 tin susu cair...so, memang kena agak banyak juga la.Penat buat banyak banyak tapi seronok bila tengok orang suka makan air tangan kita. Alhamdulillah...

April 22, 2011

Donut sambal pedas manis

Salam semua...

Siapa suka makan donut?

Biasakan donut sambal ni jarang saya jumpa jual, maklumla sekarang kan banyak donut moden, yang manis-manis tu, remember my en hubby kan tak suka manis jadi hari minggu tu saya buat minum petang donut pedas. Donut sambal ni mengimbau kenangan masa zaman persekolahan saya. Makcik kantin tu selalu jual donut sambal, sedap sangat memang terbaek yang saya pernah makan. Makcik tu memang terror buat kuih.

Buat donut ni simple je, kali ni saya try resepi yang tak guna telur. Sedap juga, cuma bila dah keesokan hari keras sikit dah donut tu.

Dapat resepi dari blog ini, tapi ada sedikit perderhakaan resepi, hehe=).Anyway thanks lensa hidup.


Resepi donut sambal pedas manis

Resepi asal: Lensa Hidup
Diolah oleh: Ladysirna

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh dough softener
2 sudu teh yis kering
1/2 cawan mentega
1 cawan air
2 sudu makan susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
2/3 sudu teh gula

Cara-caranya:
1. Cairkan mentega, kemudian campurkan air, susu pekat, garam dan gula. Tutup api.
2. Dalam satu mangkuk, satukan tepung dan yis. Gaul rata. Masukkan dough softener.
3. Tambahkan campuran mentega tadi dan uli dengan tangan hingga tidak melekit. Jika melekit tambah sedikit tepung.
4. Cetakkan menjadi donut dan tunggu dalam 1/2 jam hingga adunan naik dan goreng hingga keperangan.

Bahan-bahan untuk sambal:

10 sudu besar cili kering yang sudah dikisar(terpulang kalau nak lebih sambal atau kurang)
Air
2 ulas bawang putih- ditumbuk
3 ulas bawang merah- ditumbuk
Garam-secukup rasa
Gula- secukup rasa(saya letak lebih sedikit untuk nampak sambal lebih berkilat)

Cara-caranya:
Tumis bawang hingga wangi, masukkan cili kering kisar, tumis sehingga benar-benar garing, tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Setelah mendapat sambal yang likat dan garing, masukkan donut yang telah digoreng tadi


Saja buat lebih sambal sebab saya memang obses sambal , memang pantang kalau makan sambal tapi kuah sambal sikit, tak nikmat rasanya, tu sampai nama blog pun sambal


Versi donut moden untuk Mikael dan Muaz

Hari ni dah hari jumaat, selamat bercuti kepada yang cuti dan saya ada event yang sangat happening hari Ahad ni iaitu Sarakids Open Day and Breastfeeding Gathering di Denai Alam Recreation Centre (DARC) Shah Alam Ingat tak saya ada cerita pasal event ni dalam entri yang lepas. Boleh zass ke blog Farah kalau nak tahu lebih lanjut pasal event ni. Terujanya nak ke sana nanti. Okey, selamat berhujung minggu...

April 17, 2011

Gila membaking

Salam dan bismillah...

Actually sejak dua menjak ni saya suka benor membaking atau dalam bahasa pasarnya kita bakor , kita bakor..hehe=)

Maklumla, nak memantapkan skill buat kuih kononnnya. Kuih melayu tradisional pun belum berapa nak pass lagi dah sibuk saya nak try kuih omputih bagai. Kuih muih, dessert dan makanan ni bagai dah sebati dalam diri saya sebab mak saya pun besarkan saya dulu jual kuih je. Seawal 4 pagi bangun buat kuih. Sebelum tu pernah buka kedai makan masa saya belum lahir tapi kena tipu dengan orang dan bisnes lingkup. Lepas bisnes bungkus mak balik kampung dan menyara kami dengan jual kuih. Kadang mengalir air mata saya bila kenang susah payah emak besarkan saya. Ya Allah, rindunya kat emak saya sekarang...waaa...

Ok, berhenti beremo ya cik Ladysirna

Saya perasan saya jadi addicted kat membaking ni sejak pregnantkan Muaz lebih kurang 5 bulan masa tu. Sebabnya, en hubby dapat cabutan bertuah oven@ketuhar masa Family Day sekolah dia. Memang masa tu saya berangan nak beli oven dah tapi tak terbeli-beli. Tak sangka angan-angan saya bertukar jadi durian runtuh. En hubby kalau bab lucky draw memang selalu bertuah tau. Murah rezeki alhamdulillah...

Lepas dapat oven apalagi saya la orang paling gumbira sekali. Start situla saya bereksperimen dengan buat macam-macam jenis dessert, kek dan kuih. Paling terbaru roti..hehe...Sebelum tu saya suka juga memasak-masak dan buat dessert tapi takla sampai setiap minggu. Maklumla orang kerja gomen ni bukan ada banyak masa pun tambah pulak sibuk je memanjang.

Sebenarnya kepuasan memasak ni sukar di gambarkan. Kita rasa seronok bila dapat sediakan makanan untuk family sendiri. Lagi-lagi kalau dipuji. Bukan riak ke takbur cuma kita rasa puas sebab kita tahu air tangan itu yang terbaik. Paling penting ia bersih, berkhasiat dan tidak banyak perasa tambahan yang tak baik untuk kesihatan.

Biarla kadang rupa makanan tu tak berapa nak cantik tapi kalau dah rasa sedap, bak kata en hubby yang penting masuk perut kenyang.  Mak saya selalu pesan air tangan seorang ibu tu yang akan buat anak-anak terkenang kenang gila bayang . Macam saya terkenang-kenang pajeri terung mak saya yang terbaik wok...Air tangan kita juga yang menambat hati suami.  Sebab tu orang tua ada berkata, perempuan belajar tinggi mana pun akan ke ceruk dapur. Dan saya setuju dengan bidalan ini.

Okla, sebelum kelaut saya menulis baik saya stop sini yek. Selamat Hari Ahad dan senyum selalu=)

April 6, 2011

Roti sosej dan cheese cake

Salam dan bismillah...

Hai semua..maafla, ini sepatutnya entri dah lemau, tapi dengan perasaan 'perasan bagus' (read as: poyo) saya nak tayang roti sosej roll u..saya buat hari sabtu lepas. Kali ni roti saya jadik okey, lembuts je walau dah 2 hari...kali ni guna resepi dari fendi@myresepi. Terima kasih ye en fendi...oh ya, saya ada tambah bread improver and bread softener  sebab dalam resepi takda letak. Pastu saya jadikan tangan saya sebagai breadmaker tiruan..hehe


pedulikan roti yang tak berapa nak cantik ni, saya memang lemah sendi seni kreativiti..haha


Habis je mengerjakan roti sosej, projek saya malam tu buat cheese cake pulak...tolongla fikir saya masih siuman ye puan-puan, tension kerja hilang rasanya bila buat kerja-kerja macam ni. Resepi saya ambil dari youtube, resepi omputih..haha, harini saya kemalasan nak cnp resepi so, siapa teringin nak buat silala  tanya en google yek..


kelakarla rupa cheese cake ni, hehe...ada aku kesah?

Notakaki: Sekarang ni musim orang buat macaroon ek?Katak bawah batu baru tahu pasal kuih Perancis ni..Macam best je...Macam nak try je..Siapa ada resepi?

March 29, 2011

Cheese tart tempah penyakit

Salam dan bismillah...

Seperti yang diwar-warkan dalam entri yang sebelum ini, saya telah pun berjaya mengetartkan cheese yang dah nak nak hampir merajuk kat dalam peti sejuk tu..nasib baik dia tak meluputkan tarikhnya lagi kalau tak tong sampahla perginya..

As amatuer, inilah first time saya buat cheese tart. So, haruslah tak berapa nak menjadi kan(seperti biasa..kihkihkih..)Actually bukan tak berapa menjadi tapi cuma ada sedikit kesilapan teknikal dimana saya telah terlebih bubuh gula dalam adunan pastri menyebabkan pastri tart saya jadi manis macam kukis. Sepatutnya pastri tart tak boleh terlalu manis sebab filling dah manis. Sebab tu saya gelarkan cheese tart saya tempah penyakit. Untuk mengcover kemanisan cheese tart itu kununnya saya minum air kosong banyak2.


Resepi cheese tart banyak versi saya jumpa. Actually yang satu ni saya ambil dari yani@myresepi. Cuma, saya ada modified and  make a renovation besar-besaran...jangan marah yerk yani. Sukahati je ek..Resepi asal ialah mango cheese tart, tapi saya takda buah mango jadi saya bagi nama cheese tart strawberi sebab letak strawberi filling..hehe...Resepinya cnp dari yani. Thanks yer=)


 cheese tart tempah penyakit saya...tak berapa cantikla, tapi yang penting sedap je..cuma manis terlebih...

Resepi mango cheese tart(modified by ladysirna to strawberi cheese tart)


-Walnut crust-
1/2 cawan gula(ini resepi asal---but to me it is too sweet, saya suggest kurangkan ke 1/4 cawan)
100g mentega(potong kecil-kecil)
1 cawan tepung gandum(saya letak 1cawan setengah)
2/3 cawan walnut
-Filling-
250g philadepia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
1 tin mango( boleh ganti dengan peach/apricot)--tak letak langsung sebab tak beli


Cara-cara:
1)Panaskan oven ke 200degree
2)Sapu butter pada seluruh acuan tart
3)Make a crust. Masukkan gula dan tepung ke dalam food processor.Mix. Masukkan butter, mix again.
4)Masukkan wulnut mix jadi macam serbuk roti. Ambik 1/2 cawan dan letak ke tepi untuk ditabur kat atas. Selebihnya masukkan ke dalam acuan dan tekan dengan jari pada bawah dan tepi acuan bagi serata. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat(tip dr tuan asal resepi)--saya tak buat gini, semuanya saya jadikan pastri sebab saya tak letak mango tadi, rasa cam pelik pulak kalau tetiba takda buah tapi ada cam crumble pastri kat atas dia...
5)Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.
6)Aturkan mango yang dipotong memanjang ke atas cream tadi--tak buat
7)Kemudian tabur dengan doh yang disimpan tadi--tak buat juga
8)Hiaskan dengan strawberi filling(ini saya memandai letak..)
9)Bakar dalam api 220C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit.
10)Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.


Cheese tart tu buat 2 versi, versi kecik dan besar..pst..walaupun manis, telah berjaya dihabiskan oleh kami sekeluarga harini...Pasni nak cuba buat lagi, cuba resepi lain pula..tak puas pulak rasanya..


Nota kaki: En hubby selalu bising bila saya buat kuih manis2, tapi dia akan makan juga..hehe

February 20, 2011

Pau Kacang Merah

Salam dan bismillah...


Silalah percaya korang, sesungguhnya saya semakin berkobar-kobar belajar memasak dan try new recipes sekarang, entahlah, nak kata i depressed takla juga, manic(gembira terlebih) sikit kot. Oleh kerana my red bean paste ada baki lagi dlm esbox tuh saya pun merajinkan diri mengepau. Sebenarnya tergoda tengok pau inti kelapa kak inahar arituh, membara jek dlm ati ni nak try, finally dapat gak buat semalam..kuikui...


Resepi ni saya cnp dari kak ton @My Resepi, minta izin ye kak ton..kak ina pun guna resepi yang sama gak..thanks to both of them..sukanya saya, gumbira...alhamdulillah menjadi juga walau tak pakai tepung pau..












Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)---saya pakai tepung superfine sebab tuh kaler tak putih gebus tapi kuning memikat, cewah..
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran---saya guna mentega sebab takda stock
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...



February 19, 2011

Spagheti daging cincang@Bolognese

Salam dan bismillah...

Fuh...lama tak berupdate blog ni, sori ya korang, tuan rumah dalam mood malas, nak kata busy sgt takdala pulak

Nak share sikit resepi spagheti daging cincang saya, buat last week lagi , dah selamat pun jadi darah daging..hehe

En Hubby suka makan ni, tapi my boy Mikael tak berapa suka, so kalau masak ni kena masak nasi juga,tekak Melayu si Mika ni...


Resepi Spageti Daging Cincang(untuk 6-8 orang)

Untuk spaghetti:
500gm Spaghetti
Sedikit minyak sayuran
Sedikit garam

Untuk kuah:
2 ulas bawang putih(cincang)
1 biji bawang besar(hiris halus)
3 sudu besar minyak sayuran
400gm daging cincang
100gm lobak merah
100gm brokoli
500gm pes tomato/sos prego
2 sudu sos tomato
sedikit serbuk lada hitam
sedikit herba campuran(basil, thyme)---yg ni saya tak letak coz takde stok kt umah, tak letak pun sedap gak

Caranya:
Untuk kuah:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar diikuti dengan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan masak daging hingga separuh empuk. Masukkan lobak merah dan brokoli. Masukkan pes tomato dan tambah sedikit air jika terlalu pekat. Biarkan daging empuk dan gaul sekali sekala dengan api perlahan. Setelah daging agak lembut, tambahkan sedikit sos tomato dan lada hitam. Perasakan dengan garam.

Untuk Spaghetti:
Basuh spaghetti dan toskan. Sebelum itu didihkan air dalam anggaran 1 liter. Bila air sudah mendidih, masukkan sphagetti. Tambahkan sedikit minyak dan perasakan dengan sedikit garam. Rebus sehingga empuk dan toskan.

Hidangkan kuah diatas sphaghetti. Taburkan sedikit keju parmesan.
(saya suka letak banyak coz sedap)
Sedia dimakan.

#ada orang letak capsicum, boleh gak nak letak, tapi saya sekeluarga tak makan sebab tak berapa minat
#boleh gak tambah cendawan butang kalau suka

February 6, 2011

Percubaan pertama

Salam dan bismillah....

Sejak dua menjak ni, saya suka sesangat try macam2 resepi. Ini semua gara2 nak release tension lepas saya exam haritu, bole plak salahkan exam, boleh?, the truth is, saya memang suka masak sejak jadi isteri dan ibu---sebab tu lama tak berbelogging, kembali berteman buku2 dan soklan MCQ(multiple choice question), resultnya??haha, big secret beb!Ekceli result belum kuar lagi...

Ok, back to topic.

Percubaan pertama i semalam ialah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Buat Roti!!

Hahaha...korang jangan gelak jahat tau, puan dokter nak jadi tokey bakeri, mode perasan, baru sekali buat roti dah berangan jd tokey bakeri

As usual percubaan pertama saya mesti kureng success, nevermind, i tak kisah, i will do again, again and again sampai roti saya jadi segebuss macam roti fluffy gardenia tuh!


Resepi roti ni saya ambil dari majalah RASA edisi Januari. Inilah buku  kegemaran saya sekarang, tiap2 bulan tak pernah miss beli. Resepi dari artis lagi...Zarina Zainuddin. Mantap la dia ni. Series, saya selalu kagum kalau tengok orang pandai masak, sangat kagum. Sebab tu selalu berebut remote dengan anak saya Mikael untuk tgk AFC 703, Mikael plak nak tengok Playhouse Disney 613,OSO special la, Mickey mouse la, DIBO the gift dragon la... tapi i selalu kalah sebab dia ada satu senjata iaitu menangis, so nak bg dia stop cyring is to tune channel to 613.


La, tukar topik plak. Sorila, banyak benda plak nak cerita hari ni....


Inilah rupa Roti Kacang Merah saya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kiut tak?Ala, saya tau tak kiut, tapi saya nak tayang juga....Amatur la katakan, so, roti saya ni memangla tak sama cam kat kedai tuh...Siap kerutu kerutu lagi, cam jeragat plak...i letak almond pieces sket kat atas nak bagi roti ni nampak ceria sikit


Masa keluar panas2 dari oven malam tadi, roti ni lembut sgt2. Mikael sanggup stay up sampai 12tghmalam tunggu mamanya siap buat roti dan dia tak sabar2 makan bila dah siap, tak menyempat, supper tiga beranak tgh malam, sekali ngan babanya..Oleh kerana adik Muaz tiba2 bgn untuk BF, maka saya tak sempat nak kemas dan simpan roti tu, just leave it inside the oven. Seperti biasa, kalau saya dah bergolek kat katil ngan adik Muaz, makanya saya pon tido together gether la sampai ke pagi.

Bangun pagi ni, pas subuh, terus gi tengok roti dalam oven. La, keras dah?Sib baik keras sikit jek..Huhu, ada sedikit sedey di situ, apsal mlm tadi lembut jek, masuk angin ke?

Korang tahu tak apsal roti boleh keras, kena angin satu reason, ke nak salahkan ke"amatueran" ku?Hahaha...

Keras2 pun, pagi ni dah ngap 3 ketul...

Tak kira, pasni nak try wat lagi, siapla en google, saya nak find out macamana nak bg roti lembuts dan gebuss berkekalan...ke korang tau? Share la sikit...sharing kan is caring

Salam sayang,

Ladysirna

May 24, 2010

Hubby dah balik

Salam dan bismillah...

Petang semalam saya main masak-masak
Tak sempat nak post semalam
Bizi
Ntah apa yang saya bizikan agaknya

Menu:
Masak lemak nenas + ikan kurau masin
Daging masak lada hitam
Ikan siakap goreng
Sambal belacan
Ulam raja








Gambo ulam raja takda---dah selamat dlm perut

Pics  di atas takda kena mengena langsung dengan tajuk post saya kan..
Hehe, hati berbunga ni
Hubby saya dah selamat balik dari mencandat sotong
Teka berapa ekor sotong dia dapat?
Teka teka je ya, takda hadiah tau...





May 22, 2010

Kek Coklat Moist

Salam dan bismillah...

Esok ada tamu nak datang
kakak sepupu saya dari JB
anak dia ada konvo kat UiTM
petang tadi mengodek barang2 kat dapur
cocholate bar ada lagi, koko vanhouten pun ada
so terhasillah kek coklat moist saya, ini versi bakar
"
"
"
 letak colourful rice, buat tak nampak je ek yang sememeh kat tepi tu, maklumla chef handal

kureng sikit moist nya, terlebih dos paracetamol tepung kot

 macam biasa, orang pertama yang setia test setiap air tangan mama
bukan main lagi sopan duduk bersimpuh

sedap mama..wah vangganya...kuikuikui



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails