Salam semua..:)
Jangan marah ye dengan gambar cili "besar" semalam tu, ada yg ingat saya nak tunjuk cili hidup besar punya, hikhikhik
Itu sebenarnya intro tempat saya makan-makan dengan
geng bas sekolahkawan sekerja haritu

Kami makan kat Chili's KLCC, selalunya acara jalan jalan cari makan ini ialah setiap kali selepas masuk gaji:), macamla tebal sangat wallet tu nak kabor yerk, saya memang suka "treat" diri sendiri kononnya setelah penat bekerja jadi mau makan sedap!Ehcehwah..

Ini art kat atas meja, cantikkan, artistik

Ini saya makan, Mushroom Jack Fajitas. Ada mushroom of course, dan beef grill with cheese(suka betul makanan bercheezy, yummeh), ia dimakan bersama Tortilla di bawah, tortilla ini ialah bottomless(maksudnya boleh tambah dan agi dan lagi dan lagi, erkkk)

Ini Chicken Club Tacos, ada grill chicken breast dalam tortilla. Siap ada nasi as side dish. Sedap ;)Sesuai untuk orang yang memang tak boleh kalau tak makan nasi satu hari.

Ini pula Chicken Quasedillas. Ada marinated chicken dalam tortilla. Lebih kurang macam Fajitas tapi yang ini dah siap dibubuh dalam tortilla.

Ini pula Classic Fajitas. Marinated chicken yang di grill juga. Lebih kurang macam Mushroom Jack Fajitas.

Tortilla dan beef tadi tu di sapu dan di makan dengan semua ni, iaitu krim masam yg putih tu, guacamole, pico de gallo dan cheese...

Macam biasa ice lemon tea untuk membasahkan tekak. Ia bottomless, boleh minum sampai kembung!
Bestla Chili's ni, tapi jangan selalu pergi nanti boring(alasan). Jangan percaya.
Notakakiku: Cuba teka berapa keping tortilla aku makan?(teka je, takda hadiah ye)
Published with Blogger-droid v2.0.1