Saya mahu serius ni..ecehwah...
Attitude atau dalam bahasa melayu ialah SIKAP
"Attitude is a little thing that makes a big difference"
-Winston Churchill's quote-
Kenapa ya perkara seremeh sikap memberi kesan besar dalam hidup seseorang?
Belajar setinggi mana pun, kedudukan setinggi mana pun, kekuasaan sebesar mana pun, kecantikan seindah mana pun, kebijaksanaan sehebat mana pun, tanpa sikap yang betul akan meletakkan seseorang itu di tempat yang rendah.
Pentingnya sikap ini kerana ia memberi pengaruh yang besar dan sekaligus menjadi kayu pengukur pandangan orang lain terhadap kita. Sikap yang baik sekaligus mencerminkan peribadi indah dalam diri kita sekalipun kita hanya seorang tukang sapu pasaraya atau seorang buruh binaan.
Sebab itu ada pepatah melayu menyebut, ala yang fofular tu....
"Jadilah seperti padi, semakin berisi semakin tunduk, bukan seperti lalang, semakin tinggi semakin tinggi juga ia"
Sikap mencerminkan keperibadian dan kematangan kita...so, age is not matters, tua ke muda ke, kalau sikap tak baik, ada orang nak respect, ada orang suka?
Perasan atau tidak sikap itu ibarat cermin yang memberi refleks terhadap pandangan orang terhadap kita. Tidak kira siapa kita, apa pangkat kita, harta kita, kedudukan kita, warna kulit kita, tanpa sikap yang baik orang lain tidak akan menghormati kita sekaligus memberi tanggapan buruk terhadap kita.
Sikap seseorang dipengaruhi oleh banyak faktor.
Faktor didikan ibubapa dan agama, faktor rakan sebaya dan faktor diri sendiri. Tak dinafikan ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya mengamalkan sikap yang baik. Ini diterjemahkan dengan contoh yang baik.
Ibubapa yang gemar membuang sampah merata tempat akan diikuti oleh anaknya jika anak itu sering memerhatikan perlakuan tersebut. Ibubapa yang suka bercakap kasar juga akan mempengaruhi anak untuk bercakap kasar...Ini contoh saja ya. Saya tahu kamu yang baca ini ibubapa hebat...Sebab itulah, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan contoh yang baik, tak gitu??
Senyumlah walau sedang berduka,
Diamlah andai kata-kata itu bisa mengguris sesiapa,
Hormatilah walau kepada anak kecil,
Sabarlah walau sedang disakiti,
Berlembutlah walau dikasari...
Notakaki: Perempuan cantik kalau perangai buruk itu tidak menarik...(Ingatkan diri sendiri)
4 comments:
sikap mmg mencerminkan peribadi. sikap ibubapa jugak boleh mnjadi contoh kepada anak2... setuju sgt...
setuju tu..
tapi kengkadang terlepas jugak..
huhu..
peringatan utk diri sndiri jg..kdg tu sedar tak sedar, terlepas ckp perkataan tak spatutnye dpn anak2..kejap aje derang tiru cakap kite..hmm
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka
ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal
selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada
pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk
di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang
beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa
kurang sedikitpun daripada dosa mereka.”
Riwayat Muslim
.
Post a Comment