November 30, 2011
Wordless Wednesday: Novel Ombak Rindu(meroyan dah ni....)
Assalamualaikum...
Nota kaki:Dah baca habis..tak sabar mahu nonton!
November 28, 2011
Sosej roll
Assalamualaikum...
Salam hari isnin...:)
Nak share satu resepi ringkas yang marbelles especially untuk penggemar sosej dan cheese.Dulu zaman zaman remaja dan budak budak teringat saya yang 2 makanan ni mak saya tak pernah pon masak,maklumle budak kampung,tau makan cekodok ngan lempeng jek!hehe...dah tua besar panjang ni baru nak pandai makan...semua makanan nak try,tolak kayu ngan batu je....weehuuu
Ok,back to recipe...terliur tengok sosej roll ni kat dapur kak inahar...dah banyak kali juga buat cuma kali ni baru berkesempatan nak share,sosej roll ni sesuai sangat makan dimakan waktu breakfast atau minum petang...
Resepi sosej roll
Ilham asal-Kak Inahar
Bahan2:
5 keping roti dilenyek nipis-kita guna roti gardenia
5 batang sosej ayam(jenama ikut suka..kita guna jenama ayamas)
5 keping cheese slice
Sebiji telur
Bijirin nestum secukupnya/serbuk roti
Caranya:
Masukkan sosej dalam microvave selama 1 minit pada suhu medium(if takda microcave rebuskan atau bakar sebentar sosej hingga suku masak)
Lenyekkan roti hingga betul2 rata dan nipis
Letakkan cheese slice dan sosej diatasnya
Gulungkan roti membulat dan celupkan ke dalam telur yang telah di kacau
Salutkan dengan bijirin nestum dan gorengkan
Sedia dimakan panas..
Cheezy inside and crunchy outside!yummeh...:)
November 27, 2011
Jemput makan
Sunyi sepi je di awal tahun hijrah ni, busy meluangkan masa dengan family tersayang, tapi nak update juga, boleh?ehceh...=)
Salam Maal Hijrah 1433H buat semua umat Islam...semoga tahun baru ini kita berhijrah kepada yang lebih baik dari yang sebelum ini...mudah mudahan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..amin, oh ya, Happy Birthday juga buat sahabat saya yang tersayang ibualeesha maisara, yang ke....ops!Semoga hang sentiasa berbahagia dengan keluarga tersayang ya!
Tiada update panjang berjela...Harini jamu mata jela yer.. Jemput makan...:-D
Beehoon goreng singapura lagi...sarapan semalam
Pisang tanduk lagi, kali ni buat pisang goreng pulak
Semestinya cicah sambal kicap, wallaweh....yummeh...sambalkicap lover!
Taugeh masak sos tiram, tambah carrot sebab anak2 tak suka makan taugeh...
Telur masak kari...sodap!
Jemputlah yer..jangan lupa tambah!hehe..jangan marah...
November 25, 2011
Iron oh iron...
Published with Blogger-droid v2.0.1
November 24, 2011
Lambaian Ombak Rindu
Malam tadi tengah dok tengok-tengok bola team Harimau Muda lawan Syria tetiba terperasan ada tayangan istimewa filem "Ombak Rindu" lakonan mantap Maya Karin dan Aaron Aziz, apalagi terusla tanpa syak wasangkanya menontonnya, setengah jam je tayangannya, best bangat nampaknya cerita ni. Lagi yang buat saya bias, sebab Maya Karin, im in love with her gesture and acting. Aaron Aziz pun hero yang best!So lovely!!Dulu rasa pernah baca novel Ombak Rindu ni tapi zaman zaman muda remaja la, tak berapa nak ingat sangatla..tapi novel ni takdala dalam tangan mungkin pinjam kawan kot, tapi bila baca sinopsis cerita tu memang rasa penah baca dan memang ia novel yang best!
Cerita ini bakal ditayangkan 1 Disember ni, wah..lagi 5 hari, tak sabarnya saya nak pi tengok...Dan lepas ni nak pi cari balik novel ni kat kedai buku untuk kubaca, hehe...
#pictures kredit to google
November 23, 2011
Wordless Wednesday: 2 Liter
Ini wajib bawa kemana mana especially to work
Penawar dan pencegah penyakit!
Notakaki: Mesti hati hati juga kalau terlalu cepat haus dan kerap minum air (polydipsia) kerana ia satu simptom kencing manis!
November 22, 2011
Golden Palm Tree Resort&Spa
Alhamdulillah, menang juga Harimau Muda malam tadi walau sekadar penalti, kira oklah tu, pulang dengan bermaruah...hehe, sayap sang Garuda sudah pun patah.Cuma, harapnya pemain Malaysia tidaklah terlalu berbangga dengan kemenangan ini, prestasi permainan mesti terus diperbaiki...semoga terus berjaya di masa masa akan datang...
Habis cerita pasal bola, nak share tentang short trip kami ke Golden Palm Tree Resort and Spa terletak nun di Sepang...Ini kira short trip sempena annual dinner school dalam 3 minggu lepas, haha baru sekarang nak cerita... First time kami kesini, ia memang jauh dari pekan Sepang, tapi perjalanan yang menyeronokkan sebab melalui kampung kampung yang memang kalau takda signboard sure kita pun pelik, eh, betul ke ni ada resort kat dalam ni...Tapi, bila sampai, hah kau, besarrrrr punya resort!
Ini kami baru sampai, tengah tunggu en hubby register bilik...Abaikan ye
Sedang menuju ke bilik kami sambil menaiki buggy. Syok woo buggy ni, rasa nak beli satu buat jenjalan kat keliling umah, wakaka..
Brader bawak buggy ni hemsem tau!Serius tak tipu...Muka pan asian, speaking english berabuk..tehehe...tak dapat nak ambil gambar muka dia, ambil gambar belakang jela...
Inilah katil bersemayam kami, wakaka, syok bangat tidoq..Mikael sibuk buka seluar nak mandi pool...Seksis!
View dari balkoni bilik kami...Airnya tak begitu cantik...Takla biru dan jernih sangat, tapi still nampak tenang je...
Pasir dia berlumpur tapi tetap Mikael nak main juga
Adik Muaz membayangkan yang pelampung ini seperti motor...sabar jelah!
Ini snapshoot masa dinner, takda banyak gambar pun yg diambil...Makanan sedap sedap tapi tak dan le den nak mengambik gambornya...
Esoknya, after breakfast akviti mandi manda, yippie..Inilah swimming pool dia, kalau tak pakai swimming suit jangan harap boleh celup kaki pun, ketat juga kawalan dia, so mama tak mandi coz takda swimming suit...huhu:P
Kecit je swimming pool ni, nampak cam bersambung je ngan pantai tu...Mikael mandi ngan anak2 teacher lain
Muaz seronok sampai takmo keluar...
Mikael pun sama, kena air suka betul!
Muaz dan mama , go green!Sebelum balik posing dulu....
Menarik tentang GPTRS ni, arrangement chalet ialah bentuk pokok sawit..sebab tu nama dia Golden Palm Tree, housekeeping pun bagus, minta iron and prayer mat tak sampai 5 minit dah sampai...overall best!Cuma bayaran agak mahal juga, sib baik ada discount sebab kami datang berkumpulan, dan yang kurang best pantai dia agak berlumpur, so macam tak syok untuk mandi...So, agak agak nak short honeymoon boleh consider ke sini lagi!
November 21, 2011
Good luck Harimau Muda
Malam ni jam 8.30pm penuhla kedai kedai makan especially mamak stall untuk menyaksikan gelora badai antara pasukan Harimau Muda dan Garuda....bergelora besarla stadium gelora bung karno dengan sorakan ribuan penyokong indonesia...
As for me,bola bukanlah minat sangat tapi saya rasa kalau dah melibatkan team Malaysia semua orang pun akan turut sama beri sokongan padu...Chayok2... Siapa tak sayangkan team bola sepak kita kan...mulalah semua nak jadi patriotik ehcehwah..:-)
Harapnya tiadala sinetron indon kat stadium malam ni,kalau setakat sorakan tu boleh tahan lagi...kadang tu bila tengok bola ramai yg emosional...rilex,cehh...padshal saya pun seriau drama queen kalau nampak pasukan lawan menguasai prrmainan.. Apapun,it is just a game...mesti akan ada kalah dan menang,semua tu rezeki kan...
Semoga Harimau Muda berjaya menumpaskan Garuda....Jangan bagi can okay!2-0 jangkaan saya...hehe..jangan sampai jadi sinetron berdarah pulak... Malaysia Boleh!
November 20, 2011
10auns...
Assalamualaikum..
Salam hujung minggu semua
Semoga hujung minggu ini membawa keceriaan pada semua..
Dah lama tak share tentang breastfeeding.Gambar EBM di atas ialah susu perahan hari jumaat baru ni..
Ehcehwah...macam banyak benor la yer saya sibuk nk menayang dengan bangganyasyukurnya...
Tapi sesungguhnya hehehe perasan bagus dah lama tau tak dpt banyak ni..selalu paling koman pun 6 ounce.
Tu yang tetiba bangga tahap gaban..
Sejak umur muaz 1 thn setengah saya memang perah sekali sahaja kalau di tempat kerja..muaz pun sebenarnya sudah mula kurang suka EBM. Dia lebih menggemari susu cap gantung!wakakaka....
Saya rasa sebab dia dah kurang suka susu perahan ni ialah dia dah makan minum banyak jenis food dan minuman,macam jus oren,milo,vitagen...susu segar pun dia belasah jugak!Tapi bukanlah dia refuse terus,dia tetap minum tapi kalau dr pukul 8-5 tu paling banyak pun dia minum dalam 6-8ounce...Selebihnya minum air kosong dan air2 lain yg tersebut di atas...
Sekarang ni stok frozen EBM adalah lg dalam 10botol...dah tak banyak,dah tak semeriah seperti mula2 dulu,tapi tetap saya syukur sangat masih ada rezeki susu ibu untuk Muaz.
Time cuti macam ni memangla 24 jam Muaz akan melekat kat saya..bila dia dah penat main, saya juga dicarinya sebagai penghilang dahaga terpantas!Sampai kadang rasa letih juga dok asyik melekap je...Tapi demi zuriat tersayang takpala..Tu yg manja kemain...kalau ada susu cap gantung ni alamatnya baba dan orang lain tu bolayan kecuali orang tu nak bawa berjalan atau ada motor!Bijak tak bijak Si Muaz seorang ni..hehe..
InsyaAllah..umur Muaz sekarang dah 20 bulan...aim saya ingin menyusukannya hingga 24 bulan.Tapi bila dah sampai 24 bulan nnt taknakla terus stop...saya akan terus menyusukannya sehingga dia mahu.Mudah mudahan dipermudahkan...Doakanlah ye..
Ok peeps..selamat bersuka ria bersama yang tersayang:-D
Peace no war...
November 19, 2011
Sikap itu cermin diri
November 18, 2011
Sos HP dan Tobasco tak halal...
Salam jumaat semua...
Pagi pagi tadi saya buka mukabuku saya
Terkezut nya bila ternampak kawan share tentang surat ini..
Klik untuk tumbesaran...
#sumber picture surat from FB my friend yang share this post by Mozact Harris.
Sos HP ni saya tak biasa sangat dengar tapi Tobasco ni memangla fofular sangat!
Saya berkenalan dengan sos ini masa beli burger dengan abang burger, sedap weh...
Tapi yang pelik, sos ni dah lama dalam pasaran, tapi kenapa baru sekarang nak disiasat? Tapi, sekurang-kurangnya telah pun disiasat dan terbukti ia memang mengandungi DNA babi..
#from google
Jadi kenala beringat lepas ni,dan sampaikan kepada rakan Muslim yang lain..
November 17, 2011
Speechless
Saya menghadiri majlis kahwin sepupu en hubby baru ini...
Mesti kamu kata, itupun nak cerita...ehcehwah...ini bukan cinta biasa tau!
Ini cinta luar biasa! Ecehceh...bikin gempak saja saya...Sebenarnya, majlis ini saya anggap unik kerana kedua pasangan ini insan istimewa tau....
Keduanya tidak boleh berbicara sejak mereka lahir....Tapi, lihatlah, jodoh pertemuan itu telah Allah tetapkan buat mereka berdua.
Tak sempat menyaksikan pernikahan secara live, bagaimana bahasa isyarat digunakan sewaktu akad nikah...Tapi, dapat juga tengok videonya..Syahdu sungguh rasa hati, Maha Besar Allah...
Manis lembut si perempuan dan kacak bergaya si pengantin lelaki...oh, both of them are so gorgeous.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Published with Blogger-droid v2.0.1
November 16, 2011
Tanduk apa boleh makan?
Selamat hari Rabu.
Inilah pisang tanduk ya adik adik....Ecehwah...macamlah kamu semua tak kenal kan. Inilah satu satunya tanduk yang boleh dimakan...Ini ialah pisang terbesar yang pernah saya jumpa seumur hidup saya. Sampai 2 tandan mak saya import dari kampung haritu. Saya kalau balik kampung memanglah tak sah kalau boot kereta tu penuh dengan kelapa, pisang, serai, bunga kantan, daun pisang dan macam-macam lagila free of charge tanaman kampung, itulah indahnya duduk di kampungkan...
.
November 15, 2011
Muaz busyuk
Assalamualaikum...
Budak busyuk kat atas ni tak sihat...
Selesema...
Batuk...
Aduh,kasihan menengoknya....bagila sakit tu kat mama ,huhu..ewahhh macamla mamanya ni antibodi kuat benar..
Selalu kalau anak selesema tanpa demam saya takkan beri ubat. Kalau saya buat lokum kanak kanak kurang dari 6 bln sumpah takkan kubagi antihistamine. Paling koman pun ubat demam dan antibiotic jika saya suspect ada jangkitan bakteria...
Semalam pun mak saya tanya,tak bagi ubat ke?tak...tunggula dulu..virus je kot..tapi saja saya standby ambil ubat hrni in case selesema dia nmpk teruk.Tak sabar menunggu jam 5 utk pulang...nak peluk si busyuk yang kurang sihat ni.
Semoga Muaz saya cepat sembuh...
Babai.
November 14, 2011
Kurang manis ya!
Hari ini ialah sambutan "Hari Diabetes Sedunia". Ia disambut setiap 14 November setiap tahun...Hari ini ialah hari untuk kita semua ingat mengingati tentang apa itu diabetes,risikonya,pencegahan dan rawatan berkaitan...
Sekadar perkongsian,mungkin ramai dah tahu tapi sekadar reminder untuk kita bersama.Diabetes ni ada 2jenis ya...type 1 dan type 2.Type 1 ni basically kencing manis yg disebabkan autoimmune iaitu badan kita sendiri yg menghasilkan antigen yg menyebabkan tiada insulin dihasilkan oleh pancreas. Type 2pula lebih kepada "insulin resistance " yang berpunca dari tindak balas jangka panjang pancreas ke atas gula berlebihan dalam badan.Jadi,type 2 ni lebih pada kegagalan kita sendiri mengawal gula berlebihan dalam badan...Bahayanya diabetes ni sebab ia boleh mengakibatkan banyak komplikasi mudarat kepada badan seperti serangan jantung, stroke(angin ahmar), kaki berkudis dan kegagalan buah pinggang.
Ok, sebenarnya bukanlah nak bagi syarahan pasal diabetis pun cuma teringat ada satu iklan oleh KKM pasal satu sudu gula tu. Kalau diikut-ikutkan memang dalam piramid makanan pun gula terletak diatas sekali menandakan ia perlu di ambil dalam jumlah yang sedikit. Biasanya kita jarang nak ambil tahu sangat soal gula ni kan, tapi sebenarnya semakin banyak gula yang kita consume setiap hari kita telah meningkatkan insulin resistance dalam badan seterusnya gula dalam badan boleh jadi tak terkawal. Contoh saya sendiri biasa kalau kat rumah sekali je minum minuman manis iaitu waktu breakfast, selainnya banyak minum air kosong je, orang jawa panggil air jarang! Tapi tulah, kadang di luar selalu je nak minum air manis lagi lagi kalau minum kat kedai.. huhu..
Sebab tu hubby saya pun selalu bising kalau saya buat dessert atau kuih-kuih yang manis. Sebenarnya bukan tak boleh nak ambil makanan atau minuman manis, tapi biarlah dalam kuantiti yang berpatutan. Tapi yang saya selalu amalkan kalau dah makan manis banyak tu, bilas balik...maksudnya, minum air kosong banyak-banyak on top of yang memang wajib kita minum 8 gelas sehari tu...
Jom, kita sama-sama berazam kurangkan gula...tadi pun dah mula minum air limau kosong...siap remind akak kantin tu, taknak gula ye kak...Air gas atau berkarbonat lagila kena dielakkan, sebab satu tin tu ada 9 sudu gula okay!Kalau teringin, bolehlah nak minum sekali-sekala...:p
Lepas ni, pergi kedai makan akan ku cuba order air kosong je, kalau nak air manis, jangan lupa cakap, kurang manis ya!
November 13, 2011
Al Rawsha...Terbaik!
Start minggu ni, banyak sungguh jemputan kenduri kendara .Alhamdulillah, syaitan menangis bila sepasang anak Adam melangsungkan pernikahan. Semalam pun, lepak sungguh..Kami pergi ke kenduri kahwin my hubby punya cousin.Dia menikah hari Jumaat.. so called tarikh cantik 11.11.11. Minggu ni memangla minggu makan daging sedunia!Since raya haji sampai hari ni almost daily makan daging...Mak aii...Muka dah makin tembam bolats, huhu...lemak lemak memilih untuk pergi ke pipi berbanding tempat lain!Sadisnya...
Hari jumaat tu pun hari makan daging tapi yang ini memang best sangat! Saya dan geng geng sekerja telah ke Restoran Al-Rawsha di Pandan. Restoran ni memang cantiklah, dengan arabic featured building and deco, rasa macam ala-ala kat negara Arab pulak.
Inilah lamb maghdout...yang tersangat sedapnya hingga menjilat jari.Penggemar kambing memang wajib rasa ni.Tengokla pinggan tu besar punya...Satu pinggan ni kami share berempat.itupun rasa banyak tau.Kambing tu memang lembut..dan tak kuat berbau.Nasi oun lemak dan lembut tapi terurai sebutir sebutir...muahhh...love it!
Ini pula chicken mandy...sedap juga untuk mereka yg tak gemarkan daging merah...nasinya pun lembuts dan gebus...oh...
See..cepat je kami senduk lamb magdhout ni...punya laju makan!
Ini pula mix grill...campuran kentang goreng,daging cincang dan ayam cincang yg digrill. Ini juga sangat sedap dimakan dengan roti poket!
Dah makan lemak lemak kenala cuci perut dengan ice lemon tea...lega rasa....
Memang rasa heaven yg amat makan disini..masa menunggu pun x lama dan servis pun tip top...tempat ni akan selalula saya kunjungi lepas ni...banyak lg yg belum dicuba ni. Harga pada saya affordable la...sesuai dengan kedai.Yela..boleh consider murah juga la with all quality basmathi rice and tasty lamb!one more thing,kedai ni 24hours tau...so..bila2je rasa nk makan makanan arab bolehla pergi anytime...
Notakaki: Taktahu la bila nak mula bersenam semula...terasa diri ini semakin tembams dan gumuks...huhu:-P
November 11, 2011
Bawang bertanduk
November 10, 2011
Trifle versi rajin
- 1 bungkus kek swiss roll
- 1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry---saya guna jenama NONA
- 1 tin fruit cocktail
- 2 sudu besar tepung kastard---saya suka pekat, jadi guna dalam 4 sudu
- 3 sudu besar gula---ni agak-agak bukan ikut betul
- 3 cawan susu segar---saya guna susu cair
- Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
- Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
- Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
- Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
- Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
- Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
- Masukkan ke dalam peti sejuk.---lagi sejuk lagi best, hubby saya siap tambah ais lagi!hehe...
November 9, 2011
Tadika Aman Ceria
Alhamdulillah..cuaca ceria je harini, syukur atas nikmat umur dan masa yang diberi oleh Allah..Sempatlah mendobi sampai 3 cycle tadi, sampai penuh ampaian baju tu. Kami semua baru balik dari kampung malam tadi so hari ni spring cleaning of the house and clothes. Nasib baik cuti lagi harini..yeayyy...Baju baju kotor
Selesai aktiviti cuci cuci kami pergi ke Tadika Aman Ceria. Kami register Mikael untuk next year session. Mikael tahun depan dah masuk 4 tahun. Saya dan en hubby actually dah lama survey tentang tadika ni.Ada juga survey beberapa preschool, kindergarten dan montessori macam Smart Reader, Q Dees, Kumon dn adala beberapa yang lain- lain(punyala banyak benor preschool sekarang, zaman saya kecik dulu tak pegi pun preschool terus masuk darjah 1, hai untung anak-anak zaman sekarang kan). Jadi setelah ditimbangtara dan discuss dari
Apa yang membuat kami terpikat dengan TAC sebab suasana pembelajarannya dan modul playschool yang tidakla terlalu akademik. Yela pada saya kalau terlalu "skema" and banyak homework pun untuk permulaan not very good for Mikael. Yelah, dia kan baru nak belajar. Nanti pressure pulak and takut ada inferiority complex. Susah juga tu.
Satu lagi yang membuat kami memilih TAC setelah mendapat feedback yang sangat baik dari parents lain dan melihat sendiri murid yang berasal dari TAC, maklumlah my hubby kan teacher so ramai anak murid dia yang intellligent came from this school. Hehe, so ambik berkatla kata orang, itulah bias namanya. Hopefully Mikael bolehla adapt nanti dengan pembelajaran di situ.
Sedikit info tentang Tadika Aman Ceria
*Sejarah: Bermula sejak tahun 1983 bermakna sudah berpengalaman lebih 28 tahun. Lama kan...
*Visi: "Building Tomorrows' Leader Today"
What Aman Ceria means to Parents
Aman Ceria provides an all round education to enhance individual strength
Montessori and Multiple Intelligence concepts to facilitate effective learning
Accelerated Brain-based learning to enhance memory skills.
Nurture your child's self-esteem, confidence and independence
Character education to foster positive social values and good citizenship
Environment that is safe and supports your child's overall development
Respect your child as an individual and prepares him/her for Primary School Integrated and holistic curriculum to instill a 'Lifelong Love Of Learning'
Achieve excellence in Childhood Education and Child-Care Solution!
Apa yang boleh saya simpulkan, this kindegarten almost fulfill the educational and functional needs of the toddlers and children like Mikael. Nak beri seboleh-bolehnya yang terbaik untuk zuriat kami, InsyaAllah....
November 4, 2011
Mood holiday
Entah kenapa 2, 3 hari ni mood berblog datang balik. Kejap ada kejap hilang. Bukan apa masa selalu mencemburui saya. Sekarang ni betul-betul dalam mood cuti...yeaayyy, seronoknya esok kami sekeluarga akan pulang ke kampung.
Ok, ada beberapa rumusan yang ingin saya buat setelah lama tidak berblogging:
1) Berat badan semakin bertambah kerana suasana kerja tempat baru membuat saya sentiasa berada di dunia gastronomy.
2) 2 kanak-kanak bernama Mikael dan Muaz semakin besar dan lasak! Bergelut dan bermain dengan mereka boleh membakar kalori saya.
3) Alhamdulillah, saya semakin hampir mendapat Phd dalam sarjana penyusuan ekslusif susu ibu..sekarang dah dapat master...:P. Muaz kini sudah pun menyusu sepenuhnya susu ibu selama 20 bulan, another 4 months to go..Doakan saya ya!
4) Rupanya taklah teruk sangat kehidupan tanpa pembantu rumah. Saya tetap boleh menonton TV dan mengulangkaji pelajaran.
5) Anak saya di jaga oleh mak saya setelah bibik tamat kontrak. Rupanya mak mampu jaga 2 budak yang aktif dan cergas itu. Big thanks to my mom yang tolong jaga anak saya. Tanpa dia tentu huru hara keadaan saya.
6) Saya tetap suka memasak dan baking walaupun selalu tiada masa. Tangan rasa gatal je kalau tak buat dessert setiap minggu.
7) Kalau ada masa saya tetap ke blog blog rakan-rakan tapi jadi silent reader sahaja. Rindu tau nak blogwalking..insyaAllah cuba juga melawat selepas ini...
Itu je la rumusannya sepanjang saya menyepikan diri...apapun blog ini akan selalu dijenguk jika sepi. Harap readers dan kawan-kawan tak serik melawat ya walaupun tiada update...
Selamat menyambut hari raya aidiladha...
Selamat beramal dan senyum selalu;)
Nota kaki:
Sempena dengan come back ni, saya telah menukar template baru...:)