February 7, 2012

Resepi crepe/krep

Pernah makan crepe?Atau dalam bahasa manglish krep?Hado tak?Nan hado?

Mungkin nan hado kalau sebut crepe...tapi kalau sebut lempeng mesti semua pernah makan kan...hihi :-D

Perkataan crepe ni dari bahasa perancis, tu kata Cik Mat Gebu...sejujurnya saya tak pernah tahu menda alah lempeng yang orang kita makan ni dipanggil crepe oleh orang France..Terima kasih abang Mat bagitahu saya pasal crepe nih..Saya ingat crepe asal dari Amerika. Kuikui. Tiba tiba teringat Daddy's Crepe yang si Nik Michael buat dalam MasterChef Malaysia, tu yang rajin datang nak buat.

Krep a.k.a Lempeng ni simple je. Super simple. Inilah antara makanan nostalgia zaman kanak kanak saya. Mak selalu buat pastu saya pun belajar buat. Tu yang teringin nak makan tetiba tuh. Kalau Nik bagi nama Daddy's Crepe saya nak bagi nama Emak's Krep...o yeahhhh...LOL


Inilah bahan bahannya ya kawan kawan, telur tu bergantung banyak mana nak buat krep ni. Saya guna 2 bijik. Pastu tepung gandum 3 cawan dan fresh milk 2 cawan. Haha. Sukahati je saya main masukkan bahan tak ikut betul resepi asal CMG. Saya tambah gula kastor sikit dalam 2 sudu. Ni nak bagi tips, kalau takda susu segar atau sebab susu segar kan mahal sikit, belasah je guna susu pekat 3 sudu campur dengan air. Haha. Pastu tak payah dahla letak gula. Minyak zaitun tu saya letak 3 sudu.


Masuk semua bahan pastu kacau sampai sebati. Kalau agak agak pekat sangat tambah air sikit.Jangan cair sangat nanti kurang pulak rasa dia. Lempengkan dalam non stick pan. Jangan tebal sangat, kalau tebal boleh juga tapi orang tak panggil crepe dah, orang panggil pancake atau bahasa manglishnya penkek!Hihi.Kalau nak resepi penuh boleh klik kat dua link atas tu ye.


Crepe ni boleh makan dengan benda manis atau masin. Ikut suka. Ni bahan untuk tumis sambal bilis asam belacan.Sambal tumis paling simple mak saya ajar. Inilah savoury untuk lempeng tu. Savoury ni maksudnya kuah masin masin atau pedas pedas. Kawan kawan boleh je buat apa apa jenis sambal yang berkenan kat tekak. Nak cecah budu pun boleh!


Belacan Melaka. Favourite nih.Jangan letak banyak sangat belacan nanti masin. Macam saya terbuat pagi tadi. Kalau dah termasin tu, cover cover dengan tambah air dan gula sikit yek.


Air asam ikut suka, saya tak sukat. Biasanya saya masak jarang sukat betul betul. Perasan macam sifu. Wakaka.


Ikan bilis yang sudah di basuh.


Inilah rupa sambal tuh. Memikat kan. Haha. Perasan.


Crepe/lempeng bersama sambal belacan bilis. Umphh...Rupa paras crepe saya tak cantik. Tapi bak kata en suami saya, masuk perut hancur juga jadi f*c*s. Ok, selamat berkrep!


Published with Blogger-droid v2.0.4

10 comments:

h4ni3 said...

buat brekpas pagi2 camtu mmg sodap tu :))

Azian Elias said...

macam sedappp je.. siap ada sambal tu..makan dggn madu pun sedap tuu..

Azian Elias said...

macam sedappp je.. siap ada sambal tu..makan dggn madu pun sedap tuu..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

I mmg penggemar crepe dan crepe packs (disebut kerepek ye).. lagi2 cicah sambal tumis. Mmg perghh...

Ada satu gerai kat JB ni, Makcik tu jual lempeng kelapa je.. tp lariss.. sedappp.. teringat2 smpi skrg.

kakcik said...

Kakcik buat lempeng petang tadi - tapi lempeng yang gebu. :)

idasm said...

mmg lama sgt tak buat lempeng. tp suami suka sgt lempang nyiur.... hehe..

Cho Zila said...

ooo kalau lempeng akak memang selaluler buat... anak2 suka...

wahida said...

sedapnya...........dah la tak brekfes lagi ni...huwaaaaa!!!

Nieza Ishak said...

perghhhhhhhhhhh lamanya tak makan sambal bilis gini. Nak buat la sarapan esok ;)

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedapnya, buat cik ina terliur.syy guna minyak biasa boleh tak, mahal tu minyak zaitun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails