Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

April 3, 2013

Selagi termampu

Assalamualaikum...

Kadang bila dah jarang jarang update blog ni sampai satu masa tak tahu nak tulis apa . Padahal idea dan cerita banyak berlegar dalam kepala. Tak terkeluar. Cerita terperam jadi pekasam. Kalau boleh makan elok juga..hiii...

Inilah stok susu terbaru untuk baby Mifzal bam bam. Alhamdulillah ada rezekinya..ada yang ingin tahu rahsia production susu saya. Jawapannya ialah tiada rahsia. Hanya  pastikan sentiasa mengosongkan miss b bila sampai waktunya...no demand no supply.  Kunci kata lain ialah tak  boleh malas memerah bila di tempat kerja.

Minum air banyak.  Supplement bukan suatu kemestian. Happy breastfeeding:-)

*Dalam tak tahu nak tulis apa ada juga 2 perenggan entri...hiks..dasar blogger..lol

November 20, 2011

10auns...

Assalamualaikum..


Salam hujung minggu semua

Semoga hujung minggu ini membawa keceriaan pada semua..


Dah lama tak share tentang breastfeeding.Gambar EBM di atas ialah susu perahan hari jumaat baru ni..


Ehcehwah...macam banyak benor la yer saya sibuk nk menayang dengan bangganyasyukurnya...

Tapi sesungguhnya hehehe perasan bagus dah lama tau tak dpt banyak ni..selalu paling koman pun  6 ounce.

Tu yang tetiba bangga tahap gaban..


Sejak umur muaz 1 thn setengah saya memang perah sekali sahaja kalau di tempat kerja..muaz pun sebenarnya sudah mula kurang suka EBM. Dia lebih menggemari susu cap gantung!wakakaka....


Saya rasa sebab dia dah kurang suka susu perahan ni ialah dia dah makan minum banyak jenis food dan minuman,macam jus oren,milo,vitagen...susu segar pun dia belasah jugak!Tapi bukanlah dia refuse terus,dia tetap minum tapi kalau dr pukul 8-5 tu paling banyak pun dia minum dalam 6-8ounce...Selebihnya minum air kosong dan air2 lain yg tersebut di atas...


Sekarang ni stok frozen EBM adalah lg dalam 10botol...dah tak banyak,dah tak semeriah seperti mula2 dulu,tapi tetap saya syukur sangat masih ada rezeki susu ibu untuk Muaz.


Time cuti macam ni memangla 24 jam Muaz akan melekat kat saya..bila dia dah penat main, saya juga dicarinya sebagai penghilang dahaga terpantas!Sampai kadang rasa letih juga dok asyik melekap je...Tapi demi zuriat tersayang takpala..Tu yg manja kemain...kalau ada susu cap gantung ni alamatnya baba dan orang lain tu bolayan kecuali orang tu nak bawa berjalan atau ada motor!Bijak tak bijak  Si Muaz  seorang ni..hehe..


InsyaAllah..umur Muaz sekarang dah 20 bulan...aim saya ingin menyusukannya hingga 24 bulan.Tapi bila dah sampai 24 bulan nnt taknakla terus stop...saya akan terus menyusukannya sehingga dia mahu.Mudah mudahan dipermudahkan...Doakanlah ye..


Ok peeps..selamat bersuka ria bersama yang tersayang:-D

Peace no war...


Published with Blogger-droid v2.0.1

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails