Showing posts with label cerita dapur. Show all posts
Showing posts with label cerita dapur. Show all posts

February 24, 2013

Baby Mifzal demam

Assalamualaikum semua...

Dah dua hari hero last saya baby Mifzal demam. Biasalah ibu mana tak susah hati kalau anak demam. Haritu pun demam juga tapi sehari je, sejak saya sakit ni risau sangat kalau anak anak batuk atau demam. Tapi sentiasa berfikir positif yang ia hanya jangkitan virus. Baru ni masa gi check up, dia membesar dengan baik. Beratnya sudah 6.8kg dan tingginya sudah 62cm. Aduh mengah juga bila mendukung dia. Jika anak demam, sepatutnya kena banyak tuam air sejuk tapi anak anak saya kalau kena towel sejuk terus meraung raung menangis. Jadi hanya boleh letak koolfever yang lekat di dahi tu. Selebihnya mengharapkan suhu badan turun dengan ubat demam dan doa.


Dalam pada baby Mifzal demam, saya sempat buat puding ni petang tadi masa baby Mifzal tidur. Sebab senang je buat dia, mood masak masak dan buat kuih dah datang balik. Dekat sebulan haritu tak sentuh periuk kuali. Tu yang excited je nak ke dapur mencurahkan air tangan. Walau masak tak seberapa dan biasa biasa aja, tapi sambil masak tu baca zikir dan selawat moga moga orang tersayang dekat selalu di hati.





Puding ni puding roti kukus pandan. Ambil dari blog Ayu Citarasa Rinduan. Thanks Ayu, memang supersimple. Hidang masa minum petang tadi sekejap je dah licin:). Suka bebenor saya dengan resepi simple. Nak buat senang je, roti 10keping campur susu pekat manis 1/2 tin, air daun pandan 1 cawan, santan 200ml dan telur sebijik. Pastu kukuskan dalam 1/2 jam. Senangkan?

Esok dah kerja, memang dugaan mula bekerja di waktu anak tak sihat. Moga baby Mifzal cepat sembuh dan moga dia kuat walau tanpa saya di sisinya. Saya mahu kutip semangat baru. Selamat bekerja juga kawan kawan!

January 10, 2013

Resepi durian crepe

Assalamualaikum...:)

Saya pernah menulis satu entri tentang crepe suatu masa dulu. Ini menyebabkan ada beberapa atau mungkin ada 2, 3 orang yang ter klik entri itu sebab blog ini memang tidak selalu di muka depan enjin pencarian sebab tuan blog malas buat entri yang ada SEO eh betul ke apa saya merepek ni. Dan bila fenomena durian crepe telah melanda bumi ini, seluruh penduduk dunia yang hantu durian telah merasai kesedapan durian crepe ini. Masa dalam pantang haritu pun dah meroyan saya nak makan sehinggalah terhasil entri ini. Saya, antara yang terlambat merasainya dan malam tadi dengan gigihnya berjoget di  dapur semata mata kerana durian crepe.

Resepi durian crepe ni saya lihat banyak versi. Walau apa pun versi, yang dibuat sendiri dengan limpahan kasih sayang ,bersih  dan halalantoyyiba juga yang sedap kan...hihi. Bagi saya resepi yang mudah menjadi pilihan sebab walaupun tak banyak bahan diperlukan tetap menghasilkan rasa yang sedap.


Jadi dalam banyak banyak resepi durian crepe saya ambil satu resepi dari blog ummuhafiyya dan olah sedikit mengikut sesuka hati saya. Sedikit penderhakaan resepi telah berlaku.  Saya tak letak santan semua sebaliknya campurkan dengan susu sejat. Langkah paling penting ialah mengisar adunan setelah di adun untuk memastikan kita mendapat bancuhan yang halus dan crepe yang licin dan cantik. Satu lagi, pastikan anda menggunakan durian yang sedap dan berkualiti seperti D24 atau MusangKing supaya setiap gigitan crepe itu terasa nikmat tak terkata di lidah, cewahh:) Nak guna durian kampung pun boleh juga asal rasa dia segar dan sedap.

Oklah, mari kita tengok resepi ya. Saja saya kongsikan untuk rujukan sendiri juga bila nak buat lagi nanti.

Bahan-bahan crepe:
250gm tepung gandum
2 biji telur gred B
250ml santan
250ml susu sejat
1/2 sudu kecil garam
1 sudu mentega dicairkan
1 sudu kecil pewarna kuning lemon

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali santan, susu dan pewarna. Adun hingga sebati.
2. Masukkan santan dan susu sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlalu berketul. Setelah itu, masukkan pewarna dan gaul hingga rata.
3. Kisarkan adunan sehingga menjadi halus dan tapis ke dalam mangkuk.
4. Dengan menggunakan kuali "non-stick pan", letak sedikit minyak pada permulaan dan mulalah melempeng adunan. Untuk yang seterusnya tidak perlu letakkan minyak lagi. Pastikan anda menceduk adunan dalam kuantiti yang lebih kurang sama agar mendapat saiz crepe yang lebih kurang sama juga.

Bahan-bahan inti:
Durian secukupnya-saya guna Musang King
500ml  whipping cream (non dairy)-saya guna jenama Rich(ada tanda halal oleh Islamic Community of HCMC Vietnam)

Caranya:
1. Pukul whipping cream menggunakan mixer bermula dari kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan hingga mendapat tekstur krim yang padat dan gebu.
2. Asingkan durian dari bijinya dan di lecek sedikit.
3. Setelah itu, bentangkan crepe dan letakkan krim terlebih dahulu di bahagian tengah crepe.
4. Letakkan isi durian di atas crepe. Pastikan isi durian tidak terkena kulit crepe untuk memastikan durian tetap segar dan tidak masam.
5. Tutupkan isi durian dengan krim juga.
6. Lipatkan ia seperti bentuk bantal.


Oleh kerana dah berjoget sehingga pukul 1 pagi, saya dengan tidak sabarnya terus merasmikan durian cepe ni. Simpan kejap dalam freezer pastu terus ngapp. Adoyai, memang nikmat. Saya makan sampai 3 ketul pastu tidur. En suami yang stay up tengok Hindustan pun makan juga tapi dia makan satu ketul je sebab dia tak sanggup kumpul lemak banyak banyak. Bayangkan lemak dan kolesterol berapa banyak saya dah kumpul!Pagi ni pun sarapan durian crepe juga. Memang demam. Tapi suka, sebab ada kasih sayang dalam tu. Wakaka. Ok, nanti nak buat lagi.

January 10, 2012

Seni dan masterchef

Semua dah tahu kot. Saya (baca:perasan) Ezani menang Masterchef Malaysia yang pertama. Layak...memang layakla sangat. Tahniah buat Ezani. Dokter gigi yang pandai seni kulinari:-D

Jom kita terjah website ezani. Di sini dia berkongsi resepi resepi kegemarannya  dan masakan semasa beliau di masterchef..Her recipes will be my future reference la jawabnya..hihi:-)

Sebenarnya kan nak kongsi juga..ezani ni sister tu dr ezura...lactation counseller and my friend juga. Both of them memang pandai masak. Kalau tengok makanan yg dimasak meleleh air liur....dengan seni menghias makanan yang menarik..walaweh...drooools..heheheh:-*

As for me...kulinari bukan diri saya. Masak bolehlah tapi tang menghias makanan memang corot dan failed. Jadi chef untuk keluarga je la..

Pernah nak hias date cake dengan karamel konon bajet cun tapi tak cun langsung. Bak kata encik suami..masuk perut jadi sisa kumuhan juga!Hahaha...

So...saya memang tak seni. Pendidikan seni masa sekolah pun dapat C semedang.

Notakaki:Tengah menyiapkan sasaran kerja tahunan. Pening...Nasib CPD  point lepas...

Published with Blogger-droid v2.0.2

January 1, 2012

Donut sira sambal pedas manis dan cerita penceroboh






Tahun baru datang.Alhamdulillah masih bernafas. Saya sambut tahun baru malam tadi dengan tidur awal. Haha.

Sekarang di kampung encik suami.Selalu saya gelarkan Jerantut Paris.Hiks. Buat donut untuk dibawa pulang.Bajet menantu osem.Tapi bila sampai,suprise!!!!pak dan mak mentua tiada dirumah! Mereka ke Temerloh dan plan nak tidur di sana.Encik suami dah risau..saya pula kool,dalam hati tidur hotel kat bandar Jerantut la jawabnya...Tiba tiba encik suami terfikir nak tengok pintu sliding door yang jarang digunakan sebagai pintu keluar masuk tu dan rupanya sliding door tu tak berkunci!Itulah rezeki namanya,apalagi kami pun 'menceroboh' masuk. Kuikuikui...Macamanala PIL saya terlupa kunci sliding door.Nasib anak menantu sendiri yang ceroboh. Kalau mat pit yang masuk tak ke haru dibuatnya...

Jadi donut yang konon bajet cun ni x sempat dirasai oleh mak dan pak mentua saya sebab dah selamat di habiskan kami anak beranak dan adik ipar yang ikut sekali sebab rumah kosong takda makanan!Hehe..Ok,habis cerita rumah tak berkunci.Kali ini saya nak kongsi resepi donut tu.

Resepi doh  donut  ni sebenarnya resepi saya ambil dari Puan Norasikin Basri. Terima kasih kepada  Puan Norasikin..resepi yang mudah dan banyak tips tips yang berguna untuk orang amatur macam saya.Mudah sangat resepi ni dan lebih kurang je macam resepi yang pernah saya buat dalam entri ini sebelum ni.

Ok..jom kita zass resepi donut gebu tradisional ini.

Resepi asal:Norasikin Basri

Diolah:Ladysirna

Bahan2:

1kg tepung gandum

1 paket yis mauripan(11gm)

2 sudu besar susu pekat manis

550gm air bertapis(saya sukat lebih kurang 3 cawan)

1/2 cawan minyak masak

1/2 sudu teh garam

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Caranya:

1)Dalam satu bekas campurkan air bertapis, susu pekat dan garam. Kacau hingga larut.

2)Dalam bekas yang lain masukkan tepung dan yis. Gaulkan tepung dan yis hingga rata dan sekata.

3)Masukkan minyak ke dalam adunan tepung dan uli dengan tangan hingga tiada lagi butiran butiran kasar(ini langkah yang penting untuk pastikan donut kekal gebu)

4)Setelah itu,masukkan kesemua campuran air ke dalam campuran tepung dan uli dengan kelima lima hujung jari.Adunan akan melekit sedikit pd jari dan asingkan adunan yang melekat itu dengan sudu.Rehatkan adunan selama 15-20minit tanpa perlu ditutup.

5)Uli sekali lagi adunan setelah direhatkan selama 2-3 minit. Selepas itu canaikan atas papan pencanai dan cetak menggunakan acuan donut.Taburkan tepung pada alas pencetak supaya doh tidak melekat.Jika tiada acuan donut timbang doh setiap 50gm dan dibulatkan. Leperkan ia setebal 1cm dan gunakan penutup botol untuk membuat lubang ditengahnya.

6)Setelah doh dibentuk, rehatkan lagi adunan lebih kurang 1/2-1 jam supaya ia mengembang sekali ganda dan kemudian barulah digoreng keemasan.

7) Salutkan dengan sambal atau gula kastor.

8) Jika hendak letak coklat masakan macam big apple donut pun boleh!

Resepi sambal:

4 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

15 tangkai cili kering*

2 sudu air asam jawa

Garam

Gula

Minyak untuk menumis

Caranya:

Kisar bahan bertanda * dan tumiskan hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa,sedikit air dan garam. Kacau hingga sebati.

Masukkan gula dan gaul sebati hingga likat dan berkilat( gula perlu lebih sedikit berbanding kalau masak sambal tumis supaya sambal terasa manis dan teksturnya berkilat, disini saya tiada sukatan tepat hanya agak agak dan ikut sedap rasa)

Masukkan donut yang sudah digoreng ke dalam adunan sambal.

Mikael dan encik suami suka donut sira sambal pedas manis ni berbanding yang ada gula saja. Sebab tu buat 2 versi. Adunan doh di atas tu agak banyak dan saya ada simpan juga  sedikit as frozen. Bila bila rasa nak makan donut lagi boleh terus defrost dan goreng...

Oklah..panjang pulak entri kali ni. Entri pertama untuk 2012. Selamat bergembira bersama yang tersayang.

Published with Blogger-droid v2.0.2

December 17, 2011

Bila aku malas masak

Salam hujung minggu..;)

Bila aku malas masak lunch.

Inilah jadinya.

Makan pizza je kami untuk "teaner". Hikhik. Sukahati. Teaner = Tea time+Dinner

Sebab tak lunch ialah kerana seperiuk nasi lemak basmathi pagi tadi. Kenyang sampai ke petang!
Sungguh. Tinggi kalori. Hehe. Sesekali. Maaf tiada gambar nasi lemak. Tak sempat nak snap sebab dah kelaparan. Ala, nasi lemak je;)






Konon, buat thin crust pizza. Letak sosej je. Keju mesti mewah!Hehe. Cheese lover. Best.


Reason masak nasi lemak seperiuk sebab pergi kat tempat atas ni pagi tadi. Adhoc. Sebabnya teruna sulung ku Mikael demam dari malam tadi. Biasanya kalau anak-anak demam aku memang rendam dalam air. Bukan lama sangat. Memang sejuk tapi suhu badan cepat turun. InsyaAllah. Makan ubat juga. Ku beri Ibuprofen. Lebih minat ini dari Paracetamol.



Terlalu seronok mandi, tak banyak gambar diambil. Seronok. Balik ku bagi lagi ubat demam, dan petang ni syukur dah kebah. Alhamdulillah..

Sampai sini, selamat berhujung minggu;)

Notakakiku: Yeayy, aku cuti seminggu!



