January 26, 2013
Cukuplah Allah bagiku
Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...Salam maulidurrasul semua, kalau di Johor orang sambut Maulidurrasul sampai sebulan..Moga kita sentiasa mengingati Rasulullah kerana baginda tak pernah melupakan kita...Berikanlah kami syafaatmu di akhirat kelak ya Rasulullah...
Lama tak update, maaflah tuan blog ada banyak kekangan. Kekangan masa, kekangan kesihatan...Saya kembali bekerja Isnin yang lepas, kembali bekerja dengan penuh semangat. Hari pertama saya sudah incharge scan yang bersusun. Pesakit rata rata merupakan pesakit kanser yang baru di diagnosa. Agak gementar kerana sudah lama tidak bekerja, bimbang melakukan kesilapan kerana kerja saya melibatkan manusia. Namun perancangan Allah itu lebih besar dari yang saya jangkakan. Hari ketiga bekerja saya dikejutkan dengan suatu perkara yang tak terduga. Hampir terduduk. Tapi saya bangun. Kita hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari rutin hidup biasa. Dan juga tak dapat lari dari di uji dan di rundung masalah. Menangis boleh, tapi usah meratap. Cukuplah Allah bagiku...Cukuplah Allah bagiku...Setiap yang Allah beri itu ada seribu satu hikmah tersembunyi...Kadang sampai kita juga kurang mengerti, sweetkan Allah? Kita mahu cintaNya maka perlu melalui ujianNya..
Selamat berhujung minggu buat semua...minggu ni memang ramai yang bercuti panjangkan sampai hari Isnin..Selamat bercuti dan menghabiskan saat terindah bersama keluarga tercinta...Saya juga bercuti, tapi cuti kali ini ialah cuti sakit yang panjang...Keluarga jugalah penguat saya waktu ini, en hubby kata dia tetap sayang saya walau apa pun terjadi, bila saya sakit lagi dia sayang(saya percaya itu juga kata hatinya). Terima kasih wahai suamiku, moga rumahtangga ini berkekalan hingga ke akhirat...amin:)
January 18, 2013
Gemuruh
Jumaat terakhir saya menghabiskan cuti bersalin 3 bulan. Rasa nak lompat ke bintang sebab hari Isnin sudah kembali bekerja. Cuba untuk fokus. Perasaan ini suatu yang sukar diungkap. Bukan kerana malas untuk bekerja. Oh, tiada istilah itu. Rindu sebenarnya. Kerja inilah rumah kedua saya. Tempat saya mencari rezeki. Cinta hati saya kerana ia cita cita saya sejak kecil. Apa perasaan itu? Dalam hati hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Terasa ingin menyanyi lagu ini.
December 29, 2012
Tragedi kuarters Hospital Permai
Tersentap rasa hati dengar berita tadi. Beritanya boleh baca kat SINI. Takdir atau kecuaian? Memanglah mungkin dah ajal tapi seandainya langkah berjaga jaga di ambil mungkin kanak kanak itu terselamat.
Pelik juga kenapa kuarters hospital tak sediakan tingkap bergrill?Dan kalaupun tak disediakan di mana tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan rumah yang selamat untuk anak? Hati ibu mana tak terusik dengar berita macam ni kan...Ya Allah selamatkanlah dan lindungilah anak anakku, amin...
December 17, 2012
Ke Penang
Oh ya, trip ke Penang kali ni bukan untuk bercuti cuti Malaysia. Tapi, saya tetap membawa satu family bersama. Baby Mifzal masih menyusu jadi tak mungkin saya akan tinggalkannya lama lama. Saya ke sana untuk satu misi penting. Cewahh...Saya kena hadir temuduga untuk sambung belajar peringkat master. USM juga. Betapa cintanya saya kat USM. Hihi. Nak sambung belajar pun kena temuduga. Bukan saja tu, siap ada ujian saringan. Ambik...:P. Inilah cabaran yang harus di tempuh sebelum dapat sesuatu kan..Nak dapat sesuatu dalam hidup ni kadang bukan mudah, dan bila dah dapat janganlah disia siakan...Saya tidaklah begitu berharap dapat tawaran ni. Tapi semangat untuk sambung belajar agak berkobar kobar walau kadang saya ada rasa sedikit kurang yakin dengan kemampuan diri. Tapi, kalau kita tak cuba mana kita nak tahu kemampuan kita kan..
