November 24, 2011

Lambaian Ombak Rindu

Assalamualaikum...

Malam tadi tengah dok tengok-tengok bola team Harimau Muda lawan Syria tetiba terperasan ada tayangan istimewa filem "Ombak Rindu" lakonan mantap Maya Karin dan Aaron Aziz, apalagi terusla tanpa syak wasangkanya menontonnya, setengah jam je tayangannya, best bangat nampaknya cerita ni. Lagi yang buat saya bias, sebab Maya Karin, im in love with her gesture and acting. Aaron Aziz pun hero yang best!So lovely!!Dulu rasa pernah baca novel Ombak Rindu ni tapi zaman zaman muda remaja la, tak berapa nak ingat sangatla..tapi novel ni takdala dalam tangan mungkin pinjam kawan kot, tapi bila baca sinopsis cerita tu memang rasa penah baca dan memang ia novel yang best!

Saya amat tak sabar sangat nak tunggu movie ni. Walaupun saya bukan kaki wayang tapi cerita ni memanggil-manggil dan melambai lambai kepada saya untuk ditonton!ehcehwah, drama queen lagi...Sedikit tentang cerita ini yang diambil dari cik Wikipedia


"Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?




Cerita ini bakal ditayangkan 1 Disember ni, wah..lagi 5 hari, tak sabarnya saya nak pi tengok...Dan lepas ni nak pi cari balik novel ni kat kedai buku untuk kubaca, hehe...

#pictures kredit to google

5 comments:

Dr K said...

sekarang dah byk kan filem melayu adaptasi dari novel....semua gara gara Harry Potter & LOTR. :P

Unknown said...

Tula, DZ tapi harry potter tak boleh lawan, sebab ia ialah novel berangkaikan..memang hebat penulis dia=)

h4ni3 said...

tak sabar jugak nak tgk movie ni

Najwa.H said...

mau nonton jgk...**tapi tak tahu nak letak anak kat mana...huu~

gadisBunga™ said...

saya mmg sangat suka maya karin. apatah lagi bila osman ali jadi pengarahnya. sebab everytime ada gandingan maya karin dan osman ali, mesti filem tu menjadi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails