Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

November 24, 2011

Lambaian Ombak Rindu

Assalamualaikum...

Malam tadi tengah dok tengok-tengok bola team Harimau Muda lawan Syria tetiba terperasan ada tayangan istimewa filem "Ombak Rindu" lakonan mantap Maya Karin dan Aaron Aziz, apalagi terusla tanpa syak wasangkanya menontonnya, setengah jam je tayangannya, best bangat nampaknya cerita ni. Lagi yang buat saya bias, sebab Maya Karin, im in love with her gesture and acting. Aaron Aziz pun hero yang best!So lovely!!Dulu rasa pernah baca novel Ombak Rindu ni tapi zaman zaman muda remaja la, tak berapa nak ingat sangatla..tapi novel ni takdala dalam tangan mungkin pinjam kawan kot, tapi bila baca sinopsis cerita tu memang rasa penah baca dan memang ia novel yang best!

Saya amat tak sabar sangat nak tunggu movie ni. Walaupun saya bukan kaki wayang tapi cerita ni memanggil-manggil dan melambai lambai kepada saya untuk ditonton!ehcehwah, drama queen lagi...Sedikit tentang cerita ini yang diambil dari cik Wikipedia


"Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?




Cerita ini bakal ditayangkan 1 Disember ni, wah..lagi 5 hari, tak sabarnya saya nak pi tengok...Dan lepas ni nak pi cari balik novel ni kat kedai buku untuk kubaca, hehe...

#pictures kredit to google

March 26, 2011

Kenapa LadyGaga tak puas hati?

Salam dan bismillah...

Saya ni jarang nak tulis pasal artis. Saya akan tulis kalau 2 sebab je.

SUKA ATAU TAK SUKA



Sorila, kalau ada peminat LadyGaga yang baca sebab harini saya nak membebel pasal dia. Ini blog saya, so kalau tak suka, sila tekan pangkah disebelah kanan screen anda ye.

Bukan apa, bukanla saya ni anti LadyGaga, ada juga lagu2 dia yang best
Cuma tak berkenan la dengan stail dia tu...hm...tau jelakan...

Arini dalam Mstar online dia tak puas hati dengan Malaysia sebab sunting lagu dia..

Saya sokong lagu dia disunting...

Korang tengok jela lirik lagu "Born This Way" dia ni...

"'No matter gay, straight or bi, lesbian trans gendered life, you were born this way.' (Tidak kiralah sama ada gay, insan normal atau biseksual, lesbian atau kehidupan mak nyah, anda dilahirkan seperti itu).

Sentap tak?So, wajarla lirik itu disunting...budak kecik tak elok dengar okay...

Sebab lirik dia memangla tak sesuai dengan budaya ketimuran, dan norma kebiasaan manusia. Menci tau!

Nak tahu lebih lanjut boleh baca Mstar online ye....


*picture kredit to google*

June 18, 2010

Kerana Syafie Naswip

Salam dan bismillah...

Pagi2 masuk wad..jalan jalan tgk patients grossly...di cubicle 3 ternampak satu muka yang sangat familiar...

Eh,cam pernah nampakla..dia senyum sbb tgk wajah konpius saya..Tengok board kat atas katil...ohh...
Nama-Mohd Syafie Naswip
Umur-17.8 thn

*picture credit to google*

Sah!Artis filem Mukhsin dan Talentime tu..hehe,tak sangka plak masuk wad budak ni..Tengok dia, teringat Allahyarham Yasmin Ahmad, saya suka filem-filem arwah...Syafie ni pun pandai berlakon, nampak real je lakonan dia..
Ops,jangan susah hati,dia bukan kena demam denggi...dah discharge pun...dalam TV nampak tinggi berisi juga, rupanya kecit je budak ni..hehe..

 

May 23, 2010

Tiba-tiba minat kat Shahir Si Gigi Besi

Salam dan bismillah...

Saya jarang nak minat artis
Maknanya kalau minat tu ajaib la
Malam tadi tengok AF
Best plak budak Shahir ni nyanyi
Mendayu-dayu je, hehe, terus rasa minat..sigh
Rasanya aura dia keluar lambat sikit
Awal-awal dia menyanyi tak terasa sangat

Pagi-pagi lagi saya dah buka youtube cari video lagu ni
bestla lagu ni
Kebahagiaan dalam perpisahan

Layanla ya lagu ni..





Tahniah buat Shahir sebab menang
Suka Pak Nil cakap berlapik camtu ingatkan Shahir ni supaya tak lupa diri...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails