March 8, 2012

Kurus tidak semesti sihat, jom amalkan gaya hidup sihat!

Saya memang spesies homosapiens yang kuat makan. Ada masa sebab nafsu juga tapi biasanya saya makan sebab lapar. Kawan yang baru kenal saya akan tanya yang saya ni 'sihat' ke tak?Sebab selain kuat makan saya juga makan paling laju. Orang lain baru habiskan nasi separuh saya sudah kenyang sepinggan. Jadinya sementara menunggu orang lain siap makan tanpa membazir masa saya kadangkala makan dessert atau kuih jika ada.  Itulah saya.

Sebenarnya selalu ada orang fikir saya ini belum berkahwin atau beranak. Kihkih. Bukan tujuan saya ujub riak tapi saya terfikir sisi mana yang mereka melihat saya. Nak kata muka babyface oh tidak sekali. Haha. Jadinya saya buat kesimpulan mereka hairan tengok saya kurus keding walau makan banyak. Ada juga kawan doktor yang fikir saya ada hyperthyroidism atau hormon thyroid berlebihan dalam badan. Saya juga fikir begitu. Sebab selain dari kuat makan saya juga kuat berpeluh. Itu juga simptom hyperthyroid. Tapi, berulangkali saya check fungsi thyroid saya dan berulangkali juga ia kembali sebagai normal. Nah..tak perlu risau sebab takda penyakit hyperthyroid.

Metabolisma tinggi. Saya salah seorang dari golongan ini. Ia bukan satu penyakit tapi ia adalah response badan terhadap persekitaran dan apa yang dimakan.Banyak makan banyak juga kalori dibakar. Hakikatnya saya kurang bersenam juga. Tentu anda fikir hidup mudah bila metabolisma tinggi. Tapi sebenarnya saya kadang kurang selesa kerana selalu berpeluh. Bayangkan bila saya exam dulu..habis kertas basah tak boleh tulis sebab peluh saya. Jenuh juga saya kena lap tangan selalu. Dan itu juga bukan alasan untuk saya tidak bersenam kerana bersenam tu sebenarnya untuk kesihatan jantung. Jadi lepas ni kenala bersenam lebih kerap supaya tak kena serangan jantung. Just remind myself and friends out there.

So..kurus tak semesti sihat kan dan orang yang sedikit berisi atau gemuk tak semesti tak sihat. Sekarang walau saya tak betul betul mengamalkan bersenam 3 kali seminggu, 1/2 jam setiap kali saya ada juga melakukan rutin lain seperti parking kereta jauh dari bangunan hospital. At least saya tak rasa bersalah sangat. Tapi mesti kena jalan laju laju supaya berpeluh sikit(in fact saya memang kuat berpeluh pun kan..). Haha. Nampak tak saya cuba menyedapkan hati sendiri? 3 bulan lepas, seorang pakar perubatan di tempat saya, berbadan kurus keding juga, meninggal dunia disebabkan heart attack, umur baru 30-an..Siapa sangka? Tiada siapa sangka pun. Jadi, ingin ingatkan diri sendiri juga. Umur saya pun bukan semakin kurang. Banyak makan walau tak gemuk bukan alasan untuk saya terus mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Tengah nak mengumpul motivasi supaya eat healthy and lead a healthy lifestyle. Saya mahu main dengan cucu juga! Saya mahu panjang umur tapi dalam keadaan sihat. Jadi, kenalah berusaha juga kan? Apapun, saya tetap percaya pada qada' dan qadar.

Ada pesakit diabetes dan perokok tegar pernah beritahu saya...Doktor, saya jaga makan pun, kurang manis pun, nak mati mati juga kan? Saya berhenti rokok pun, nak mati mati juga kan?
Betul...saya tak nafikan. Memang betul . Allah boleh cabut nyawa kita bila bila Dia kehendaki. Tapi takkan kita hanya pasrah dan berserah sedang kita dianjur berusaha oleh Allah. Jadi, jom, amalkan cara hidup sihat...;-)

P/s: Duduk depan PC lama lama pun tak elok. Sesekali bangun dan regangkan badan dan berjalan jalan sikit. Mata dan badan kita juga perlu rehat.

Published with Blogger-droid v2.0.4

11 comments:

CIK MAY said...

BETUL LA TU KOT..TUNANG CM TU KURUS..TAPI AGAK BERPELUH..TAPI CM NI AGAK BERISI..TAPI KULIT KERING..MCMNE PULAK? ;)

Hanis Azla said...

betullah, tak kira badan dah cantik sekali pun senaman tetap kena buat jugak.. bagusnya entry ni.. memberi semangat utk saya lebih menjaga jantung.. maklumlah saya pun pemakan juga orangnya.. lepas tu senaman kdg2.. lepas ni kena lebih rajin2kan diri..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

I sama ngan you... mmg dah keturunan metabolisma tinggi. Bdn mmg keding, sekali sekala je sedikit berisi... tu pun tak lama, after buat keja2 rumah kembali keding semula.

kak ina kl said...

betul tu...ramai member akak yang kurus ada ajer penyakit yang hinggap..alhamdulliah akak tak ada penyakit setakat ini

dah berumur cam akak ni pun kena gak bersenam selalu tapi virus M banyaklah pulak

Pok Amai-Amai said...

Sy rs, sy punye metabolisme pun tinggi. Sy kuat makan. Kuat sgt. Adakala, pas makan...sy akan rs lapar dan lapar lagi. Sy kurang senam. Oh, merbahaya. Tp sy tak kuat peluh.....

Entah nape sy kate sy tinggi metabolisme ye? Mgkn sbb keturunan sy dr jenis badan besar. Hanya sy dan makcik sedare sy yg tak nek badannye....apekah????

Entah2 esok lusa sy terus kembang kan? Konon tinggi metabolisme...hahahah!

Pok Amai-Amai said...

Sy rs, sy punye metabolisme pun tinggi. Sy kuat makan. Kuat sgt. Adakala, pas makan...sy akan rs lapar dan lapar lagi. Sy kurang senam. Oh, merbahaya. Tp sy tak kuat peluh.....

Entah nape sy kate sy tinggi metabolisme ye? Mgkn sbb keturunan sy dr jenis badan besar. Hanya sy dan makcik sedare sy yg tak nek badannye....apekah????

Entah2 esok lusa sy terus kembang kan? Konon tinggi metabolisme...hahahah!

kakcik said...

Orang selalu kaitkan wanita yang kurus (langsing) dengan kecantikan. Kakcik pernah kurus (tapi taklah perasan cantik), tapi sekarang dah gedempol. Yang penting kakcik rasa tubuh badan kakcik sihat walaupun hati selalu tak sihat... hehehe...

LYAfrina said...

mcm fain lak.. mmg jenis keturunan kecik n kurus..mkn byk pon.. super tuler j body..

tp lya skarang..berat bdn naikmdadak.. makin sihat kot.. huhu.. usha nk kurus..jogging setiap ahad n selasa ptg..lps blik keje..

transformed housewife said...

betul3x (baca mcm dlm Upin Ipin ye). hehe. Knur pun kurus dan lps anak 2 pun ada yg tak percaya dah ada anak 2. Skrg tengah preggy boleh buat senaman yg sesuai jelah. Tapi hr2 mmg jln kaki dr LRT nak ke ofis dlm 15 minit jugak.

Cik Ina Do Do Cheng said...

untungnya jadi ko, makan banyak pun masih kurus : ) yang pasal komputer tu betullah, mata memang cepat penat kalau seharian menghadap komputer.

kakyong said...

suka n3 ni.. jom amalkan budaya hidup & pemakanan sihat...

kakyong pun bermasalah juga nak ajar anak2 makanan sihat.. sayur pun depa makan yg terpilih jer...


kakyong pun kerap dok depan lappy.. tp bukan la sampai 1 jam direct.. berjadual lah.. almaklum dgn dok layan anak2, x de nya dpt dok langut depan lappy jer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails