Selamat Hari Sabtu semua...ke mana korang harini?Saya tak kemana, duduk rumah rehat-rehat, relak-relaks dan yeay...
Masih rasa mengantuk sekarang ni sebab tidur lambat semalam. En hubby takda hari ni,pergi Janda Baik untuk cari port baik punya for school camping, so, mem besar rasa macam malas nak masak harini, nak buat donut jek..hehe..boleh?
Maharaja Lawak punya pasalla saya tidur lambat malam tadi, dan kerana Maharaja Lawak juga saya telah tersubscribe pakej Mustika, hehe...punyala saya
Awalnya kami ingat malas nak subscribe tapi mengenangkan yang kami tak mahu terlepas pecah perut maka malam tadi baru subscribe, satu jam sebelum rancangan baru kitaorang langgan tau. Sampai siap merayu kat Astro costumer service malam tadi supaya kami dapat tengok rancangan ni,sebab mula-mula dia cakap 24jam baru dapat tengok, dan kerana kesian dengan kami, 5 minit lepas hubby call terus dapat channel astro wana...yippie...
Memangla pecah perut gelak tak hengat lagi-lagi tengok Sepah, Jambu dengan Nabil. Dan malam tadi pun Alex sangat best! Boleh kata semua best ar kecuali ada la sorang dua yang tak berapa nak best tak termasuk yg dah terkeluar , sapa ek..hehe, tak mahu sebut sini nanti kena saman!
Tak rasa rugi la langgan sebab lawak diaorang memang klas...Sekarang ni dah 3 terkeluar, tinggallah Jozan, Jambu, Nabil, Jihan, Amir, Sepah, Balas, Alex dan Man..
Memang admire la kat diaorang ni...
Sepah tak pernah mengecewakan lagi setakat ni, paling kelakar lawak orang gila minggu pertama...sakit perut gelak..
Jambu ialah paling kreatif dan memang lain dari lain, minggu lepas punya lawak paling best saya rasa ...
Nabil pun lawak tak hengat, boleh pulak buat lalat jadi piano...kreatif betul...
Siapala yang bakal jadi juara kan, semuanya nampak memberi persaingan sihat, dan berusaha nak menghiburkan peminat masing-masing. Bukan senang nak buat orang gelak ni, memang la kena kerja keras..
Korang tengok tak?Siapa yang korang suka?Cer citer cer citer...
*pictures kredit to Astro.com*


