March 7, 2012

Bun kacang merah water roux

Salam semua..dah makan ke belum, kalau belum makan meh jemput makan...hihi..tapi makan roti je la , spesel takde:)



Buat bun kacang merah ni hari minggu baru ni. Dah lama mengidam makan roti buat sendiri. Tak terbuat buat sebab memikir nak uli doh, pastu nak tunggu naik, pastu nak bakar...haha, dasar orang malas banyak je alasan. Tapi hari tu tah kenapa mood rajin terus datang. Pagi pagi lepas Subuh dah menguli doh. Alah, uli pakai breadmaker je....apa susah..Jenama tulangempatkerat. Pernah dengar tak? Semua orang ada breadmaker ni, nak on atau nak off je..kihkihkih...



Cun tak roti saya? Argh..tak habis habis dengan unsur perasan..hihi. Yang ni bajet nak buat cam kat kedai tapi tak berapa nak lawa. Janji jadik. Tagline biasa...hihi...Oh ya, resepi dapat dari blog kaksu. Ada beberapa pengubahan resepi saya buat. Meh nak jadi rajin sikit tunjuk resepi. Minta izin copy ye kaksu.


Resepi bun kacang merah


Bahan2:


380gm tepung high protein (tpg roti)---saya guna dalam 420gm sebab adunan sedikit lembik
3 sudu besar susu tepung-- saya belasah susu Mikael
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur gred A
100ml air
100gm Water Roux
30gm butter---saya guna 60gm sebab tak letak shortening
30gm shortening


Caranya:


1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih--saya tak masukkan yis dalam air sebab risau yis tak berbuih...haha..(pernah experience camtu, jadi bila yis tak berbuih doh tak naik)
2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.---saya tambahkan yis dalam tepung dan gaul rata sebelum masuk bahan lain.
3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.---saya tak masukkan shortening
5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
7. Biarkan doh naik 2x ganda
8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
9. Ambil sebiji doh leperkan.
10. Isi inti kacang merah, bulatkan atau buat memanjang kelar dengan pisau
11. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
12. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar. Atau sapu susu cair/segar.
13. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak
14. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)



Resepi Water roux


50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk

P/S: Sebenarnya dari pagi tadi mood berblog agak merudum...kena reverse psychology nih!Aduh!Huhu. InsyaAllah cuba berjalan ke blog kawan kawan juga.

10 comments:

kakcik said...

Teringin juga nak buat roti sendiri tapi belum pernah cuba lagi. ;-)

Cik Ina Do Do Cheng said...

pandainya dia.sedap roti kacang merah, kat rumah cik ina kacang merah laju skit.

h4ni3 said...

rajinnyaaa
nanti pos ke bangi lima nam ketui.. hehe

Shibam Jelita said...

hoihhhhh gebu sungguh bun itu :)

gadisBunga said...

saya nak beli 3 bungkus! hihi~

~najwa~ said...

aduss..kalau mengenangkan nak menguli pakai jenama 4 kerat tu lah yang malas gila ;)

makan nak, buat tak mau (malas), ahaha...

ummiross said...

Hehe bagus jugak guna jenama tulangempatkerat tu untuk menguli,boleh melonggarkan sendi2, kalau ummi bolleh berkeriut bunyinya..

- GC - said...

alamakkk.. lama tak makan bun.. hujan2 ni, sedapnya makan..

Daddy Ziyyad said...

woiiiii..menggiurkan betul lah bun kacang merah ni...kalau beli kat kedai kedekut nak mampus, kacang merah dia secoet aja..ahaha

wahida said...

nampak lembut sgt bun ni...geram je tgk...

rajinnya sis ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails