Salam dan bismillah...
Tadi saya menjadi seorang pendengar setia. Mendengar luahan seorang rakan. Dah lama tak dengar luahan orang. Dulu zaman sekolah saya mempunyai sahabat baik. Banyak dengar luahan perasaan. Masa di Universiti, selalu juga jadi pendengar luahan orang.
Some how saya selalu jadi pendengar, tapi jarang pula saya sendiri yang meluahkan rasa kepada orang, nak kata suka pendam tak juga, tapi mungkin saya tak banyak cerita yang ingin dikongsi.
Sungguh emo hari ini. Aduh, hati kecil saya sedih bila mendengar masalah rakan yang satu ini. Sesungguhnya tidak dapat saya bayangkan kalau saya ditempatnya. Pasti saya jadi gila.
Yang saya kagum , dia kelihatan begitu kuat. Tiada setitik pun airmata yang keluar. Mungkin airmatanya sudah kering. Ya, mungkin dia sudah tiada kesedihan yang perlu diperlihatkan. Saya pula yang emo dan merah mata.
Okeh okeh...cukupla emo. Saya harap dia sabar...Ya, dia memang seorang yang sabar, mungkin kekuatan dia berpegang kepada agamanya membuatkan dia kuat. Dan airmata tidak lagi tumpah. Tak dinafikan, mana2 agama mengajar kita bahawa Tuhan menguji kita kerana dia sayangkan kita..Ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang berlaku. Saya simpati, tapi hanya mampu berkata sabar.
Sukarkan bila seseorang yang kita kenali melalui saat getir dalam hidupnya. Moga dia tetap tabah. Saya pasti, sinar bahagia menantinya suatu hari nanti.
Nota kaki: Syukur masih punyai dan dikelilingi insan yang saya sayangi.
1 comment:
Salam..
Benar adikku.. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud; 'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kamg jika kami lupa atau tersalah. Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan Rahmatilah kami, Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
wallahuaklam..
Post a Comment