Showing posts with label chelsea die hard fan. Show all posts
Showing posts with label chelsea die hard fan. Show all posts

May 10, 2010

Kepuasan yang amat sangat

Salam dan bismillah...

Bangun pagi ni, soalan pertama tanya kat hubby
Abang, chelsea menang tak?

Sambil senyum-senyum

Menang...8-0..

8-0, wah, skor habis ni...

MU brapa?

4-0...

So, Chelsea champion!

The Blues champion EPL. Saya nampak ada bunga-bunga atas kepala hubby,muka ceria sesangat(seolah-olah si drogba ngan lampard tu kenal dia*winkwink*) barulah saya tahu kenapa orang lelaki minat sangat bola(saya taw ada lelaki tak minat bola tapi tak ramai)..sebab bila team yang disukai tu menang rasa KEPUASAN yang amat sangat....saya pun dpt rasa kepuasan tu(suka taw tgk hubby pagi-pagi ceria jer)

Saya takla minat sangat bola, tapi suka juga la tengok..before kahwin haram tak tgk EPL ke, FIFA ke, League ke, tapi sejak kahwin jadi suka plak. Pernah juga masa baru-baru kahwin time zaman honeybunny berdua je, Mikael n Muaz belum lahir lagi hubby siap bawa saya tengok bola kat kedai Mamak. Oleh kerana hubby minat bola, saya join sekaki la. Bola ni paling best time GOL je--kihkihkih. Sekarang Mikael pun ada jersey Chelsea--baba nya belikan(3 hero saya ni, sure esok anak2 bujang dia beso besok ikut minat bola).

Malam tadi tengok juga game tu, hajat dihati nak teman hubby tengok game sampai habis tapi masuk je 2nd half saya dah masuk bilik sebab baby Muaz dah nampak tanda-tanda nak beradu(baby Muaz sekarang dekat pukul 12 baru nak tido), pastu bila dia dah beradu saya pun belayar la juga..sigh

Congrats buat semua Chelsea fans termasuk hubbyku sayang(jangan muntah hijau ye kawan2), MU fans jangan marah yer...

Uols camana?Hubby minat bola tak?Ada join sekaki?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails