December 31, 2012

Positifkan diri,ahlan wassahlan 2013!

Salam semua...

Terasa sayu pagi ini. Ehcehwah. Maklumlah, hari terakhir di 2012. Esok dah 2013. Buat saya 2012 banyak juga  pahit manisnya. Tak mahu bicara tentang pahit. Yang paling manis ialah bila Allah anugerahkan saya dengan seorang lagi zuriat pada tarikh 22 Oktober 2012. Manis. Indahnya walau dah pernah melahirkan tapi pada saya setiap kelahiran zuriat tiada yang serupa.

Yang manis lagi ialah bila emak dapat menunaikan haji ke tanah suci. Walau bukan saya yang menemani tapi saya bersyukur kerana doa dan hajatnya untuk ke tanah suci telah pun dimakbulkan. Moga selepas ini saya dan suami pula akan menyusul. Rindu Kaabah. Rindu Masjid Nabawi. Rindu Raudhah. Walau tak pernah ke temu tapi seakan melambai tempat tempat suci itu. Moga diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana nanti, insyaAllah..

2012 terlalu banyak mempositifkan saya. Saya bersyukur kerana dibuka mata, telinga, hati dan minda menerima setiap ketentuan dengan positif. Semakin rasa bahagia dan ingin sentiasa membahagiakan. Tentunya keluarga tersayang saya menjadi sumber kekuatan. Selamat datang 2013.

 Harta dunia akhirat saya yang dilahirkan pada 22 Oktober 2012 jam 12:14 tghr

Mereka yang membahagiakan saya:)

December 29, 2012

Tragedi kuarters Hospital Permai

Salam semua...

Tersentap rasa hati dengar berita tadi. Beritanya boleh baca kat SINI.  Takdir atau kecuaian? Memanglah mungkin dah ajal tapi seandainya langkah berjaga jaga di ambil mungkin kanak kanak itu terselamat.

Pelik juga kenapa kuarters hospital tak sediakan tingkap bergrill?Dan kalaupun tak disediakan di mana tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan rumah yang selamat untuk anak? Hati ibu mana tak terusik dengar berita macam ni kan...Ya Allah selamatkanlah dan lindungilah  anak anakku, amin...

December 28, 2012

Tip hilangkan panas baran

Salam semua...

Hari ni Jumaat terakhir. Ya, terakhir dalam tahun 2012. Masa berlalu tanpa kita sedari. Moga 2012 memberi   impak yang baik dalam kehidupan kita sehari hari. Lupakan kenangan yang pahit kelat. Lupakan memori yang merobek jiwa...ehcehwah..

Pernah tak anda berdepan dengan orang yang panas baran?Atau kita sendiri yang panas baran?Heheh..saya akui setiap insan takkan terlepas dari rasa amarah. Namanya pun manusia. Bezanya cara kita kawal baran tuh. Siapa tak baran kalau disakiti, dikhianati atau tak dapat sesuatu diingini?Tapi, kita harus ingat marah ni macam api yang disimbah minyak. Semakin disimbah semakin marak. Siapa yang simbah kalau bukan syaitan laknatullah dan nafsu dalam diri. Jadi, saya nak berkongsi sikit tip hilangkan panas baran. Dapat info ni pun dari majalah solusi isu 49. Ada 3 cara iaitu melalui fizikal, psikologi dan islam.

Tip hilangkan panas baran cara fizikal:

1)Giatkan diri dengan pelbagai kegiatan luar
   Badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi
2)Kerap bersenam walaupun sebentar
   Bersenam mengurangkan paras keresahan, muram dan rasa rendah diri
3)Ubah diet pemakanan
   Merubah diet yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan berkeyakinan.
4)Kurangkan pengambilan kopi
   Kafein ialah bahan peransang dan jikan berlebihan ia akan menimbulkan keresahan, menganggu ketenangan minda dan memepercepatkan denyutan jantung.
5)Jaga pemakanan
   Lebihkan serat dan sayuran sayuran. Kurangkan memakan daging merah, protien dan herba.
6)Berhenti merokok
   Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru paru lebih baik dan pernafasan lebih licin dan selesa.

Tip hilangkan panas baran cara psikologi:

1)Berfikir secara positif dan tenang
   Belajar meluahkan kemarahan secara positif kerana ia boleh menukar tekanan menjadi kekuatan.
2)Elakkan daripada memekik atau bertindak agresif
   Luah perasaan yang dirasai pada masa, keadaan dan tempat yang sesuai
3)Tarik nafas panjang dan dalam dalam
   Banyakkan membaca buku motivasi
4)Kenali diri
   Kenali diri dan faktor yang menjadi pemicu sifat panas baran. Kawal diri setiap kali faktor itu datang.
5)Bezakan perkara dalam kawalan diri atau sebaliknya
   Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan, marah tidak akan mengubah apa apa. 
6)Dapatkan nasihat dan bimbingan
   Jika masih sukar dikawal, temui ustaz, ulama, guru, kaunselor atau pakar psikiatri.

Tip hilangkan panas baran cara islam:

1)Mengubah posisi
   Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
   "Apabila kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring."(HR Muslim)
2)Berwuduk
   Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
   "Marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila kamu marah maka hendaklah berwuduk."(HR Muslim)
3)Membaca ta'awuz
   Lafaznya ialah "Auzubillahiminassyaithonirrojim". Maksudnya: "Ya Allah, lindungi aku daripada syaitan yang direjam".
4)Berzikir
   Banyak berselawat, bertahmid, dan bertakbir.
5)Kawal lisan
   Berdiam diri dan jangan bertutur kerana ramai manusia merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.
6)Minum air
   Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan
7)Berkata kepada diri
   Alihkan fokus minda daripada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

Moga dapat di amalkan, insyaAllah. Take care semua:)

December 27, 2012

Feri oh feri!

Salam semua....

Kami sekeluarga tak berjalan mana pun masa ke Penang haritu. Lepas je saya habis interview packing barang dan checkout dari homestay. Homestay di Bertam ni quite affordable dan selesa. Tak terambil pula gambar(as usual):P. Anyway tak puas ke Penang, hajat di hati nak pergi lagi.

Untuk beri anak anak sedikit kenangan sebab xda berjalan mana kami bawa mereka pusing ke Georgetown menaiki jambatan Pulau Pinang then balik ke Butterworth naik feri. Mikael dan Muaz suka amat. Kebetulan kereta kami di hadapan sekali kat kepala feri. Best. Ini rasanya kali ketiga naik feri di sini. Buat anak anak kali pertama dan of course mereka sangat excited.

Inilah kapten feri tuh..see the face:)

Muaz gayat jadi kena dukung budak yang berat dekat 15kg ni..

mama suruh buat peace tapi diaorang jelir lidah pulak dah..



baru nak buat peace tapi mata pandang lain

Pada mikael, dia memang seronok sangat. Siap suruh pusing naik feri sekali lagi. Mikael tanya kenapa bot ni besar sangat. Gelak je saya dan hubby. Terus bagitahu ini bukan bot la abang, ini feri.  Muaz macam biasa tak heran pun, mungkin kecil lagi jadi belum pandai appreciate. Ini kalau menetap di Penang mahu di ajak mikael naik feri hari hari..hihi. Ok, next time InsyaAllah nak ke Penang lagi. Boleh jumpa Najwa kat sana. 

December 26, 2012

Ahmad Mifzal ~ terbaru




Inilah wajah terbaru Mifzal...dia dah 2 bulan genap 22 Disember lalu.

Baru lepas kena 'jabbed' 2 hari lepas. DTAP first dose. Nangis sekejap je. Lepas kena cucuk terus tidur lena.

Berat sudah 5.5kg. Naik 1 kg dalam sebulan. Panjang sudah 57cm. Semakin tembam pipi melayut. Semakin berisi peha gebunya.  Masa cepat berlalu.

Rambut baru tumbuh sikit. Cukur kepala baru sekali. Sudah pandai senyum senyum dan menegur orang dengan bahasa bayinya.

Dia masih exclusive breastfeeding. Alhamdulillah. Dah pandai sucking perahan susu ibu melalui botol susu. Dia cepat belajar walau mula mula tak mahu. Persediaan untuk mama kembali bekerja bulan depan. Oh, memang cepat masa berlalu...

December 21, 2012

Unicorn kuda terbang

Perbualan dengan Mikael semalam...

Mikael: Mama, Unicorn tu kuda yang boleh terbang kan...


Mama: Ye abang..Unicorn can fly(dalam hati confident je jawab padahal apa benda unicorn tu pun tak tahu)


Mikael: Why unicorn can fly mama?Can i see unicorn in the zoo?


Mama: It can fly because it has wing. Unicorn takda kat zoo la abang..Unicorn only in fantasy world, like fairies(sekali lagi rasa eh betul ke saya punya jawapan ni?)


Mikael: Mikael nak terbang macam Unicorn la...Unicorn very strong, Mika suka..(sambil senyum senyum)


Alahai Mikael, ni sebab banyak tengok kartun la ni. Cuti sekolah ni memang asyik tengok kartun je. Sudahnya, semua nak tiru kartun punya superpower..Tu belum campur nak jadi boboiboy kuasa tiga dengan Ultraman...


Oleh kerana semalam bagi jawapan tak pasti pada Mikael, harini saya pun sibuk mencari di google apakah Unicorn tu..hihi, malu anak tanya tak boleh jawab.


Sebelum tu, ni la rupa Unicorn tu...



gambar dari google

Wikipedia kata Unicorn ni...

The unicorn is a legendary animal from European folklore that resembles a white horsewith a large, pointed, spiraling horn projecting from its forehead, and sometimes a goat's beard and cloven hooves.First mentioned by the ancient Greeks, it became the most important imaginary animal of the Middle Ages and Renaissance when it was commonly described as an extremely wild woodland creature, a symbol of purity and grace, which could only be captured by a virgin. In the encyclopedias its horn was said to have the power to render poisoned water potable and to heal sickness. Until the 19th century, belief in unicorns was widespread among historians, alchemists, writers, poets, naturalists, physicians, and theologians


Kikiki..jadi jawapan saya kata Uncorn ni dalam dunia fantasi tu mungkin ada betulnya sebab katanya hanya boleh dilihat oleh orang yang masih dara atau teruna.(macam tu pulak dah, tak ke pelik...). Tapi, mungkinla Unicorn ni wujud zaman purbakala, macam dinosaur tu kot..sekarang ni dah pupus. Ceh, pasal Unicorn pun nak pening, maklumlah depan anak nak jadi macam semua tahu dan boleh jawap..padahal tak tahu pun...heheh..


December 17, 2012

Ke Penang

Masa entri ini ditaip, saya sedang standby menunggu hero hero kecil bangun dan bersiap. Kami sekeluarga akan ke Penang harini!Dah lama saya tak ke sana. Kali terakhir ialah masa konvokesyen saya di USM. Saya pernah tinggal di Penang selama setahun iaitu masa di matrikulasi. Setahun yang indah dan banyak mengajar saya erti sebenar kehidupan. Di situlah saya kenal dengan ramai kawan kawan yang baik dan positif. Maklumlah, dulu zaman sekolah saya ni terlebih baik..hihi...Walaupun selepas tu saya dapat sambung peringkat ijazah di USM, tapi bukan di Penang, jadi tak dapatlah tinggal lama di sana.

Oh ya, trip ke Penang kali ni bukan untuk bercuti cuti Malaysia. Tapi, saya tetap membawa satu family bersama. Baby Mifzal masih menyusu jadi tak mungkin saya akan tinggalkannya lama lama. Saya ke sana untuk satu misi penting. Cewahh...Saya kena hadir temuduga untuk sambung belajar peringkat master. USM juga. Betapa cintanya saya kat USM. Hihi.  Nak sambung belajar pun kena temuduga. Bukan saja tu, siap ada ujian saringan. Ambik...:P. Inilah cabaran yang harus di tempuh sebelum dapat sesuatu kan..Nak dapat sesuatu dalam hidup ni kadang bukan mudah, dan bila dah dapat janganlah disia siakan...Saya tidaklah begitu berharap dapat tawaran ni. Tapi semangat untuk sambung belajar agak berkobar kobar walau kadang saya ada rasa sedikit kurang yakin dengan kemampuan diri. Tapi, kalau kita tak cuba mana kita nak tahu kemampuan kita kan..

Ok, doakan kami selamat sampai..Nak bersarapan dulu mengisi tenaga sebelum perjalanan jauh..Moga dipermudahkan:)

December 14, 2012

Bila baby Mifzal batuk

Salam semua....

Alhamdulillah, saya dah habis pantang!Sadis betul rasa tak boleh nak update blog selalu. Bermula dari balik kampung yang takda line internet bagus, lepas tu pulak anak sakit, mood berblog terus merudum balik. Nama je cuti, sibuknya mengalahkan waktu kerja. Baru ni baby Ahmad Mifzal terkena jangkitan bronkus atau "acute bronchitis". Kesian dia, batuk je memanjang. Bayanglah baby baru sebulan lebih batuk tak berhenti. Aduh, masa tu susah hati di buatnya, panik juga(doktor lebih panik bila anak sendiri sakit:P). Saya bawa dia jumpa pakar pediatrik yang memang semua anak saya kalau sakit ke situlah saya bawa. Dr Ew kata nasib baby Mifzal belum dapat pneumonia(jangkitan paru paru). Memang sebelum baby Mifzal batuk, Muaz dah batuk terlebih dulu dn Muaz pun diberi antibiotik sebab batuk teruk sangat. Jadi kes berjangkit jangkit kuman la ni. After Dr Ew bagi antibiotik dalam 5 hari, alhamdulillah syukur sangat batuknya dah baik. Muka pun dah makin bam bam sebab kuat minum susu ibu. 

Oh ya, baby kurang 6 bulan, memang kurang sesuai diberi antihistamine atau ubat batuk. Tapi kena tengok juga, sebab bila batuk tak baik lebih dari 4-5 hari, baiklah bawa jumpa doktor untuk pastikan ia bukan sesuatu yang serius. Sekarang ni pula saya sedang bertungkus lumus membaca dan menelaah untuk temuduga program master. Kadang rasa macam tak percaya saya nak sambung belajar balik dengan keadaan dah beranak pinak ni. Tapi kalau orang lain boleh, kenapa saya tak boleh...so, saya kena yakin boleh!

P/S: Nanti saya dah habis temuduga, nak blogwalking sampai lebam...haha

November 29, 2012

Menyentuh hati anak

Nakal juga anak kau ni.

Jika seseorang katakan begitu pada anak kita mungkin ada yang sentap kan?Betulla tu,  tak dinafikan mak ayah akan lebih dulu melenting jika anak dikatakan nakal.

Boleh tahan anak kau ni. Bertuah!!

Macam ni ok ke?Ye, macam ni bagus. Berbasa basi sikit. Kata kata tu kan ibarat doa. Kalau orang lain cakap begitu pada anak kita dan kita tak suka, maka, janganlah sekali kali kita pula sendiri cakap yang anak kita nakal.

Kanak kanak yang suka berlari, panjat memanjat, koyakkan kertas, bergomol, kacau adik ialah seorang kanak kanak normal. Itulah lumrah kanak kanak, mereka belajar dan meneroka dunia dengan bermain. Kadang kelakuan mereka ditafsirkan nakal bagi sesetengah orang. Saya sendiri sering mengeluh bila rumah yang sudah siap di kemas dicacamarbakan kembali oleh si kecil. Lumrah ada anak kecil kan. Pernah juga rasa mahu menangis apabila barang berharga kita di rosakkan oleh si anak. Tapi, kadang kecuaian itu datang dari diri sendiri juga, jadi marahkan si kecil ahli syurga itu akan lebih mengeraskan hati kita. Dah tahu anak itu   sangat aktif, pandai pandailah kita menjaga harta benda kita. Heheh..pengalaman lalu cukup mengajar saya. 

Saya tak nafikan menjadi seorang ibu bekerjaya dan mempunyai 2 anak lelaki yang aktif, dan kini 2 sudah menjadi 3 memang lelah. Seringkali saya mengimpikan untuk menjadi ibu hebat. Walau kadang emosi tak terkawal dek perangai si anak. Saya masih cuba dan belajar. Sentiasa cuba membaiki kesilapan. Pada saya, walau apa pun alasan kita, anak anak perlu disentuh hatinya dengan kelembutan dan kasih sayang. Semakin kita keras, semakin kita marah dan semakin kita berfikiran negatif, selagi itulah anak kita takkan menjadi seperti yang kita mahukan. Menjadi seorang ibu kedengaran mudah, hakikatnya tak semudah yang di fikirkan. Anak itu amanah Allah. Suci dan bersih. Ibu bapa yang mencorakkan mereka. Tiada ibubapa yang mahukan anak bersikap negatif mahupun nakal, tapi ibubapa sendiri perlu mengubah sikap, berfikiran positif dan paling penting mendoakan kebaikan serta positif dan lemah lembut dalam percakapan. Saya juga sedang berusaha ke arah itu. Tiada manusia yang sempurna, tapi kita boleh mencari kesempurnaan itu. Senyumlah kepada anak, sapu ubun ubun mereka, jika punyai masa bermainlah dengan mereka. Peluklah mereka setiap hari sebanyak yang mungkin. 

Saya suka sekali dengan satu parenting qoute ini:


“If I had my had my child to raise over again:
I’d build self-esteem first and the house later
I’d finger paint more and point the finger less
I would do less correcting and more connecting
I’d take my eyes off my watch and watch with my eyes
I would care to know less and know to care more
I’d take more hikes and fly more kites
I’d stop playing serious and seriously play
I would run through more fields and gaze at more stars
I’d do more hugging and less tugging
I’d see the oak tree in the acorn more often
I would be firm less often and affirm much more
I’d model less about the love of power
And more about the power of love.
~ Diane Loomans


Adam dan Hawa bersatu!

Salam semua...

Mood tak boleh tidur sebab terkenang kenang episod 55 Adam dan Hawa tadi. Rasa macam nak tengok berpuluh kali masa Ain minta ampun dengan Am dan Am sarung cincin. Oh, saya sudah penasaran tengok cerita nih. Suka sangat!

Nak upload juga episod kali ni sebab pada saya inilah antara episod kemuncak yang menyatukan Adam dan Hawa. Menyampah betul dengan watak Johan yang tergila-gilakan Ain tu lagi. Apapun Aaron dan Nadiya Nissa the BEST!


Adam Dan Hawa ep55.All.In - Video Dailymotion. Jom layan...

November 27, 2012

Set bersalin Tanamera

Salam semua..

Anak ke tiga ni orang kata ala pejam mata je, semua dah tahu kan..tapi, saya tetap rasa setiap kandungan dan setiap anak itu berbeza. Cuma, mungkin pengalaman mengandung dan bersalin anak sebelumnya membuatkan kita lebih tahu apa nak buat, apa nak beli. 

Kalau zaman mak kita dulu, set bersalin ni bukan sesuatu yang komersil macam sekarang. Dulu, mak bidan urut tu la yang akan sediakan semua kelengkapan bersalin macam pilis, param, dan air mandian segala. Tapi, sekarang dah senang sebab dah macam macam set bersalin yang ada di pasaran. Sediakan duit je. Pengalaman saya menggunakan set bersalin untuk Mikael dan Muaz tidaklah begitu memberangsangkan kerana saya tak gunakannya secara maksimum. Beli mahal tapi tak guna secara maksimum. Sebabnya saya ni memang tak makan jamu. Dari anak pertama sampai ketiga ni, jamu memang bukan untuk saya sebab satu tak tahan bau dia, then anak anak saya semua kuning jaundice. Memang jamu awal awal dah tolak tepi. Untuk 2 anak yang dulu tu saya guna dua set yang berbeza jenama dan dua dua pun ada jamu. Jadi, rugi je la kan beli.

Kali ni, saya memang dah nekad. Saya nak set bersalin yang tiada jamu. Bila cari cari, rupanya set bersalin Tanamera telah memikat hati saya kerana ia memang sesuai untuk ibu menyusu dan siapa yang memang tak mahu makan jamu. Set bersalin ni memang paling banyak produk dalam tu saya guna walaupun tak habiskan 100%. Paling saya suka, dia ada 'Virgin Coconut Oil' atau minyak kelapa dara yang tersimpan seribu satu khasiat semasa mengandung dan selepas bersalin. Nanti saya akan kongsikan khasiat VCO ni. Ada macam macam lagi dalam set tu dan kesemuanya untuk kegunaan luaran kecuali teh herba. Kesemuanya memang guna kecuali param sebab perut saya dah kempis LOL saya pakai losyen halia.

Gambar dari FB Tanamera. Haha, malas nak ambil gambar.


Kalau nak tahu lagi pasal produk ni boleh tengok kat sini.


November 25, 2012

Sorotan Adam dan Hawa: Episod 53-56

Salam...



Kemuncak cerita bila Am dan Ain bersatu sebagai suami isteri sebenar. Yeaa.... Kita suka...sebab dalam episod kali ni, Ain dah pergi rumah mama Am dan adegan airmata pun berlangsung..waktu ni la Am sarung cincin mama dia yang cantik tu kat jari Ain. Oh, tak tahannya nak tunggu!Tapi macam biasa, kena tunggu video online kerana saya tiada Astro Beyond HD. Sekian.

Jom kita tengok kat dailymotion.

November 24, 2012

Alahai durian crepe!

Saya pernah buat post pasal crepe kat sini...

Crepe biasa je,ala savoury saya buat. Masa tu buat crepe ni sebab tengok crepe Nik Michael Masterchef musim pertama tu, alahai terliurnya...Tiba tiba bila check unique visitor banyak pulakla search keyword nak cari resepi crepe durian. Hairan juga sebab saya tak pernah buat post pasal durian crepe. Tapi maybe bila dah taip perkataan "durian crepe" ada juga yang ushar resepi crepe tuh kat blog ni. Masa time saya buat crepe tu, takda pula orang bercakap pasal durian crepe nih.

Sekarang dah jadi fenomena!Wow...nasib masih dalam pantang lagi, kalau tak pasti saya dah sibuk nak cuba buat juga.

Resepi dah di gugel...hati meronta ronta nak buat sendiri. Bajet cam terror la sangat, padahal makan durian crepe pun belum pernah. Takpa, sabar je menanti detik habis berpantang ni..^_^

Alahai durian crepe!Telan liur je la dulu...Fuh..

Notakakiku: Buat silent reader, jangan marah ye sebab ini bukan entri resepi durian crepe!

November 23, 2012

Palestin dan gencatan senjata

Salam semua...

Alhamdulillah, semalam gencatan senjata antara Hamas dan Israel sudah dilancarkan. Ya, ini bukan yang pertama kali dan setiap kali juga Israel yang memungkiri janji janji manisnya. Cuma, sekarang ini ialah waktu bertenang. Mengambil kata kata seorang pendakwah di radio, bahawa gencatan senjata hanyalah waktu rehat. Rehat untuk mengambil sedetik nafas. Yang pasti, umat Islam di seluruh dunia tidak terus rehat dan sentiasa bersiap siaga dengan seluruh hati dan jiwa menentang Israel. Yahudi telah lama memusuhi Islam, dari zaman Rasulullah lagi, hingga kini...

Palestin ialah bumi umat Islam...bumi kita. Ia bukan bumi milik rakyat Palestin sahaja. Setitis darah rakyat Palestin yang mengalir di bumi Al-Aqsa ini milik saudara kita...Al-Aqsa tempat yang mulia yang amat Yahudi ingini untuk dihapuskan. Mungkin mereka fikir mereka punyai kekuatan dan senjata yang hebat, tapi kita ada Allah yang akan memelihara masjidil Aqsa , Gaza dan Palestin..Kita ada doa sebagai senjata terhebat. Teruskan berdoa, teruskan menyumbang sedikit rezeki yang kita ada, dan boikot selagi boleh produk yang menyumbang kepada Israel..

Palestin, pasti kan merdeka nanti! Allahuakbar!

We will not go down!


November 22, 2012

Baby Mifzal

Salam semua..



Ahmad Mifzal...jantung hati saya yang terbaru...kini genap berusia 32 hari

Ahmad bermaksud yang terpuji

Mifzal pula bermaksud teramat mulia

Moga dirinya jadi anak yang terpuji akhlak dan peribadi. Allah telah menganugerahkan kamu sebagai amanahNya dan moga Dia sentiasa memberi setiap saat dan ruang kehidupan ini untuk mama dan baba mendidik dan membesarkan kamu sehingga kamu dapat berdiri sendiri sebagai khalifahNya dan menjadi hamba yang teramat mulia disisinya...Amin.. 

Notakakiku:Semangat menulis blog kembali..moga terus semangat!Rindu kawan maya...:-D


April 5, 2012

Terkini

Salam...

Macammana nak mula ya...hm...saya kekeringan idea walau rasa macam byk perkara nak di kongsi

Oklah kita describe satu satu

1)Syukur..saya berjaya menyusukan anak kedua saya Muaz sehingga 2 tahun dan hingga kini juga.Walau ada ketikanya saya rasa penat dan malas untuk mengepam susu. Tapi Muaz telah minum susu formula juga pada 4 bulan terakhir sebelum dia berusia 2 tahun. Itupun dia tak berapa minum sebab masih belum biasa. Saya buat keputusan untuk start formula sebab risau dia tak cukup khasiat pulak. Kini dia hanya menyusu badan waktu malam saja.

2)Ketiga...Maksud saya buat ketiga kalinya saya berUPT positif sekali lagi. Blush ^_^.Usia kandungan kini 10minggu. Saya ingin baby girl pula andai diizinkan Allah. Teringin mahu beli gaun dan hair band baby girl. Hiks. Bukan sebab itu saja. Mestilah saya teringin perempuan sebab sudah ada dua boys. Natural feeling. Moga Allah perkenankan..Amin..doakan saya ya!

3)Sejak berbadan dua lagi..dengan kata lain saya juga bertandem nursing...saya sering keletihan..mood update blog juga merudum terus.Rindu nak berblog tapi selalu tak larat..huhu..moga saya lebih kuat lepas ni. Kena minum susu banyak banyak..hihi...

P/S:Ada petua kata nak anak perempuan kena banyak makan makanan berasid..betul ke ek?

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 17, 2012

Semoga Allah sentiasa merahmati kamu...

Anak anak mama...


Ahmad Mikael dan Ahmad Muaz..


Genap sudah usia kamu berdua 4 tahun dan 2 tahun..harijadi kamu yang selang 2 hari sahaja buat mama teruja setiap kali datangnya bulan mac..


Teringin sekali mama ingin membuat entri khas di hari bersejarah kamu berdua..namun hambatan masa membuatkan mama tidak berkesempatan berbuat semua itu.


Gambar kek coklat yang mama buat juga tak sempat di ambil. Kita meraikan hari lahir kamu dengan penuh kesederhanaan. Itupun cukup menggembirakan mama dan kamu berdua...


Anak anak mama..moga kamu berdua jadi insan dan hamba Allah yang taat dan berjaya di dunia dan akhirat...jadikan Al-Quran sebagai sahabat akrab dan solat sebagai penguat jiwa kamu. Mama mahu kamu berdua sihat dan membesar dengan penuh kesempurnaan...Ketahuilah mama sentiasa menyayangi dan mencintai kamu berdua walau apa jua yang terjadi...


Video ini mama titip khas sebagai kenang kenangan...Love...Mama


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 9, 2012

Terukir di bintang




Sejak tengok rancangan Lisa dan Yusry kat Astro 104 haritu, terus saya minat lagu nih! Best lah...Ngee...Jom layan...;-)

March 8, 2012

Kurus tidak semesti sihat, jom amalkan gaya hidup sihat!

Saya memang spesies homosapiens yang kuat makan. Ada masa sebab nafsu juga tapi biasanya saya makan sebab lapar. Kawan yang baru kenal saya akan tanya yang saya ni 'sihat' ke tak?Sebab selain kuat makan saya juga makan paling laju. Orang lain baru habiskan nasi separuh saya sudah kenyang sepinggan. Jadinya sementara menunggu orang lain siap makan tanpa membazir masa saya kadangkala makan dessert atau kuih jika ada.  Itulah saya.

Sebenarnya selalu ada orang fikir saya ini belum berkahwin atau beranak. Kihkih. Bukan tujuan saya ujub riak tapi saya terfikir sisi mana yang mereka melihat saya. Nak kata muka babyface oh tidak sekali. Haha. Jadinya saya buat kesimpulan mereka hairan tengok saya kurus keding walau makan banyak. Ada juga kawan doktor yang fikir saya ada hyperthyroidism atau hormon thyroid berlebihan dalam badan. Saya juga fikir begitu. Sebab selain dari kuat makan saya juga kuat berpeluh. Itu juga simptom hyperthyroid. Tapi, berulangkali saya check fungsi thyroid saya dan berulangkali juga ia kembali sebagai normal. Nah..tak perlu risau sebab takda penyakit hyperthyroid.

Metabolisma tinggi. Saya salah seorang dari golongan ini. Ia bukan satu penyakit tapi ia adalah response badan terhadap persekitaran dan apa yang dimakan.Banyak makan banyak juga kalori dibakar. Hakikatnya saya kurang bersenam juga. Tentu anda fikir hidup mudah bila metabolisma tinggi. Tapi sebenarnya saya kadang kurang selesa kerana selalu berpeluh. Bayangkan bila saya exam dulu..habis kertas basah tak boleh tulis sebab peluh saya. Jenuh juga saya kena lap tangan selalu. Dan itu juga bukan alasan untuk saya tidak bersenam kerana bersenam tu sebenarnya untuk kesihatan jantung. Jadi lepas ni kenala bersenam lebih kerap supaya tak kena serangan jantung. Just remind myself and friends out there.

So..kurus tak semesti sihat kan dan orang yang sedikit berisi atau gemuk tak semesti tak sihat. Sekarang walau saya tak betul betul mengamalkan bersenam 3 kali seminggu, 1/2 jam setiap kali saya ada juga melakukan rutin lain seperti parking kereta jauh dari bangunan hospital. At least saya tak rasa bersalah sangat. Tapi mesti kena jalan laju laju supaya berpeluh sikit(in fact saya memang kuat berpeluh pun kan..). Haha. Nampak tak saya cuba menyedapkan hati sendiri? 3 bulan lepas, seorang pakar perubatan di tempat saya, berbadan kurus keding juga, meninggal dunia disebabkan heart attack, umur baru 30-an..Siapa sangka? Tiada siapa sangka pun. Jadi, ingin ingatkan diri sendiri juga. Umur saya pun bukan semakin kurang. Banyak makan walau tak gemuk bukan alasan untuk saya terus mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Tengah nak mengumpul motivasi supaya eat healthy and lead a healthy lifestyle. Saya mahu main dengan cucu juga! Saya mahu panjang umur tapi dalam keadaan sihat. Jadi, kenalah berusaha juga kan? Apapun, saya tetap percaya pada qada' dan qadar.

Ada pesakit diabetes dan perokok tegar pernah beritahu saya...Doktor, saya jaga makan pun, kurang manis pun, nak mati mati juga kan? Saya berhenti rokok pun, nak mati mati juga kan?
Betul...saya tak nafikan. Memang betul . Allah boleh cabut nyawa kita bila bila Dia kehendaki. Tapi takkan kita hanya pasrah dan berserah sedang kita dianjur berusaha oleh Allah. Jadi, jom, amalkan cara hidup sihat...;-)

P/s: Duduk depan PC lama lama pun tak elok. Sesekali bangun dan regangkan badan dan berjalan jalan sikit. Mata dan badan kita juga perlu rehat.

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 7, 2012

Bun kacang merah water roux

Salam semua..dah makan ke belum, kalau belum makan meh jemput makan...hihi..tapi makan roti je la , spesel takde:)



Buat bun kacang merah ni hari minggu baru ni. Dah lama mengidam makan roti buat sendiri. Tak terbuat buat sebab memikir nak uli doh, pastu nak tunggu naik, pastu nak bakar...haha, dasar orang malas banyak je alasan. Tapi hari tu tah kenapa mood rajin terus datang. Pagi pagi lepas Subuh dah menguli doh. Alah, uli pakai breadmaker je....apa susah..Jenama tulangempatkerat. Pernah dengar tak? Semua orang ada breadmaker ni, nak on atau nak off je..kihkihkih...



Cun tak roti saya? Argh..tak habis habis dengan unsur perasan..hihi. Yang ni bajet nak buat cam kat kedai tapi tak berapa nak lawa. Janji jadik. Tagline biasa...hihi...Oh ya, resepi dapat dari blog kaksu. Ada beberapa pengubahan resepi saya buat. Meh nak jadi rajin sikit tunjuk resepi. Minta izin copy ye kaksu.


Resepi bun kacang merah


Bahan2:


380gm tepung high protein (tpg roti)---saya guna dalam 420gm sebab adunan sedikit lembik
3 sudu besar susu tepung-- saya belasah susu Mikael
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur gred A
100ml air
100gm Water Roux
30gm butter---saya guna 60gm sebab tak letak shortening
30gm shortening


Caranya:


1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih--saya tak masukkan yis dalam air sebab risau yis tak berbuih...haha..(pernah experience camtu, jadi bila yis tak berbuih doh tak naik)
2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.---saya tambahkan yis dalam tepung dan gaul rata sebelum masuk bahan lain.
3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.---saya tak masukkan shortening
5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
7. Biarkan doh naik 2x ganda
8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
9. Ambil sebiji doh leperkan.
10. Isi inti kacang merah, bulatkan atau buat memanjang kelar dengan pisau
11. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
12. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar. Atau sapu susu cair/segar.
13. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak
14. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)



Resepi Water roux


50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk

P/S: Sebenarnya dari pagi tadi mood berblog agak merudum...kena reverse psychology nih!Aduh!Huhu. InsyaAllah cuba berjalan ke blog kawan kawan juga.

March 6, 2012

Lawak sana sini

Jom layan gambar gambar ni...Saya gelak sorang tau dapat email ni..LOL

Ketagih Facebook...


Penceroboh akan disumpit!


Bilik Sawa, Tingkap 3...alamak ada ular sawa ke?hihi...

Nasi Goreng Gila!

Kuih raya sehelai RM10.90


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 5, 2012

Pelangi Indah

"Kadangkala Allah hilangkan matahari dan Dia turunkan hujan petir..lalu kita tertanya tanya di mana matahari,rupanya Allah ingin beri kita pelangi indah...."


Pernah dengarkan...selalu dengarkan...sweetkan.. Dia Maha Tahu apa yang baik untuk kita.


Alhamdulillah. 'Matahari' saya pernah hilang seketika..dek hati dan jiwa dilanda 'hujan petir '. Dan 'pelangi indah' itu saya telah dapat.Urusan saya telah dipermudahkan.  Syukur. Dan syukran kepada rakan yang mendoakan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 1, 2012

Mewarna dan memasak di alam maya

Salam semua..

Mikael dan handphone bijakla sangat saya sekarang memang jadi kawan baik. Kalau saya balik kerja je pasti itu soalan pertama dia tanya saya ialah, mama nak main game kat handphone. Kalau dulu dulu angry bird yang dia suka tapi sekarang dia lebih suka colouring dan cooking. Hihi. Best juga application ni. Cuma sometimes saya rasa risau kalau kalau dia tak reti nak pegang pensil warna atau crayon sebenar untuk mewarna nanti.

Saya just nak kenalkan dia dengan warna warna. Kat school pun dia ada mewarna menggunakan pensil warna jadi dia taklah kekok dengan asas mewarna yang sebenar.


Ini lah antara gambar gambar yang Mikael warnakan di handphone. Boleh tahan juga hasil kerja dia. Hihi.





Bila pulak la pokok warna purple ni?Confuse plak...


Ini pulak hasil masak masak dia. Spageti semua campur. Pastu siap boleh makan lagi. Haha, makan angin jela..;)




Published with Blogger-droid v2.0.4

February 25, 2012

Dilema taska

Muaz demam lagi. Demam setelah habis makan antibiotic selepas 5 hari. Jangkitan kuman baru pulak sebab haritu memang dia totally well. Sejak 2 bulan hantar ke taska ni tak silap dah 5-6 kali dia asyik demam . Pernah dapat conjunctivitis(sakit mata) juga. Sekali haritu sampai keluar rashes banyak dan ulser mulut sampai saya seriau kalau ia hand foot mouth disease. Mujur tidak.


Bukan merungut bila anak sakit tapi bayangkanlah hampir saban minggu dia demam. Saya fikir mungkin Muaz kurang serasi tinggal di taska. Dengan menangis setiap pagi bila dihantar. Dahla taska itu tidak berdaftar dengan JKM. Rasa bersalah juga hantar dia ke tempat yg tidak berdaftar. Masalahnya dalam list JKM tidak banyak taska sekitar rumah saya yang berdaftar. Jika ada pun sudah penuh kouta. Memang itulah kebaikan taska berdaftar sebab mereka takkan sesuka hati ambil ramai budak jika bilangan guru/pengasuh tidak menepati ratio.


Kini perkara yang semua ibubapa takuti bila hantar anak ke taska ialah selalu sakit. Itulah yang terjadi pada saya. Setiap hari pergi kerja hati tak tenang. Habis cerita sakit soal kebersihan pulak. Saya dan en hubby pernah terjumpa ketul ketul kecil najis Muaz seolah olah masa dia berak tak dicuci dengan bersih!Aduh...tertekan rasanya..


Saya sedang berkira kira mahu hantar dia ke pengasuh saja. Masalahnya saya sukar mendapatkan pengasuh. Huhu. Walau pengasuh biasanya tiada sijil menjaga budak tapi mereka ni kebiasaanya sukakan kanak kanak dan berpengalaman. Ada sesiapa sudi jaga Muaz saya tak?hihi..


Saya nekad. Menunggu satu taska berdaftar ni call saya. Katanya kalau ada kekosongan dia akan call. Jika tidak saya akan usaha juga sampai dapat pengasuh. Moga Allah beri saya petunjuk dan mudahkan urusan yang satu ini. Dan doakan Muaz saya cepat sembuh.


Tengok tu dia masih cergas main walau demam. Itu gambar demam haritu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 24, 2012

Doakan saya

Salam semua...

Sekadar quick update, maaf saya agak sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah habis. Fikiran dan jiwa sedang kacau. Sekarang sedang berjuang untuk sesuatu yang amat saya inginkan. Langkah demi langkah telah saya lalui dan hanya menanti langkah terakhir. Maaf, tak dapat diceritakan mendalam di sini. Mohon doa kalian agar urusan saya di permudahkan...

Doa yang sesuai dibaca jika kita ingin urusan dipermudahkan. Copyright dari Darussyifa'. Minta izin copy di sini.



Satu lagi jika ingin bertemu dengan seseorang yang kita ingin berurusan itu, banyakkan membaca Surah Al-Insyirah dan selawat ke atas nabi.

Satu lagi zikir yang elok di amalkan ialah "La Hau La Wala Quwwata Illa Billah" yang bermaksud tidak ada daya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah.

P/S: Tahniah kepada Kakcik dan Ummiros sebab berjaya meneka buah Dabai haritu. Ada sedikit token untuk anda berdua. Tolong emailkan alamat kepada saya ya di ibumikael@gmail.com.

February 21, 2012

Rindu

Rindu. Ringkas je perkataan tu. Tapi selalu tak terucap. Kenapa?


Dengan suami ke..boleh pulak nak rindu rinduan..tapi bila dah tua sikit ni dah ada keluarga sendiri makin sukar pula nak lafaz kata rindu tu.


Haishh...itulah yg jadi pada saya..Rindu pada emak..sangat rindu.

Saya anak manja emak. Itu hakikat. Kehkehkeh.


Saya masih tidur dengan emak sehari sebelum hari pernikahan saya. Rindu saat saat itu. Dah lama tak tidur dengan emak. Kadang bila jauh dimata macam ni teringat zaman kecil kecil dulu. Bila emak kejut bangun pagi untuk pergi sekolah..bile kena 'paksa' minum dulu dan makan sarapan sebelum ke sekolah. Bila petang petang emak balik dari jual kuih saya tolong picit kakinya. Dan bila kena bebel dengan emak waktu saya pulang lewat dari sekolah.


Ingin sekali saya telefon dan katakan pada emak...emak saya rindu emak....*malu seh dah tua bangka merengek rindu kat emak*


Ada sesiapa sini anak emak juga x? Hi 5!


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 17, 2012

Pergi tak kembali

Pergi tak kembali...

Dia telah pergi meninggalkan dunia singgahan sementara ini.

Perginya tidak kembali lagi. Ceritanya pernah ditinta di sini.

Al-Fatihah. Moga Allah menempatkan Allahyarhamah Puteh Zabedah binti Abdul Rahman di kalangan orang yang soleh dan beriman.

Jika kita sedang marah, ingatlah mati, ia akan melembutkan hati.

Dengan mengingati mati, hati akan menjadi tenang.


February 13, 2012

Saya kasih sayang kamu

Kasih bertanya kepada sayang

Sayang, kamu sayang saya?

Ya kasih, saya sayang kamu....

Kasih, kamu kasih saya?

Ya sayang, saya kasih kamu....

*****
Heboh setiap tahun bila 14 Februari itu datang...
Ia pasti datang juga kan?
Hari itu ialah hari memperingati kejatuhan Islam di Sepanyol dan sempena kematian Saint Valentino...
Dimanakah kasih sayang cinta di situ?
Tiada!
Mereka cuba mengubahnya kerana 'konon'nya Valentino itu bermakna kasih sayang...

*****
Dulu saya juga tidak tahu, ikut ikut...
Terlalu banyak promosi saya lihat. Di media massa, di kaca TV, radio....kecuali di radio IKIM dan TV Al-Hijrah

*****
Kasih sayang itu perlu
Kerana Tuhan itu juga bersifat Rahim...
Berkasihlah setiap masa
Bersayanglah setiap masa
Manusia perlukannya, it is indeed a basic!Dengan yang halal sahaja! Tak perlulah 14 Februari itu saja diagungkan dan disambut...

Yang jelas sudah tersurat...
Matlamat tidak menghalalkan niat...




February 10, 2012

Terlalu melindungi

Salam  semua:-D

Mungkin  ada kawan  yang pernah baca entri  saya tentang  Mikael jatuh motor haritu kan.

Serius. Rasa scary seriau tengok dahi dia yang benjol sebesar telur gred C tu. Sebagai  ibu tentulah saya risau  dan cemas. Dan kadangkala  jadi overprotective. Tapi berbekalkan ilmu perubatan yang saya ada saya cuba menenangkan hati yang rungsing dan jiwa yang kacau. Saya cuba untuk tidak  nampak panik walau dalam hati saya gelora besar sedang melambung!Perasaan yang  cukup bercampur baur antara  geram,sedih,marah dan risau!Tapi siapa saya untuk menolak  takdir Allah. Kun Fa Ya Kun. Saya berdebar debar. Selepas nampak saja benjol yang besar itu saya tidak berfikir panjang .Saya baringkan Mikael di pangkuan dan cuba menenangkannya kerana dia juga nampak agak cemas. Segera saya menyuruh adik ipar mengambil botol sos tiram yang sudah kosong untuk di isi air panas. Iya,ada orang guna ais tapi pada saya untuk benjol fresh lebih elok guna air panas yang dibalut towel. Tapi jaga jaga pastikan jangan terlalu lama di tuam dan jangan direct tuam tanpa sebarang balutan takut kulit melecet! Selepas di tuam memang akan nampak saja benjol sedikit berkurang. Keesokan harinya baru saya mula tuam dengan ais. Boleh kata sampai 4 hari selepas kejadian saya masih tuam dengan ais supaya benjol mengecut.

Ada orang tanya saya...tak buat x-ray ke?Ada fracture ke? Internal bleeding? Saya senyum dan kata tidak. Pada saya tak perlu sebab Mikael tidak menunjukkan sebarang  tanda yang dia tidak normal. Dia siap berselera makan selepas jatuh.

Semalam baru kawan saya bercerita tentang seorang kenalannya yang cukup overprotective. Kisahnya anaknya terjatuh juga. Sudah dibawa jumpa pakar kanak kanak dan x-ray dilakukan tapi semua normal. Doktor pakar juga kata anaknya ok. Cuma kena perhatikan kalau kalau anak itu mempunyai sebarang tanda tanda seperti loya loya, muntah, kabur penglihatan, sakit kepala yang berpanjangan, lemah atau kebas anggota badan atau anak berkelakuan pelik/abnormal behaviour. Kisahnya, dalam perjalanan pulang dari hospital si ibu kepada anak tadi terlalu risau dan asyik bertanya kepada anaknya samada mahu rasa muntah tak pening tak...Jadi kanak kanak yang mula mula ni jawab takda terus jawab ya, dia rasa sedikit loya setelah ibu bertanya berkali kali. Saya faham risaunya ibu itu. Saya mengerti gelora hatinya. Bila dia dengar saja anaknya sebut loya terus dia berpatah balik ke hospital dan request supaya dijalankan imbasan kepala atau CT scan brain. CT scan pun dibuat. Keputusannya normal. Lega hati si ibu. Tapi tanpa sedar kanak kanak itu telah teredah kepada radiasi yang banyak. Dan itu tidak baik untuk dirinya kerana dia masih kecil. Dia telah terdedah kepada risiko mendapat kanser bila dia dewasa kelak.

Overprotective. Terlalu melindungi. Semua ibu bapa lazimnya begitu. Ada masa perlu. Ada masa jangan terlalu begitu. Sama juga bila anak demam, batuk tidak semestinya perlu antibiotik. Bukan bermaksud buat tak kisah. Demam panas mesti makan ubat, sponging(basahkan badan dan kepala dengan kain basah) dan mandikan anak dengan kerap. Jangan bungkus dengan selimut. Lagi tinggi suhu badan lagi tinggi juga risiko sawan atau tarik. Jangan tak bawa jumpa doktor pula, itu namanya mengabaikan melainkan anda ialah seorang doktor dan yakin boleh rawat sendiri. Anak saya sendiri kalau saya lihat terlampau teruk saya juga tidak yakin merawatnya sendiri. Saya bingung dan bawa jumpa doktor atau pakar kanak kanak lain. Macam dulu saya ada seorang pembantu rumah yang terkena penyakit Tuberculosis(TB). Dihantar pulang secepat mungkin setelah saya ketahuinya. Tak lama lepas itu Mikael batuk berpanjangan dan tak baik walau diberi antibiotik. Saya bimbang. Lantas saya bawa ke pakar Pediatrik dan x-ray dada dibuat. Paru paru dia clear. Tiada tanda TB. Mantoux test(ujian memasukkan antigen Tuberkulin untuk melihat jangkitan TB yang lepas) juga negatif. Syukur saya lega. Tapi tanpa sedar saya sudah dedahkan Mikael dengan radiasi. Tapi, apa boleh saya buat? Saya teramat risau Mikael terkena TB. Tapi saya rasakan waktu itu justifikasi saya tepat sebab pembantu rumah saya ada direct contact dengan Mikael. Dan Mikael juga ada simptom batuk. Jadi sifat terlalu melindungi saya pada waktu itu memang perlu.

Tujuan entri ini bukan hendak menakutkan atau menafikan yang terlalu melindungi itu tidak bagus. Ia perlu pada masa tertentu tapi jangan terlampau. Dan ia tidak boleh diguna pakai buat ibu bapa yang mempunyai anak istimewa/ pramatang sebab anak anak sebegini memang perlu special attention dan perhatian yang lebih. Betul tak mama2q? Kita perlu overprotective kepada kanak kanak begini sebab mereka ini lebih fragile dan mudah terdedah kepada segala bahaya.

Konklusi? Pengalaman?Tinggal dalam kotak komen ya!

February 9, 2012

Pau water roux inti kelapa

Salam semua...;)

Dah makan belum? Dah nak masuk tengahari pun...ada orang suka makan brunch terus, tak payah breakfast terus breakfast campur lunch jadilah brunch. Saya makan roti gardenia je pagi tadi. Hihi. Jom layan pau. Pau ni makan panas panas je sedap. Bila dah sejuk pun sedap jugak tapi kurang umphh dahla. Resepi pau ni dapat dari Along Roz. Meh kita zass resepi ni. Thanks to Along Roz:-D Menariknya sebab guna water 'roux' tuh. Saya pun baru first time buat water roux ni. Senang jek rupanya. Ingatkan susahla nak buat. Dulu masa mula mula pandai mengepau, bukan mengepoww yang tu yek saya guna resepi Kak Inahar dalam entri ini.


Sebelum di kukus. Lapik daun pisang. Harum je baunya. Saya tak guna tepung pau. Tiap kali teringin rasa nka buat tepung pau takda dalam stok. Lagi putih rupanya kalau pakai tepung pau.



Berkerutu sikit pau saya ni. Ada air kukusan menitik la ni. Janji jadik. Haha. Saya ada berangan juga nak buat pau ros pumpkin macam Lily buat. Tapi saya tak seni. Huhu. Terhasillah pau bulat biasa ni. Gambar pun tak clear. Kamera handphone je ni. Tak berapa nak sharp. Seingat saya dah lama tak ambil gambar guna kamera betul. Jadi 'monumen'  je kamera cap ayam saya tuh kat 'muzium'. Berangan nak sambar DSLR satu tak tercapai capai lagi.Kihkih.



Inti kelapa buat sendiri. Budak tak berapa suka. Saya pun tak berapa suka sebenarnya. Lagi minat inti kacang merah. Tapi inti kacang merah tiada. Selalu beli ready made di kedai bakeri saja.

Ok, jom pergi lunch pulak!Haha, asyik makan je saya nih. Sadis.

February 7, 2012

Resepi crepe/krep

Pernah makan crepe?Atau dalam bahasa manglish krep?Hado tak?Nan hado?

Mungkin nan hado kalau sebut crepe...tapi kalau sebut lempeng mesti semua pernah makan kan...hihi :-D

Perkataan crepe ni dari bahasa perancis, tu kata Cik Mat Gebu...sejujurnya saya tak pernah tahu menda alah lempeng yang orang kita makan ni dipanggil crepe oleh orang France..Terima kasih abang Mat bagitahu saya pasal crepe nih..Saya ingat crepe asal dari Amerika. Kuikui. Tiba tiba teringat Daddy's Crepe yang si Nik Michael buat dalam MasterChef Malaysia, tu yang rajin datang nak buat.

Krep a.k.a Lempeng ni simple je. Super simple. Inilah antara makanan nostalgia zaman kanak kanak saya. Mak selalu buat pastu saya pun belajar buat. Tu yang teringin nak makan tetiba tuh. Kalau Nik bagi nama Daddy's Crepe saya nak bagi nama Emak's Krep...o yeahhhh...LOL


Inilah bahan bahannya ya kawan kawan, telur tu bergantung banyak mana nak buat krep ni. Saya guna 2 bijik. Pastu tepung gandum 3 cawan dan fresh milk 2 cawan. Haha. Sukahati je saya main masukkan bahan tak ikut betul resepi asal CMG. Saya tambah gula kastor sikit dalam 2 sudu. Ni nak bagi tips, kalau takda susu segar atau sebab susu segar kan mahal sikit, belasah je guna susu pekat 3 sudu campur dengan air. Haha. Pastu tak payah dahla letak gula. Minyak zaitun tu saya letak 3 sudu.


Masuk semua bahan pastu kacau sampai sebati. Kalau agak agak pekat sangat tambah air sikit.Jangan cair sangat nanti kurang pulak rasa dia. Lempengkan dalam non stick pan. Jangan tebal sangat, kalau tebal boleh juga tapi orang tak panggil crepe dah, orang panggil pancake atau bahasa manglishnya penkek!Hihi.Kalau nak resepi penuh boleh klik kat dua link atas tu ye.


Crepe ni boleh makan dengan benda manis atau masin. Ikut suka. Ni bahan untuk tumis sambal bilis asam belacan.Sambal tumis paling simple mak saya ajar. Inilah savoury untuk lempeng tu. Savoury ni maksudnya kuah masin masin atau pedas pedas. Kawan kawan boleh je buat apa apa jenis sambal yang berkenan kat tekak. Nak cecah budu pun boleh!


Belacan Melaka. Favourite nih.Jangan letak banyak sangat belacan nanti masin. Macam saya terbuat pagi tadi. Kalau dah termasin tu, cover cover dengan tambah air dan gula sikit yek.


Air asam ikut suka, saya tak sukat. Biasanya saya masak jarang sukat betul betul. Perasan macam sifu. Wakaka.


Ikan bilis yang sudah di basuh.


Inilah rupa sambal tuh. Memikat kan. Haha. Perasan.


Crepe/lempeng bersama sambal belacan bilis. Umphh...Rupa paras crepe saya tak cantik. Tapi bak kata en suami saya, masuk perut hancur juga jadi f*c*s. Ok, selamat berkrep!


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 6, 2012

9 Siti contoh tauladan




9 orang Siti yang perlu dijadikan contoh oleh wanita muslimah pada zaman ini.


1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong 
Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada 
Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.

3) Siti Aishah

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Wanita wanita hebat. Semoga kita dapat mencontohi peribadi mereka. 

February 5, 2012

Rosak dan hilang...dan salam maulidurrasul semua:)

Salam hujung minggu...dan salam Maulidur Rasul...selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W...mari kita banyakkan berselawat ke atas nabi ya...sama sama ingat mengingati, kita ni bukan semuanya sempurna,mudah mudahan  kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak..;)

Rasa macam sebu je nak menulis ni, sejak naik kerja haritu agak sibuk sebab lama bercuti. Lepas tu broadband pulak dah jadi arwah selepas dikerjakan oleh Muaz. Teruslah mood berblogging merudum. Ingatkan bila pergi ke maxis centre bolehlah tukar modem sebab sim card masih ok tapi rupanya tak de jual modem aja. Terbanglah lagi duit untuk beli yang baru.Huhu...Tapi bila pergi Maxis Centre kat KLCC semalam salesperson tu cuba goda kami dengan barang panas baru babe..hihi...Saya pun dengan terujanya dengarlah explanation dia tentang barang baru ni, padahal masa pergi tu niat memang nak beli modem je kalau ada jual.


Inilah broadband saya yang dah arwah tu. Sadis. Silap saya juga. Biarkan laptop begitu saja. Sudahnya Muaz telah menolong saya 'mengemas'. Speechless tau!Tapi ada hikmahnya juga, sebab broadband yang ni memangla semakin lama semakin perlahan kelajuannya. Lagi lagi jika di kampung. Memang 'dia' nak suruh kami terminatekan 'dia' sebab 'dia' dah makin nazak. Sekarang sudah pun arwah. Tutup cerita. Kuikuikui.


Inilah barang panas  baru tu. Maxis Personal WIFI broadband. Ala ala broadband yang boleh jadi Wifi hotspot. Tapi limited pada lima perkakasan saja. Cukuplah tu untuk saya dan hubby. Data pun 6G saja. So far, setelah sehari menggunakannya saya berpuashati la juga. Tak lah laju sangat tapi taklah perlahan sangat. Overall puas hati buat masa sekarang lah..hihi...

Okeh, habis cerita broadband. Lepas broadband rosak ada satu dugaan lagi. Gambar gambar dalam kamera handphone yang banyak tu tiba tiba je hilang tak tahu mana. Punyalah frust menonggeng saya dibuatnya. Sayang betul la sebab banyak gambar gambar anak anak. Saya ni suka ambil gambar budak budak ni setiap masa untuk saya tengok semula masa hadapan. Nak tengok how fast they are growing. Dan semua gambar tu boleh kata dalam gallery kat handphone. Itulah takda rezeki namanya. Mujurlah ada beberapa keping gambar yang sempat saya bluetooth kan ke netbook haritu.

Jadi inilah beberapa gambar anak anak dan anak buah masa balik kampung haritu. Boleh kata masa ni semua sepupu Mikael dan Muaz ada kat rumah. Jadi seperti biasa , riuh rendahla rumah tu dengan suara budak budak dan mak bapak budak. hahaha.

Ini boleh kata aktiviti wajib kanak kanak ni. Siap berswimming suit bagai. Padahal bukan kat swimming pool pun. Ini baru 3 orang. Yang tengah tu, Aiman nama dia. 


Abang yang besar tu tengah usha usha nak masuk tu. Tapi mungkin terasa dirinya sudah besar jadi tengok tengok dulu. Hihi.
Lihatlah dunia. Abang yang besar tadi namanya Nadzif. Dah masuk pun dia. Tak tahan godaan tu. masuklah juga walau kolam kecik. :D
Yang tak berbaju ni perempuan ya. Sebaya Mikael, Aisyah nama dia. Satu satunya bunga di kalangan kumbang kumbang. Hehehe...

 Ini adik Aisyah. Asyraf Umair namanya. Baru 10 bulan. Comel kan. Putih melepak. Eeee...geram tengok dia. Nak geget.
Inilah budak perempuan tak pakai baju tadi. Hihi. Ayu je ye. Saja tayang gambar ni sebab ini Mikael yang snap. Dah pandai pakai kamera dah si Mikael ni. Tengoklah hasil tembakan dia. Not bad juga anak bujang saya ni. Tapi selalunya tak macam ni,biasanya gambar dia mabil semua senget benget. Mungkin ini once in the blue moon kot. Heheh..


Ok, nak memikir kejap apa yang nak dimasak tengahari ni. Petang petang nanti saya jalan jalan ke blog kamu ya. Babai. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails