Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

March 8, 2012

Kurus tidak semesti sihat, jom amalkan gaya hidup sihat!

Saya memang spesies homosapiens yang kuat makan. Ada masa sebab nafsu juga tapi biasanya saya makan sebab lapar. Kawan yang baru kenal saya akan tanya yang saya ni 'sihat' ke tak?Sebab selain kuat makan saya juga makan paling laju. Orang lain baru habiskan nasi separuh saya sudah kenyang sepinggan. Jadinya sementara menunggu orang lain siap makan tanpa membazir masa saya kadangkala makan dessert atau kuih jika ada.  Itulah saya.

Sebenarnya selalu ada orang fikir saya ini belum berkahwin atau beranak. Kihkih. Bukan tujuan saya ujub riak tapi saya terfikir sisi mana yang mereka melihat saya. Nak kata muka babyface oh tidak sekali. Haha. Jadinya saya buat kesimpulan mereka hairan tengok saya kurus keding walau makan banyak. Ada juga kawan doktor yang fikir saya ada hyperthyroidism atau hormon thyroid berlebihan dalam badan. Saya juga fikir begitu. Sebab selain dari kuat makan saya juga kuat berpeluh. Itu juga simptom hyperthyroid. Tapi, berulangkali saya check fungsi thyroid saya dan berulangkali juga ia kembali sebagai normal. Nah..tak perlu risau sebab takda penyakit hyperthyroid.

Metabolisma tinggi. Saya salah seorang dari golongan ini. Ia bukan satu penyakit tapi ia adalah response badan terhadap persekitaran dan apa yang dimakan.Banyak makan banyak juga kalori dibakar. Hakikatnya saya kurang bersenam juga. Tentu anda fikir hidup mudah bila metabolisma tinggi. Tapi sebenarnya saya kadang kurang selesa kerana selalu berpeluh. Bayangkan bila saya exam dulu..habis kertas basah tak boleh tulis sebab peluh saya. Jenuh juga saya kena lap tangan selalu. Dan itu juga bukan alasan untuk saya tidak bersenam kerana bersenam tu sebenarnya untuk kesihatan jantung. Jadi lepas ni kenala bersenam lebih kerap supaya tak kena serangan jantung. Just remind myself and friends out there.

So..kurus tak semesti sihat kan dan orang yang sedikit berisi atau gemuk tak semesti tak sihat. Sekarang walau saya tak betul betul mengamalkan bersenam 3 kali seminggu, 1/2 jam setiap kali saya ada juga melakukan rutin lain seperti parking kereta jauh dari bangunan hospital. At least saya tak rasa bersalah sangat. Tapi mesti kena jalan laju laju supaya berpeluh sikit(in fact saya memang kuat berpeluh pun kan..). Haha. Nampak tak saya cuba menyedapkan hati sendiri? 3 bulan lepas, seorang pakar perubatan di tempat saya, berbadan kurus keding juga, meninggal dunia disebabkan heart attack, umur baru 30-an..Siapa sangka? Tiada siapa sangka pun. Jadi, ingin ingatkan diri sendiri juga. Umur saya pun bukan semakin kurang. Banyak makan walau tak gemuk bukan alasan untuk saya terus mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Tengah nak mengumpul motivasi supaya eat healthy and lead a healthy lifestyle. Saya mahu main dengan cucu juga! Saya mahu panjang umur tapi dalam keadaan sihat. Jadi, kenalah berusaha juga kan? Apapun, saya tetap percaya pada qada' dan qadar.

Ada pesakit diabetes dan perokok tegar pernah beritahu saya...Doktor, saya jaga makan pun, kurang manis pun, nak mati mati juga kan? Saya berhenti rokok pun, nak mati mati juga kan?
Betul...saya tak nafikan. Memang betul . Allah boleh cabut nyawa kita bila bila Dia kehendaki. Tapi takkan kita hanya pasrah dan berserah sedang kita dianjur berusaha oleh Allah. Jadi, jom, amalkan cara hidup sihat...;-)

P/s: Duduk depan PC lama lama pun tak elok. Sesekali bangun dan regangkan badan dan berjalan jalan sikit. Mata dan badan kita juga perlu rehat.

Published with Blogger-droid v2.0.4

May 12, 2010

Cik Chole

Salam dan bismillah...

Selamat pagi semua...=)
"
"
"
"
"
Mulakan hari dengan senyuman...

Dah sarapan?Bekfas apa uols arini?Saya bekfas roti ngan kaya plus susu Anmum. Kat Malaysia ni common la kan kalau bekfas nasi lemak, roti canai, mee goreng, kalau dok pantai timo lagi la, pagi-pagi dah ada jual nasi berlauk, siap de nasi dagang--kalu makan mengantuk sampai tengahari tak boleh nak bukak mata. So, basically makanan kat Mesia ni memang susah le nak elak dari penuh ngan Cik Chole.

Sapa plak Cik Chole ni? Miss World? Miss Peagant? Ke, miserable?Cik Chole a.k.a Cholesterol

Saya bukan apa...saya dapat email dari MIMS.com(ini ialah nama website ubat-ubatan yang dokte2 selalu rujuk), tajuknya lebih kurang gini yg dah saya translatekan :

DOKTOR GAGAL MENGAWAL KOLESTEROL PESAKIT...LEBIH-LEBIH LAGI PESAKIT JANTUNG

Apesal dokte yang ko persalahkan wahai cik MIMS?

Kolesterol tinggi dalam darah memang the very the common dalam kita punya komuniti. Uols ingat sapa yang selalu de high cholesterol ni? Korang yang kurus-kurus tu jangan ingat kolesterol tinggi ni penyakit orang demuks je taw. Penyakit tinggi kolesterol ni lebih glemer dengan nama hypercholesterolemia. Pernah tak dengar kolesterol baik dan jahat? Kolesterol baik dikenali sebagai HDL-C dan kolesterol jahat kesian tak pepasal kena tuduh jahat dikenali sebagai LDL-C. So, maknanya kolesterol bukanlah musuh dalam badan kita. Semua orang mempunyai kolesterol, cuma tinggi atau tidak. Kita tetap perlukannya sebab ia penting untuk pelbagai fungsi dan metabolisma dalam badan tapi dalam kuantiti sederhana---diulang SEDERHANA.  Kolesterol tinggi lebih merujuk kepada LDL-C. Ia boleh menyerang sesiapa saja, termasukla penulis belog ini.

Pentingnya kita mengawal kolesterol ni sebab dia ni sahabat baik yang selalu berjimba-jimba dengan atherosclerosis(salur darah tersumbat). Siapa pula atherosclerosis ni? Dia ni mak kandung kepada penyakit-penyakit seperti heart ischemia and infarction(serangan jantung), stroke(angin ahmar) dan peripheral vascular disease(gangrene dsb). Penyakit ini especially heart attack juga lebih dikenali dikalangan masyarakat sebagai penyakit orang kaya. Orang-orang kaya diluar sana jangan marah ye, ini bukan saya cakap, orang lain cakap...hihihi. Tapi orang tak kaya pun boleh kena...sebab macam saya bgtau tadi sesiapa pun boleh kena.

Alamak, camna nak kurangkan kolesterol jahat ni? Nak kena makan ubat ke? Ubat memang kena makan, tapi, ubat diberi biasanya kepada orang yang high risk(pernah dapat serangan jantung atau stroke) dan orang yang kolesterolnya tak turun-turun degil sgt setelah mengamalkan diet yang betul. So, diet yang betul ialah satu cara untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.

Macamana nak elakkan kolesterol dalam makanan? Kebanyakkan makanan especially dari haiwan dan produk-produk tenusunya memang ada kolesterol. So, memang susah nak elak sebenarnya. Cuma, kena bijak. Jangan makan melebihi apa yang sepatutnya. Berpada-pada. Dan, ada beberapa makanan juga yang terkenal sebagai makanan menurunkan kolesterol seperti oat,ikan(mackerel, salmon),kekacang dan soya. Saya takkan elaborate panjang, kalu nak tau lagi makanan apa yang boleh kurangkan kolesterol silala tanya Encik Google ya kawan-kawan. So, semuanya terpulang kepada kita, kalau rajin amalkan insyaAllah kurangla kolesterolnya tu....Jangan lupa juga, check kolesterol korang sekarang kalau tak pernah check. Puasa dulu ya malam sebelumnya, jangan main terjah je klinik nak check kolesterol tapi tak puasa.

*En Hubby pesan kat saya semalam...
masak lemak lemak ni seminggu sekali je, buat sup-sup, masak bening, tomyam, bakar-bakar...
umur kita dah makin lanjut, kena mula makan yang sihat-sihat, kurangkan minyak dan lemak
Ok bos!*



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails