February 9, 2012

Pau water roux inti kelapa

Salam semua...;)

Dah makan belum? Dah nak masuk tengahari pun...ada orang suka makan brunch terus, tak payah breakfast terus breakfast campur lunch jadilah brunch. Saya makan roti gardenia je pagi tadi. Hihi. Jom layan pau. Pau ni makan panas panas je sedap. Bila dah sejuk pun sedap jugak tapi kurang umphh dahla. Resepi pau ni dapat dari Along Roz. Meh kita zass resepi ni. Thanks to Along Roz:-D Menariknya sebab guna water 'roux' tuh. Saya pun baru first time buat water roux ni. Senang jek rupanya. Ingatkan susahla nak buat. Dulu masa mula mula pandai mengepau, bukan mengepoww yang tu yek saya guna resepi Kak Inahar dalam entri ini.


Sebelum di kukus. Lapik daun pisang. Harum je baunya. Saya tak guna tepung pau. Tiap kali teringin rasa nka buat tepung pau takda dalam stok. Lagi putih rupanya kalau pakai tepung pau.



Berkerutu sikit pau saya ni. Ada air kukusan menitik la ni. Janji jadik. Haha. Saya ada berangan juga nak buat pau ros pumpkin macam Lily buat. Tapi saya tak seni. Huhu. Terhasillah pau bulat biasa ni. Gambar pun tak clear. Kamera handphone je ni. Tak berapa nak sharp. Seingat saya dah lama tak ambil gambar guna kamera betul. Jadi 'monumen'  je kamera cap ayam saya tuh kat 'muzium'. Berangan nak sambar DSLR satu tak tercapai capai lagi.Kihkih.



Inti kelapa buat sendiri. Budak tak berapa suka. Saya pun tak berapa suka sebenarnya. Lagi minat inti kacang merah. Tapi inti kacang merah tiada. Selalu beli ready made di kedai bakeri saja.

Ok, jom pergi lunch pulak!Haha, asyik makan je saya nih. Sadis.

9 comments:

Daddy Ziyyad said...

saya pun suka pau kacang merah.

selalu beli frozen pau aja, simpan buat stok kat rumah

Nieza Ishak said...

uwaaa jelesnya, bila la nieza nak mengepoww sendiri ;)

Kakzakie said...

Kakak lagilah dahsyat dah banyak kali buat kuih yg guna yis penyek tak gebu macam ini.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

dulu sy pon suka pau inti kacang merah..x pun roti inti kacang merah..tp dh tua gini mcm suka inti kari daging lak..


sy mengepow pandai buat pau x pandai hahaha..water roux pon x penah dgr..

Cik Ina Do Do Cheng said...

samalah kita, cik ina ngan family pun minat kacang merah. InsyaAllah ada rezeki dapatlah beli DSLR .

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedapnyaaa.... tergamak you upload pix makanan yg memang kegemaran I ni.. Adehhh..

~najwa~ said...

kegemaran kita sama...pau kacang merah, yummy.


by the way, aku tak pernah lagi buat pau. mcm best jer, nanti nak buatlah.

KizZ said...

Lame la tak makan pau...nak satu boleh?hihi

Papa Mifz said...

biaso beli pau kat kedai jer...huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails