Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

March 1, 2013

Contest Kacamata PapaMifz.com

Assalamualaikum..

Terima kasih PapaMifz buat contest sebegini...Katanya yang pertama kali ye, oklah tu dari saya yang tak pernah buat contest bajet belum mencukupi, hihi..nak harap sponsor memang takdalah orang nak sponsor blog picisan ni, huhu..

Oklah PapaMifz....Cerita kacamata saya bermula di sini. Saya ni memang rabun jauh sejak berumur 15 tahun sebab suka membaca di dalam kelam..Jadi sejak itulah terciptanya sejarah saya menjadi budak kacamata ecehwah..tapi sejak berumur 18 tahun saya belajar pakai kanta lekap jadi cermin mata hanya digunakan waktu di rumah dan waktu malam. Kisah cermin mata silih bertukar ni memang amat sinonim dengan saya. Boleh dikatakan saya akan membuat kacamata baru setiap tahun atau 2 tahun. Ini kerana saya adalah insan yang amat cermat lagi berhemah(baca:cemerkap) dalam penjagaan kacamata. Suami saya pun amat memahami keadaan ini dan semenjak berumahtangga saya akan membeli kacamata yang ada ciri-ciri tertentu kerana dia amat bimbangkan kecuaian saya menjaga kacamata yang akan menyebabkan perkara tidak diingini seperti kacamata digigit oleh anak, ditarik dan dicampak oleh anak, dihempap oleh saya sendiri sewaktu tidur:)



Inilah cermin mata rabun jauh saya. Jenama Polo. Saya beli di MOG Eyewear di KL Festival City. Baru tahun lepas buat selepas cermin mata lama saya patah frame. Harga sebenar sudah saya lupa, lebih kurang dalam RM 400. Walaupun cermin mata ini tidaklah mahal harganya, tapi ia memang menepati ciri ciri yang suami saya mahukan kerana dia sudah tidak sanggup melihat saya sering membeli cermin mata baru hampir tiap tahun. Ciri ciri cermin mata saya ialah:
-mestilah elastik
-ringan
-cermin mestilah multicoated dan bukan kaca
-frame dari plastik
-tidak mudah patah
-cermin tidak mudah pecah atau retak
Pendek kata, cermin mata saya di atas memang memenuhi ciri ciri tersebut, dan selalunya bila saya tertidur dengan cermin mata ia tidaklah 'cedera' di hempap badan saya. Bila anak anak menarik cermin mata tersebut dari muka saya pun tidaklah saya terlalu risau ia akan patah kerana saya tahu ia elastik.



Oh ya, saya juga mempunyai cermin mata hitam atau sunglass yang memang dibeli siap. Oleh kerana saya berkanta lekap waktu siang jadi saya tidak perlu menempah cermin mata hitam khas untuk rabun jauh. Jadi saya hanya pakai yang memang siap jual di kedai. Ini juga di beli di KL Festival City tapi di Focus Point. Kebetulan ada jualan murah waktu tu dalam 50%, jadi dari harga RM500+, saya dapatlah separuh harga..Ini jenama Bonia. Saya pakai selalu dalam kereta saja. Kalau berjalan hari panas dan buat aktiviti luar ia amat berjasa kepada saya. Saya suka kedua dua cermin mata saya ni. Tapi kalau dapat yang baru dari PapaMifz  lagiiii saya suka:))

Marilah kita meriahkan contest kacamata papamifz ini. Support PapaMifz.com.

February 24, 2011

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com

Salam dan bismillah...


Dah lama tak join contest, tetiba tengah BW terjumpa pula contest ni. Terus saya terpikat nak join.



Jomlah join, banyak hadiah menarik disediakan tau
Contest ini terbuka untuk penjaga dan parents yang mempunyai anak berusia 1hari-3 tahun(lahir dari tahun 2008 hingga 2011)

Oleh itu, gambar yang saya pertaruhkan ialah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kategori:
Lelaki
Nama anak:
Ahmad Mikael bin Muhammad Faiz
Umur anak:
35bulan(12 March 2008)

Mikael says: Amacam aunty? Bergaya tak saya?

Contest ini bermula dari 21/2/11 hingga 20/3/11
So, banyak masa lagi...cepat2 yer...=)

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com  ditaja oleh:






Sesiapa yang berminat klik kat banner di atas yer...


May 14, 2010

Senyum seindah suria

Salam dan bismillah...

Banyaknya homework tertangguh!
"
"
"
"
Check balik, nasib baik belum dateline
"
"
"
Dah, jangan nak meraban! Ini entri tag contest dari Puan Leily. Sorry ye lambat buat.. saya busybody.
CONTEST SENYUMAN PALING MENAWAN



Picture senyuman saya yang paling menawan ialah(sila muntah kalau loya ya..sigh)
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Eh! Silap...bukan yang ni!
"
"
"
"
"
"
"


Saya suka senyum sebab perasan lawa
Eh! Takla, saya suka senyum sebab senyuman itu adalah terapi paling best untuk jiwa yang sedang stress, kalau tengah marah, senyumlah sebab mesti hati rasa tenang...

 Ok, sekarang saya nak tag Izzah, Miss Mirror, Diyana danYana
*Sila abaikan jika korang dah buat tag ini ya*

Untuk terjah, sila klik banner kat atas ya!Cepat..dateline 20 Mei!


April 30, 2010

Miela77 Online Shoppe: Crazy Sales For Mommies - 1st Blog Anniversary GiveAway

Salam dan bismillah...

INI STICKY MODE(tepek dengan gam gajah)
PLEASE SCROLL DOWN FOR NEXT ENTRY




Saya join one more contest iaitu Crazy Sales For Mommies - 1st Blog Anniversary GiveAway yang di anjurkan oleh blog Miela77 sempena 1st anniversary blog beliau. Beliau mempunyai Miela77 Online Shoppe yang menjual pelbagai barangan wholesale and retail seperti cloth diapers, UK magic, baby item dan macam-macam lagi...ikan pekasam pun ada beb!Kira macam-macam ada la ni...Sekarang ni tengah crazy sales 5-20% discount untuk semua barangan...

Giveaway ini berlangsung dari 14-30 April ini. Kepada mommies dan friends yang nak join letakkan saya---SIRNA sebagai referrer anda ya. Referrer saya ialah Afne.
Sila klik SINI untuk join. 



April 13, 2010

Contest Muka Garang Si Kecil

Saya join contest lagi...best tajuknya, muka garang si kecil...yelah, budak kecil ni selalu ada macam-macam face expression kan. Saya pun suka snap picture anak yang best2 and the most important one, it was a spontaneous face expression.



Contest ini dari blog liennasts at my.little.one

So, picture yang saya pertaruhkan ialah picture my first prince..
Tak taulah, picture ni nak kata garang not so, more to serious la..oleh kerana dalam syarat puan penganjur garang or serious, maka saya pun apalagi, join ler..ini picture nya..jeng jeng jeng....

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Mikael: aunty2 semua, amacam, serius tak saya?
Nama penuh: Ahmad Mikael bin Muhammad Faiz
Nama manja: Mika@abang
Tarikh lahir: 12 Mac 2008
Nama bapa: Muhammad Faiz bin Razali
Nama ibu: Andik Fadilah binti Abdul Aziz
Email: ibumikael@gmail.com

Ok, kepada mommies yang nak join, bolehla klik SINI





March 4, 2010

Pink Muslimah Store 1st Giveaway

Salam n bismillah...
Wah, satu lagi pencapaian..saya masuk contest, hari ini dalam sejarah..contest pertamaku=)

Pink Muslimah Store 1st Giveaway
 

Pink Muslimah Store ni online shop yang mainly jual kaftan cantik2 from Kelantan..
Giveaway ni seminggu je, hadiahnya agak menarik..huhu, nak tahu apa?
Apalagi, sila la jengah ke blog Pink Muslimah Store

Cepat2, contest will be end on 7th March...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails