Assalamualaikum....
Entah kenapa 2, 3 hari ni mood berblog datang balik. Kejap ada kejap hilang. Bukan apa masa selalu mencemburui saya. Sekarang ni betul-betul dalam mood cuti...yeaayyy, seronoknya esok kami sekeluarga akan pulang ke kampung.
Ok, ada beberapa rumusan yang ingin saya buat setelah lama tidak berblogging:
1) Berat badan semakin bertambah kerana suasana kerja tempat baru membuat saya sentiasa berada di dunia gastronomy.
2) 2 kanak-kanak bernama Mikael dan Muaz semakin besar dan lasak! Bergelut dan bermain dengan mereka boleh membakar kalori saya.
3) Alhamdulillah, saya semakin hampir mendapat Phd dalam sarjana penyusuan ekslusif susu ibu..sekarang dah dapat master...:P. Muaz kini sudah pun menyusu sepenuhnya susu ibu selama 20 bulan, another 4 months to go..Doakan saya ya!
4) Rupanya taklah teruk sangat kehidupan tanpa pembantu rumah. Saya tetap boleh menonton TV dan mengulangkaji pelajaran.
5) Anak saya di jaga oleh mak saya setelah bibik tamat kontrak. Rupanya mak mampu jaga 2 budak yang aktif dan cergas itu. Big thanks to my mom yang tolong jaga anak saya. Tanpa dia tentu huru hara keadaan saya.
6) Saya tetap suka memasak dan baking walaupun selalu tiada masa. Tangan rasa gatal je kalau tak buat dessert setiap minggu.
7) Kalau ada masa saya tetap ke blog blog rakan-rakan tapi jadi silent reader sahaja. Rindu tau nak blogwalking..insyaAllah cuba juga melawat selepas ini...
Itu je la rumusannya sepanjang saya menyepikan diri...apapun blog ini akan selalu dijenguk jika sepi. Harap readers dan kawan-kawan tak serik melawat ya walaupun tiada update...
Selamat menyambut hari raya aidiladha...
Selamat beramal dan senyum selalu;)
Nota kaki:
Sempena dengan come back ni, saya telah menukar template baru...:)
4 comments:
Haii Welcome back Dr. Sirna...
Rindu betul dgn penulisan you. Sangka you dah merajuk terus dgn dunia blogging nih.
merajuk sikit je..hihi..tapi memamg tak boleh tahan nak menulis di blog:-)
Fadilah, dah agak dah...mesti bz dgn study.
study,anak,rumahtangga,kerja...FUHH!
cayalah SUPERMAK!!!
~skrg masih fully BF, nak jd mcm u lah...nak Phd juga ;D, harap-harap dipermudahkan.
lama jugak tak singgah sini. tahniah sbb dah nak dpt phd. Knur ni master belum buat sbb asyik bertangguh.
Post a Comment