May 15, 2010

Zaman dah berubah

Salam dan bismillah....

Zaman dulu....
Nak tanya cikgu kerja rumah apa kena buat pun segan, takut kena marah
Zaman sekarang...
Siap SMS: Cikgu, keja rumah muka surat berapa?
Cikgu: Esok sekolah ke cuti?

Zaman dulu...
Nampak je kelibat cikgu menyorok, especially cikgu disiplin
Zaman sekarang
Bukan main kalau nampak cikgu, siap hai cikgu!

Zaman dulu...
Mak Ayah tak pernah bising-bising kalau anak kena cubit pukul cikgu sebab anak degil atau tak buat kerja rumah
Zaman sekarang...
Mak Ayah siap nak saman cikgu, panggil wartawan masuk suratkhabar bila anak kena cubit

Zaman dulu...
Cikgu marah bila anak murid tulis surat cinta kat sekolah
Zaman sekarang...
Cikgu bukan saja marah tapi naik stress bila murid bawa hp dan main SMS dalam kelas

Zaman dulu...
Cikgu insan paling disegani dan dihormati, kalau kena marah pun telan bulat-bulat je
Zaman sekarang...
Pantang ditegur, dimarah, cepat je mengadu kat Mak Ayah, kalau jenis makayah yg tahu anak memang nakal takpa, tapi ada makayah yg buat tutup mata je,maklumla...anak sorang

Cikgu...Guru...
Insan paling mulia
Kalau hari ini anda seorang jurutera,
Kalau hari ini anda seorang wartawan,
Kalau hari ini anda seorang doktor,
Kalau hari ini anda seorang usahawan,
Kalau hari ini anda seorang peguam,
Kalau hari ini anda seorang arkitek,
Ingatlah, semua itu bermula dengan seorang bernama GURU!

Selamat hari guru buat semua guru-guru termasukla En hubby. Jangan garang-garang ya!



4 comments:

Nazz said...

setuju sangat, budak zaman sekarang dengan dulu berbeza sangat2..huhuh

http://nazzwtf.com

cintahati said...

yup....
betul2 sesangat...

kes pelajar pukul budak un rmi je kan....

selamat hari guruuuu...!!

Misseja said...

hi sirna...agreed with the points...zaman dah berubah...cara didikan pun dah kena ubah...me myself still wondering how to be the best teacher to my son...

hopefully dapatlah saya mendidik dia supaya menghormati insan2 bergelar guru kelak...

unlisted_one said...

siam husband saya, kdg2 mak ayah call memalam, nak tanya psl homework anak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails