March 10, 2011

Harijadi Muaz yang Pertama

Salam dan bismillah...


Hari ini…
Muaz take over ok…Mama “rehat” ye


Birthday Muaz hari ini ye auntie auntie dan uncle uncle , ada sesiapa sudi nak beri present kat Muaz, hehe..

Muaz  sudah SATU tahun..

Alhamdulillah, panjang usia Muaz, syukur pada Allah..

Sempena birthday Muaz ni, Muaz nak cerita sikit tentang diri Muaz, maklumla, bukan senang Muaz nak take over tempat Mama ni, asik mama je blogging, Muaz nak blogging jugak..



Satu tahun yang dulu, pada jam 04:50 pagi, tarikh yg sama hari ini, Mama telah melahirkan Muaz ke dunia ini
Nak tahu tak, mama sakit memang sekejap, tapi  sakit tu sangaaattla kuat, kalau nak tahu lebih lanjut macamana Muaz dilahirkan boleh tengok entry itu di sini dan juga di sini

                                                           *Muaz... hot from Oven*

Syukurla Muaz selamat dilahirkan walaupun tali pusat terbelit dileher Muaz

Sampai lebam biru pipi Muaz tau, nasib maintain hensem dan kacak
Auntie semua jangan la loya sebab Muaz suka puji diri sendiri

Banyakla kejadian yang berlaku selepas Muaz dilahirkan, antaranya Muaz kena jaundis, nasib baik Mama bawa Muaz gi spital, dokter letak Muaz bawah lampu biru..syok tu, hangat je rasa..

Muaz diberi susu ibu yang penuh tau, sampai sekarang Muaz tak pernah lagi minum susu lembu
Mama kata mama berazam susukan Muaz sampai at list Muaz 2 tahun, dulu masa abang Mika mama frust sebab abang Mika menyusu badan 1 tahun 3 bulan je pastu stop sebab mama dah mengandungkan Muaz, tapi mama ada campur susu lembu juga sebab mama masa tu dokter pelatih, biasala dokter pelatih selalu busy yang amat, nak makan pon tak sempat, jadi mama kurang perah, bila kurang perah kurangla susu juga. Sebab tu mama berazam nak bagi Muaz full BF sebab sekarang mama dah bukan dokter pelatih lagi, mama dah MO…kesian juga kat mama sebab mama kadang tak sempat nak perah sekerapnya, mama kena utamakan pesakit, tapi mama lari2 kejap dari kerja untuk pumping , nasib baik mama pakai FS Medela, mama boleh pump dalam 10min pun dah cukup...

Muaz dah pandai tatih sekarang, tapi Muaz sedikit takut nak jalan jauh2 lagi, paling tidak Muaz berani langkah 3-4 langkah je, tapi Muaz nak cuba lagi berlatih everyday untuk jalan, chayok2

Muaz pun sekarang ni makin becok tau. Muaz bukan apa, jealous la tengok org lain pandai cakap, sebab tu Muaz nak belajar cakap juga, Muaz dah pandai cakap: baa, mamma, adi, tata dan paling best Muaz boleh jerit macam abang Mika.

Makan? Start dari Muaz 10 bulan lagi mama dah bagi Muaz makan nasi, bosanla asyik makan bubur je, Muaz suka nasi dengan sup sayur dan ayam, buah pula Muaz suka makan epal dan pisang. Muaz memang kuat makan, sehari nasi makan 3 kali, buah sekali(buah pisang) pastu snack pula biskut, roti atau muffin. Sebab tu Muaz makin bam bam sekarang..hehe…

Hobi Muaz? Panjat grill pintu!!mama selalu menjerit bila Nampak Muaz panjat grill tu, Muaz bukan apa muaz tahu bahaya kalau jatuh tapi muaz dah pandai seimbangkan badan, Muaz nak train otot2 muaz ni…mama, janganla marah Muaz ye, Muaz kan sayang mama…

Lagi satu, Muaz paling suka part ni, main gomol gomol ngan abang Mika dan baba..best gila, baba suka geletek Muaz, jadi Muaz selalu gelak tak hengat…Hobi Muaz yang lain ialah koyakkan dan sepahkan buku dan majalah mama, yang ni pun mama suka jerit bila nampak Muaz buat, mama, janganlah jerit, Muaz nak latih diri baca buku dan, oo..barulah Muaz tahu, muaz ada skill koyakkan kertas tau! Hebat tak??

Hmm, penat juga Muaz nak bercerita pasal diri Muaz ni, okla, Muaz dah haus nak n***n

Okla, Muaz nak pergi cari mama..mama, mana mama ni?



10 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Happy birthday to Muaz. Tali leher terbelit di leher? Klu ikut mitos2 org tua jawa.. (sila jgn percaya, khurafat), budaknya akan sesuai memakai apa saja pakaian yg dikenakan...ehem! Mcm I ni la..keh3.

Unknown said...

@MM
thanks auntie MM
hehe, i plak pernah dengar org cakap kalau tali pusat terbelit tu maknanya masa mak dia pregnant tu suka lilit tuala kat leher..macam2 jer..

transformed housewife said...

happy birthday to Muaz. semoga jd anak yg soleh.

Anum Amirza said...

heppy bezday muaz...semoga jadik ank yg soleh dan bijak ye:))
untuk mama muaz..taniah berjaya full breastfeeding muaz..teruskan usaha..aleesha dapat full breastfeed setahun sebulan je..pastu da campur sbb da tak cukup sbb aleesha tak suka makan nasik, biskut, roti etc...aleesha tak nak makan...
dr sirna, mcmane nak menambahkan selera anak?
aleesha dulu pun terbelit tali pusat...selain mak suke belit tuala kat leher, mitos lain ialah mak suke pakai tudung terbelit2 masa pregnant..hahaha..mcm2...:)

Unknown said...

@kak nur
thanks auntie...insyaAllah, ameen..

Unknown said...

@ibualeesha
thanks juga auntie..

nak tambah selera ni, bg la appeton ke, tapi aku pun tak pernah bg la , budak ni memang ada yg certain picky eaters, so, mamanya kena lebih kreatip sikit, why not try buat hiasan2 ke kat makanan tu..hehe, pandai je bg suggesstion, aku pon tak pernah nak hias food...

Syida said...

happy birtday muaz!
semoga panjang umur murah rezeki.hopefully mama bole bf lama2 (kalau tak termengandung lagi)hehehhe

A D I A said...

happy birthday muaz! dah 1 yr old leh dapat adik dah. opss.

sirna, lama tak visit sini, how r u? rajin update skrg ye :)

Unknown said...

@syida

terima kasih ye auntie gojes..insyaAllah, mama memang harap sgt tak termengandung lagi..hehe..

Unknown said...

@Adia

Thanks juga auntie adia..

hai, lama tak jenguk blog u juga, hehe, i'm ok, ur baby nampak dah besar ek, haritu jumpa dalam peyut lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails