March 15, 2011

Fitnah

Salam dan bismillah...

Baru-baru ni, bestie saya masa zaman belajar di U kehilangan satu-satunya adik lelaki beliau dalam satu kemalangan. Kami semua terkejut sangat. Tapi itulah, Kun Faya Kun...Ajal maut semuanya di tanganNya. Adik nya terlibat dalam kemalangan dan mengalami head injury dan multiple injury. Yang menyedihkan, akhbar akhbar utama kebanyakan melaporkan yang adik my friend tu mat rempit...dan seolah-olah arwah yang bersalah. Tapi, hakikatnya, arwah memang tak bersalah sebab dia bukan dilorong yang salah, dia juga tidak memandu dengan laju tapi cara akhbar melaporkan tu memang langsung tak betul!Siap cakap arwah tu mat rempit tu yang membuat keluarga arwah dan kawan2 yang mengenali arwah berang. Ya Allah, mereka yang tulis tu fikir semua remaja naik motor tu merempit je ke kerjanya?Saya juga memang kenal sangat dengan arwah sebab baik ngan kakak dia. Dia memang bukan mat rempit. Memang arwah budak baik, sebab tu Allah jemput dia dulu..

Hish, geram la, kadang tu yang malas nak baca paper. Ada setengah berita dimanipulasikan dan disensasikan.Bukankah bila sesuatu dilaporkan tak betul tu dah jadi macam fitnah.

Ingat dulu Ustaz pernah bagitahu saya...

Dosa fitnah lebih keji dari membunuh...

Walaupun kuasa menulis dan melapor ditangan mereka , tapi mereka tak boleh sewenang-wenangnya melaporkan perkara yang tak betul

Tapi, having said that, saya tak kata semua reporter macam tu, cuma ada certain yang dapat je story terus je tulis tanpa betul2 selidiki kebenaran kes...Mereka perlulah pastikan kesahihan berita dulu baru tulis. Bukan hentam keromo je!

Pernah tak sesiapa atau orang terdekat anda  alami situasi ni?

Ya Allah, tenanglah arwah adik kawan saya di sana...Al-Fatihah..

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

oh kesiannya.. ish ish ish...

SyidaGorjes said...

paper ni mmg suka macam tu.bos kita pun ada sue reporter sbb menyebarkan fitnah.pastu reporter tu minta maaf.

A D I A said...

alfatihah untuk arwah. reporter ni satu la, tak diterangkan etika2 kerja yang betul ke? kalau tak silap dosa mengfitnah sama dengan dosa membunuh kan.

h4ni3 said...

betul.. kadang2 diorg ni tulis hentam keromo jer.. tau citer sikit2, yg lain elaborate sendiri.. tak peduli pun cerita tu betul ke salah.. tak sensitif langsung

apepun, semoga rohnya dicucuri rahmat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails