Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

February 7, 2012

Resepi crepe/krep

Pernah makan crepe?Atau dalam bahasa manglish krep?Hado tak?Nan hado?

Mungkin nan hado kalau sebut crepe...tapi kalau sebut lempeng mesti semua pernah makan kan...hihi :-D

Perkataan crepe ni dari bahasa perancis, tu kata Cik Mat Gebu...sejujurnya saya tak pernah tahu menda alah lempeng yang orang kita makan ni dipanggil crepe oleh orang France..Terima kasih abang Mat bagitahu saya pasal crepe nih..Saya ingat crepe asal dari Amerika. Kuikui. Tiba tiba teringat Daddy's Crepe yang si Nik Michael buat dalam MasterChef Malaysia, tu yang rajin datang nak buat.

Krep a.k.a Lempeng ni simple je. Super simple. Inilah antara makanan nostalgia zaman kanak kanak saya. Mak selalu buat pastu saya pun belajar buat. Tu yang teringin nak makan tetiba tuh. Kalau Nik bagi nama Daddy's Crepe saya nak bagi nama Emak's Krep...o yeahhhh...LOL


Inilah bahan bahannya ya kawan kawan, telur tu bergantung banyak mana nak buat krep ni. Saya guna 2 bijik. Pastu tepung gandum 3 cawan dan fresh milk 2 cawan. Haha. Sukahati je saya main masukkan bahan tak ikut betul resepi asal CMG. Saya tambah gula kastor sikit dalam 2 sudu. Ni nak bagi tips, kalau takda susu segar atau sebab susu segar kan mahal sikit, belasah je guna susu pekat 3 sudu campur dengan air. Haha. Pastu tak payah dahla letak gula. Minyak zaitun tu saya letak 3 sudu.


Masuk semua bahan pastu kacau sampai sebati. Kalau agak agak pekat sangat tambah air sikit.Jangan cair sangat nanti kurang pulak rasa dia. Lempengkan dalam non stick pan. Jangan tebal sangat, kalau tebal boleh juga tapi orang tak panggil crepe dah, orang panggil pancake atau bahasa manglishnya penkek!Hihi.Kalau nak resepi penuh boleh klik kat dua link atas tu ye.


Crepe ni boleh makan dengan benda manis atau masin. Ikut suka. Ni bahan untuk tumis sambal bilis asam belacan.Sambal tumis paling simple mak saya ajar. Inilah savoury untuk lempeng tu. Savoury ni maksudnya kuah masin masin atau pedas pedas. Kawan kawan boleh je buat apa apa jenis sambal yang berkenan kat tekak. Nak cecah budu pun boleh!


Belacan Melaka. Favourite nih.Jangan letak banyak sangat belacan nanti masin. Macam saya terbuat pagi tadi. Kalau dah termasin tu, cover cover dengan tambah air dan gula sikit yek.


Air asam ikut suka, saya tak sukat. Biasanya saya masak jarang sukat betul betul. Perasan macam sifu. Wakaka.


Ikan bilis yang sudah di basuh.


Inilah rupa sambal tuh. Memikat kan. Haha. Perasan.


Crepe/lempeng bersama sambal belacan bilis. Umphh...Rupa paras crepe saya tak cantik. Tapi bak kata en suami saya, masuk perut hancur juga jadi f*c*s. Ok, selamat berkrep!


Published with Blogger-droid v2.0.4

January 21, 2012

Rezeki pagi hari

Salam hujung minggu....;D Dah sarapan semua?Sarapan saya dan keluarga harini pelbagai...sosej roll, nuget goreng untuk budak budak dan makaroni bakar lebi potluck semalam..dan lepas sarapan dapata pula yang ini...

Nasi dagang pemberian jiran sebelah. Syukur rezeki di pagi hari...Sedap nasi dagang ni, mak jiran sebelah saya yang masak, dia memang orang Terengganu..Panas panas lagi masa dia bagi ni:) Oklah, mesti semua da ada rancangan masing masing sempena cuti panjang ni kan. Saya balik kampung petang ni InsyaAllah. Selamat bercuti buat semua dan siapa yang bekerja tu selamat bekerja ya. Babai!
Published with Blogger-droid v2.0.3

March 27, 2011

Misi hari ini

Salam dan bismillah....

Setelah berjaya memadamkan lampu-lampu malam tadi dengan keluar dari rumah, tapi dengan keciwanya balik sebab saya tengok ramai lagi orang-orang tak menyokong earth hour ni...
Tak ramai yang tutup lampu..ramai tak tutup lampu tu especially kat kedai-kedai la

Mungkin saya tak faham sebab diaorang ada bisnes kan..takkanla kat kedai mamak tengah syok-syok makan tosei tiba-tiba ko kena padam lampu kan?
Macam tak berapa nak masuk akal la..
Tapi, saya rasa kita wajar dan patut perluaskan lagi kempen ni, bila semua orang bekerjasama tiada yang mustahil kan?


Sekadar short update di pagi ni, pagi yg dah nak masuk tengahari..haha..


Jamu mata la yek...


Sarapan kami sekeluarga pagi ni...mengancam tak teh tarik saya?haha...


Misi hari ni..

bersenang lenang dan mengular-ular dirumah

main masak-masak

nak buat cis tart..dah lama beli cis krim kat esbok tu...buatnya tak juga...

Selamat Hari Ahad..

March 2, 2011

Burger Sausage Mcmuffin

Salam dan bismillah...

Selamat pagi semua..jangan salah anggap,ini bukan entri resepi ya..anda semua dah bekfas ke..saya bekfas burger sausage Mcmuffin mcD pagi2,ada org boikot mcD ke,saya faham ada setengah orang boikot,itu hak masing2..ada sebahagian francais mcD milik orang islam walaupun pengasasnya adalah orang y....i .Jadi sy fikir perlu ke kita boikot ekonomi sesama islam..

Itu pendapatan saya ler..apa pendapatan anda?

Sekarang dah masuk bulan mac,suka bulan ni sbb:
#birthday mikael dan muaz
#cuti sekolah,en hubby cuti dan paling penting jalan x jammed

Tapi,baru lepas orang kecoh2 baru ni bayar saman trafik kali ni cukai pulak..kalau sebelum ni balai polis dan pejabat pos penuh ngan orang pasni LHDN pulak yang sesak..

Duit macam air je keluar..

Gaji? Bila nak naik ni?

Isk,merungut pulak dokter sirna ni..Alhamdulillah,syukur dengan apa yang diberi..

Nota kaki-Tengok Bersamamu baru tahu ramai lagi orang susah..

February 28, 2011

Murtabak maggi

Salam dan bismillah...

Jom layan murtabak maggi..Buat hari Sabtu baru ni, tak sempat nak wat entry, resepi dari buku resepi "Mahir Memasak, Langkah Demi Langkah"

Tapi ada saya modified sikit, resepi bubuh rempah kari maggi tu sendiri tapi saya letak rempah kari ikan biasa. Oh, tak sanggup letak rempah kari yang banyak MSG tu...kalau makan sendiri tu mungkin boleh lagi sebab kadang teringin juga makan maggi biasa..hehe.. tapi nak bagi anak makan kenalah sihat sikit kan


Resepi Murtabak Maggi(5 orang makan)

Bahan-bahan:
2 paket maggi mee
4 biji telur
20gm hirisan ayam
20gm daging kisar
1 sudu makan rempah kari daging(resepi asal guna rempah kari maggi tu)
10gm lobak merah-potong dadu(resepi asal guna mix vege readymade)
10gm brokoli-potong kecil2
5gm daun sup/daun bawang(ni saya tambah, bagi wangi)
5 biji cili api-dihiris halus
1 biji bawang besar- dihiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak/butter untuk menggoreng

Cara-caranya:
Rendam maggi dalam air panas dan toskan bila sudah lembut.
Campurkan sayur-sayuran, bawang, hirisan cili, ayam dan daging ke dalam mangkuk dan gaul.
Kemudian, masukkan telur dan gaul hingga sebati.
Tambahkan serbuk kari, lada hitam dan garam secukup  rasa.
Goreng dengan api sederhana.
Siap dihidang panas.

Simple je..boleh ganti ayam dan daging dengan seafood kalau suka
Boleh juga ganti sayur dengan mix vege yg readymade tu
Lada hitam kalau tak minat substitute dengan lada putih
kalau tak mahu pedas, jangan letak cili...

Selamat mencuba=)

May 16, 2010

Jom pergi Singapura

Salam dan bismillah....

"
"
"
"
Selamat Pagi...
Selamat Hari Guru...
"
"
"
Jom pergi Singapura
"
"
"
"
"
"
Dah siap-siap ni...
"
"
"
"
"
"




Beehoon goreng Singapura...

Tempting tak?
Saya dah lapar, nak kena kejut 2 hero bangun bekfas, hero sorang lagi minum susu ibu je ye!



March 6, 2010

Sarapan paling simple

Salam n bismillah...

Saya memang homosapiens yang jenis tak boleh tinggal breakfast..nak kata ada gastritis tak juga, sebabnya saya memang kuat makan..hoho=), berat badan naik berganda sgt dr 57kg ke 72.5kg sejak peknan ni, MGGT x 2 nasib baik normal, kalau tak terpaksa saya mencucuk insulin setiap hari. Sebenarnya nak tepek share breakfast kegemaran saya yang paling senang dibuat, gambar ni dah lama terperap jadi pekasam dalam lappyku

 
nasi goreng kampung pedas! 

  
jadilah saya tembam begini, perlukah saya buat facelift lepas ni?hoho, merepek saja..

Apa sarapan kegemaran anda?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails