November 28, 2009

..::Kisah Musang::..

Ini adalah kisah benar,betul ni!!dialog dan bahasa yg dipaparkan juga adalah yg sebenar,minta mahap kalau ada bahasa yg agak memeningkan kepala..

Ceritanya begini...
Tanggal 27 November semalam merupakan tarikh yg x dapat sirna lupakan..bkn saja sbb hari raya qurban,tp ada kisah lucu disebaliknya..
Jam lebih kurang pkl 1.30ptg,hubbyku,abg,dan 2 anak saudaraku faizal n faizul ke masjid utk bersolat jumaat..aku dan kakak iparku pula dibilik masing2 dgn anak kecil kami sementara ibuku dan bibik duduk2 kat living room sambil tgk khutbah jumaat.Tiba2,anak saudaraku seorang lg berumur 5thn yg kami sekeluarga gelarkan boy berlari lari kepada ibuku...
Boy:Fuang,fuang,tolong bukakan zip seluar boy ni,susahla,boy nk berak ni..
Fuang:Boy x pakai spenda ker?(sambil tangannya membuka zip seluar boy)
Tanpa memberi apa2 jawapan boy hanya tersenyum malu dan segera berlari ke dapur lalu menuju ke toilet.Keluar dari toilet,boy segera ke living room kembali lalu mengambil suratkhabar lama sebanyak dua helai..Ibuku lantas menegur..
Fuang:Boy,nak buat apa suratkhabar tu?
Dengan muka innocent lagi ikhlas boy pun menjawab,
Boy:Boy nak buang tahi musang fuang..(penuh selamba je dia)
Fuang:Apa?Tahi musang??
Dengan penuh rasa curiga,ibuku dan bibik segera bangun dan melihat "tahi musang" yg dimaksudkan oleh boy..
Fuang:Boy,ni bukan tahi musang,ini tahi orang ni..(ibuku mula tergelak besar)
Dengan wajah penuh kemalu-maluan boy hanya mampu tersengih mcm kerang busuk..kakak iparku yg jg ibunya segera keluar setelah mendengar kekecohan di luar,rupanya semasa boy menyuruh ibuku membuka zip seluarnya waktu tu dia dh mula terkincit dan tahinya telah terjatuh ke lantai sewaktu dia berlari-lari ke toilet..
Apalagi,bila abgku dah hubby blk,cerita tu hangat ibuku sebarkan,sakit perut kami semua ketawa dan tak pasal2 boy mendapat gelaran baru iaitu abang mus.. Hahaha,lawak sungguh anak saudara sirna ni,boleh dia jadi kreatif dan reka cerita mcm 2 sekali..
THE END

November 23, 2009

..::Monday Blues::..

Monday blues..perasaan yg akan ada pd diri sirna setiap kali menjelang hr isnin..MALAS, MENGANTUK DAN MEMBOSANKAN..terukkan, sepatutnya time nie la nak kena bersemangat dan jadi workaholic but that happens the other way around to me..tadi pg pun bangun ngan malasnya, tapi hari ni rasa malas tu berkali ganda coz otak asyik memikir yg hubby dah cuti sekolah,sedangkan sirna kena gi kerja..cuma yg bestnya ari nie hubby hantar g keja, takpayahla sirna parking keta dan terpaksa menapak ke klinik jauh2.Seronokkan jadi cikgu, budak sekolah cuti kita pun cuti, tapi tula jadi cikgu pun bukan senang..kena buat lesson plan, involve dlm koko, then buat soklan periksa, tanda kertas..pendek kata takda kerja senang dalam dunia ni. Tu yg setiap kali hari isnin dtg sirna cuba positifkan diri, cuba untuk rasa teruja dtg kerja,dan rasa gembira sebab sekurang-kurangnya,aku ada kerja yg bagus dan di kedudukan selesa..Itu saja la perasaan yg jadi penguat hati dan jiwa untuk bekerja ngan ikhlas dan bersungguh-sungguh...Apapun kerja inilah jiwa sirna sebenarnya, inilah hasil usaha dan penat lelah belajar kat u dulu, tgkla, ingat taun depan sirna nak start apply untuk further study, mudah2an Allah permudahkan..AMIN..

November 22, 2009

..::Memory in PD::..

Last 31st october n 1st november, sirna wif mikael n hubby g port dickson. My hubby school's family day, so happening tapi cuaca tak berapa nak baik time tu, hujan renyai2, tp alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar. Mikael is the happiest person sebab dia tak pernah lagi main pasir dan mandi-manda, bukan main khusyuk dan seronok lagi dia sampai lupa nak minta susu. Badan dah sejuk2 pun masih tak mo stop mandi.



memang mikael nampak betul2 excited ngan khusyuk waktu nie, habis badan penuh ngan pasir


ceh, ni plak testing2 pelampung baru beli, suka betul bila dpt msk dlm swimming pool, dulu2 masa kami tinggal kat apartmen ada gak bawa mikael g mandi kat swimming pool tapi masa tu dia kecik lagi, sekarang bila dah dok kuarters takda swimming pool dah, tu yg jakun sket..hehe








ni plak hubby tgh main sukaneka...bawa belon celah ketiak sambil kaki plak hold bola supaya tak jatuh..susahnya...tapi sirna yg tgh memboyot ni tak join la..hehe..

tak banyak picture sirna boleh share coz time tu bateri tgh out, charger plak lupa bawak..impian nak bercuti tu ada lagi tapi belum ada destinasi yg terfikir dalam kepala ni..okla,
jumpa lagi PD...


































November 19, 2009

..:: Zuriat::..

Kandunganku dah masuk 23 weeks 3 days..cepat betul masa berlalu. Si kecilku Mikael pun dah menginjak ke 1 tahun 8 bulan, seems like he can't wait for his brother coming out from my tummy.Hari2 rasa teruja sebab dia akan mencium perutku yang semakin membesar ni, mcm dia faham je yang adiknya sedang membesar didalamnya..Naluri semulajadinya itu buat mama rasa terharu, kadang hampir menitis airmata *kagum ngan anugerah kurniaan Tuhan*...Anak2lah sirna dalam hidupku, dulu2 time bergelar anak dara pernah juga terfikir susahnya nanti bila dah berkeluarga dan punya anak, mesti kelam kabut hidup..tapi sekarang aku rasa amat2 bahagia, sibuk macammana pun, atau penat macammana pun family is my priority. Aku org paling happy bila dapat tahu yang aku mengandung lagi,same goes to hubby, pd aku ni pendapat aku la, anak ramai tu umpama jalan2 dan lorong2 untuk kita menuju kebahagiaan abadi di akhirat nanti, provided kita didik mereka dengan penuh kasih sayang, ilmu duniawi dan ukhrawi yang mencukupi, sebab tu aku rasa marah sangat bila dengar berita pasal kes2 buang bayi dan bunuh bayi nie. Paling menyentuh naluri keibuanku bila mereka bungkus sampai lemas baby tu dan bila dijumpai dahpun mati. Kalau baca paper pasal berita tu aku rasa macam nak koyak2kan je paper yang takda salah silap ngan aku tu...Aku betul2 tak paham kenapa dalam dunia ni makin ramai manusia yang bermukakan orang tapi hati seperti binatang..ops pembetulan *binatang pun baik dan sayang anak* lebih layak kita kata hati seperti syaitan..Aku ramai kawan dan saudara yang dah bertahun2 kahwin dan mengharapkan zuriat tapi masih belum dapat2.Mereka dah cuba macam2 rawatan tapi rezeki masih tak menyebelahi mereka.Ramai juga especially saudara2ku bertanyakan kaedah perubatan, aku yang memang bukan pakar dalam bidang O&G ni ada jugalah bagi dan kongsi ilmuku yang tak seberapa ni dan suggest a few options buat diaorg selain bagi galakkan agar mereka terus berusaha dan berdoa. Allah menguji manusia ni macam2 cara, lain org lain pula ujiannnya.Buat mereka, jauh disudut hatiku, aku juga berdoa agar suatu hari nanti Allah mengabulkan doa2 dan usaha mereka agar mereka turut merasai nikmat dan naluri keibuan seperti yang aku rasai saat dan ketika ini...Sesungguhnya, zuriat itu adalah harta yang tiada jual belinya, semoga zuriatku nanti jadi insan yang berjaya dan sentiasa dalam redhaNya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails