Salam dan bismillah...
Bersiaran sikijap dari bilik saya sementara tunggu En hubby balik Jumaat untuk lunch together gether(pedulikan english saya yang broken)
Cuti 4 hari, seronok woo, sebab sebelum ni, asal itu laya cina je mesti kena kerja, tapi kali ni cuti beb!Ayya, saya pun laya jugak maa...
Semalam saya pergi playgerown(itu anak saya sebut) bawa anak2 jalan2 dan main, saya pun main juga, lawan dengan En hubby, main badminton...seronok maa, walaupun saya kaki bangku(boleh ke istilah itu dipakai?) walaupun asyik pukul angin, pukul angin lebih banyak dari pukul shuttle, walaupun saya menang jerit sebab tak dapat "smash" power(hehehe) tapi saya manyak seronok maa sebab dah lama tak keluar peluh. Terus rasa sihat sebab itu adrenalin rushing2 mau datang
Aiseh, gaya bahasa pun sudah tukar sempena laya cina meh...
Mikael pun ala itu raket, tapi dia pun belum pandai pukul bulu tangkis, dia campak itu bulu tangkis lalam beg
Saya ingat mau ajar kasi dia pandai main badminton, mau jadi Datuk Lee punya pelapis maa....
Saya mau dia pandai sukan2, sukan itu sihat, sukan itu membina jati diri...
Itu hali saya ada tengok majalah 3, celita pasal satu budak pandai memanah...En Hubby kata nanti Mikael dan Muaz sulah besar dia mau anta meleka pergi itu kelas memanah sama belajar tunggang kuda...
Ok, saya mau tukar bahasa melayu semula...
Itukan sunnah nabi
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan impian kami...
Jom bermain lagi!
Salam sayang,
Ladysirna
Showing posts with label outside. Show all posts
Showing posts with label outside. Show all posts
February 4, 2011
Mari bermain
June 20, 2010
Hari Sabtu kami
Salam dan bismillah...
Damainya berada kat rumah semalam dan hari ini setelah 2 minggu kerja non stop. Weekend lepas saya kena buat weekend rounds, so cuti pun macam tak cuti sebab dekat tengahari baru habis round.
Em, semalam kami sekeluarga sarapan ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis cili api. Ubi rebus ni sebenonya dah dekat sebulan dalam peti ais, sebab banyak sangat, haritu dah penah buat kuih cek mek molek, kek ubi kayu yang tak berapa nak jadi sebab terlebih ubi. Huhu, maklumla "chef handalan". Inilah penangan bila balik kampung sekali sekala, habis seguni ubi kayu angkut balik KL. Sudahnya habis idea nak buat apa.
ini sambal edisi terlebih minyak, bibik saya ni, dah ku pesan jgn banyak minyak, dia terlebih sudah...
matchingkan pulak dengan teh tarik kaw kaw
Pagi dan tengahari tu kami tak keluar ke mana-mana. Mama blogwalking, main ngan budak kecit dua orang tu dan masak. Tengahari tu masak sup sayur ngan sambal sardin je sebab malas nak keluar gi pasar. Gambar tak snapla, ala, gambar sardin je, ekeke..
Petang tu, lepas Asar kami pergi Tasik Titiwangsa, tempat riadah kegemaran kami sekeluarga. Mula mula pergi round- round dari satu kedai ke kedai lain untuk survey susu Enfagrow A+ for Mikael yang murah kat mana sebab baru ni kan naik harga. Last2 baru kami tahu yang paling murah kat Pasaraya kat taman rumah kami ni je, citt, punyala jauh mencari..
Oleh kerana sampai di Tasik Titiwangsa dah pukul 6.50petang, maka tak jadila nak bawa Mikael pergi playground dan main bola kat situ. Maka kami pun duduk2 dan jalan2 tengok view saja. Tengok air pancut dan tasik yang mendamaikan. Sorryla, gambar tasik takda, lupa nak snap, haha, boleh?
Macam biasa, budak kecit baju oren tu excited tengok rocks takmo pandang camerawoman nih
Nampak tu? Excited nya anak mama ni, En hubby kata, inila gaya budak tak pernah keluar rumah
Mama dan baby Muaz yang steady, ewah...
Muaz ni suka benor kerut dahi, pikir masalah negara kot?hahaha...
Baba dan baby Muaz
Kami balik pukul 7.15 sebab dah nak Maghrib dan En hubby nak tengok World Cup: Belanda lawan Jepun. En hubby sokong Belanda dan diaorang menang match tu semalam...
Seronoknya spend time dengan keluarga walau sekejap..
Oh ya, tempat riadah mana yang kawan-kawan selalu pergi?
Subscribe to:
Posts (Atom)




