January 7, 2010

Jerantut Paris

Rindunya nak update blog, berapa hari da blog berhibernasi. Nak cerita tentang cuti krismas yang lepas, kami sekeluarga balik ke jerantut, pahang  umah MIL ibu mertua kesayanganku(cam ayat bodek..memang sayang pun kerana dialah MIL paling best),en hubby kata jerantut paris...heh, nama sebenar jerantut feri..sampai sekarang tertanya2 camna boleh ada feri belakang jerantut tu. Pagi jumaat tu pagi2 lagi lepas sarapan cekodok ikan bilis hubby terus cari seluar n t-shirt buruk dia dan mula menjalankan tugas sebagai pemotong rumput bertauliah.
 

serius betul en hubby masa potong rumput nie, tapi tula, takda google cover, mata diapun ada terkena serpihan tanah...


 




 
mikael nak menolong babah potong rumput tapi dpt tgk dr jauh jer..muka baby besar yg belum mandi pagi lagi..huhu..

Babah mikael potong rumput dua hari berturut-turut, penat sampai sakit2 bahu ngan tangan, tapi rasa puas sebab sekitar umah dah clear from rumput2 dan lalang tinggi
3 hari cuti tu memang kami dok umah je, takda jenjalan pun, rehat2, masak2 masakan kampung yg jarang nak jumpa..resepi air tangan MIL gulai tempoyak ikan patin(sorry takda picture coz tak sempat nak snap dah habis di ngap)

January 2, 2010

Terlewat suda...

Dah basi ke kalau nak ucap Selamat tahun Baru?heh, semalam melawat blog kawan2..kebanyakkannya berkisar tentang tahun baru, azam baru...ini kira macam entri terlebih suda...eh, bukan terlewat suda...macam biasa, malam taun baru setakat umo sirna ni tak pernah lagi sambut sgt, niat di hati tu ada tapi bila dah dok umah rasa malas nak kuar, aktiviti seperti biasa ialah tido..huhu, tau2 je bgn esoknya dah 1 Januari(alhamdulillah panjang umo lagi), banyak sebenonya azam2 tahun lepas yg terpaksa dicarry 4ward ke tahun ni  coz tak tercapai, takpun kurang dr target..huhu..

#tak berjaya exclusively BF mikael sampai 6 bulan, sirna busy gila terlalu sibuk dan tension kat tmpt keja..kesian mikael,rasa bersalah yg amat pada dia sebab susu ibu ini memang haknya, tapi still dpt bg combination BF and formula milk kat dia sampai umo setahun 3 bulan, insyaAllah untuk adiknya nanti sirna akan bagi BF sampai 2 tahun, kalau boleh extended BF..
#tak dapat lagi saving and invest ke target yg ditetapkan, sebab sirna sgt boros kot..nak kata suka beli benda bukan2 tak juga, insyaAllah tahun ini nak saving lebih sikit dan mencapai target
#belum lagi register untuk sambung master, sebenonya masih keliru nak amik speciality per, tahun ni kalau dapat lepas confinement period nanti
#belum lagi dapat beli rumah idaman, maybe sebab terlalu mengidamkan rumah yang sempurna dan selesa

Tapi yang amat bersyukurnya, sirna dapat naik pangkat berkuatkuasa 1/10/2009..Alhamdulillah, rezeki anak-anak..Mudah2an sirna dapat sentiasa bagi the best service..




January 1, 2010

Kek Pisang

Bahan2:

4 biji pisang sederhana besar(letak 5-6 biji kalau pisang kecil)

3 biji telur gred B

1 3/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung jagung

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh serbuk penaik

1 cawan gula

1 cawan minyak jagung(nak guna minyak biasa pun boleh)

secubit garam

1 sudu teh perasa vanilla



Cara2nya:

Pukul telur dan gula hingga kembang

Masukkan pisang yang telah dilenyak dan gaul rata

Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul

Masukkan juga serbuk penaik,soda bikarbonat, secubit garam dan perasa vanilla

Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati

Masukkan dalam acuan yang disapu marjerin dan dialas kertas minyak

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45min

Siap untuk di...ngap...

Selamat mencuba...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails