Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

April 5, 2012

Terkini

Salam...

Macammana nak mula ya...hm...saya kekeringan idea walau rasa macam byk perkara nak di kongsi

Oklah kita describe satu satu

1)Syukur..saya berjaya menyusukan anak kedua saya Muaz sehingga 2 tahun dan hingga kini juga.Walau ada ketikanya saya rasa penat dan malas untuk mengepam susu. Tapi Muaz telah minum susu formula juga pada 4 bulan terakhir sebelum dia berusia 2 tahun. Itupun dia tak berapa minum sebab masih belum biasa. Saya buat keputusan untuk start formula sebab risau dia tak cukup khasiat pulak. Kini dia hanya menyusu badan waktu malam saja.

2)Ketiga...Maksud saya buat ketiga kalinya saya berUPT positif sekali lagi. Blush ^_^.Usia kandungan kini 10minggu. Saya ingin baby girl pula andai diizinkan Allah. Teringin mahu beli gaun dan hair band baby girl. Hiks. Bukan sebab itu saja. Mestilah saya teringin perempuan sebab sudah ada dua boys. Natural feeling. Moga Allah perkenankan..Amin..doakan saya ya!

3)Sejak berbadan dua lagi..dengan kata lain saya juga bertandem nursing...saya sering keletihan..mood update blog juga merudum terus.Rindu nak berblog tapi selalu tak larat..huhu..moga saya lebih kuat lepas ni. Kena minum susu banyak banyak..hihi...

P/S:Ada petua kata nak anak perempuan kena banyak makan makanan berasid..betul ke ek?

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 3, 2010

38 minggu yang mendebarkan...

Salam n bismillah...
"mode happy"

Menghitung hari,
detik demi detik,
masa ku nanti apakah ada....

Hoho...bila la saya nak bersalin perut saya nak meletup ni, sejak Isnin lepas, kandungan saya sudah memasuki fasa "term", bayi saya sudah bersedia untuk keluar dengan selamat pada bila2 masa sahaja. Braxton hicks contractions semakin kerap dan kuat, hampir setiap malam sejak beberapa hari yang lalu saya tidak dapat tidur lena disebabkannya. Saya ternanti-nanti bilakah saatnya, tak sabar nak bercuti panjang=)...tak sabar rasanya nak memeluk bayi saya tapi dalam masa yang sama berdebar-debar sebab memikirkan kesakitan sewaktu bersalin nanti, moga dipermudahkanNya..

So far, alhamdulillah, persiapan menyambut orang baru boleh dikatakan 100% sempurna. Mikael pula macam semakin mengerti yang tak lama lagi dia bakal dapat adik..Semakin manja dia dengan saya yang semakin kurang bertenaga. Sebolehnya saya tak mahu dia rasa yang dirinya kurang diberi perhatian oleh saya, penat macamanapun saya akan memandikannya, membasuh najisnya berak kencingnya, menyuapkannya makanan..dia juga sering minta didukung oleh saya walaupun berkali saya memberitahunya sayang, mama tak larat...beratnya saja dah 13kg!Tapi kadang saya turutkan juga kemahuannya, tak mahu dia rasa--mama tak sayang mikael ya, walaupun dia tak pernah cakap begitu, sigh..

Saya sering tertanya-tanya, bagaimanalah agaknya berhdapan dengan dua orang anak sekaligus? Mikael will turn to 2 years old very soon, dia masih belum berapa mengerti lagi..Terfikir saya, macammana berhadapan dengan kerenah dua anak?mikael cemburu ke nanti? mikael nanti nak tidur kat mana(biasanya katil kelamin saya muat bertiga--itupun babah kata sempit=))?mikael tidur dengan saya atau dengan babah?walaupun ada baby cot, saya tetap mahu sentiasa dekat dengan bayi saya..macam2 persoalan yang saya sendiri tak dapat bagi jawapan yang tepat...kawan2, especially yang dah punya anak lebih dari seorang, apa pendapat korang ya?

February 7, 2010

Before he born


 I’m now 34weeks and 6days pregnant..cepatnya masa berlalu, lebih kurang 5 weeks before the expected date, dulu time mikael sirna bersalin awal 3 minggu…so, this time not sure whether its gonna be the same @ not.
Here are the things yang dah settle:
  • Bath tub baby(guna mikael punya dulu—jimat x)
  • Baju ada 8 helai yg baru, plus baju mikael lama2 yg masih cantik dan boleh recycle
  • Towel 2 helai
  • Blanket 2 helai plus 2 blanket abang Mikael
  • Beg baby
  • Tilam dan coach baby(sirna tak beli katil pun sebab takda ruang dan yg paling penting tak mahu tidur berasingan dgn baby)
  • Barut
  • Kain lampin untuk bedung(1 dozen)
  • Beg pakaian mama(tapi tak packing barang lagi)
  • Sarung tangan dan kaki    

Actually dah agak risau coz preparation belum 100% lagi, mana dgn almari baju baby(mikael punya sekarang cukup nak isi baju dia sorang je, ingat nak cari yg besar sikit dan make them share the cupboard later). Breastpump baru pun belum beli lagi, hehe, dulu sirna pakai pureen electric pump je, sekarang ingat nak invest breastpump yg mahal sikit medela FS inside my head tapi berbaloi-baloi. Maklumlah, azam nak breastfeed baby membara-bara. I don’t want to do a same mistake like before. Pastu confinement lady pun tak cari lagi, dulu pun sirna berpantang di KL je sebab mak takda masalah nak ke sini dan memang duk ngan sirna pon tapi since dah pindah umah ni tak dapat lagi cari confinement lady yg boleh dtg mengurutku…Ada ke sesapa yg tahu confinement lady di sekitar taman melati ni? Set bersalin pun tgh di survey2 gak…masih mencari yg betul2 sesuai. Dulu guna set bersalin Amway, sirna ok je sebenarnya pakai Amway sebab semua dah ready made cuma mahal sikit, tinggal bancuh dan rendam je, bengkung pun dah ada sekali, so memang senang nak guna cuma jamu dia je sirna tak ambil sebab mikael jaundice. Tapi kali ni rasa cam mengada nak cuba set lain boleh gitu?Beberapa set sirna dah survey cam Nona Rugoy, Mustika Ratu, Ibu Halimah n banyak lagi la…tak tau mana yg paling best coz sume nampak cam best..
Lepas ni kenala sirna cepat2 setelkan mana2 perkara yg belum tu...Manala tau deliver lebih awal dari expected date..Letih sikit harini, emm..hari2 pun letih sigh, Mikael plak tantrum bagai...siang asyik nak main je, tak mahu tidur, pastu malam mulala,lepas dinner tadi dia mengamuk nak pakai baju chelsea yg babah beli, suka sgt dia pakai baju tu tau, terpaksala sirna pakaikan, bila dah pakai baju tu sibuk pulak nak ajak berjalan, finally poor babah had to bring him out little while pastu baru dia nak tidur...Sirna pun nak mengikut jejak langkah mikael now, sleep...

January 19, 2010

Adab suami isteri sewaktu mengandung

Sirna rasa so hectic this week, penat berjalan kesana-sini,sibuk dengan patient2 sekalian..nak jenguk blog kawan2 pun tak sempat..harini, rasa nak membelek buku Amalan Ibu Mengandung yang di tulis oleh Ustazah Siti Norbahiyah yg popular dgn tips2 rumahtangganya tu...satu yang sirna suka pasal buku ni ialah ringkas dan colourful. Tak suka memberatkan kepala baca buku yg banyak tulisan hitam je..Apa yg sirna nak share ialah Adab suami dan isteri sewaktu isteri mengandung..sirna dah khatam sekali buku ni tapi yelah, kita mudah lupa dan kekadang tak amal apa yg kita baca, so, para isteri sekelian, ops, lupa plak, kalau ada para suami yg baca blog sirna nie, ni sirna perturunkan titipkan beberapa info yg amat berguna

Adab Isteri kepada Suami ketika sedang mengandung

1) Mentaati, mengasihi dan menghormati suami
 - yang ni sirna rasa memang wajib even tak preggy pun, itulah tanggungjawab isteri kan, taat, kasih dan  hormat, yela, syurga seorang isteri itu kan ditapak kaki suami..

2) Jika terasa hendak memarahi suami, tahan perasaan itu dan bertenang serta bersabar
- bila tengah pregnant ni, memangla kita selalu akan rasa moody,time ni la kita rasa nak bermanja-manja, itu yang jadi pada sirna juga..sometimes benda kecil pun kita rasa nak marah kat hubby, pernah juga sekali dua terlepas rasa marah, kesian kat hubby..huhu, ampunkan ayang ye abang...

3) Tidak cerewet dan membuat banyak kerenah terhadap suami dan rumahtangga
- inipun penting juga, macam sirna kata wanita mengandung ni perasaan manja memang kuat, tapi jangan diikutkan sgt sampai suami rasa terbeban, kena banyak jadi independant juga..suami paling kuat diuji bila awal kehamilan dan akhir kehamilan, awal kehamilan sebab time ni lah, hyperemesis gravidarum melanda, makan tak lalu, ada tu yg bau badan suami pun tak boleh bau, akhir kehamilan plak, sebab masa tu tgh tunggu time je nak deliver any time...

4) Jaga perasaan, jangan sampai menyintai orang lain selain suami, kerana nanti melahirkan anak yang curang serta bergaul bebas
- minta dijauhkan, setakat ni, sirna pasti semua friends di luar sana pun minta supaya perkara sebegini tak terjadi kan, suburkan selalu rasa cinta pada suami, paling penting, banyak berdoa supaya rumahtangga dan rasa cinta kekal hingga ke akhirat...

5) Jaga lidah, jangan mengumpat, mencaci suami atau keluarganya serta orang lain
- kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa...menjaga lidah sebenarnya bukan payah, tapi kita kadang2 tak sedar boleh sakitkan hati org, sirna pun kdg2 tak terlepas dari perkara ini, yg jadi mangsa, bibik sirna, 2-3 kali juga la sirna membebel kat dia sebab salah yang kecil, maafkan saya ya bik...

6) Jaga mata  daripada melihat lelaki lain selain suami. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
- yang ini pun agak susah, sebab hari2 kerja kena tgk org kan, tapi tula, kena kawal hati...sirna sekarang, kat tempat kerja tu bos2 semua XY, rasa rimas juga sebab banyak sgt hormon testosteron, tapi hubby ku jua  yg sentiasa lekat dihati

7) Menghargai nasihat dan pandangannya serta ibubapanya(mertua)
- suami adalah ketua keluarga, sebagai isteri kita wajib mendengar setiap nasihat yg diberi suami, jangan banyak membantah sebab suami biasanya tahu apa yg baik untuk kita...

8) Jangan meminta perkara yang tidak mampu disediakan suami
- kita semua sedia maklum wanita mengandung memang selalu mengidam dan teringin itu dan ini, walau suami sangat sayang pada kita, jangan kita bebankan dia dgn minta yg bukan2, kalau kita mampu beli sendiri, for those yg kerja tu, kita beli sendiri...so far, alhamdulillah, takda la teringin benda yg tak mampu hubby belikan...

9) Sentiasa meminta kemaafan darinya
- susah sikit nak buat yg ni secara tiba2 kan, so, cara paling baik, lepas solat berjemaah..luangkan at list 3-4 kali dlm seminggu utk solat berjemaah bersama suami, for those who are SAHM, boleh solat jemaah hari2 if  hubby anda tak busy, lepas solat salam dan kucup tangan suami...inilah masa paling sesuai dan ideal nak minta maaf...ingatlah, kemaafan dan reda suami penting agar nanti dipermudahkan Allah S.W.T proses kelahiran sewaktu bersalin kelak.

10) Ingatkan suami untuk sentiasa mendoakan keselamatan diri dan anak yang bakal lahir
- cara paling mudah, ambil tangan suami dan suruh dia usap perut kita, suami sebenarnya adalah org paling risau tentang kita dan bayi, insyaAllah, suami yg menjaga hubungannya dgn Tuhan kan selalu mendoakan isterinya...

11) Tetap melayani suami selagi mampu
- mengandung selalu buat kita rasa letih, apatah lagi kalau kita bekerja, sebolehnya layanlah suami sebaiknya sebab kita adalah hak mutlaknya..

Ok, dah habis bab isteri kita beralih pula kepada bab suami, yg ini sirna tak komen isinya ya...

Adab Suami kepada Isteri ketika sedang mengandung

1) Lebihkan kasih sayang dan simpati sehingga isteri berasakan ada pembela

2) Selalu memberi nasihat-nasihat yang baik yang boleh menguatkan semangat dan jiwanya

3) Hendaklah berlaku jujur

4) Jika ada tanda-tanda akan timbul krisis, tenang dan selesaikan segera

5) Jangan menceraikan isteri ketika mengandung. Islam mengharam menceraikan isteri ketika mengandung, kerana boleh mengganggu fikiran dan perasaannya serta memberi kesan pula kepada anak dalam kandungan

6) Memahami tambahan beban yang ditanggung isteri justeru memaafkan kekurangan isteri dalam melayani suami

7) Membantu isteri dalam kerja rumah terutama yang melibatkan tenaga fizikal

8) Berlemah- lembut dan berhati-hati dalam melakukan hubungan jimak terutama ketika penghujung kehamilan

9) Mengambil perhatian berat tentang perubahan bentuk tubuh badan isteri

10) Berkongsi rancangan menyambut kelahiran bayi seperti persiapan, kewangan, peralatan, nama yang bakal diberi, cuti, kedatangan keluarga kedua belah pihak dan sebagainya

11) Segera ke klinik atau hospital jika isteri sakit

Itulah yang dapat siran share with all bloggers, semoga panduan di atas dapat kita praktikkan bersama...
Sharing is caring...

December 13, 2009

Quickening a.k.a first fetus movement...

Kalau count bebetul according dates, i'm now 27weeks pregnant..mikael brother are now actively moving in utero..juz wanna share experience and knowledge in quickening. Apa tu quickening yek?It is a wonderful feeling of fine movement of "something" which is your precious baby inside ur tummy yang hanya seorang yang bergelar ibu dan bakal ibu boleh merasainya.Biasanya for 1st mother to be quickening akan dirasai sedikit lambat iaitu seawal-awalnya pada 18-22weeks dan pada kandungan seterusnya ia akan dirasai sedikit awal, seawal-awalnya 16-22weeks..So, don't be so panic kalau ur baby lambat bergerak seperti yg dirasai oleh ibu2 lain..As for mine, masa mengandungkan Mikael last time i felt quickening @ 18 weeks betul2, tapi for this pregnancy i felt it a bit late iaitu masa 19 weeks plus...hehe, terbalik pulak si abang ngan adik ni, no wonder why now mikael also "actively moving" a.k.a hyperactive. Sambung balik cerita pasal quickening, once seorang ibu dah merasai quickening, this time she should be always alert about it. Awalnya, quickening takkan dirasai terlalu kerap, sometimes sekali sahaja sehari ataupun si fetus mungkin tidur sepanjang hari tanpa bergerak langsung, tapi jgn risau sebab dia baru mula menyesuaikan keadaan dgn "aktiviti terbarunya" itu. Later on, si fetus akan makin kerap bergerak-gerak. Usually, semasa 28weeks and above, setiap ibu digalakkan mengira gerakan bayi anda setiap hari, sekurang-kurangnya 10 kali pergerakan.Kalau kurang 10 kali, that is an alarm sign that u should immediately come to hospital for proper check-up by doctor.Macam sirna, sekarang eventhough belum reach 28 weeks my baby dak bergerak ngan activenya..sampai kekadang rasa geli plak perut niey.So far, last scan bout 2 weeks ago showed he's growing pretty well with estimated body weight about 744grams. But my placenta a little bit low lying. I don't really worry cause it is still too early and it can always change later on. "Mudah-mudahan Allah sentiasa memeliharamu dengan selamat di dalam kandungan mama sayang"..AMIN...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails