February 20, 2010

'Wajib' buat sebab dah klik..p/s:memang nak buat pun

Ilham dari Kak Nur dan Jiji (credit to them)

 
 chelsea hardcore fan hubby ku ini..

1. Where and when did you first meet your hubby?
Tahun 2006, dekat Puduraya, dia ambil saya naik kereta kancil lama dia pastu kami dating di KLCC, masa tu saya tengah cuti semester(year 4), hubby plak baru balik mengajar dari sekolah,   siap pakai kemeja dan kasut kulit lagi(sib baik tie dah cabut)..skema tak 1st date saya?

2.  Love at first sight?
Ya juga, masa sebelum jumpa rasa cinta tu belum lagi, bila 1st time jumpa..amboi machonya mamat ni(haha), terus jatuh hati
      
3. Who is he when the first time you met him?
Dia seorang cikgu berdedikasi...hehe, saya pula masih belajar
  
4. How long did he take to ask you out?
Kami kenal melalui roommate saya dan housemate dia yang juga sedang bercinta masa tu, kenal dalam bulan 2 tahun 2006 by phone and sms je.. dan dia ajak jumpa masa bulan 3

5. First place dating?
KLCC, masa tu belum lagi declared...

6. How did he proposed?
Dia sendiri datang ke rumah dan minta izin dari mak saya sebab family dia jauh kat pahang, tersenyum2 masa nak cakap kat mak saya, siap prepare skrip lagi..
    
7. Special dates with your hubby?
Of course our big day on 1st Jun 2007, then masa birthday saya yang ke 24 dia suprisekan saya dgn bawa gi restoran berputar KLCC(KLCC lagi..sigh) padahal dia kata nak bawa saya makan kedai mamak je
8. Changes that he asked you to do?
Kurangkan kelam kabut tu...saya ni kalut orangnya..cepat mengelabah. 
9. What's about him that you love so much?
Kalau saya kelam kabut, dia pula seorang yang sgt tenang..Dia suka urut saya=)
       
10. What's abt him you wish he would change?
Suka pendam perasaan tau...
      
11. You will lose your mind and crack your head when he....
Of course bila saya buat salah dan dia marah tapi dia diam je

12. You will smile through your eyes for the whole day when he.....
Jadi romantik dan bila dia kata "cantik isteri abang ni.."perasan betul...^_^wink
     
13. Complete the sentence below.
 "My love towards my hubby is as big as".....

 WORLD
(susah nak bayangkan besarnya cinta itu..yang pastinya semakin lama cinta tu makin subur dan indah)

.
.
.
.
.
Rasa seronok pulak buat game ni, teringat zaman mula2 kenal hubby dulu..kawan2 yang belum buat, why not u try this?Believe me, its really fun!

February 17, 2010

Saya tukar header

Kepada pengunjung blog saya, pengumuman..saya telah melakukan rombakan drastik perubahan pada tajuk header saya kerana merasakan tajuk blog saya mcm tajuk blog masak-memasak pulak, padahal jarang2 sekali saya berkongsi resepi masakan di sini kerana walaupun saya suka masak tapi masakan saya bukanlah sesedap chef, huhu, tapi taklah hampeh sgt..tapi tula, oleh kerana kebanyakan posting saya bukan mengenai masakan maka saya merasakan patut mengubahnya, sigh..

SIRNA CAHAYA CINTA...itulah header pilihan saya
Minggu ni saya agak busy(saya rasa saya selalu mengatakan yg saya busy kan?macamlah orang lain tak busy^_^wink)padahal orang lain pun busy juga, tapi kawan2 yang busy tetap punyai banyak masa untuk update blog, bukan macam saya, walaupun kebiasaannya masa senggang itu ada tapi saya lebih habiskan dengan aktiviti menidurkan diri, huhu..tambah lagi dengan pregnancy saya yang semakin dekat dgn expecting date ni, saya cepat rasa letih, lesu, lemban(eh, ada ke istilah tu?)..jalan pun slow motion je, naik tangga langsung la, semput saya..mujurlah abang tersayang terlalu memahami saya, rasa terharu bila di tengah malam dia boleh bangun mengurut kaki saya yang selalu cramps dan akan pastikan selimut saya sentiasa di badan agar saya tidak kesejukan..
Terima kasih abang..=)

Cakap tentang aktiviti long weekend tempohari, saya dan famili pulang ke kampung hubby, saya dah jarang balik kampung saya sendiri sebab emak saya tinggal bersama kami, maklumlah ayahku dah lama takda..kali ni kami balik sekejap saja sebab hari ahad tu kami ke simpang durian menghadiri kenduri kahwin abangku Shafie(saya ada ramai abang dan kakak dari ibu yg lain). Saya ingin berkongsi picture2 yang tak seberapa tapi sekarang ni sindrom M melanda, mungkin saya akan share picture di posting yg lain..then kami pun balik ke KL semula sebab isnin dan selasa saya kena ke hospital..

Saya baru lepas packing barang2 baby untuk di bawa ke hospital, saya tak mahu susahkan orang sekeliling saya, sekarang ni kira menghitung hari saja, anytime saya boleh bersalin..sometimes i can felt a contraction, tapi takla lama mana..

Saya dah mula melalut-lalut, baik saya berhenti di sini

p/s: saya merayu kepada abang untuk menggunakan laptop kerana saya nak tidur awal..huhu..

February 10, 2010

Derita seorang ibu

Really upset…! Itulah gambaran perasaan sirna..Sepanjang menjadi doktor, inilah pertama kali saya menitiskan airmata kerana terlalu sedih dan tak sanggup melihat keadaan dan penderitaan patient. Dia seorang ibu yang teraniaya…Sungguh, tak sanggup melihatnya bila pertama kali berjumpa dan memeriksanya. Bukan saya mengaibkan pesakit, cuma ingat berkongsi sangat cerita ini agar menjadi pengajaran kepada kita kerana saya tahu di luar sana masih ramai yg mempunyai ibu.
Saya dapat referral kira2 pukul 11:50 pagi td. Masa tu tgh busy di klinik. Bila diberitahu patient ada simptom-simptom pendarahan dalam perut(upper gastroistestinal bleed@UGIB), saya cepat-cepat turun ke casualty kerana UGIB adalah emergency case.
Rupanya patient saya adalah seorang nenek berbangsa Melayu berusia 83 tahun. Sungguh tak terurus keadaannya. Wajahnya putih tapi pucat, kulitnya kering menggerutu  dan badannya berbau hamis, dan bila saya mula memeriksa bahagian duburnya,dia mengerang kesakitan melalui suara halusnya..MasyaAllah…dia mempunyai bedsore(kudis di belakang akibat baring terlalu lama) yang sangat besar, sebesar pinggan makan!! Tulang punggungnya telah terexposed. Baunya tak perlula saya describe. Tanpa sedar, mengalir airmata ini…dalam hati, dah berapa lama agaknya nenek ini menanggung derita? Dia memang menunjukkan tanda UGIB setelah saya memeriksa sampel najisnya. Terus saya minta panggil family members yang membawa patient. Saya bertemu dgn seorang lelaki dlm lingkungan usia 50an yang mengakui bahawa dia ialah anak pesakit.
Sirna: Pakcik ni siapa dengan nenek ya?
Anak pesakit: Mak saya, doktor(sambil tersenyum)
Sirna: Oh, emak ya(dlm hati, eh boleh senyum plak pakcik ni, tak nampak aku tgh serius ke?). Sebab apa ya bawa emak ke hospital?
Anak pesakit: Oh, mak saya dah 4 hari tak nak makan doctor(senyum lagi)
Sirna: (Saya tetap dgn muka serius, pakcik, saya takda wat lawak pun). Taknak makan? Sebab apa ya pakcik?
Anak pesakit: Entah, saya  bagi dia tak mahu. Dia keluarkan semula makanan.
Sirna: Saya tengok ada kudis besar di punggung emak ni, dah berapa lama mcm tu?
Anak pesakit: (Dengan muka selamba jer)Dah 2 bulan! Dia terbaring je doktor, tak boleh nak bangun..
Sirna: Apa pakcik? 2 bulan? Sebab apa terbaring je? Awal2 dia jadi mcm tu pakcik tak bawa gi hospital ke?(hati saya makin panas….)
Anak pesakit: Tula, sebab dia paralysed. Ada saya bawa pergi klinik je, doktor bagi ubat.
Sirna: Apa maksud pakcik emak paralysed?Pakcik fikir itu sakit pening biasa ke, kenapa tak bawa pergi hospital? Klinik mana pakcik pegi tu, doctor tu tak bagi surat rujukan suruh gi hospital?(bertubi-tubi saya tanya pakcik tu, tak puas hati betul ngan jawapan dia)
Anak pesakit: Saya ingat sakit org tua biasa, saya bawa pergi Klinik -----(dia mention nama sebuah private klinik), dia bagi ubat je, pastu balik. Takda suruh pergi hospital pun..
Sirna: Pastu, pakcik biar macam tu je, sampai melarat mcm ni?Langsung takda bawa hospital atau berubat?
Anak pesakit: (Mukanya masih selamba dek…ish, geram betul..)Tak, sekali tu jela saya bawa, dia terbaring kat rumah je.
Sirna: Habis tu, siapa yang cuci kudis kat punggung dia?Saya tgk besar betul..
Anak pesakit: Sayalah yang cuci dan jaga dia.
Sirna: Pakcik cuci macammana?
Anak pesakit: Dengan air paip…(time ni rasa hati saya membengkak je)
Sirna: (Menggeleng-geleng kepala saya tapi pakcik itu tetap takda rasa muka bersalah). Pakcik cuci pakai air paip je? Pakcik tau tak luka kecil pun kita cuci dan buat dressing dgn cecair yg bersesuaian apa lagi kudis besar mcm tu. Tak bersih pakcik…Kuman boleh masuk dlm darah..Pastu, yg najis warna hitam tu dah berapa lama?
Anak pesakit: (Dia boleh senyum lagi, saya rasa pakcik nie soo heartless). Entahla, saya pun tak pasti,dalam seminggu kot..
Sirna: eh, bukan pakcik yg bersihkan najis emak, takkan tak perasan najis tu kaler hitam dah berapa lama?
Anak pesakit: Saya ingat biasala,dia memang suka minum kopi, najis bukan warna hitam ke?
Sirna: (muka bengang masa ni)Pakcik, nenek saya pun minum kopi juga tapi najis dia takla hitam mcm tu!!Pakcik tau tak itu tanda pendarahan??
Anak pesakit: Entah, saya ingat biasa..
Sirna: (Dah malas sebenarnya nak further questioning pakcik ni). Pakcik takda adik beradik lain ke?Isteri pakcik?Pakcik kerja apa?
Anak pesakit: Tak, saya sorang je. Takda adik beradik. Isteri ada juga tengok-tengokkan.Saya tak kerja. Pencen tentera.
Sirna: (Pity old lady, sampai betul hati pakcik ni, dahla mak dia takda anak lain).Ada selalu muntah2 ke, demam?
Anak pesakit: Takda pulak.
Seterusnya saya bagi explanation tentang diagnosis ibu pesakit. Saya terangkan pada dia yang ibunya perlu masuk wad dan endoscopy perlu dijalankan. Dia faham dan setuju tapi tetap dengan muka selambanya.
Sungguh, inilah pertama kali saya bertemu dgn seorang anak yg seperti tak kenal ibu sendiri dan biarkan ibunya menderita kesakitan.2 bulan satu tempoh yg panjang dan membiarkan bedsore sebesar pinggan adalah satu kesilapan yang membuatkan sirna rasa sungguh marah. Ya Allah, inikah balasan seorang anak kepada ibu yg mengandungkannya, membesarkannya dan menyusukannya?Terfikir saya apalah dosa ibu itu pada anaknya sehingga dia sampai hati berbuat begitu?Tidakkah dia takut pada Tuhan yg telah menjanjikan syurga itu ditelapak kaki ibu?
Sampai waktu ini, saya masih teringat nenek itu. Hati ini sungguh sayu.Ya, benar dia sudah terlalu tua, tapi dia masih punya hak untuk mendapat perlindungan, kasih sayang dan keprihatinan insan sekelilingnya, apatah lagi anaknya, darah dagingnya…Kawan-kawan, semoga kisah ini dpt menginsafkan kita. Jagalah sebaiknnya dan hormatilah ibu kita sementara dia masih di dunia ini…
What you give, you get back…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails