March 30, 2011

Saya pun ibusinga

Salam dan bismillah...

Lately ni Mikael makin pandai bercakap...Cakap macam orang tua orang dewasa.

Ada je perkataan -perkataan dia yang sometimes saya rasa saya tak pernah pulak cakap depan dia. Mungkin sebab dia bestfriend dengan mama Sri a.k.a bibik dia

Semalam tengah-tengah nak masuk maghrib saya masih depan TV patut waktu ni saya dah pakai telekung. Waktu dia dengar azan kat surau sebelah, terus dia cakap...

"Ma, dah bang, solat ma..."

"Ok, mama solat...abang dah solat belum?"

"Dah, pukul 3 tadi..."




Tergelak-gelak saya dengar jawapan dia..bercakap bukan main lagi

Kadang saya selalu menyinga dengan Mikael sebab sometimes dia selalu buat something yang boleh increase temperature saya, he can be so cranky at times and throw his tantrum yang boleh buat sesiapa pun bengang...kadang sabar juga tapi sabar saya ber threshold rendah maka jadilah saya ibu singa... pinjam nama dr singa ek..

Tapi selalu lepas saya menyinga dengan dia, saya menyesal sebab saya tahu he is just a small children...saya yang perlu kawal emo saya..selalu menyesal bila time tengok dia tengah tidur, Ya Allah...anak ini amanah Allah pada saya tapi saya yang gagal mengawal kesingaan saya.


Ada satu hari tu, Mikael suruh saya sapu minyak Yuyi kat perut dia.

"Ma, abang sakit perut.., sapu minyak Yuyi ma..."

"Ala kesiannya, tula banyak sangat makan aiskrim taknak makan nasi kan dah sakit perut.."saya bersyarah membebel sambil ambil minyak Yuyi

Waktu tengah sapu kat perut dia, dia sengaja kembung-kembungkan perut dia sambil kawer kawer(maksudnya ketawa)

Sambil urut2 perut dia, "Perut abang kembung ni kenapa? Ada baby ye?"

"Haah, ada baby"

"Ooooo...ada baby, berapa bulan?"


"3 bulan..."sengih-sengih kerang busuk dia sebab dia tahu dia tengah melawak kununya, pandai gak buat lawak si Mikael nih..hehe...

Saya gelak tak hengat masa dia kata 3 bulan tu...dia selalu suka nombor 3 lately mungkin sebab saya selalu bgtahu dia yang umur dia dah 3 tahun...

Satu lagi biasa kalau saya nak pergi shopping groceries saya akan tulis dulu kat rough paper. Selalu saya akan tanya Sri barang dapur apa yang takda.

Mikael akan menyampuk dan sibuk nak bagitahu juga barang-barang apa nak beli..

Dia akan cakap...ikan bilis, kicap, cos(sos), sayur, roti, ayam...dan macam-macam lagi nama barang yang dia tahu..

Itulah Mikael, selalu saya menyinga dengan dia tapi dia selalu menghiburkan hati saya....Dia ialah abang yang baik, sebab walaupun dia selalu usik dan buli gigit adik dia tapi dia sayangkan adik dia

Semalam waktu adik Muaz tidur petang, saya dah balik kerja time tu dan adik Muaz tidur dalam buai, dia dengar adik Muaz menangis dan cepat-cepat pergi kat buai dan buai adik dia...Rasa macam, wah, sayang juga dia kat adik...


 Mikael tengah di suap kuih seri muka oleh mama Sri dia..


Notakaki: Mesti Mikael akan tersenyum bila baca entri ini bila dah dewasa nanti...

9 comments:

ibu Aleesha Maisara said...

hahaha...kalo da jdi kaum ibu nih, haruslah kene jadik singa..aku tuh aleesha baru je setahun setengah, tapi perangainya boleh buat aku jadi singa yang buas,nak mengaum je...
tapi, lepas mara, mesti cium2 dia semula, kdg2 macam nak nanges tgk dia bila si ibu singa da kembali cool...
kesian kan anak2 beribukan ibu singa:)
kagum pada kaum ibu yang sgt penyabar..

Ladysirna said...

@ibualeesha

tula num, aku memang ibusinga, siapla kalau buat hal memang kena tapi kesian juga bila kena tu, tpi cepat marah cepat gak cool aku ni. Bila baba dia marah aku pulak yg kadang macam nak bela-bela anak, huhu..

Cik Ina minat Do do Cheng said...

budak-budak memang cam tu sesekali cakap meletup je.kadang dia boleh marah kita plak.sabar je.tapi bagus budak yang banyak cakap ni, nanti kat sekolah cikgu senang nak tanya.jangan cam firdaus pulak , cikgu tadika dia kata dia terlebih karan, asyik cakap je.

LYAfrina said...

tgk ank2 mbesar detik terindah.. tgk setiap step dlm dirinya.. nanti bila ank dh bsr, msti kita rindu sgt2.

h4ni3 said...

hehehe
budak tgh nak membesar.. camtu la
=)

transformed housewife said...

rasanya semua ibu pun kena jd ibu singa bila layan karenah anak2. Skrg baru dok terfikir kenapa mak kita marahkan kita dulu2 kan.

✿....rossa alina....✿ said...

hahahaha..kembung2 perut smbil ketawa..dak kecik ske buat cmtu..

DrSinga said...

ada baby cacing!!!!
:)

SyidaGorjes said...

Aqid ada fevret Dr. Semua Dr dia cakap mesti dia ingat.Dr dia cakap eskem ada kuman.so tak bole beli/makan eskem =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails