November 14, 2011

Kurang manis ya!

Assalamualaikum....

Hari ini ialah sambutan "Hari Diabetes Sedunia". Ia disambut setiap 14 November setiap tahun...Hari ini ialah hari untuk kita semua ingat mengingati tentang apa itu diabetes,risikonya,pencegahan dan rawatan berkaitan...

Sekadar perkongsian,mungkin ramai dah tahu tapi sekadar reminder untuk kita bersama.Diabetes ni ada 2jenis ya...type 1 dan type 2.Type 1 ni basically kencing manis yg disebabkan autoimmune iaitu badan kita sendiri yg menghasilkan antigen yg menyebabkan tiada insulin dihasilkan oleh pancreas. Type 2pula lebih kepada "insulin resistance " yang berpunca dari tindak balas jangka panjang pancreas ke atas gula berlebihan dalam badan.Jadi,type 2 ni lebih pada kegagalan kita sendiri mengawal gula berlebihan dalam badan...Bahayanya diabetes ni sebab ia boleh mengakibatkan banyak komplikasi mudarat kepada badan seperti serangan jantung, stroke(angin ahmar), kaki berkudis dan kegagalan buah pinggang.

Ok, sebenarnya bukanlah nak bagi syarahan pasal diabetis pun cuma teringat ada satu iklan oleh KKM pasal satu sudu gula tu. Kalau diikut-ikutkan memang dalam piramid makanan pun gula terletak diatas sekali menandakan ia perlu di ambil dalam jumlah yang sedikit. Biasanya kita jarang nak ambil tahu sangat soal gula ni kan, tapi sebenarnya semakin banyak gula yang kita consume setiap hari kita telah meningkatkan insulin resistance dalam badan seterusnya gula dalam badan boleh jadi tak terkawal. Contoh saya sendiri biasa kalau kat rumah sekali je minum minuman manis iaitu waktu breakfast, selainnya banyak minum air kosong je, orang jawa panggil air jarang! Tapi tulah, kadang di luar selalu je nak minum air manis lagi lagi kalau minum kat kedai.. huhu..

Sebab tu hubby saya pun selalu bising kalau saya buat dessert atau kuih-kuih yang manis. Sebenarnya bukan tak boleh nak ambil makanan atau minuman manis, tapi biarlah dalam kuantiti yang berpatutan. Tapi yang saya selalu amalkan kalau dah makan manis banyak tu, bilas balik...maksudnya, minum air kosong banyak-banyak on top of yang memang wajib kita minum 8 gelas sehari tu...

Jom, kita sama-sama berazam kurangkan gula...tadi pun dah mula minum air limau kosong...siap remind akak kantin tu, taknak gula ye kak...Air gas atau berkarbonat lagila kena dielakkan, sebab satu tin tu ada 9 sudu gula okay!Kalau teringin, bolehlah nak minum sekali-sekala...:p

Lepas ni, pergi kedai makan akan ku cuba order air kosong je, kalau nak air manis, jangan lupa cakap, kurang manis ya!
Published with Blogger-droid v2.0.1

5 comments:

kakyong said...

hari diabetes sedunia rupanya.. :)

yer , air masak memang bagus utk buang toksid dlm badan kan..

Papa Mifz said...

baru tau hari nih hari diabetes sedunio...

Ros said...

Salam ziarah..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kalau MM pulak.. hubby selalu bising sbb tak minum air bergula. Hehe.. suka minum air kosong.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

air manis dan makanan manis mmg sedap..tp ada racun kan kan..


sy penah dgr tantang stevia..herba yg manis buat pengganti gula..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails