November 22, 2011

Golden Palm Tree Resort&Spa

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, menang juga Harimau Muda malam tadi walau sekadar penalti, kira oklah tu, pulang dengan bermaruah...hehe, sayap sang Garuda sudah pun patah.Cuma, harapnya pemain Malaysia tidaklah terlalu berbangga dengan kemenangan ini, prestasi permainan mesti terus diperbaiki...semoga terus berjaya di masa masa akan datang...

Habis cerita pasal bola, nak share tentang short trip kami ke Golden Palm Tree Resort and Spa terletak nun di Sepang...Ini kira short trip sempena annual dinner school dalam 3 minggu lepas, haha baru sekarang nak cerita... First time kami kesini, ia memang jauh dari pekan Sepang, tapi perjalanan yang menyeronokkan sebab melalui kampung kampung yang memang kalau takda signboard sure kita pun pelik, eh, betul ke ni ada resort kat dalam ni...Tapi, bila sampai, hah kau, besarrrrr punya resort!


Ini kami baru sampai, tengah tunggu en hubby register bilik...Abaikan ye diva makcik tudung merah yg tembam tu, fokus pada muka mikael yg happy kemain tu=)



Sedang menuju ke bilik kami sambil menaiki buggy. Syok woo buggy ni, rasa nak beli satu buat jenjalan kat keliling umah, wakaka..
Brader bawak buggy ni hemsem tau!Serius tak tipu...Muka pan asian, speaking english berabuk..tehehe...tak dapat nak ambil gambar muka dia, ambil gambar belakang jela...


Inilah katil bersemayam kami, wakaka, syok bangat tidoq..Mikael sibuk buka seluar nak mandi pool...Seksis!



View dari balkoni bilik kami...Airnya tak begitu cantik...Takla biru dan jernih sangat, tapi still nampak tenang je...



Pasir dia berlumpur tapi tetap Mikael nak main juga



Adik Muaz membayangkan yang pelampung ini seperti motor...sabar jelah!



Ini snapshoot masa dinner, takda banyak gambar pun yg diambil...Makanan sedap sedap tapi tak dan le den nak mengambik gambornya...



Esoknya, after breakfast akviti mandi manda, yippie..Inilah swimming pool dia, kalau tak pakai swimming suit jangan harap boleh celup kaki pun, ketat juga kawalan dia, so mama tak mandi coz takda swimming suit...huhu:P



Kecit je swimming pool ni, nampak cam bersambung je ngan pantai tu...Mikael mandi ngan anak2 teacher lain



Muaz seronok sampai takmo keluar...


Mikael pun sama, kena air suka betul!



Muaz dan mama , go green!Sebelum balik posing dulu....

Menarik tentang GPTRS ni, arrangement chalet ialah bentuk pokok sawit..sebab tu nama dia Golden Palm Tree, housekeeping pun bagus, minta iron and prayer mat tak sampai 5 minit dah sampai...overall best!Cuma bayaran agak mahal juga, sib baik ada discount sebab kami datang berkumpulan, dan yang kurang best pantai dia agak berlumpur, so macam tak syok untuk mandi...So, agak agak nak short honeymoon boleh consider ke sini lagi!


Published with Blogger-droid v2.0.1

19 comments:

kakcik said...

Kolam mandinya nampak macam dalam laut. Cantik gambar2 yang diambil. :)

Ladysirna said...

Kakcik,

kolam nya memang jernih kakcik tapi pantainyala kurang sikit...thanks kakcik

Daddy Ziyyad said...

Saya selalu ke situ sebab makan seafood Bagan Lalang. :)

Design palm tree ni mmg unik, ditiru yg ada di Dubai.

Cuma air pantainya memang tak best..sayang..

DrSinga said...

infiniti pool !!! cantik!!

Cik Ina Do Do Cheng said...

Baru dua minggu lepas makan kat hm kat sana

setuju ngan daddy ziyyad, tempat tu cantik cuma air lautnya tak sesuai tuk mandi kenapa dan mengapa, susah nak terangkan, kang ada yg tak lalu nak pegi sana:).air kolam tu cantik, jerneh .

Ladysirna said...

DZ,

O rupanya kita meniru Dubai yer..tula, tempat memangla cantik tp memang sayang coz pantainya kureng..

Ladysirna said...

DrSinga

Betul tu!Rasa macam bersambung...

Ladysirna said...

Cik ina,

HM tu tempat mkn ke, kita pun tak tau, baru first time gi sini, mula2 taktahu pun pantainya kureng best, since dah bawak budak2 semua sibuk nak mandi juga, so rendam2 juga la kejap, pastu jenuhla nak membilas sebab berlumpur

puanbee said...

jalan2 sakan , seronok anak2 , tido hotel pun dah best bagi diorang kan hikss

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

betul kt kakcik..cantek air swimming pool dia..pantai kalau pasirnya puith barulah best kan..

yusrina said...

Seronoknya pegi sana... Kolam renangnya macam sambung terus ke pantai.... :) puas berenang kalo camni.

gadisBunga said...

kalau tak check in boleh tak nak jalan2 amik angin kat dalam tuh? view cantik gile!!!

al-lavendari said...

tak mancing ke kat sana ?


terima kasih kerana singgah dan komen kat blog saya.

Ladysirna said...

Puan bee

tula, budak2 kalau berjalan ke mana2 pun suka...lagila kalau ke pantai..

Ladysirna said...

Rina

Tula, pasir putih juga yg cantik kan, kalau berlumpur aduh nak pijak pun rasa berselut je...

Ladysirna said...

yusrina

memang cam real tau!

Ladysirna said...

al lavendari

tak bawa pancingla pak ngah..lgpun ada signboard dilarang memancing!hehehe...

Ladysirna said...

GB

alamak, kena check in la baru boleh masuk, lgpun security siap check before nak masuk entrance tuh

memang view kat situ sgt cantik kalau GB nak ambil gambar

kak ina kl said...

salam ziarah..memang sayang jika pantai berlumpur..tempat dahlah cantik..lagi satu tak suka klu nak msk swimming pool kena pakai swimming suit..lecehlah kalau camtu..tak yah gi lagi bagus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails