Pages

April 22, 2011

Donut sambal pedas manis

Salam semua...

Siapa suka makan donut?

Biasakan donut sambal ni jarang saya jumpa jual, maklumla sekarang kan banyak donut moden, yang manis-manis tu, remember my en hubby kan tak suka manis jadi hari minggu tu saya buat minum petang donut pedas. Donut sambal ni mengimbau kenangan masa zaman persekolahan saya. Makcik kantin tu selalu jual donut sambal, sedap sangat memang terbaek yang saya pernah makan. Makcik tu memang terror buat kuih.

Buat donut ni simple je, kali ni saya try resepi yang tak guna telur. Sedap juga, cuma bila dah keesokan hari keras sikit dah donut tu.

Dapat resepi dari blog ini, tapi ada sedikit perderhakaan resepi, hehe=).Anyway thanks lensa hidup.


Resepi donut sambal pedas manis

Resepi asal: Lensa Hidup
Diolah oleh: Ladysirna

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh dough softener
2 sudu teh yis kering
1/2 cawan mentega
1 cawan air
2 sudu makan susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
2/3 sudu teh gula

Cara-caranya:
1. Cairkan mentega, kemudian campurkan air, susu pekat, garam dan gula. Tutup api.
2. Dalam satu mangkuk, satukan tepung dan yis. Gaul rata. Masukkan dough softener.
3. Tambahkan campuran mentega tadi dan uli dengan tangan hingga tidak melekit. Jika melekit tambah sedikit tepung.
4. Cetakkan menjadi donut dan tunggu dalam 1/2 jam hingga adunan naik dan goreng hingga keperangan.

Bahan-bahan untuk sambal:

10 sudu besar cili kering yang sudah dikisar(terpulang kalau nak lebih sambal atau kurang)
Air
2 ulas bawang putih- ditumbuk
3 ulas bawang merah- ditumbuk
Garam-secukup rasa
Gula- secukup rasa(saya letak lebih sedikit untuk nampak sambal lebih berkilat)

Cara-caranya:
Tumis bawang hingga wangi, masukkan cili kering kisar, tumis sehingga benar-benar garing, tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Setelah mendapat sambal yang likat dan garing, masukkan donut yang telah digoreng tadi


Saja buat lebih sambal sebab saya memang obses sambal , memang pantang kalau makan sambal tapi kuah sambal sikit, tak nikmat rasanya, tu sampai nama blog pun sambal


Versi donut moden untuk Mikael dan Muaz

Hari ni dah hari jumaat, selamat bercuti kepada yang cuti dan saya ada event yang sangat happening hari Ahad ni iaitu Sarakids Open Day and Breastfeeding Gathering di Denai Alam Recreation Centre (DARC) Shah Alam Ingat tak saya ada cerita pasal event ni dalam entri yang lepas. Boleh zass ke blog Farah kalau nak tahu lebih lanjut pasal event ni. Terujanya nak ke sana nanti. Okey, selamat berhujung minggu...

14 comments:

  1. happy weekend!
    tak penah try donut bersambal tu
    bak satu! hehe

    ReplyDelete
  2. haha...dah selamat jadi f*e**s..hehehe

    ReplyDelete
  3. first time tengok donut bersambal. selalu donut dgn gula atau aising.

    ReplyDelete
  4. waa....saya suka itu donut sambal...favorite saya!! tapi dah lama tak makan...tapi kalau sambal tu manis2 sikit lagi sedap..hehe

    ReplyDelete
  5. Memang tak bubuh ikan bilis, belacan semua ya Dr. Sirna? I tak pernah buat yg bersambal mcm ni.. ingat nak cuba la nt.

    ReplyDelete
  6. @kak nur

    cubalah kak nur, sedap tau, biasa kita makan yg manis je kan, ini ada juga manis sebab kita bubuh gula lebih, tak macam buat sambal biasa tu, ada orang panggil donut sira, macam popia sira tu

    ReplyDelete
  7. @man

    bestkan donut gini...saya memang letak gula lebih, tapi sy punya nampak cam tak berkilat sangat kan..hehe..

    ReplyDelete
  8. @MM

    memang sambal saja, macam ala-ala keria kan kita sira gula, ni sira ngan sambal+gula, sedap tau...cubalah MM

    ReplyDelete
  9. donut baru ni ! di KLipis ada jumpa karipap sambal (epok-epok).


    Donut yg coklat tu gerenti tak cukup satu kalau anak-anak makan...


    ;0)

    ReplyDelete
  10. babe i belum pernah sekalipun jumpa donut sambal masa baca memula tu i ingat kuih bulat yang ada filling sambal cam filling red bean tu :)

    ReplyDelete
  11. pes time nengok donut sambal..cam sedap je tu..tp nk buat malas..dasar betul..

    ReplyDelete
  12. salam...

    nyum nyum sedapnya nampak
    donat bersambal tu..
    rasenya pedas2 manis ekk??
    ade lagi tak??
    pos ke sini seketoi dua...meletops2 tekak sy nie...hihiks

    ReplyDelete
  13. version yg ada bintang tu adalah lebih mengujakan!

    ReplyDelete
  14. owh..sgt sedap kelihatannya donut sambal nih...bila la leh rasa ni....

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!