February 9, 2010

Attention to all drivers

Kisah benar 1: Taktik langgar dari belakang

cid:image001.png@01CA6439.AB747510
 
MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.

“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya lalu cuba merampas telefon bimbitnya.

Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengarahkannya supaya terjun dari kereta.
“Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.


Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar tetapi lebih kuat.

“Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan pemandu Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632  sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak perempuan saya.

“Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di tangan dan muka,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.

“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera. Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak perempuan saya dilarikan.

“Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian itu.

Kisah benar 2: Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya.. .

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.


Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan
jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada
kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih
proaktif dan berkesan. 

Email diatas telah diforwardkan ke akaun sirna. Semoga jadi pengajaran buat kita semua. Minta dijauhkan la dari perkara2 buruk begini..Please be more cautious when you are driving, especially if you are alone...

February 7, 2010

Before he born


 I’m now 34weeks and 6days pregnant..cepatnya masa berlalu, lebih kurang 5 weeks before the expected date, dulu time mikael sirna bersalin awal 3 minggu…so, this time not sure whether its gonna be the same @ not.
Here are the things yang dah settle:
  • Bath tub baby(guna mikael punya dulu—jimat x)
  • Baju ada 8 helai yg baru, plus baju mikael lama2 yg masih cantik dan boleh recycle
  • Towel 2 helai
  • Blanket 2 helai plus 2 blanket abang Mikael
  • Beg baby
  • Tilam dan coach baby(sirna tak beli katil pun sebab takda ruang dan yg paling penting tak mahu tidur berasingan dgn baby)
  • Barut
  • Kain lampin untuk bedung(1 dozen)
  • Beg pakaian mama(tapi tak packing barang lagi)
  • Sarung tangan dan kaki    

Actually dah agak risau coz preparation belum 100% lagi, mana dgn almari baju baby(mikael punya sekarang cukup nak isi baju dia sorang je, ingat nak cari yg besar sikit dan make them share the cupboard later). Breastpump baru pun belum beli lagi, hehe, dulu sirna pakai pureen electric pump je, sekarang ingat nak invest breastpump yg mahal sikit medela FS inside my head tapi berbaloi-baloi. Maklumlah, azam nak breastfeed baby membara-bara. I don’t want to do a same mistake like before. Pastu confinement lady pun tak cari lagi, dulu pun sirna berpantang di KL je sebab mak takda masalah nak ke sini dan memang duk ngan sirna pon tapi since dah pindah umah ni tak dapat lagi cari confinement lady yg boleh dtg mengurutku…Ada ke sesapa yg tahu confinement lady di sekitar taman melati ni? Set bersalin pun tgh di survey2 gak…masih mencari yg betul2 sesuai. Dulu guna set bersalin Amway, sirna ok je sebenarnya pakai Amway sebab semua dah ready made cuma mahal sikit, tinggal bancuh dan rendam je, bengkung pun dah ada sekali, so memang senang nak guna cuma jamu dia je sirna tak ambil sebab mikael jaundice. Tapi kali ni rasa cam mengada nak cuba set lain boleh gitu?Beberapa set sirna dah survey cam Nona Rugoy, Mustika Ratu, Ibu Halimah n banyak lagi la…tak tau mana yg paling best coz sume nampak cam best..
Lepas ni kenala sirna cepat2 setelkan mana2 perkara yg belum tu...Manala tau deliver lebih awal dari expected date..Letih sikit harini, emm..hari2 pun letih sigh, Mikael plak tantrum bagai...siang asyik nak main je, tak mahu tidur, pastu malam mulala,lepas dinner tadi dia mengamuk nak pakai baju chelsea yg babah beli, suka sgt dia pakai baju tu tau, terpaksala sirna pakaikan, bila dah pakai baju tu sibuk pulak nak ajak berjalan, finally poor babah had to bring him out little while pastu baru dia nak tidur...Sirna pun nak mengikut jejak langkah mikael now, sleep...

February 1, 2010

Play time


Bismillah dan Assalamualaikum…
Lama sangat dah blog ni tak di update, dah bersawang-sawang, sirna baru je dapat energy baru…January really  a hectic month for a preggy mommy like me, as a medical officer, I had to walk here and there, seeing referrals, run a busy clinic and do calls!Syukran, I went through all these imperfectly without any prenatal complications..
Today, we had a great afternoon with lil’ mikael…It’s a play and fun time for him. Before we went to Tasik Titiwangsa, we grabbed lovely dishes so called kuih buah Melaka…hum, sedapnya..mak sirna yang buat, anaknya ini malas@penat sebab post call
 


 
What a serious looking! Mikael betul2 tak sabar nak main kat play ground

 
before play, snap picture wif mama first..sebenarnya dah tak larat mendukung si abang ni

 
 he played hopping horse first...

  
mikael said... thanks to kakak wearing white shirt coz play wif me

 
i wanna try rock climbing, can i mama?tak padan kecik tau
 
mama, i wonder..i wonder...kenapa titi ni takda air kat bawah?

 
yeah, i'm a strong boy..

 
hmm, macam dah penat je...

Habis je main, mikael tak mau jalan sendiri..asyik pegang his "poo", bila check rupanya dia dah melepaskan nazarnya...terus, menangis meraung minta salin pampers, mama yg bijak ni pun satu, tak bawa pampers ganti..i really didn't expect dia nak melepas lagi sebabnya dia baru je pass motion tengahari tu...dlm kereta dia meraung sebab punggung dah pedih, alahai mana mama nak cari pampers ni, then baba pun singgah petronas, takda pulak jual, mama pun cuci2 terus then lapikkan kain jer..hmm..emergency, sambil berdoa, jgnlah dia pass urine plak, alhamdulillah, sampai rumah terus masuk bathroom dan mandikan dia..fuh, lega!Kesian punggung mikael merah sikit, maafkan mama sayang...
So, moral of the story  even nak keluar kejap ke, pampers kena bawa sekali,pasni beringat la..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails