Minum air banyak. Supplement bukan suatu kemestian. Happy breastfeeding:-)
April 3, 2013
Selagi termampu
Minum air banyak. Supplement bukan suatu kemestian. Happy breastfeeding:-)
February 15, 2013
Oh, sudah 3 minggu
Hari ni dah masuk hari ke 22 makan ubat. Syukurlah dah takda side effect gatal gatal macam haritu. Cuma kadang ada rasa loya dan pening sikit kalau lambat sangat breakfast selepas makan ubat.
Oh, pada yang tak tahu apa benda saya merepek, boleh baca entri ini. Buat mama2q yang bertanya tentang rawatan yang saya lalui, saya tak dots di hospital tapi dots kan diri sendiri dan hubby tukang sign. Sigh. InsyaAllah, saya takkan ponteng makan ubat. Saya nak sembuh cepat! Biasanya untuk mengelakkan lupa, saya selalu ambil ubat selepas solat Subuh. Senang sebab waktu tu memang perut tengah kosong. Oh ya, dots tu singkatan untuk directly observe treatment strategy sebab rawatan untuk TB ni lama, jadi untuk mengelakkan pesakit skip atau ponteng makan ubat pesakit perlu datang ke mana mana pusat kesihatan terdekat dan makan ubat depan MA/nurse.
Apa yang boleh saya simpulkan, selepas beberapa hari je makan ubat, batuk saya terus berkurangan dan hingga kini batuk dah almost tiada. Badan pun rasa sedikit segar, dah takda seram sejuk macam selalu dan dah tak pernah berpeluh waktu malam. Cuma yang paling ketara 2 minggu pertama sakit di bahagian rusuk kiri bawah jadi makin kuat. Even tarik nafas atau bergerak sikit pun sakit. Memang saya ada sedikit effusion(air dalam kantung paru-paru) di sebelah kiri. Tapi syukurlah sekarang dah makin berkurang sakit tu.
Memang 2 minggu pertama tu saya pun dah jadi macam ninja. Setiap masa pakai mask. Biarlah saya sorang sakit. Risau sangat kena pada anak anak, suami dan maid. Moga Allah lindungi mereka. Sekarang rasa risau dah kurang sikit sebab dah lepas contagious phase. Mask pun dah tak pakai sangat. Hihi. Sesak la hai. Teringat dulu waktu saya bertugas di wad TB ada masa saya culas memakai mask sewaktu ward round. Degil. Confident sangat. Huu..
Tapi kan ada satu hikmah paling indah iaitu breastfeeding masih diteruskan seperti biasa. Mujur antiTB compatible dengan breastfeeding. Syukur rezeki baby Mifzal masih ada. Production juga tidak pernah mengecewakan. Hinggakan haritu ada stok frozen EBM yang terpaksa dibuang kerana sudah expired. Sekarang pun sebab duduk rumah banyak direct feeding saja. Baby Mifzal refuse botol kalau mama ada.
Nantilah saya tayang gambar stok EBM saya. Hihi. Saja nak menaikkan semangat untuk terus menyusukan dan menyokong penyusuan susu ibu.
November 20, 2011
10auns...
Assalamualaikum..
Salam hujung minggu semua
Semoga hujung minggu ini membawa keceriaan pada semua..
Dah lama tak share tentang breastfeeding.Gambar EBM di atas ialah susu perahan hari jumaat baru ni..
Ehcehwah...macam banyak benor la yer saya sibuk nk menayang dengan bangganyasyukurnya...
Tapi sesungguhnya hehehe perasan bagus dah lama tau tak dpt banyak ni..selalu paling koman pun 6 ounce.
Tu yang tetiba bangga tahap gaban..
Sejak umur muaz 1 thn setengah saya memang perah sekali sahaja kalau di tempat kerja..muaz pun sebenarnya sudah mula kurang suka EBM. Dia lebih menggemari susu cap gantung!wakakaka....
Saya rasa sebab dia dah kurang suka susu perahan ni ialah dia dah makan minum banyak jenis food dan minuman,macam jus oren,milo,vitagen...susu segar pun dia belasah jugak!Tapi bukanlah dia refuse terus,dia tetap minum tapi kalau dr pukul 8-5 tu paling banyak pun dia minum dalam 6-8ounce...Selebihnya minum air kosong dan air2 lain yg tersebut di atas...
Sekarang ni stok frozen EBM adalah lg dalam 10botol...dah tak banyak,dah tak semeriah seperti mula2 dulu,tapi tetap saya syukur sangat masih ada rezeki susu ibu untuk Muaz.
Time cuti macam ni memangla 24 jam Muaz akan melekat kat saya..bila dia dah penat main, saya juga dicarinya sebagai penghilang dahaga terpantas!Sampai kadang rasa letih juga dok asyik melekap je...Tapi demi zuriat tersayang takpala..Tu yg manja kemain...kalau ada susu cap gantung ni alamatnya baba dan orang lain tu bolayan kecuali orang tu nak bawa berjalan atau ada motor!Bijak tak bijak Si Muaz seorang ni..hehe..
InsyaAllah..umur Muaz sekarang dah 20 bulan...aim saya ingin menyusukannya hingga 24 bulan.Tapi bila dah sampai 24 bulan nnt taknakla terus stop...saya akan terus menyusukannya sehingga dia mahu.Mudah mudahan dipermudahkan...Doakanlah ye..
Ok peeps..selamat bersuka ria bersama yang tersayang:-D
Peace no war...
May 8, 2011
Sarakids open day and breastfeeding gathering
Bersenang-senang dengan keluarga, indah kan;-). Oh ya, selamat hari Ibu buat semua ibu-ibu. Anda semua ibu hebat!
Saya tahu ini cerita sudah
Walaupun dah terlambat nak bercerita di sini keterujaan itu masih wujud hingga kini.
Sungguh seronok join Sarakids open day tempohari. Denai Alam Recreation Centre jadi saksi ratusan pinky mommy, red kiddos and superb black daddy!
Kami bertolak awal pagi, seawal 7.30am dan sampai jam 8.30am. Sungguh
Tujuan pergi awal takut tak jumpa tempat. Tapi, memang syukur tak sesat langsung!
Kami antara yang terawal sampai...see, takda orang lagi...huhu, baby besar dok kat stroller kecit
Si pink mama ni nak interframe gak....
Serius je muka dia bila dapat naik kuda. Dah lama sangat Mikael nak naik kuda. Akhirnya dapat mama tunaikan impian dia
Seronok sangat tau Mikael. Saya memang ada niat nak hantar dia ke kelas menunggang kuda bila dia besar sikit kelak, insyaAllah...
Adik Muaz yang boring takda aktiviti lain selain menyusu, dia memang agak buat hal mungkin sebab panas, tapi akhirnya dia tidur setelah kepenatan yang amat...
Masa ni amat seronok...Kami semua berkumpul beramai-ramai di pentas utama dan Puan Farah menitiskan airmata taktakala bercerita tentang breastfeeding. Saya juga hampir
Sempat lagi
Ini ialah signature board yang mengandungi tandatangan semua orang yang menyokong penyusuan susu ibu!
Ada satu lagi acara yang saya tak sempat ambil gambar iaitu pertunjukkan berkuda sambil tiup api sebab masa tu tengah pegang adik Muaz yang tidur kepenatan.
Kami pulang kepenatan tapi saya sangat gembira. Sempatla berkenalan dengan 2, 3 orang teman. Rasa satu jiwa walau tak kenal antara satu sama lain. Saya bersyukur semakin ramai ibu menyusukan bayi dan kebanyakkan mereka ibu berkerjaya...
Nota kaki: Menyusu bayi nampak mudah tapi ia perlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Fikir positif, insyaAllah...
March 28, 2011
Mari meriahkan gathering
Semalam blogwalking nampak di blog Farah Farhan..wanita yang saya kagumi..
Rasanya tak terlewat lagi untuk saya promote ni...Ehem, ehem...
PENGUMUMAN...KEPADA SEMUA IBU-IBU KHASNYA...
Satu topik yang nampak mudah tapi sebenarnya sukar dilaksanakan
lebih-lebih lagi dalam dunia serba mencabar dan kebanyakan ibu bekerjaya
Indahnya susu ibu hingga dinyatakan dalam Al-Quran
Jomlah kita daftar ramai-ramai..meriahkan program ni..semua boleh datang ok...
Kalau anda bakal ibu, ibu, tak kisahla anda pernah menyusukan bayi atau tidak marilah kita sokong program ini, boleh kita semua jumpa kan..berkongsi cerita, berkongsi rasa dan pengalaman...wah, syoknyer...
Tak sabar nak jumpa ibu-ibu lain...300 orang akan menyusukan serentak!Sungguh teruja!
March 9, 2011
Wordless wednesday: Susu ibu 364 hari
Pstt....esok...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Genap 365 hari
tak semeriah dulu, tapi frozen EBM tetap ada, syukur...
untuk esok...adik, perjuangan ini hampir 365 hari
Alhamdulillah....
Azam, fikir, lakukan..insyaAllah HASIL...
January 25, 2011
Adik miss his mom's boob
I was oncall on Sunday, my first call ever in this place near Tawakal Hospital. Bukan tempat kerja baru, i just attach here for 4months then back to my hospital. It was a cool call..really cool...I like! Finish rounds at 11 sumthing, then chill...no patient collapse. Then , masa i balik semalam my maid story kat i about adik Muaz.
Adik Muaz miss his mom's boob...He was cradling around my maid chest and attempt to open up her blouse.
Then, masa my maid senyum2 dan cakap kat dia ha, adik nak buat apa tu...terus dia tak jadi and then tersenyum malu2..hahaha..i was like, what, adik miss the boob?hehehe..
So, apalagi, i balik semalam he was asleep then after i siap mandi,he already woke up then tak sabar2 untuk melekap!!So cute my baby, and i'm so happy able to fully breastfeed him until now...he is nearly 11 months old now, so cute, adore, and healthy. Makan pun boleh tahan. Breastfeeding time is an intimate moment for both of us. Sometimes, Mikael do jealous but he is a big boy now and will always behave in his own world...
Seronoknya jadi mama...dan lebih seronok if ur child really connected to you in a way that he get exclusive breastmilk from u...."mode sedih"... tetiba plak i teringat my memory masa kena demam denggi tempohari. It was an unforgettable memory, nasib baik i got a quite a lot number of frozen EBM stock..My BM depleted due to stress, illness and separation with my baby..I was warded for five days, and those 5 days were challenging for me,i cried coz i couldn't pump, i'm so weak and ill... syukur despite that 5 days my hubby tak beli FM for adik sebab stock cukup, lega sangat sebab dah kumpul EBM before this. Alhamdulillah i sembuh dengan izinNya...dan susu pun agak merajuk nak keluar after i was discharged. I betul2 recover after one week i discharge..
My little heroes, adik baby and abang baby
Salam sayang,
Ladysirna...
June 7, 2010
Pakai tangan pun boleh
How to Manually Express Breastmilk - The Marmet Technique
Draining the Milk Reservoirs
1. Position the thumb (above the nipple) and first two fingers (below the nipple) about 1” to 1–1/2” from the nipple,
• Avoid cupping the breast
• For large breasts, first lift and then push into the chest wall
3. Roll thumb and fingers forward at the same time. This rolling motion compresses and empties milk reservoirs without injuring sensitive breast tissue.
4. Repeat rhythmically to completely drain reservoirs.
• Position, push, roll...
• Position, push, roll...
5. Rotate the thumb and fingers to milk other reservoirs, using both hands on each breast.
2. Sliding hands over the breast may cause painful skin burns.
3. Avoid pulling the nipple which may result in tissue damage.
Marmet Technique copyright 1978, revised 1979, 1981 and 1988. Used with permission of Chele Marmet and the Lactation Institute, 1616 Ventura Blvd., Suite 223, Encino, California 91436
info credit to: medela.com
April 30, 2010
EBM on the run
Alhamdulillah, "konflik" dalaman saya telah berjaya disetelkan...lega hati den, senyum sampai ke telinga..winkwink
Saya dah start express BM dari 11 April aritu, actually first time pumping ialah masa hari ke 4 confinement. Masa tu pam colostrum la kan coz saya tak tahan B engorge sangat lepas berurut. Then inilah hasilnya....
actually ada satu lagi botol colostrum, tapi abang Mika dah selamat minum lepas mamanya siap perah...
yang 2 ni pon dah selamat bagi kat baby Muaz masa first train dia minum via bottle(saya beli bottle Tommee Tippie yang bentuk nipple dia macam mother's B tu untuk elak Muaz keliru B dan bottle)
Dan setelah lebih kurang 20 hari saya pumping, inilah hasilnya...
Alhamdulillah dah ada 27 botol setakat ni, yang 3 oz ada 18 botol, 4 oz ada 3 botol, dan 5 oz ada 6 botol...kenapa ada perbezaan sukatan ek, sebab depends on saya punya milk production dan awal-awal aritu saja asingkan 3 oz, tapi setelah saya notice every feeding Muaz hanya minum 2-2.5 oz saja, dats why saya combinekan je jadi total 5 oz, then bolehla dibahagi 2 bila nak bagi feeding nanti. So, saya boleh jimat ruang dan penggunaan botol.
Usually saya pumping waktu pagi kalau rajin bangun awal ataupun bila B saya rasa berat. So far i didn't require any breastmilk booster supplement, cuma banyak minum air, minum susu anmum, makan kurma dan oat. For me, the most importance one is frequent feeding, NO DEMAND NO SUPPLY. One more, balance diet and avoid stress. Kalau stress pon buat2 macam x stress..hehe..InsyaAllah, banyakla susu...
Saya target nak ada at least 50 bottle before saya start keja nanti, mudah-mudahan Allah permudahkan..happy dan syiok sangat tgk EBM berderet dlm freezer, semuanya hanya untuk zuriat yg saya sayangi...
April 7, 2010
Breastfeeding, the sweet reward!
Kenapa breastfeeding?
Ikut-ikut?Suka-suka?Jimat?Sebab mak saya breastfeeding, so saya pun breastfeeding?Nak kurus?
Apa agaknya jawapan yang akan kita bagi jika ada orang yang berminat nak tau sebab apa kita breastfeeding?
Jawapan saya mudah: SUSU IBU INI HAK ANAK....
Bila sebut soal hak, logiknya wajib kita beri...provided seorang ibu itu tiada masalah untuk menyusukan bayinya dari segi kesihatan dan perubatan. Ikutkan, setiap bayi yang baru lahir itu berhak minum susu ibunya.Hakikatnya bukan sekadar sebab ia adalah hak tapi ia adalah satu momen yg tidak boleh dijual beli dan hanya seorang yang bergelar ibu,emak,mama,mommy,ummi atau amma dapat merasainya..orang lelaki x boleh taw!lol..so,it is actually a sweet reward from Allah for every mother..a reward which every mother should've appreciate from the very beginning she decide to be a mother..so,by right no mother excluded from breastfeeding her own bloody descent as long as she is healthy with no absolute contraindication until proven otherwise!
Well, kat sini saya nak share a simple 10 reason why we should breastfeed our baby:
1) It benefit immensely the whole baby's body and brain.Why?
So, susu ibu amat penting untuk provide immunities yang seorang ibu itu dah ada ataupun dah expose. As we all know breast milk are sterile and contain a lot of antibody and immnoglobulin, especially colustrum yang kaler kuning tuh...so yummy=). Colustrum is so important in earlier days for baby, ia mempunyai kandungan protien yang sangat tinggi ye mummy semua(sebab tu banyak immunoglobulin as it made from protien). Immunoglobulin ni fungsinya untuk protect baby against infection. Ia juga dikatakan ada laxative effect; yang boleh induce baby poo kan dia punya meconium tuh..Then, kandungan karbohidrat dan lactose yang tinggi berbanding FM. Kajian menunjukkan susu yang mempunyai high lactose content menunjukkan perkembangan otak yang tinggi kepada bayi.
2) Cause calmer feeling
3) Easier digestion for baby than formula.
4) Available fresh instantly for hungry baby.
5) Soothing for a crying baby.
Ubat paling mujarab untuk baby yang sedang menangis..the baby can feel the warmth in her mother arm, the food from her breast, and the knowledge of secure he demand in our presence.
6) Treasure of a lifetime bond with your child.
Inilah masa paling syiok sekali, bila kulit kita dan kulit baby bersentuhan, tanpa kata-kata, itulah "perkataan" yang boleh diberitahu kepada bayi yang masih belum memahami, this is an intimacy time one should enjoy, nikmatnya Allah je yang tahu, saat kita memeluknya, memegangnya dan bila kita bercakap-cakap dengannya..oh, indahnya!(awat syok sendiri ni?)
7) Free (cheaper than formula by a long shot)!
8) Effortless pregnancy weight loss and reduce the risk of cancer
9) Enhanced poop smells better than formula-fed babies (until solids start!).
Betul tak mommies? Less odourous kan? Kadang-kadang sampai kita susah nak tau baby poo ke tak sebab memang bau tak kuat!Sebabnya, kandungan mineral dalam susu ibu lebih mudah diserap jadi mengurangkan pembentukan bakteria dalam najis bayi.
10)Decreased risk of SIDS than formula-fed babies.
SIDS ataupun sudden infant death syndrome ni adalah satu keadaan yang amat ditakuti oleh semua parents.Punca sebenarnya tidak diketahui dan banyak teori telah dikeluarkan. Kajian di New Zealand menunjukkan daripada 86 bayi yang mati akibat SIDS, hanya 3 darinya diberi susu ibu!So, what say you?
March 27, 2010
Kelahiran yang dinantikan(Part 2)
Lagi pictures baby Muaz…
Selepas je masuk wad, satu hari tu saya kerap kejutkan baby untuk menyusu. Breastfeeding first 24 hour is really crucial, I always bare that in mind. I was so excited and adamant to breastfeed him, tapi memang pethidine was a real killer, baby still very sleepy. Then, sampai ke petang dia tak pass motion and pass urine. Saya agak risau. Tak sabar nak balik satu hal juga. Incharge doc bagitau saya yang saya boleh balik lepas baby kencing berak. Saya tunggu je..Akhirnya, dalam pukul 7 petang camtu barulah dia pass his first meconium and urine. Lega saya, yeayy, boleh balik. Apalagi, saya terus bagitau hubby dan bungkus balik umah malam tu juga(hehe, takmo tido wad).
Kat rumah, baby tetap sleepy lagi. Sedaya upaya saya kerap kejutkan dia, every 2 hour untuk breastfeed. Esoknya barulah Muaz kurang sleepy dan senang nak kejut. Bruises mark kat muka dia pun makin kurang. Bermulalah confinement period saya. Kali ni rasa sakit uterus nak mengecut kuat sangat, sakit tu rasa sampai hari ke 7. Badan saya pun sakit2. Saya mula berurut hari ke 3. Saya berurut dengan Mak Dayang, dia ni very nice and soft spoken, umur dah 62tahun tapi macam baru awal 50an. Awet muda tu. Dia urut pun best dan tak sakit.
Hari ke 4, saya notice yang sclera(mata putih) Muaz macam kekuningan. Ya Allah, anakku jaundice!Sedihnya, saya terfikir, adakah sebab saya kurang susukan Muaz masa awal kelahirannya?Ah..sedapkan hati, semua ni ujian Allah. Hubby plak ada exam esoknya, saya bagitau dia then dia cakap nak gi spital ke, saya suruh tunggu dulu. Hari Isnin tu pagi2 lagi saya dan hubby bawa Muaz ke HKL. Paeds MO tu tengok je, terus dia bagitau saya, clinically looks like his bilirubin more than 300, definitely need an admission. Dia terus suruh saya n baby masuk wad untuk start phototherapy. Pastu baru ambil darah. Time ni la yang haru bagai, Muaz kena cucuk 2 kali! Poor baby Muaz, staffnurse tu minta maaf kat saya coz first cucuk tak dapat, ahah, baru saya paham perasaan parents2 yang mempunyai anak yang sakit. Speechless, but can help it. Barulah saya sedar kenapa saya memang tak suka paeds division sebab saya tak sanggup tengok dan cucuk baby2 yang kecik tu. Saya tidak dilahirkan untuk jadi doktor kanak2. Huhu..
Maka, berkampung lagi saya di wad. Muaz diletakkan di bawah single photo. Kena pakai “spectacles” lagi dan pakai diaper je. Kesian baby Muaz..
March 25, 2010
Kelahiran yang dinantikan(Part 1)
Selasa; 9hb Mac 2010
Hari tu hari ke2 saya bercuti secara rasminya, seronok woo sebab dah lama saya tak bercuti(planned leave), masa saya banyak dihabiskan bersama Mikael, bukan apa, akhir2 ni Mikael nampak semakin rapat dan manja dgn bibik..saya rasa sungguh cemburu. Betul!!Jadi, kesempatan bercuti saya peruntukkan untuk melayan si kecik ni walaupun saya semakin tak berdaya membawa badan sendiri. Hari itu saya lalui seperti biasa, pagi2 saya sengaja bangun lambat sebab dah lama tak bangun lambat masa weekday, lunch tu saya tak masak sebab mak masak dan dia pun tak bg saya tolong..huhu, saya tolong makan je lol.Banyak gak la makan sebab mak masak ayam masak pedas lada hitam..hoho, memang saya suka sesangat=).Malam tu pun waktu dinner saya makan lauk yang sama, banyak juga. Saya sikit pun takda rasa sakit sepanjang hari tu sampaila nak masuk tidur. Oleh kerana sedang bercuti, saja saya tidur lambat malam tu, saya masuk bilik lebih kurang pukul 11:15malam.Tapi malam tu memang rasa susah sgt nak lelap mata ni, pdhal dah mengantuk tahap gaban. Sebenarnya, memang saya asyik berfikir je 2, 3 hari tu, asyik berkira-kira bilalah aku nak bersalin ni..bukan apa, saya lebih rela bersalin before EDD daripada jadi post date dan kena induce, mak...tak mau!Alhamdulillah, doa saya didengar dan dimakbulkan=)
Saya sampai di PAC lebih kurang pkl 2:45pagi. Sakit semakin kuat. Nurse tanya saya, rasa nak teran ke?saya memang rasa nak terkencing je, belum lagi rasa nak teran. Aduh, saya disuruh baring kat strecher bed sebab doktor nak buat VE(vaginal examination). Doktor bertugas plak 2 orang lelaki...Hmm, rasa mcm nak request je kat diaorg, tulun panggil doc pompuan, tapi saya taknak banyak kerenah, jadi hatiku merelakan je. Serviks saya dah buka 4cm!Contraction pula 3 in 10minutes.Saya hanya mampu berdoa. Saya amalkan baca "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntum minazzalimin". Ini doa yang amat bagus dan mujarab. Emak saya yang selalu pesan suruh baca doa ni. Saya terus ditolak ke labour room.
Kat labour room, midwife incharge siap tanya saya, doktor nak MO ke conduct?Saya cakap tak kisah, akak pun boleh. Sakit saya semakin kuat, so, tak sampai 10minit kat labour room , VE dibuat sekali lagi. Now, its 5cm! Midwife tu bagi saya entonox yang sikit pun saya rasa tak relief pain. Then, houseman incharge datang dan insert drip, adoi, dah lama saya tak kena cucuk, then bagi saya IM Pethidine. Saya rasa tak tahan yang amat, time ni dah rasa macam kepala baby dah nak keluar sesangat. Saya suruh diaorang cepat2 buat ARM(artificial rupture of membrane) untuk keluarkan liquor then senangla lagi kepala nak turun. Lepas je saya leaking, serviks saya terbuka sampai 7cm. Tapi, waktu ni saya dah rasa nak teran. Midwife incharge pun call member dia sorang lagi yang saya rasa quite senior untuk conduct sebab saya dah terjerit-jerit kesakitan. Dia pun suruh saya teran, time ni baru hubby masuk. Saya sakit sangat sampai keluar airmata. Dalam pada terjerit sakit tak hengat dan meneran tu, serviks saya buka sampai 9 then fully dilated. Mula2 saya tak dapat nak push dgn bagus. Saya push pendek dan sekejap je which was a wrong technique. Tahu tapi tak praktik. Terukkan saya ni(bila dah sakit, tak ingat apa dah) Apalagi, bisingla midwife tu. Membebel dia kat saya. Nasibla kena marah, huhu...Lama2, dengan semangat yang En hubby berikan, saya kumpul sekuat tenaga untuk push dengan kuat, tapi kali ni lama sangat saya meneran, sampai breathless dibuatnya. .Akhirnya, tepat jam 04:53am, keluar juga baby Muaz ke dunia ini. Keluar je baby, dia tak nangis. Terus saya tanya; kenapa baby tak nangis?Dah mamanya nangis, baby tak nangis la…selamba je midwife tu jawab kat saya. Berdebar sekejap. Tak lama dia cakap tu, terus saya dengar tangisan baby Muaz yang kuat. Fuh, lega rasanya, Alhamdulillah. Hubby terus bisik kat telinga saya, don’t worry, our baby ok, tali pusat terbelit kat leher tadi..No wonder baby tak terus nangis, rupanya dia lemas sekejap tadi. Syukurlah no serious complication, cuma ada a few bruises mark kat muka dia which faded off on day 3 of life.
Masa midwife suture tear(saya hanya dapat labial tear,tu pun satu suture je, perineum intact, hoho, sukanya, thumb up untuk staffnurse a.k.a midwife norazila for a good job, pandai dia guard perineum saya lol), hubby pergi azankan baby kat nursing room. Pastu dia masuk balik dan bagitau saya..abang dah tengok, baby kita sempurna..syukurlah, hilang semua kesakitan saya. Siap je saya di suture, tanpa malu2 saya terus minta air milo. Dahaga yang teramat. Siap je saya minum, diaorang pun pass baby kat saya. Rasa gembira yang teramat bila tengok wajah baby, terus saya cuba latch on dia, and for the first time, dia terus pandai menghisap. Sukanya saya. Kami pun ditolak masuk ke wad. Sampai je kat wad, baby terus titon dan saya pun tidur juga sebab kepenatan yang amat..Saya bangun dalam pukul 6 pagi untuk susukan Muaz tapi kesan pethidine sangat kuat. Muaz susah sangat nak buka mata, puas saya kejutkan dia. Aduh, rasa menyesal sangat sebab tak refuse pethidine, n the side effect goes to Muaz. Dia bangun tapi menyusu sekejap je. He was so sleepy.
Sampai sini dulu part 1 kelahiran yang dinantikan. Part 2…tunggu…


