Ok, doakan kami selamat sampai..Nak bersarapan dulu mengisi tenaga sebelum perjalanan jauh..Moga dipermudahkan:)
December 14, 2012
Bila baby Mifzal batuk
March 5, 2012
Pelangi Indah
"Kadangkala Allah hilangkan matahari dan Dia turunkan hujan petir..lalu kita tertanya tanya di mana matahari,rupanya Allah ingin beri kita pelangi indah...."
Pernah dengarkan...selalu dengarkan...sweetkan.. Dia Maha Tahu apa yang baik untuk kita.
Alhamdulillah. 'Matahari' saya pernah hilang seketika..dek hati dan jiwa dilanda 'hujan petir '. Dan 'pelangi indah' itu saya telah dapat.Urusan saya telah dipermudahkan. Syukur. Dan syukran kepada rakan yang mendoakan.
February 25, 2012
Dilema taska
Muaz demam lagi. Demam setelah habis makan antibiotic selepas 5 hari. Jangkitan kuman baru pulak sebab haritu memang dia totally well. Sejak 2 bulan hantar ke taska ni tak silap dah 5-6 kali dia asyik demam . Pernah dapat conjunctivitis(sakit mata) juga. Sekali haritu sampai keluar rashes banyak dan ulser mulut sampai saya seriau kalau ia hand foot mouth disease. Mujur tidak.
Bukan merungut bila anak sakit tapi bayangkanlah hampir saban minggu dia demam. Saya fikir mungkin Muaz kurang serasi tinggal di taska. Dengan menangis setiap pagi bila dihantar. Dahla taska itu tidak berdaftar dengan JKM. Rasa bersalah juga hantar dia ke tempat yg tidak berdaftar. Masalahnya dalam list JKM tidak banyak taska sekitar rumah saya yang berdaftar. Jika ada pun sudah penuh kouta. Memang itulah kebaikan taska berdaftar sebab mereka takkan sesuka hati ambil ramai budak jika bilangan guru/pengasuh tidak menepati ratio.
Kini perkara yang semua ibubapa takuti bila hantar anak ke taska ialah selalu sakit. Itulah yang terjadi pada saya. Setiap hari pergi kerja hati tak tenang. Habis cerita sakit soal kebersihan pulak. Saya dan en hubby pernah terjumpa ketul ketul kecil najis Muaz seolah olah masa dia berak tak dicuci dengan bersih!Aduh...tertekan rasanya..
Saya sedang berkira kira mahu hantar dia ke pengasuh saja. Masalahnya saya sukar mendapatkan pengasuh. Huhu. Walau pengasuh biasanya tiada sijil menjaga budak tapi mereka ni kebiasaanya sukakan kanak kanak dan berpengalaman. Ada sesiapa sudi jaga Muaz saya tak?hihi..
Saya nekad. Menunggu satu taska berdaftar ni call saya. Katanya kalau ada kekosongan dia akan call. Jika tidak saya akan usaha juga sampai dapat pengasuh. Moga Allah beri saya petunjuk dan mudahkan urusan yang satu ini. Dan doakan Muaz saya cepat sembuh.
Tengok tu dia masih cergas main walau demam. Itu gambar demam haritu.
February 24, 2012
Doakan saya
Sekadar quick update, maaf saya agak sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah habis. Fikiran dan jiwa sedang kacau. Sekarang sedang berjuang untuk sesuatu yang amat saya inginkan. Langkah demi langkah telah saya lalui dan hanya menanti langkah terakhir. Maaf, tak dapat diceritakan mendalam di sini. Mohon doa kalian agar urusan saya di permudahkan...
Doa yang sesuai dibaca jika kita ingin urusan dipermudahkan. Copyright dari Darussyifa'. Minta izin copy di sini.
Satu lagi jika ingin bertemu dengan seseorang yang kita ingin berurusan itu, banyakkan membaca Surah Al-Insyirah dan selawat ke atas nabi.
Satu lagi zikir yang elok di amalkan ialah "La Hau La Wala Quwwata Illa Billah" yang bermaksud tidak ada daya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah.
P/S: Tahniah kepada Kakcik dan Ummiros sebab berjaya meneka buah Dabai haritu. Ada sedikit token untuk anda berdua. Tolong emailkan alamat kepada saya ya di ibumikael@gmail.com.
February 21, 2012
Rindu
Rindu. Ringkas je perkataan tu. Tapi selalu tak terucap. Kenapa?
Dengan suami ke..boleh pulak nak rindu rinduan..tapi bila dah tua sikit ni dah ada keluarga sendiri makin sukar pula nak lafaz kata rindu tu.
Haishh...itulah yg jadi pada saya..Rindu pada emak..sangat rindu.
Saya anak manja emak. Itu hakikat. Kehkehkeh.
Saya masih tidur dengan emak sehari sebelum hari pernikahan saya. Rindu saat saat itu. Dah lama tak tidur dengan emak. Kadang bila jauh dimata macam ni teringat zaman kecil kecil dulu. Bila emak kejut bangun pagi untuk pergi sekolah..bile kena 'paksa' minum dulu dan makan sarapan sebelum ke sekolah. Bila petang petang emak balik dari jual kuih saya tolong picit kakinya. Dan bila kena bebel dengan emak waktu saya pulang lewat dari sekolah.
Ingin sekali saya telefon dan katakan pada emak...emak saya rindu emak....*malu seh dah tua bangka merengek rindu kat emak*
Ada sesiapa sini anak emak juga x? Hi 5!
February 10, 2012
Terlalu melindungi
Mungkin ada kawan yang pernah baca entri saya tentang Mikael jatuh motor haritu kan.
Serius. Rasa scary seriau tengok dahi dia yang benjol sebesar telur gred C tu. Sebagai ibu tentulah saya risau dan cemas. Dan kadangkala jadi overprotective. Tapi berbekalkan ilmu perubatan yang saya ada saya cuba menenangkan hati yang rungsing dan jiwa yang kacau. Saya cuba untuk tidak nampak panik walau dalam hati saya gelora besar sedang melambung!Perasaan yang cukup bercampur baur antara geram,sedih,marah dan risau!Tapi siapa saya untuk menolak takdir Allah. Kun Fa Ya Kun. Saya berdebar debar. Selepas nampak saja benjol yang besar itu saya tidak berfikir panjang .Saya baringkan Mikael di pangkuan dan cuba menenangkannya kerana dia juga nampak agak cemas. Segera saya menyuruh adik ipar mengambil botol sos tiram yang sudah kosong untuk di isi air panas. Iya,ada orang guna ais tapi pada saya untuk benjol fresh lebih elok guna air panas yang dibalut towel. Tapi jaga jaga pastikan jangan terlalu lama di tuam dan jangan direct tuam tanpa sebarang balutan takut kulit melecet! Selepas di tuam memang akan nampak saja benjol sedikit berkurang. Keesokan harinya baru saya mula tuam dengan ais. Boleh kata sampai 4 hari selepas kejadian saya masih tuam dengan ais supaya benjol mengecut.
Ada orang tanya saya...tak buat x-ray ke?Ada fracture ke? Internal bleeding? Saya senyum dan kata tidak. Pada saya tak perlu sebab Mikael tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia tidak normal. Dia siap berselera makan selepas jatuh.
Semalam baru kawan saya bercerita tentang seorang kenalannya yang cukup overprotective. Kisahnya anaknya terjatuh juga. Sudah dibawa jumpa pakar kanak kanak dan x-ray dilakukan tapi semua normal. Doktor pakar juga kata anaknya ok. Cuma kena perhatikan kalau kalau anak itu mempunyai sebarang tanda tanda seperti loya loya, muntah, kabur penglihatan, sakit kepala yang berpanjangan, lemah atau kebas anggota badan atau anak berkelakuan pelik/abnormal behaviour. Kisahnya, dalam perjalanan pulang dari hospital si ibu kepada anak tadi terlalu risau dan asyik bertanya kepada anaknya samada mahu rasa muntah tak pening tak...Jadi kanak kanak yang mula mula ni jawab takda terus jawab ya, dia rasa sedikit loya setelah ibu bertanya berkali kali. Saya faham risaunya ibu itu. Saya mengerti gelora hatinya. Bila dia dengar saja anaknya sebut loya terus dia berpatah balik ke hospital dan request supaya dijalankan imbasan kepala atau CT scan brain. CT scan pun dibuat. Keputusannya normal. Lega hati si ibu. Tapi tanpa sedar kanak kanak itu telah teredah kepada radiasi yang banyak. Dan itu tidak baik untuk dirinya kerana dia masih kecil. Dia telah terdedah kepada risiko mendapat kanser bila dia dewasa kelak.
Overprotective. Terlalu melindungi. Semua ibu bapa lazimnya begitu. Ada masa perlu. Ada masa jangan terlalu begitu. Sama juga bila anak demam, batuk tidak semestinya perlu antibiotik. Bukan bermaksud buat tak kisah. Demam panas mesti makan ubat, sponging(basahkan badan dan kepala dengan kain basah) dan mandikan anak dengan kerap. Jangan bungkus dengan selimut. Lagi tinggi suhu badan lagi tinggi juga risiko sawan atau tarik. Jangan tak bawa jumpa doktor pula, itu namanya mengabaikan melainkan anda ialah seorang doktor dan yakin boleh rawat sendiri. Anak saya sendiri kalau saya lihat terlampau teruk saya juga tidak yakin merawatnya sendiri. Saya bingung dan bawa jumpa doktor atau pakar kanak kanak lain. Macam dulu saya ada seorang pembantu rumah yang terkena penyakit Tuberculosis(TB). Dihantar pulang secepat mungkin setelah saya ketahuinya. Tak lama lepas itu Mikael batuk berpanjangan dan tak baik walau diberi antibiotik. Saya bimbang. Lantas saya bawa ke pakar Pediatrik dan x-ray dada dibuat. Paru paru dia clear. Tiada tanda TB. Mantoux test(ujian memasukkan antigen Tuberkulin untuk melihat jangkitan TB yang lepas) juga negatif. Syukur saya lega. Tapi tanpa sedar saya sudah dedahkan Mikael dengan radiasi. Tapi, apa boleh saya buat? Saya teramat risau Mikael terkena TB. Tapi saya rasakan waktu itu justifikasi saya tepat sebab pembantu rumah saya ada direct contact dengan Mikael. Dan Mikael juga ada simptom batuk. Jadi sifat terlalu melindungi saya pada waktu itu memang perlu.
Tujuan entri ini bukan hendak menakutkan atau menafikan yang terlalu melindungi itu tidak bagus. Ia perlu pada masa tertentu tapi jangan terlampau. Dan ia tidak boleh diguna pakai buat ibu bapa yang mempunyai anak istimewa/ pramatang sebab anak anak sebegini memang perlu special attention dan perhatian yang lebih. Betul tak mama2q? Kita perlu overprotective kepada kanak kanak begini sebab mereka ini lebih fragile dan mudah terdedah kepada segala bahaya.
Konklusi? Pengalaman?Tinggal dalam kotak komen ya!
January 31, 2012
Ariana Mikhail
Saya tengok ada tiga sebab..
1)Sebab tajuk dia, sama nama ngan anak saya walau ejaan tak sama...haha, boleh pakai alasan nih?Kiut kan nama Mikhail..
2)Saya adore Sein selepas dia berlakon Adamaya yang best tuh...hihi..'gedix'
3)Juga suka Nora Danish yang comel ni..
Cerita ni baru nak masuk 6 episod, bersiaran setiap 8.30-9.30malam di TV 9...ecehwah, tolong promo pulak..macamlah TV 9 nak bagi royalti kat saya, hihi..
Komen saya? Best juga cerita ni, tak menghampakan saya. Cuma laju sangat jalan cerita dia, semput saya nak kejar..:p...Apapun, tengok dan nilai sendiri ye...
Siapa nak tengok dari episod pertama sampai ke 5 boleh klik sini yer..sumber dijamin halal ;)
January 7, 2012
Jom melancong
Salam hujung minggu..
Sedar tak sedar dah 7 hari di Januari 2012. Tahun yang kalau boleh aku ingin capai apa yang belum. Agak berharap tak ayat aku ni..kehkehkeh...Siapa yang takda impian dan harapan kan..semua orang ada. Pastu, bila ku belek belek balik kalender 2011, baru perasankan sesuatu. Tahun lepas aku tak pergi melancong ke mana manapun! Setakat ulang alik balik kampung dan adala sekali haritu bermalam satu malam kat Golden Palm Tree Resort di Sepang.Sadis nya. Aku ni Kaki jalan sebenarnya. Bukan tak teringin nak ke mana mana tapi ada misi lain yang lebih memerlukan duit .Berbanding misi berjalan jalan. En suami selalu pujuk aku supaya dapat tahan keinginan tu. Tunggu tahun depan. Kata dia. Tahun depan tu tahun ni la. Yang baru 7 hari ni. Ok. Aku ada 359 harilagi!Ehcehwah...macam kejar dateline bagai.Sejujurnya, aku cemburu gak tengok kat mukabuku bila kawan kawan aku letak gambar gambar mereka melancong ke sana sini. Jeles mak aii...Murah rezeki diaorang berjalan sana sini. Takpalah aku tahan lagi.
Sekarang ni bagai aku tak sabar tunggu MATTA Fair.Kotla banyak diskaun. Dah tahap bengong kepala aku ni bila tak berjalan jauh. Rasa tepu je pemikiran aku. Bila berjalan dan mengembara ke satu tempat fikiran pun jadi tenang. Tak payah fikir soal kerja dan released stress.Pastu boleh tengok tempat orang, ragam orang, dan definisi melancong bagi aku dan encik suami mesti ada mandi manda tak kisahla kat pantai, air terjun atau swimming pool.Hehe..
"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah sunnah Allah,kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang orang yang mendustakan(rasul-rasul)."
Quran, Ali Imran :137
Mengembara, melancong ni memang suruhan Allah.Tapi provided niat kita betullah bukan ke arah maksiat. Sebab tu kalau kita jalan jauh tujuannya maksiat kita tak dibolehkan solat jama'.Aku dengar ni kat radio ustaz bagitahu.Jangan tanya aku kenapa ye tapi aku fikir juga ada ke orang buat maksiat yang solat? Jawapan tu tepuk dada tanya iman...
Jadi, sekarang ni tengah berusaha mengumpul fulus yang ada untuk bercuti cuti dan berjalan jalan. Kalau diizinkan memang ingin sangat ke satu tempat ni...memang sangat teringin. Agak agak ada x orang nak sponsor?Kalau ada orang nak sponsor bgtahu yek..Kihkih. Aku gurau.
Sebelum ke 'laut' lebih jauh baikla aku berhenti. Nak sambung berangan melancong tempat aku teringin tuh. Hehe.
Okeh.Babai:-D
December 30, 2011
Kita bukan sempurna
Dalam hidup ini ada masa
Kita perlu bersendiri
Biar saja orang anggap kita penting diri
Ada masa kita perlu menangis
Biar sahaja orang anggap kita ini beremosi sadis
Ada masa kita perlu berkata tidak
Walau ia menyakitkan hati sebelah pihak
Tak semua orang suka kita
Yang penting jangan sakiti hati mereka juga
Buat bodoh saja cuma jangan kita nampak bodoh
Tak semua orang sama macam kita
Jadi jangan cuba cari kesempurnaan orang sedang kita banyak kekurangan yang kita tak perasan pun...
Senyum....tak perlu kata apa apa:)
December 9, 2011
Kau supermak, aku pun supermak!
Aku semacam blur harini;)
Bukan blur mata, tapi fikiranku;)Hah..Nak update pun macam kura kura, nasib kura kura bajet cun kulit dia
Masuk bulan ni dah 7 bulan aku takda maid a.k.a orang gaji.
Dulu sebelum maid aku habis kontrak aku seriau semacam.
Mana nak basuh baju, lipat baju, gosok baju, sapu rumah, mop lantai, cuci tandas, kemas rumah dan jaga anak!
Sungguh aku seriau tak terbuat semua itu!
Aku bukan perfectionist ataupun seseorang yang sangat sempurna. Tapi aku pun macam orang lain. Balik kerja nak rumah bersih, nak makan malam dah siap, nak anak dah siap mandi, nak baju dah siap cuci dan lipat. Pendek kata, akau nak relaks jadi
Tapi bila aku fikir fikir fikir fikir balik, tak fun la bila semua tu orang gaji buat!Takda kepuasan. Pastu rasa bengang je bila orang tak buat ikut cara kita. Contoh, aku tak suka baju blouse aku dilipat lagi suka di gantung. Jadi, end up baik aku buat sendiri!
Itulah yang jadi kat aku masa ada orang gaji.
Tapi since dah takda ni, eh...ok je, takla huru hara sangat hidup aku. Taklah penat sangat. Taklah kelam kabut sangat. Cuma pada aku suami isteri kena give and take la. Kalau semua isteri buat of course la fengsan. Jadi aku juga ingin tribute pada en hubby sebab dia sanggup tolong aku vakum rumah dan buang sampah walau di malam hari!
Memang aku akui rumah aku dah tak bermop hari hari. Tandas juga tidak bercuci hari hari. Tapi aku happy. Tiada strangers atau orang asing di rumah sendiri. Fun kan hidup aku. Walau setiap kali aku masak aku kena cuci sendiri pinggan mangkuk periuk belanga aku juga happy. Biar tiada orang gaji dari aku makan hati!
Ikhlas ke? Pada aku seseorang perempuan yang dah berkahwin dan ada anak akan serahkan sepenuh jiwa raga untuk keluarga. Pahala dan balasan itu urusan Tuhan.
Aku rasa aku tak perlu orang gaji dah. Ceh. Eksyen. Buat masa sekarang. Akan datang aku tak pasti. Hidup kan ibarat roda.
Jadi, takla teruk sangat kan? Supermak kata Najwa. Kau pun supermak juga la!Meh kita salute sama sama!
December 1, 2011
Syukur
Syukur......
Masih punyai rumah walaupun hanya sewa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Syukur.......
Masih mewah dengan makanan sampai kadang tak termakan dan terbuang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Syukur........
Masih mampu berjalan dan sempurna kaki tangan untuk terus bekerja
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Syukur........
Masih boleh melihat keindahan alam dan menulis di blog
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Syukur...amat bersyukur....
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
- Quran, Ar Rahman ayat 47-
#pictures from google#
|
November 25, 2011
Iron oh iron...
Published with Blogger-droid v2.0.1
November 19, 2011
Sikap itu cermin diri
March 11, 2011
Cuti sekolah datang lagi!
March 4, 2011
Airmata sudah kering
Tadi saya menjadi seorang pendengar setia. Mendengar luahan seorang rakan. Dah lama tak dengar luahan orang. Dulu zaman sekolah saya mempunyai sahabat baik. Banyak dengar luahan perasaan. Masa di Universiti, selalu juga jadi pendengar luahan orang.
Some how saya selalu jadi pendengar, tapi jarang pula saya sendiri yang meluahkan rasa kepada orang, nak kata suka pendam tak juga, tapi mungkin saya tak banyak cerita yang ingin dikongsi.
Sungguh emo hari ini. Aduh, hati kecil saya sedih bila mendengar masalah rakan yang satu ini. Sesungguhnya tidak dapat saya bayangkan kalau saya ditempatnya. Pasti saya jadi gila.
Yang saya kagum , dia kelihatan begitu kuat. Tiada setitik pun airmata yang keluar. Mungkin airmatanya sudah kering. Ya, mungkin dia sudah tiada kesedihan yang perlu diperlihatkan. Saya pula yang emo dan merah mata.
Okeh okeh...cukupla emo. Saya harap dia sabar...Ya, dia memang seorang yang sabar, mungkin kekuatan dia berpegang kepada agamanya membuatkan dia kuat. Dan airmata tidak lagi tumpah. Tak dinafikan, mana2 agama mengajar kita bahawa Tuhan menguji kita kerana dia sayangkan kita..Ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang berlaku. Saya simpati, tapi hanya mampu berkata sabar.
Sukarkan bila seseorang yang kita kenali melalui saat getir dalam hidupnya. Moga dia tetap tabah. Saya pasti, sinar bahagia menantinya suatu hari nanti.
Nota kaki: Syukur masih punyai dan dikelilingi insan yang saya sayangi.
March 3, 2011
Legging trend
Suka part nie..hehe, seksi tak?