Published with Blogger-droid v2.0.1

November 11, 2011

Bawang bertanduk


Assalamualaikum....


Redup je cuaca harini..kat luar hujan rahmat dah turun membasahi bumi. Syukur lagi dengan nikmat usia diberi, masih bernafas lagi. Alhamdulillah....Oh ya, rata-rata harini semua orang bercakap pasal tarikh cantik 11.11.11. Cantik sungguh tarikh hari ni. Semua bayi yang lahir hari ini di Terengganu akan mempunyai IC yang menarik bermula dengan 111111-11-_____. Maha Besar Allah...Apapun, tak kirala tarikh bagaimana pun, yang penting dari hari ke hari kita mestilah sentiasa berfikiran positif dan mahukan hari ini lebih baik dari semalam. Dan paling penting sama-samala kita ingat mengingati yang dunia ini hanya tempat persinggahan sementara dan yang kekal abadi di akhirat sana..

Berbalik pada topik kat atas, balik dari kampung tempohari saya pun ingat nak masakla sikit daging yang di import khas dari Johor. Masuk je dapur ingat nak kupas bawang dan bahan-bahan bagai. Bila buka je almari tempat simpan bawang saya telah membuat satu penemuan luarbiasa , haha havoc je...Penemuan itu ialah...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'





Tu dia...bawang besar saya dah tumbuh tanduk!Nampak sangat dah lama saya tak ke dapur sampai bawang pun tumbuh tanduk. Sudahnya ditongsampah la perginya. kalau boleh tanam elok juga, eh boleh tumbuh ke ??

Itu jela nak share, hehe..tajuk kemain lagi kan...

Selamat hari Jumaat dan selamat beramal=) 

April 22, 2011

Donut sambal pedas manis

Salam semua...

Siapa suka makan donut?

Biasakan donut sambal ni jarang saya jumpa jual, maklumla sekarang kan banyak donut moden, yang manis-manis tu, remember my en hubby kan tak suka manis jadi hari minggu tu saya buat minum petang donut pedas. Donut sambal ni mengimbau kenangan masa zaman persekolahan saya. Makcik kantin tu selalu jual donut sambal, sedap sangat memang terbaek yang saya pernah makan. Makcik tu memang terror buat kuih.

Buat donut ni simple je, kali ni saya try resepi yang tak guna telur. Sedap juga, cuma bila dah keesokan hari keras sikit dah donut tu.

Dapat resepi dari blog ini, tapi ada sedikit perderhakaan resepi, hehe=).Anyway thanks lensa hidup.


Resepi donut sambal pedas manis

Resepi asal: Lensa Hidup
Diolah oleh: Ladysirna

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh dough softener
2 sudu teh yis kering
1/2 cawan mentega
1 cawan air
2 sudu makan susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
2/3 sudu teh gula

Cara-caranya:
1. Cairkan mentega, kemudian campurkan air, susu pekat, garam dan gula. Tutup api.
2. Dalam satu mangkuk, satukan tepung dan yis. Gaul rata. Masukkan dough softener.
3. Tambahkan campuran mentega tadi dan uli dengan tangan hingga tidak melekit. Jika melekit tambah sedikit tepung.
4. Cetakkan menjadi donut dan tunggu dalam 1/2 jam hingga adunan naik dan goreng hingga keperangan.

Bahan-bahan untuk sambal:

10 sudu besar cili kering yang sudah dikisar(terpulang kalau nak lebih sambal atau kurang)
Air
2 ulas bawang putih- ditumbuk
3 ulas bawang merah- ditumbuk
Garam-secukup rasa
Gula- secukup rasa(saya letak lebih sedikit untuk nampak sambal lebih berkilat)

Cara-caranya:
Tumis bawang hingga wangi, masukkan cili kering kisar, tumis sehingga benar-benar garing, tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Setelah mendapat sambal yang likat dan garing, masukkan donut yang telah digoreng tadi


Saja buat lebih sambal sebab saya memang obses sambal , memang pantang kalau makan sambal tapi kuah sambal sikit, tak nikmat rasanya, tu sampai nama blog pun sambal


Versi donut moden untuk Mikael dan Muaz

Hari ni dah hari jumaat, selamat bercuti kepada yang cuti dan saya ada event yang sangat happening hari Ahad ni iaitu Sarakids Open Day and Breastfeeding Gathering di Denai Alam Recreation Centre (DARC) Shah Alam Ingat tak saya ada cerita pasal event ni dalam entri yang lepas. Boleh zass ke blog Farah kalau nak tahu lebih lanjut pasal event ni. Terujanya nak ke sana nanti. Okey, selamat berhujung minggu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails