Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

January 8, 2013

Sesi bersama Mikael

Assalamualaikum semua...:)




Suka bukan main. Wajah gembira Mikael.  Ceritanya begini. Bawa Mikael ke pasar malam haritu. Biasalah nama je pasar malam tapi kami pergi petang lepas Asar. Masa pusing pusing tu seperti biasa ramai la peniaga yang menjual permainan kanak kanak ni kan. Jadi, bila pergi pasar malam bawa duit RM 10 memang tak cukup. Kesimpulannya, jangan bawa anak pergi pasar malam selalu supaya wallet anda tidak cepat nipis. Bahaha...



Dalam banyak banyak permainan, jigsaw puzzle yang dipilihnya. Adoyai anak, ini puzzle orang tua macam mama pun pening nak main. Masa beli ni dah terdetik dalam hati habislah jawabnya mama yang kena main dengan Mikael. Dahla puzzle ni kecik kecik. Balik rumah tak sempat nak makan dah sibuk nak main. Mujur dengar cakap dan setuju untuk main esok. Punyalah teruja.

Seperti yang di jangka, esoknya lepas je sarapan terus di ajaknya saya main puzzle. Tak sabar dah. Sebenarnya saya pun seronok sebab main puzzle ni boleh uji ketajaman mata dan kesabaran jiwa. Hihi. Jadi, untuk permulaan saya pilihkan Mikael satu persatu puzzle tu dan suruh dia letak sendiri mengikut yang dia rasa padan. Letihla juga menunggu dia mencari padanan yang betul. Dekat satu jam nak bagi habis. Saya pun pening mabuk laut.

Dah hampir nak siap.  Memang budak penyabar. Saya pula yang letih  menolong dia.


Bila Mikael dah buntu sangat dan tak jumpa padanan yang betul, sayalah yang tolong dia. Mula mula main, memang saya banyak tunjuk, tapi lepas 2 3 kali main, dia dah tahu dan cepat je buat.



Dah siap. Ben10. Kesukaan dia. Punyalah lama melayan dia main. Tu pun ada berhenti kejap kejap sebab menyusukan baby Mifzal. Lain kali kena beli jigsaw puzzle yang besar sikit supaya tak penat nak mencantumnya. Haha. Lesson to learn for mama.

November 29, 2012

Menyentuh hati anak

Nakal juga anak kau ni.

Jika seseorang katakan begitu pada anak kita mungkin ada yang sentap kan?Betulla tu,  tak dinafikan mak ayah akan lebih dulu melenting jika anak dikatakan nakal.

Boleh tahan anak kau ni. Bertuah!!

Macam ni ok ke?Ye, macam ni bagus. Berbasa basi sikit. Kata kata tu kan ibarat doa. Kalau orang lain cakap begitu pada anak kita dan kita tak suka, maka, janganlah sekali kali kita pula sendiri cakap yang anak kita nakal.

Kanak kanak yang suka berlari, panjat memanjat, koyakkan kertas, bergomol, kacau adik ialah seorang kanak kanak normal. Itulah lumrah kanak kanak, mereka belajar dan meneroka dunia dengan bermain. Kadang kelakuan mereka ditafsirkan nakal bagi sesetengah orang. Saya sendiri sering mengeluh bila rumah yang sudah siap di kemas dicacamarbakan kembali oleh si kecil. Lumrah ada anak kecil kan. Pernah juga rasa mahu menangis apabila barang berharga kita di rosakkan oleh si anak. Tapi, kadang kecuaian itu datang dari diri sendiri juga, jadi marahkan si kecil ahli syurga itu akan lebih mengeraskan hati kita. Dah tahu anak itu   sangat aktif, pandai pandailah kita menjaga harta benda kita. Heheh..pengalaman lalu cukup mengajar saya. 

Saya tak nafikan menjadi seorang ibu bekerjaya dan mempunyai 2 anak lelaki yang aktif, dan kini 2 sudah menjadi 3 memang lelah. Seringkali saya mengimpikan untuk menjadi ibu hebat. Walau kadang emosi tak terkawal dek perangai si anak. Saya masih cuba dan belajar. Sentiasa cuba membaiki kesilapan. Pada saya, walau apa pun alasan kita, anak anak perlu disentuh hatinya dengan kelembutan dan kasih sayang. Semakin kita keras, semakin kita marah dan semakin kita berfikiran negatif, selagi itulah anak kita takkan menjadi seperti yang kita mahukan. Menjadi seorang ibu kedengaran mudah, hakikatnya tak semudah yang di fikirkan. Anak itu amanah Allah. Suci dan bersih. Ibu bapa yang mencorakkan mereka. Tiada ibubapa yang mahukan anak bersikap negatif mahupun nakal, tapi ibubapa sendiri perlu mengubah sikap, berfikiran positif dan paling penting mendoakan kebaikan serta positif dan lemah lembut dalam percakapan. Saya juga sedang berusaha ke arah itu. Tiada manusia yang sempurna, tapi kita boleh mencari kesempurnaan itu. Senyumlah kepada anak, sapu ubun ubun mereka, jika punyai masa bermainlah dengan mereka. Peluklah mereka setiap hari sebanyak yang mungkin. 

Saya suka sekali dengan satu parenting qoute ini:


“If I had my had my child to raise over again:
I’d build self-esteem first and the house later
I’d finger paint more and point the finger less
I would do less correcting and more connecting
I’d take my eyes off my watch and watch with my eyes
I would care to know less and know to care more
I’d take more hikes and fly more kites
I’d stop playing serious and seriously play
I would run through more fields and gaze at more stars
I’d do more hugging and less tugging
I’d see the oak tree in the acorn more often
I would be firm less often and affirm much more
I’d model less about the love of power
And more about the power of love.
~ Diane Loomans


February 10, 2012

Terlalu melindungi

Salam  semua:-D

Mungkin  ada kawan  yang pernah baca entri  saya tentang  Mikael jatuh motor haritu kan.

Serius. Rasa scary seriau tengok dahi dia yang benjol sebesar telur gred C tu. Sebagai  ibu tentulah saya risau  dan cemas. Dan kadangkala  jadi overprotective. Tapi berbekalkan ilmu perubatan yang saya ada saya cuba menenangkan hati yang rungsing dan jiwa yang kacau. Saya cuba untuk tidak  nampak panik walau dalam hati saya gelora besar sedang melambung!Perasaan yang  cukup bercampur baur antara  geram,sedih,marah dan risau!Tapi siapa saya untuk menolak  takdir Allah. Kun Fa Ya Kun. Saya berdebar debar. Selepas nampak saja benjol yang besar itu saya tidak berfikir panjang .Saya baringkan Mikael di pangkuan dan cuba menenangkannya kerana dia juga nampak agak cemas. Segera saya menyuruh adik ipar mengambil botol sos tiram yang sudah kosong untuk di isi air panas. Iya,ada orang guna ais tapi pada saya untuk benjol fresh lebih elok guna air panas yang dibalut towel. Tapi jaga jaga pastikan jangan terlalu lama di tuam dan jangan direct tuam tanpa sebarang balutan takut kulit melecet! Selepas di tuam memang akan nampak saja benjol sedikit berkurang. Keesokan harinya baru saya mula tuam dengan ais. Boleh kata sampai 4 hari selepas kejadian saya masih tuam dengan ais supaya benjol mengecut.

Ada orang tanya saya...tak buat x-ray ke?Ada fracture ke? Internal bleeding? Saya senyum dan kata tidak. Pada saya tak perlu sebab Mikael tidak menunjukkan sebarang  tanda yang dia tidak normal. Dia siap berselera makan selepas jatuh.

Semalam baru kawan saya bercerita tentang seorang kenalannya yang cukup overprotective. Kisahnya anaknya terjatuh juga. Sudah dibawa jumpa pakar kanak kanak dan x-ray dilakukan tapi semua normal. Doktor pakar juga kata anaknya ok. Cuma kena perhatikan kalau kalau anak itu mempunyai sebarang tanda tanda seperti loya loya, muntah, kabur penglihatan, sakit kepala yang berpanjangan, lemah atau kebas anggota badan atau anak berkelakuan pelik/abnormal behaviour. Kisahnya, dalam perjalanan pulang dari hospital si ibu kepada anak tadi terlalu risau dan asyik bertanya kepada anaknya samada mahu rasa muntah tak pening tak...Jadi kanak kanak yang mula mula ni jawab takda terus jawab ya, dia rasa sedikit loya setelah ibu bertanya berkali kali. Saya faham risaunya ibu itu. Saya mengerti gelora hatinya. Bila dia dengar saja anaknya sebut loya terus dia berpatah balik ke hospital dan request supaya dijalankan imbasan kepala atau CT scan brain. CT scan pun dibuat. Keputusannya normal. Lega hati si ibu. Tapi tanpa sedar kanak kanak itu telah teredah kepada radiasi yang banyak. Dan itu tidak baik untuk dirinya kerana dia masih kecil. Dia telah terdedah kepada risiko mendapat kanser bila dia dewasa kelak.

Overprotective. Terlalu melindungi. Semua ibu bapa lazimnya begitu. Ada masa perlu. Ada masa jangan terlalu begitu. Sama juga bila anak demam, batuk tidak semestinya perlu antibiotik. Bukan bermaksud buat tak kisah. Demam panas mesti makan ubat, sponging(basahkan badan dan kepala dengan kain basah) dan mandikan anak dengan kerap. Jangan bungkus dengan selimut. Lagi tinggi suhu badan lagi tinggi juga risiko sawan atau tarik. Jangan tak bawa jumpa doktor pula, itu namanya mengabaikan melainkan anda ialah seorang doktor dan yakin boleh rawat sendiri. Anak saya sendiri kalau saya lihat terlampau teruk saya juga tidak yakin merawatnya sendiri. Saya bingung dan bawa jumpa doktor atau pakar kanak kanak lain. Macam dulu saya ada seorang pembantu rumah yang terkena penyakit Tuberculosis(TB). Dihantar pulang secepat mungkin setelah saya ketahuinya. Tak lama lepas itu Mikael batuk berpanjangan dan tak baik walau diberi antibiotik. Saya bimbang. Lantas saya bawa ke pakar Pediatrik dan x-ray dada dibuat. Paru paru dia clear. Tiada tanda TB. Mantoux test(ujian memasukkan antigen Tuberkulin untuk melihat jangkitan TB yang lepas) juga negatif. Syukur saya lega. Tapi tanpa sedar saya sudah dedahkan Mikael dengan radiasi. Tapi, apa boleh saya buat? Saya teramat risau Mikael terkena TB. Tapi saya rasakan waktu itu justifikasi saya tepat sebab pembantu rumah saya ada direct contact dengan Mikael. Dan Mikael juga ada simptom batuk. Jadi sifat terlalu melindungi saya pada waktu itu memang perlu.

Tujuan entri ini bukan hendak menakutkan atau menafikan yang terlalu melindungi itu tidak bagus. Ia perlu pada masa tertentu tapi jangan terlampau. Dan ia tidak boleh diguna pakai buat ibu bapa yang mempunyai anak istimewa/ pramatang sebab anak anak sebegini memang perlu special attention dan perhatian yang lebih. Betul tak mama2q? Kita perlu overprotective kepada kanak kanak begini sebab mereka ini lebih fragile dan mudah terdedah kepada segala bahaya.

Konklusi? Pengalaman?Tinggal dalam kotak komen ya!

January 20, 2012

Anak anak tekno

Zaman teknologi.

Serbi serbi pantas, cepat, mudah dan senang yang kita mahu. Semuanya di hujung jari. Dail no saja, cakap sikit sikit sampaila McD depan pintu rumah setengah jam kemudian. Mudah kan hidup?

Dulu dulu orang nak cari makan pun susah. Masuk hutan bagai, gali tanah cari ubi untuk sumber kanji.

Sekarang ni semua senang sedia ada, asal ada duit hulur saja dah dapat barang yang diingini.

Samalah macam budak budak zaman sekarang, kecik kecik dah pandai ifon la, ai pad la, touch screen  kat smart phone tu jadi macam 'batu seremban' kegemaran. Itu belum pasal laptop, boleh kata dah masterla. Dah takda main baling selipar, galah panjang, dan dulu masa saya kecil selalu main jambatan merah sudah roboh. Haha..indahkan zaman kanak-kanak.Tak perlu teknologi.

Wah, kemain lain luahan perasaan. Eceh..

Sebenarnya nak cerita tentang Mikael anak sulung saya yang sekarang pandai minta macam macam. Lagi lagi lepas masuk playschool ni makin betah bercakap.

Ada satu malam tu minta belikan aircond dibilik dia. Mama, abang nak beli aircond....Di rumah saya hanya bilik saya ada aircond. Itupun jarang guna kecuali musim panas. Sejak Mikael school kami berjaya asingkan dia di biliknya sendiri. Dalam hati saya, eh, pandai pulak budak ni cakap nak beli aircond. Saya tanya dia, abang ada duit? Geleng. Diam. Pakai duit mama lah....hihi, dah agak dia akan cakap gitu. Kenapa nak aircond? Abang panas la, kipas tak cukup...Oklah, nanti mama ada duit lebih sikit mama beli ok. Dan, saya sudah berjanji padanya tanpa sedar. Janji kena tepati kan, nasib saya cakap kalau ada duit lebih sikit. Jadi bolehlah saya tangguh lagi permintaan dia.

Itu kisah pertama. Ada satu hari, encik suami bawa Mikael ke Jalan Pudu untuk cari barang sikit. Agaknya dia ternampak banyak kedai kedai jual playstation. Balik rumah, terus cakap kat saya. Mama, nanti belikan abang game ye, yang besar besar tu bole tekan tekan, sambil gayakan tangan dia dua dua belah. Saya fahamlah dia maksudkan playstation sebab dia pernah nampak playstation di rumah abang saya. Jawapan sama saya bagi, tapi saya kata tengok dulu ya abang, duit mama belum cukup ni. Hihi.Balik balik alasan sama. Haishhh....request dia semua boleh tahan dan masuk akal juga. Nasib dia tak request mac book ke,i pad ke...Botak kepala mama nak...


Pada saya kenalkan dan ajar anak teknologi ni perlu dengan keadaan semasa sekarang. Cumanya, kita kena pantau dan hadkan penggunaannya. Anak anak masih perlu diajar perkara semulajadi macam mak ayah kita ajar kita dulu, pergi tengok haiwan kat zoo, main main kat taman permainan , main masak masak atau paling senang main aci sembunyi. Seronok juga buat perkara yang tak perlu guna gajet canggih pun.  Malah, saya rasa ia lebih seronok. Minda anak anak pun boleh terbuka luas.


Tadi baru je selesai sambutan cny kat school dia. Nantila saya upload gambar kalau sempat. Lepas ni kami sama sama bercuti panjang. InsyaAllah blog tak cuti ye cuma mungkin kalau balik kampung broadband tidaklah laju macam F1. Jadi, mungkin kurang buat kunjungan ke rumah anda semua. Pst, kadang saya berkunjung melalui phone je cuma mungkin susah tinggal komen ye.

Ok, selamat bercuti dan semai kasih sayang dengan keluarga. Babai!




January 12, 2012

Muaz di nurseri baru dan suara serak

Dah 4 hari adik Muaz di nursery baru. Dari 4 hari itu, ada satu hari saja dia tidak menangis dan memeluk erat saya sewaktu diserahkan pada cikgu di nurseri. Sebabnya dia sedang tidur. Dan setiap kali dia menangis itu jugalah saya terus bimbang...bimbang kalau dia terus terusan menangis. Hari pertama saya hantar dia, saya juga turut menangis sendirian dalam kereta sewaktu ke tempat kerja dan terfikir patutkah saya hanya menjadi surirumah dan menjaga anak dengan tangan sendiri?Ah, tapi itu perasaan sahaja. Dua hari lepas saya memang perasan yang suara dia sedikit serak. Mungkin terlalu banyak menangis di nursery sampai serak suara.

Muaz memang lain dari abangnya Mikael. Nampak sedikit independant tapi dia sangat manja. Kuat menangis. Mungkin sebab dia tak pernah tinggal di nurseri sebelum ni. Tak pernah duduk dengan ramai kanak kanak lain dan paling penting tak pernah berbahagi kasih kecuali dengan abangnya. Di nursery faham sajalah, kanak kanak yang ramai berbelas orang, semua ingin dibelai dan diberi perhatian. Muaz memang suka perhatian. Sejujurnya jika di rumah saya hanya boleh bernafas lega setelah dia tidur. Jika saya di rumah dan babanya tiada pasti dia akan mengekor saja ke mana saya pergi hatta ke bilik air.  Tak seperti Mikael yang lebih suka leka bermain 'angry bird' atau menonton 'Oso Special'. Dia masih menyusu, dan tarikan itu yang menyebabkan saya diekorinya ke mana sahaja. Tak saya nafikan dia memang lebih mahukan perhatian, gerak dan bau mamanya. Walau saya sedang makan, kalau dia mahu menyusu akan ditolak-tolaknya badan saya. Sekarang di nurseri saya bekalkan juga susu formula. Muaz sudah tak mahu minum susu perahan. Susu perahan sudah semacam loya ditekaknya. Dia tetap gemarkan susu segar dari mamanya. Cikgu kata, susu formula yang baru 4 hari dikenalkan tu pun tak diminum sangat. Paling banyak diminum 3 auns. Lebih banyak minum air kosong. Risau juga tak cukup zat. Tapi balik saja rumah saya memang terus susukan dia.

Waktu ambil dia, dari jauh dia dah melihat kelibat saya dan menjerit jerit sebut mama sambil depa tangan. Saya harap dia kan lebih biasa di 'rumah' barunya ini. Kasihan Muaz, mama kerja mencari rezeki ya. Sebenarnya, saya ada satu impian, menjadi surirumah sepenuh masa walau kerja surirumah itu bukan semudah A, B, C. Bak kata Cik Betty, surirumah pun busy tau. Tapi surirumah boleh lihat anak selalu membesar depan mata. Penat pun bukan orang lain yang jaga anak kita.

Tapi impian itu mungkin hanya impian kot..mana mungkin jadi kenyataan...tapi who knows one day kalau saya dah kaya(baca: perasan). Hahaha...

Doa saya Muaz boleh sesuaikan diri lagi dengan keadaan baru ni. Saya tak sanggup lihat dia nangis hari hari sampai serak suara. 

January 3, 2012

Selamat bersekolah abang!

Salam semua..

Dah terperap lama sebenarnya entri ini. baru hari ini sempat di publish. Tentang Mikael. Dua minggu lepas sibuk dengan orientasi Mikael di tadika barunya.

Hari pertama bukan main bersemangat dia. Tapi mamanya lebih bersemangat. Bangun awal nak siapkan sarapan dan baju Mikael. Mikael siap bangun lambat lagi tapi bila dah bangun tak sabar terus nak ke school katanya. Saya dan encik suami turut 'berorientasi' temankan dia. jadi hari pertama tak nangislah sebaba mama dan baba temankan dia.


Malu malu lagi. Ini hari pertama orientasi. Belum pakai uniform sebab baru dapat. Rambut pun panjang belum potong.


Pakai tag nama supaya semua guru kenal dia. Tengok tu senyum simpul malu kucing.


Tengah dalam bulatan untuk menyanyi  nyanyi. Tapi Mikael sungguhla refused untuk singing. Memang dia sangat la pemalu.


Cat tangan untuk buat cop mohor. hehe.


Ini hari ke dua. Pakai T-shirt yang baru dapat. Seronok dapat buat topi angry bird. 


Muaz pun tak mahu kalah, nak juga. Walaupun Muaz belum nak masuk tadika lagi tapi dia nampak lagi bersemangat dan friendly.


Ini masa minum pagi. Hari ke 2 juga. Masuk hari ke 3 saya cuba tak teman dia. Cikgu kata Mikael menangis cari mama. Tapi sekejap je pastu dia ok. Cikgu kata boleh je dia singing masa saya takda. balik rumah pun siap ulang ulang lagu Twinkle twinkle little star walau banyak salah dan tunggang terbalik. Takpalah, beri dia masa. Umur pun baru 4 tahun. Biar dia meneroka lagi dunia baru persekolahan dia.

Esok, bermulalah sesi pertama dia. Risau juga ni. Harapnya dia dapat la sesuaikan diri.

Notakakiku: Tak pernah masuk tadika, terus loncat darjah satu. Melalak juga hari pertama sekolah....



Published with Blogger-droid v2.0.1

November 9, 2011

Tadika Aman Ceria

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..cuaca ceria je harini, syukur atas nikmat umur dan masa yang diberi oleh Allah..Sempatlah mendobi sampai 3 cycle tadi, sampai penuh ampaian baju tu. Kami semua baru balik dari kampung malam tadi so hari ni spring cleaning of the house and clothes. Nasib baik cuti lagi harini..yeayyy...Baju  baju kotor busyuk masham mak aii punyala banyak kumpul dari kampung...mesin basuh kat rumah mak saya rosak dek kerana cik Ti kawan baik si Angelina Ballerina. Masa rumah tu kosong cik Ti telah membut projek menggigit wayar mesin basuh dengan hebatnya sampai rosak dibuatnya. Punya kebulurnya cik Ti ni sampai wayar mesin basuh pun dia bedal sekali...kuikui...Actually boleh je tumpang mendobi kat rumah abang saya tapi malassh nak mengangkut baju baju tu,  Basuh tangan lagila, baju kurung yang baru-baru dan tudung je saya basuh tangan,yang lain tak larat la hai...

Selesai aktiviti  cuci cuci kami pergi ke Tadika Aman Ceria. Kami register Mikael untuk next year session. Mikael tahun depan dah masuk 4 tahun. Saya dan en hubby actually dah lama survey tentang tadika ni.Ada juga survey beberapa preschool, kindergarten dan montessori macam Smart Reader, Q Dees, Kumon dn adala beberapa yang lain- lain(punyala banyak benor preschool sekarang, zaman saya kecik dulu tak pegi pun preschool terus masuk darjah 1, hai untung anak-anak zaman sekarang kan). Jadi setelah ditimbangtara dan discuss dari hati ke hati dengan hubby kami pun sepakat hantar Mikael ke TAC.

Apa yang membuat kami terpikat dengan TAC sebab suasana pembelajarannya dan modul playschool yang tidakla terlalu akademik. Yela pada saya kalau terlalu "skema" and banyak homework pun untuk permulaan not very good for Mikael. Yelah, dia kan baru nak belajar. Nanti pressure pulak and takut ada inferiority complex. Susah juga tu.

Satu lagi yang membuat kami memilih TAC setelah mendapat feedback yang sangat baik dari parents lain dan melihat sendiri murid yang berasal dari TAC, maklumlah my hubby kan teacher so ramai anak murid dia yang intellligent came from this school. Hehe, so ambik berkatla kata orang, itulah bias namanya. Hopefully Mikael bolehla adapt nanti dengan pembelajaran di situ.


Sedikit info tentang Tadika Aman Ceria

*Sejarah: Bermula sejak tahun 1983 bermakna sudah berpengalaman lebih 28 tahun. Lama kan...
*Visi: "Building Tomorrows' Leader Today"

What Aman Ceria means to Parents
  
Aman Ceria provides an all round education to enhance individual strength
Montessori and Multiple Intelligence concepts to facilitate effective learning 
Accelerated Brain-based learning to enhance memory skills.
Nurture your child's self-esteem, confidence and  independence    
  
Character education to foster positive social  values and good citizenship
Environment that is safe and supports your child's overall development 
Respect your child as an individual and prepares him/her for Primary School Integrated and holistic curriculum to  instill  a  'Lifelong Love Of  Learning'   
Achieve excellence in Childhood Education and Child-Care Solution! 

Apa yang boleh saya simpulkan, this kindegarten almost fulfill the educational and functional needs of the toddlers and children like Mikael. Nak beri seboleh-bolehnya yang terbaik untuk zuriat kami, InsyaAllah....

Cuma ada satu yang merisaukan saya, Mikael sekarang masih saya toilet train kan...dia belum betul-betul free diaper lagi, kalau setakat air kecil tu boleh la, tapi bab yang besar tu payah sikit dia nak nyahkan spontaneously. So, memang dia tak pakai diaper dah waktu siang kecuali untuk hajat besar dia:P. Malam memang wajib pakai...huhu, saya taknak paksa dia sangat takut nanti dia pun pressure...

p/s: siapa yang ada pengalaman pertama kali hantar anak ke kindergarten bolehla share dengan saya....











June 7, 2010

Pakai tangan pun boleh

Salam dan bismillah...

Teknik Marmet kalau kena gaya memang berkesan! 
Inilah hasil perahan selama 10 minit menggunakan tangan sahaja...So, lepas ni kalau pam rosak or ada problem no more worries..Tangan kan ada!


Alhamdulillah dapat 3oz..okla tu kan untuk orang yang baru berlatih macam saya
Happy breastfeeding!

How to Manually Express Breastmilk - The Marmet Technique


Draining the Milk Reservoirs

1. Position the thumb (above the nipple) and first two fingers (below the nipple) about 1” to 1–1/2” from the nipple, though not necessarily at the outer edges of the areola. Use this measurement as a guide, since breasts and areolas vary in size from one woman to another. Be sure the hand forms the letter “C” and the finger pads are at 6 and 12 o’clock in line with the nipple. Note the fingers are positioned so that the milk reservoirs lie beneath them.

• Avoid cupping the breast
2. Push straight into the chest wall

• Avoid spreading the fingers apart.
• For large breasts, first lift and then push into the chest wall

3. Roll thumb and fingers forward at the same time. This rolling motion compresses and empties milk reservoirs without injuring sensitive breast tissue.
Note the position of thumb and fingernails during the finish roll as shown in the illustration.

4. Repeat rhythmically to completely drain reservoirs.
• Position, push, roll...
• Position, push, roll...

5. Rotate the thumb and fingers to milk other reservoirs, using both hands on each breast.
 Avoid These Motions

1. Do not squeeze the breast, as this can cause bruising.

2. Sliding hands over the breast may cause painful skin burns.

3. Avoid pulling the nipple which may result in tissue damage.




Marmet Technique copyright 1978, revised 1979, 1981 and 1988. Used with permission of Chele Marmet and the Lactation Institute, 1616 Ventura Blvd., Suite 223, Encino, California 91436

info credit to: medela.com



May 7, 2010

Lets learn an infant massage!

Salam dan bismillah....

I just learn about an infant massage. Haha...don't yell at me k, dah anak 2  baru sibuk nak belajar...At list i'm still not too late. Before ni pernah juga massage masa Mikael baby dulu tapi tak pernah belajar proper technique. I found this interesting video from youtube. It teach you the correct technique on how to massage a baby from head to toe. Massage can help to remove excess gaseous in baby's belly, promote growth and help your baby to be calm and sleep well at night. I've done this to baby Muaz last night..dia tidur selena-lenanya sampai pagi ni walaupun mula2 lepas  je siap massage dia macam cranky sikit mungkin sebab rasa panas sebab saya pakai minyak Yu Yi(yg tu utk perut), bahagian body yg lain saya guna Johnson's baby oil.

Should you not miss watching this video kay...






Selamat mencuba k..

P/S: Mommies yang superb sekalian, uols ada different method of massage x? Bolehla share kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails