March 29, 2011

Cheese tart tempah penyakit

Salam dan bismillah...

Seperti yang diwar-warkan dalam entri yang sebelum ini, saya telah pun berjaya mengetartkan cheese yang dah nak nak hampir merajuk kat dalam peti sejuk tu..nasib baik dia tak meluputkan tarikhnya lagi kalau tak tong sampahla perginya..

As amatuer, inilah first time saya buat cheese tart. So, haruslah tak berapa nak menjadi kan(seperti biasa..kihkihkih..)Actually bukan tak berapa menjadi tapi cuma ada sedikit kesilapan teknikal dimana saya telah terlebih bubuh gula dalam adunan pastri menyebabkan pastri tart saya jadi manis macam kukis. Sepatutnya pastri tart tak boleh terlalu manis sebab filling dah manis. Sebab tu saya gelarkan cheese tart saya tempah penyakit. Untuk mengcover kemanisan cheese tart itu kununnya saya minum air kosong banyak2.


Resepi cheese tart banyak versi saya jumpa. Actually yang satu ni saya ambil dari yani@myresepi. Cuma, saya ada modified and  make a renovation besar-besaran...jangan marah yerk yani. Sukahati je ek..Resepi asal ialah mango cheese tart, tapi saya takda buah mango jadi saya bagi nama cheese tart strawberi sebab letak strawberi filling..hehe...Resepinya cnp dari yani. Thanks yer=)


 cheese tart tempah penyakit saya...tak berapa cantikla, tapi yang penting sedap je..cuma manis terlebih...

Resepi mango cheese tart(modified by ladysirna to strawberi cheese tart)


-Walnut crust-
1/2 cawan gula(ini resepi asal---but to me it is too sweet, saya suggest kurangkan ke 1/4 cawan)
100g mentega(potong kecil-kecil)
1 cawan tepung gandum(saya letak 1cawan setengah)
2/3 cawan walnut
-Filling-
250g philadepia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
1 tin mango( boleh ganti dengan peach/apricot)--tak letak langsung sebab tak beli


Cara-cara:
1)Panaskan oven ke 200degree
2)Sapu butter pada seluruh acuan tart
3)Make a crust. Masukkan gula dan tepung ke dalam food processor.Mix. Masukkan butter, mix again.
4)Masukkan wulnut mix jadi macam serbuk roti. Ambik 1/2 cawan dan letak ke tepi untuk ditabur kat atas. Selebihnya masukkan ke dalam acuan dan tekan dengan jari pada bawah dan tepi acuan bagi serata. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat(tip dr tuan asal resepi)--saya tak buat gini, semuanya saya jadikan pastri sebab saya tak letak mango tadi, rasa cam pelik pulak kalau tetiba takda buah tapi ada cam crumble pastri kat atas dia...
5)Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.
6)Aturkan mango yang dipotong memanjang ke atas cream tadi--tak buat
7)Kemudian tabur dengan doh yang disimpan tadi--tak buat juga
8)Hiaskan dengan strawberi filling(ini saya memandai letak..)
9)Bakar dalam api 220C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit.
10)Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.


Cheese tart tu buat 2 versi, versi kecik dan besar..pst..walaupun manis, telah berjaya dihabiskan oleh kami sekeluarga harini...Pasni nak cuba buat lagi, cuba resepi lain pula..tak puas pulak rasanya..


Nota kaki: En hubby selalu bising bila saya buat kuih manis2, tapi dia akan makan juga..hehe

3 comments:

ibu Aleesha Maisara said...

wah.semakin menjadik2 aura chef di jiwa dr sirna kite nih....
kalo da pandai wat cheese tart tuh namanya da kira handal jugak tuh dan cikgu faiz da boleh berdiri megah beristerikan ko.....hehehehe...
aku nih masak kuih mmg failed..
nak buat nasik ayam pun terkial2 lagi..tak menjadik nasiknya!
jom kite join kelas masakan..hehehe..

Ladysirna said...

weh, aku pun baru nak belajar la..nak bg makan family bolehla, sikit2 kan..aku nak join kelas memasak gak tapi entah bila la agaknye..camana nak gi sama kau kan kat ledang nun...

ibu Aleesha Maisara said...

kite menuntut ilmu memasak di alam maya jelah..itu,lah je yang termudah buat masa nih....:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails