January 1, 2010

Kek Pisang

Bahan2:

4 biji pisang sederhana besar(letak 5-6 biji kalau pisang kecil)

3 biji telur gred B

1 3/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung jagung

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh serbuk penaik

1 cawan gula

1 cawan minyak jagung(nak guna minyak biasa pun boleh)

secubit garam

1 sudu teh perasa vanilla



Cara2nya:

Pukul telur dan gula hingga kembang

Masukkan pisang yang telah dilenyak dan gaul rata

Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul

Masukkan juga serbuk penaik,soda bikarbonat, secubit garam dan perasa vanilla

Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati

Masukkan dalam acuan yang disapu marjerin dan dialas kertas minyak

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45min

Siap untuk di...ngap...

Selamat mencuba...

3 comments:

Wan Anie said...

anak mmg suka sgt kek pisang... tak penah lak wat sendiri.. huhu

sirna said...

try la kak, simple sesngt resepi nie, tak sampai 1/2jam pun nak mengadunnya cuma nak tggu bakar dan sejuk sikit tu yg lama...

luvhaziq said...

kek pisang..yummy..tp saya nie mmg nnti bt kek jd ketul batu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails