Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

January 17, 2013

Parodi wabak "Listen11x"

Assalamualaikum...

Saya teringin nak kongsi video parodi ini. Semuanya gara gara wabak "Listen" yang sudah menjadi pandemik. Listen ya, bukan sekadar parodi. Terbaikla Ahmad Luthfi:)


Notakaki: Perlu tonton video asal dulu baru faham parodi ni.

November 23, 2012

Palestin dan gencatan senjata

Salam semua...

Alhamdulillah, semalam gencatan senjata antara Hamas dan Israel sudah dilancarkan. Ya, ini bukan yang pertama kali dan setiap kali juga Israel yang memungkiri janji janji manisnya. Cuma, sekarang ini ialah waktu bertenang. Mengambil kata kata seorang pendakwah di radio, bahawa gencatan senjata hanyalah waktu rehat. Rehat untuk mengambil sedetik nafas. Yang pasti, umat Islam di seluruh dunia tidak terus rehat dan sentiasa bersiap siaga dengan seluruh hati dan jiwa menentang Israel. Yahudi telah lama memusuhi Islam, dari zaman Rasulullah lagi, hingga kini...

Palestin ialah bumi umat Islam...bumi kita. Ia bukan bumi milik rakyat Palestin sahaja. Setitis darah rakyat Palestin yang mengalir di bumi Al-Aqsa ini milik saudara kita...Al-Aqsa tempat yang mulia yang amat Yahudi ingini untuk dihapuskan. Mungkin mereka fikir mereka punyai kekuatan dan senjata yang hebat, tapi kita ada Allah yang akan memelihara masjidil Aqsa , Gaza dan Palestin..Kita ada doa sebagai senjata terhebat. Teruskan berdoa, teruskan menyumbang sedikit rezeki yang kita ada, dan boikot selagi boleh produk yang menyumbang kepada Israel..

Palestin, pasti kan merdeka nanti! Allahuakbar!

We will not go down!


January 3, 2012

Cukuplah!

Cukuplah...

Buka laman sana sini tentang dia...

Habis terbuka semua aib...

Dulu dialah semua yang kita banggakan...

Tak mahu lagi lihat!Jangan jadi penghukum pula...betulkan kain kita yang senget itu dulu...

Dan doakan agar kita semua dan dia diberi petunjuk...

November 18, 2011

Sos HP dan Tobasco tak halal...

Assalamualaikum...

Salam jumaat semua...

Pagi pagi tadi saya buka mukabuku saya

Terkezut nya bila ternampak kawan share tentang surat ini..

Klik untuk tumbesaran...

#sumber picture surat from FB my friend yang share this post by Mozact Harris. 


Sos HP ni saya tak biasa sangat dengar tapi Tobasco ni memangla fofular sangat!
Saya berkenalan dengan sos ini masa beli burger dengan abang burger, sedap weh...
Tapi yang pelik, sos ni dah lama dalam pasaran, tapi kenapa baru sekarang nak disiasat? Tapi, sekurang-kurangnya telah pun disiasat dan terbukti ia memang mengandungi DNA babi..

#from google

Jadi kenala beringat lepas ni,dan sampaikan kepada rakan Muslim yang lain..

March 26, 2011

Jom sokong Earth Hour..Hari ini jam 8.30pm

Salam dan bismillah...




Hari ini seluruh dunia akan menyambut Earth Hour  tepat jam 8.30malam waktu tempatan...

Marilah kita semua menyokong kempen Earth Hour ni sebab:

#Dah banyak sangat kejadian-kejadian dan malapetaka yang terjadi kat bumi kita yang dah makin tua ni, tengok saja pada gempa bumi di Christcurch, New Zealand dan tsunami di Sendai, Jepun baru-baru ini...

#Bumi kita tiada galang gantinya, kalau bumi kita dah makin panas tahap maksima, kat mana lagi kita nak tinggal?Takkan kita nak berhijrah tinggal kat Marikh pulak kan...Marikh lagi la climate tak sesuai untuk manusia..

#Kita ni iaitu manusia yang ditugaskan sebagai khalifah Allah kat muka bumi ni, kalau bukan kita yang menjaga bumi ini siapa lagi?Kita tak boleh harap robot atau mesin buat semua tu kan...


Earth Hour ni dah disambut sejak dari 2009 lagi. Dan saya memang tak pernah ketinggalan menyokong kempen ni dari 2009 lagi. Ia dianjurkan oleh WWF. Anda boleh rujuk kat SINI untuk maklumat lanjut tentang Earth Hour.

Jomla sokong...tepat jam 8.30malam ni selama 60minit, mari kita semua padam lampu, tutup suis elektrik, dan sesiapa yang guna komputer tu tolong tutup ye..kecuali kalau anda dah charge laptop terlebih dulu...

Dan, jangan sampai disitu saja, teruskan usaha kita menyokong dari pemanasan global terus berlaku dengan mengurangkan dan menjimatkan elektrik selalu. Kalau tak perlu guna jangan guna. Kalau keluar dari sesuatu ruang tu, padamkanlah lampu jika tiada orang kat situ..kita boleh mengubahnya kan?Jimat elektrik, jimat juga la bil bulanan kita..Ok, selamat menyokong Earth Hour!

Sila klik banner di atas untuk menyokong ya!

March 25, 2011

Cara lapuk bunuh diri

Salam dan bismillah...

Nak tergelak pun ya, nak marah pun ya, rasa bengang pun ya jugak

Tapi perasaan lebih pada kesian dan gusar dengan sesetengah remaja masa kini

Tengok ni....
.
.
.
.
.
.

*sumber: Mstar online*

Lokasi: Kat KB Mall Kota Bharu...tengok kulit, sah budak Melayu
Islam ke tak, wallahu'alam...
Malulah...kaumku sendiri
Apasal la kau buat macam ni dik?


Kalau nak m*** sangat, buatla cara lain, pastu jangan buat siang-siang supaya tak nampak macam nak minta perhatian, cubala bawak kereta laju2 langgar tembok ke...haha, barulah cepat sikit kan..haisshhh, ni dah membebel macam mak nenek ni


Gusar kan tengok sesetengah orang yang berfikiran singkat macam ni?Ingat bila mati habis camtu je ke?
Tak fikirke kat kubur nanti camana?
Kat akhirat?

Ya Allah, jauhkanlah anak cucu ku dari membinasakan diri mereka sendiri...
Moga Allah ampunkan dosa kita semua, Amin...

March 5, 2011

Sayang haiwan

Salam dan bismillah...

Semalam ada terbaca KOSMO tentang sorang wanita yang lagak macam lelaki mendera seekor kucing. Sungguh saya tak faham apa masalah perempuan ni. Siap ada yang Like MukaBuku dia selepas dia post video tu. Otak dah mereng kot , dah takda keja lain nak buat..

Psycho kan?Baru je seorang rakan ada cerita pada saya, eh, peraangai yang sama la...suka dera haiwan!Kejam tau, rakan saya ada hamster, 2 ekor tu bila dia balik tengok dah keras kejung. Rupanya, kena picit2 dan rendam dalam air oleh satu mahluk Tuhan ni. Apasal dia buat macam tu, rasa puas ke?Tak paham betul...Schizophrenic(penyakit psychiatry---agaknya dia dengar suara suruh dia bunuh hamster tuh)

Satu lagi benda kejam dia buat, dia boleh campak seekor dog dari atas ke lantai. Sampai fracture dog tuh, huh, memang mantap la skill mendera dia ni--dia yang saya maksudkan adalah orang yang bunuh hamster tuh diatas.

Sounds pelikkan? Tapi memang ada manusia macam ni. Mereka ni ada penyakit. Tapi tak da kesedaran. Kalau mereka boleh abuse haiwan, mereka juga boleh abuse manusia. Hai, minta jauhla...

Teringat juga dulu, masa kecik ada seorang manusia ni, dia pun kecik macam saya dalam umur 10 tahun kot masa tu. Dia ikat leher kucing tu dengan tali pastu dipusing-pusingkan kucing tu 360 darjah laju2. End up, kucing tu mati. pastu dia terus kena macam 'badi' kucing la,nampak kucing mcm nampak hantu. Saya rasa sampai sekarang kot dia masiih takut kucing.

Saya bukanla pencinta haiwan sangat, tapi suka juga tengok telatah haiwan. Dulu kecik kecik pernah bela 4 ekor kucing. Semuanya ada nama, saya masih ingat lagi nama mereka: MIMI, DIDI, BOBO dan CICI...hehe, diaorang ni unik sebab semua lain kaler, MIMI berbulu coklat kekuningan, DIDI pulak hitam, BOBO mix colour putih dan hitam, dan CICI kaler putih. Pastu ada satu hari, si BOBO ke DIDI yang hilang, tak tau mana pergi, saya sedih sangat...Itulah kawan sepermainan saya. Pastu tinggal la 3 ekor je. Last-last, bila saya dah masuk matrik, kucing dah takda, ada yang sakit pastu mati, dan yang lain hilang macam tu je.

Sampai sekarang tak pernah dah bela kucing. Teringin juga, tapi tak sesuai dengan keadaan. Tengok gambar kucing jela..





*pictures kidnap dari google, thanks..

Anda ada bela haiwan?

February 28, 2011

Last minute

Salam dan bismillah...

Kecoh betul harini...dah berapa hari kecoh sebenarnya...

Balai polis, pejabat pos semua penuh dengan orang, orang lebih ramai dari kedai TOTO 3T...

My eG dan Rilek eService pun sesak tak boleh masuk, kalau ada uni5 pun mungkin jammed jugak

Semua orang nak bayar saman yg ada "diskaun"

Kereta saya "suci", belum pernah kena saman

Tapi  En Hubby ada 3 saman...semuanya speed trap...baru juga bayar dekat My eg

Last minute...entahla, orang kita memang suka last minit kot...

Boleh kata banyak perkara orang suka buat last minute

Dulu ingat zaman sekolah

Cikgu bagi homework, cuti sekolah pertengahan semester...

2 hari nak masuk sekolah baru terkulat-kulat buat kerja rumah...

Masuk U, kena buat kertas kajian, hehe, due date lagi 2 hari pun baru siapkan...

Itu saya...

Tapi bukan semua benda kita suka last minute

Biasanya kita suka put something tu last minute sebab kurang disukai...kan?

Apa yang korang suka buat last minute?

June 23, 2010

Nenek nenek si bongkok tua

Salam dan bismillah...

Tadi tengok berita...
Terpana juga...

Nenek ditahan edar dadah depan tandas awam!
Haishh...
Dah ada dua cucu..
Dadah disorok dalam coli!
Teringat lagu pasal nenek...

"Nenek nenek si bongkok tua,
siang malam asyik berjaga,
mencari cucu di mana ada,
nenekku kahwin dengan anak raja.."

Terfikir juga, kenapa seseorang itu sanggup buat sesuatu yang mungkin dia sendiri tak mahu dan tahu ia salah tapi terpaksa? Terdesak?




April 12, 2010

Hati ibuku terhiris lagi

Aku sudah BOSAN...


GERAM...


MARAH...

KECEWA...

SEDIH...

Mengapa ini terjadi?
Hati ibuku ini terhiris lagi...
Menatap wajah si kecil yang naif ini

(Copy and paste dari Utusan Malaysia online)tq utusan

Salah siapa?

Rasanya macam tak mahu dengar berita di TV, rasa macam tak mahu baca newspaper, rasa macam dah malas nak dengar perkembangan semasa, saban hari, saban minggu, saban bulan akhir2 ini banyak sungguh berita kurang enak tentang penganiayaan kanak-kanak, pembuangan bayi..oh, duniaku kah ini?Ampunkan aku Ya Allah, ampunkanlah mereka yang berbuat kemungkaran kepada-MU,berilah petunjuk kepada mereka, limpahkan rasa kemanusiaan dalam jiwa mereka yang hatinya ku kira sudah mati dengan peri kemanuasian dan rasa kasih terhadap bayi mereka sendiri...

*Aku tengok anak kucing mati tengah jalan pun mengalir air mata, sungguh aku tak memahami kenapa ada ibu yang boleh bunuh anaknya sendiri...*

*Maafkan aku, sungguh emo hari ini*


February 27, 2010

Al Fatihah untuk Allahyarham Adik Syafia Humairah Sahari

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.

Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.

“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.

“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.

“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.

“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.

“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.

Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.

“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.

Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.
“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.

“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.

 
Allahyarham Adik Syafia Humairah Sahari(sangat comelkan...tapi dia sudah tiada)
 
#keratan dari Metro online
Saya sangat sedih...:-(
Kenapa ada manusia yang berperangai sebegini?Mengapa anak sekecil ini diperlakukan sebegitu?
Sudahla dibunuh anak yang comel itu, bersekedudukan pula dengan ibu mangsa..
Jawapan yang boleh saya rumuskan satu---Orang sebegini ialah orang yang jauh dari Allah, tak takut dosa pahala, tak kenal haram halal..
Moga sipelaku mendapat balasan sewajarnya!
Adik Syafia...damailah engkau di sisi Allah, tempatmu ialah syurga!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails