Showing posts with label Mifzal. Show all posts
Showing posts with label Mifzal. Show all posts

March 15, 2013

Teringin punya pasal

Assalamualaikum...

Macam ni rupanya burger bakar kaw kaw..pertama kali makan ni. 

Burger bakar cheese kaw kaw

Beli di wangsa maju dekat dengan carrefour tu...Sementara tunggu burger bakar siap saya request kat hubby nak makan pizza pulak..bahaha...makan tak hengat punya. Bahana lama x makan la ni...teringin sangat. Sementara tunggu pizza siap ambil gambar budak bulat ni...Makin membulat tau si baby Mifzal ni. Pandai pulak renung kamera:)

Hello semua:))


Siap je pizza pusing balik kedai burger dan dah siap pun burger bakarnya...oklah dalam setengah jam dah siap, saya ingat 2 jam baru siap.




Thin crust pizza -pepperoni

Bagi saya burger bakar kaw kaw ni ok. Tapi saya lebih prefer burger biasa atau burger king jika teringin nak makan burger lagi lepas ni. Dagingnya memang mewah dan juicy tapi tekak saya kurang boleh terima rasa asapnya yang agak terasa di mulut ketika dan sesudah makan. Tapi tak dinafikan memang menarik burger bakar ni. Beri idea juga kepada saya untuk berusaha buat burger sendiri. Rasanya bukan susah pun kan...

February 24, 2013

Baby Mifzal demam

Assalamualaikum semua...

Dah dua hari hero last saya baby Mifzal demam. Biasalah ibu mana tak susah hati kalau anak demam. Haritu pun demam juga tapi sehari je, sejak saya sakit ni risau sangat kalau anak anak batuk atau demam. Tapi sentiasa berfikir positif yang ia hanya jangkitan virus. Baru ni masa gi check up, dia membesar dengan baik. Beratnya sudah 6.8kg dan tingginya sudah 62cm. Aduh mengah juga bila mendukung dia. Jika anak demam, sepatutnya kena banyak tuam air sejuk tapi anak anak saya kalau kena towel sejuk terus meraung raung menangis. Jadi hanya boleh letak koolfever yang lekat di dahi tu. Selebihnya mengharapkan suhu badan turun dengan ubat demam dan doa.


Dalam pada baby Mifzal demam, saya sempat buat puding ni petang tadi masa baby Mifzal tidur. Sebab senang je buat dia, mood masak masak dan buat kuih dah datang balik. Dekat sebulan haritu tak sentuh periuk kuali. Tu yang excited je nak ke dapur mencurahkan air tangan. Walau masak tak seberapa dan biasa biasa aja, tapi sambil masak tu baca zikir dan selawat moga moga orang tersayang dekat selalu di hati.





Puding ni puding roti kukus pandan. Ambil dari blog Ayu Citarasa Rinduan. Thanks Ayu, memang supersimple. Hidang masa minum petang tadi sekejap je dah licin:). Suka bebenor saya dengan resepi simple. Nak buat senang je, roti 10keping campur susu pekat manis 1/2 tin, air daun pandan 1 cawan, santan 200ml dan telur sebijik. Pastu kukuskan dalam 1/2 jam. Senangkan?

Esok dah kerja, memang dugaan mula bekerja di waktu anak tak sihat. Moga baby Mifzal cepat sembuh dan moga dia kuat walau tanpa saya di sisinya. Saya mahu kutip semangat baru. Selamat bekerja juga kawan kawan!

January 11, 2013

Masa mandi baby Mifzal!

Assalamualaikum semua..:)

Demam durian crepe dah habis, demam Adam dan Hawa pun dah habis. Jadi berbaliklah kepada dunia realiti. Haha. Cuti saya pun dah tinggal sipi sipi je lagi, seminggu je lagi jadi housewife, lepas ni dah kerja semula. Nanti dah kerja mesti rindu kat mereka ni....

3 Ahmad~ Muaz, Mifzal dan Mikael

Okeh, nak masuk kerja kena bersemangat!Nak dapat anugerah khidmat cemerlang. Ekeke. Kenalah semangat kan, surat naik gred pun dah dapat, so, looking for the good beginning for this year:)

Jom tengok baby Mifzal mandi. Budak kecik ni suka mandi tau. Kalau dalam besen tu duduk berendam lama pun dia suka. Geram tengok. Awas ye, gambar di bawah adalah sedikit censored:P

Memandikan baby Mifzal jadi lebih mudah dengan  bath cushion yang lembut ni.  Baby tak stress pun. Dah tak guna cushion asal yang keras tu.
Aw chak! Kita main bubble dulu...

Alalala....tahu je mama nak ambil gambar dia ye..
Dah bilas badan, dia mula tunjuk tanda mahu susu, laparlah tu!
Dah siap! Baby Mifzal like bathing time...;)





December 31, 2012

Positifkan diri,ahlan wassahlan 2013!

Salam semua...

Terasa sayu pagi ini. Ehcehwah. Maklumlah, hari terakhir di 2012. Esok dah 2013. Buat saya 2012 banyak juga  pahit manisnya. Tak mahu bicara tentang pahit. Yang paling manis ialah bila Allah anugerahkan saya dengan seorang lagi zuriat pada tarikh 22 Oktober 2012. Manis. Indahnya walau dah pernah melahirkan tapi pada saya setiap kelahiran zuriat tiada yang serupa.

Yang manis lagi ialah bila emak dapat menunaikan haji ke tanah suci. Walau bukan saya yang menemani tapi saya bersyukur kerana doa dan hajatnya untuk ke tanah suci telah pun dimakbulkan. Moga selepas ini saya dan suami pula akan menyusul. Rindu Kaabah. Rindu Masjid Nabawi. Rindu Raudhah. Walau tak pernah ke temu tapi seakan melambai tempat tempat suci itu. Moga diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana nanti, insyaAllah..

2012 terlalu banyak mempositifkan saya. Saya bersyukur kerana dibuka mata, telinga, hati dan minda menerima setiap ketentuan dengan positif. Semakin rasa bahagia dan ingin sentiasa membahagiakan. Tentunya keluarga tersayang saya menjadi sumber kekuatan. Selamat datang 2013.

 Harta dunia akhirat saya yang dilahirkan pada 22 Oktober 2012 jam 12:14 tghr

Mereka yang membahagiakan saya:)

December 26, 2012

Ahmad Mifzal ~ terbaru




Inilah wajah terbaru Mifzal...dia dah 2 bulan genap 22 Disember lalu.

Baru lepas kena 'jabbed' 2 hari lepas. DTAP first dose. Nangis sekejap je. Lepas kena cucuk terus tidur lena.

Berat sudah 5.5kg. Naik 1 kg dalam sebulan. Panjang sudah 57cm. Semakin tembam pipi melayut. Semakin berisi peha gebunya.  Masa cepat berlalu.

Rambut baru tumbuh sikit. Cukur kepala baru sekali. Sudah pandai senyum senyum dan menegur orang dengan bahasa bayinya.

Dia masih exclusive breastfeeding. Alhamdulillah. Dah pandai sucking perahan susu ibu melalui botol susu. Dia cepat belajar walau mula mula tak mahu. Persediaan untuk mama kembali bekerja bulan depan. Oh, memang cepat masa berlalu...

December 14, 2012

Bila baby Mifzal batuk

Salam semua....

Alhamdulillah, saya dah habis pantang!Sadis betul rasa tak boleh nak update blog selalu. Bermula dari balik kampung yang takda line internet bagus, lepas tu pulak anak sakit, mood berblog terus merudum balik. Nama je cuti, sibuknya mengalahkan waktu kerja. Baru ni baby Ahmad Mifzal terkena jangkitan bronkus atau "acute bronchitis". Kesian dia, batuk je memanjang. Bayanglah baby baru sebulan lebih batuk tak berhenti. Aduh, masa tu susah hati di buatnya, panik juga(doktor lebih panik bila anak sendiri sakit:P). Saya bawa dia jumpa pakar pediatrik yang memang semua anak saya kalau sakit ke situlah saya bawa. Dr Ew kata nasib baby Mifzal belum dapat pneumonia(jangkitan paru paru). Memang sebelum baby Mifzal batuk, Muaz dah batuk terlebih dulu dn Muaz pun diberi antibiotik sebab batuk teruk sangat. Jadi kes berjangkit jangkit kuman la ni. After Dr Ew bagi antibiotik dalam 5 hari, alhamdulillah syukur sangat batuknya dah baik. Muka pun dah makin bam bam sebab kuat minum susu ibu. 

Oh ya, baby kurang 6 bulan, memang kurang sesuai diberi antihistamine atau ubat batuk. Tapi kena tengok juga, sebab bila batuk tak baik lebih dari 4-5 hari, baiklah bawa jumpa doktor untuk pastikan ia bukan sesuatu yang serius. Sekarang ni pula saya sedang bertungkus lumus membaca dan menelaah untuk temuduga program master. Kadang rasa macam tak percaya saya nak sambung belajar balik dengan keadaan dah beranak pinak ni. Tapi kalau orang lain boleh, kenapa saya tak boleh...so, saya kena yakin boleh!

P/S: Nanti saya dah habis temuduga, nak blogwalking sampai lebam...haha

November 22, 2012

Baby Mifzal

Salam semua..



Ahmad Mifzal...jantung hati saya yang terbaru...kini genap berusia 32 hari

Ahmad bermaksud yang terpuji

Mifzal pula bermaksud teramat mulia

Moga dirinya jadi anak yang terpuji akhlak dan peribadi. Allah telah menganugerahkan kamu sebagai amanahNya dan moga Dia sentiasa memberi setiap saat dan ruang kehidupan ini untuk mama dan baba mendidik dan membesarkan kamu sehingga kamu dapat berdiri sendiri sebagai khalifahNya dan menjadi hamba yang teramat mulia disisinya...Amin.. 

Notakakiku:Semangat menulis blog kembali..moga terus semangat!Rindu kawan maya...:-D


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails