December 16, 2011

Sihat sebelum sakit

Salam Jumaat semua...





Terima kasih daddy ziyyad. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.Entri semalam.


Gambar di atas, pemandangan di ICU. Unit rawatan rapi.


Ini ialah kisah benar. 


Ibu tiri saya. Kami tidak rapat. Apatah lagi mesra. Tapi dia tetap ibu kepada abang kakak saya. Anak-anak arwah ayah. Aliran darah yang satu. 


Kini dia tenat. Berbulan lamanya sudah dia menderita. Tak pernah saya cerita di sini.


Dia menghidap kanser tulang. Sudah di buang. Tapi perjalanan ceritanya penuh liku. Komplikasi demi komplikasi akibat bedridden dan tracheostomy(bantuan tiub pernafasan yang ditebuk dileher). Ini kali ke 3 beliau di ICU. Paru-parunya lemah dan collapse(tidak mengembang dengan normal). Tidak boleh berbicara. Kenyang perutnya hanya diisi melalui tiub.


Sungguh. Bukan saudara juga saya sayu. Apatah lagi ada hubungan disitu. Saya tak mampu menolong banyak. Sungguh keringat manusia itu terbatas. Hanya doa yang mampu saya titipkan. Dan ziarah yang mampu saya lakukan.


Sihat sebelum sakit. Semoga dia disembuhkan. Mohon doa rakan-rakan. Amin...



'Dan segala nikmat yang ada padamu datangnya dari Allah,kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan,maka kepadaNya lah kamu meminta pertolongan'

Al-Quran, surah An-Nahl(16:53)

Published with Blogger-droid v2.0.1

12 comments:

Syida said...

Semoga makcik sihat semula dgn segera...

Najwa.H said...

Moga hari-harinya sentiasa ditemani keluarga....
Moga diberikan kesihatan,dpt keluar dari wad....

Family juga....Moga tabah.

Kakcik Seroja said...

Semoga Allah permudahkan perjalanan hidupnya. Amin.

Dr Singa said...

Aminkan doa KakCik...

MAY said...

semoge cepat sembuh

wahida said...

semoga makcik kembali sembuh dan harap dia kuat utk hadapi penyakit ini...


salam kenal, terus follow sini sbb mcm sebak baca n3 ni...huhu...

faraherda.razalan said...

Subhanallah!

Lady Rina said...

semoga cepat sembuh...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Semoga cepat sembuh...amin.

cikpuanhady said...

semoga makcik dear cepat sembuh dan semuanya dipermudahkan..

al-lavendari said...

dia bertuah kalau dia redha dengan ujian ini sebagai pembersihan dosanya, jika ada. semoga beliau segera sembuh seperti sediakala.

Cik Ina Do Do Cheng said...

semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya, semoga makcik cepat sembuh ye: )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails