May 30, 2010

Sukarnya hidup tanpa suami

Salam dan bismillah...

Saya dah balik..
Ada yang rindu tak?
muahahaha...tak da nya orang nak rindu..perasan tak sudah!

Actually saya sekeluarga kecuali hubby baru je balik dari Johor kampung halaman saya. First time balik kampung tanpa hubby, lain je rasa. Ikutkan hati memang malas nak balik dan menempuh journey selama 4 jam tu tapi sebab nak attend my close friend wedding, redah juga balik without hubby. 

Mujurlah adik sepupu keja KL ni sanggup nak tolong drive, otherwise tak dapat saya bayangkan nak balik kampung drive sendiri dengan dua anak yang masih kecil dan baby Muaz yang masih menyusu badan. Mana nak angkat barang-barang dan beg baju, susun2 dalam kereta, panaskan enjin kereta yang mana saya tak pernah lakukan semua itu setelah berkahwin dan beranak-pinak kerana ia biasa dilakukan oleh hubby. Itupun sehari sebelum hubby pergi berkursus dia dah periksa minyak enjin, air bateri dan tayar. Kalau saya? Percayalah, seumur hidup tak pernah ku sentuh pun enjin dan bateri kereta tu. Bukan tak mahu belajar semua itu cuma entahlah, tak berkesempatan, oh, itukah ayat paling sesuai? Saya ada kereta sendiri pun selepas kahwin, jadi kereta saya semuanya hubby yang uruskan, even insurans dan road tax pun tak pernah saya ambil tahu kecuali baru-baru ini. Tolong ejek saya....huhu... 

Dan oleh kerana "reminder a.ka. En hubby" saya ini tiada, saya telah tertinggal harta paling penting yang tak sepatutnya saya tinggalkan iaitu purse saya! My oh my forgetfullness! Banyak beno ke saya makan kepala ikan...hahaha...Inilah first time saya lupa bawa purse bila balik kampung. pernah juga 2, 3 kali saya lupa bawa purse time gi kerja tapi sekejap jela kan. Saya jadi orang asing selama 3 hari dengan tiadanya IC, lesen memandu, ATM cards dan DUIT! Sudahnya saya pinjam duit kat ceti sementara adik sepupu dan emak.

Kesimpulannya, hidup tanpa suami pada saya memang susah...Itu saya la, tak tahu orang lain. Terbayang saya ibu-ibu tunggal muda yang masih ada anak kecil dan ditakdirkan jodohnya tidak panjang, bagaimana mereka menguruskan hidup?Oh, hebat saya rasakan mereka ini.

Untung juga ada pengalaman begini. Sekurang-kurangnya saya belajar berdikari dan saya lebih peka tentang keadaan sekeliling. Saya belajar berdiri atas kaki sendiri. Dan belajar menjadi kurang manja...

 Sekadar berkongsi cerita, tolong jangan ikut perangai pelupa dan manja saya. Moga saya selalu belajar dari kesilapan...Paling penting, sebelum jalan check barang2 berulang-ulang kali...check dan check lagi ok!





6 comments:

A D I A said...

kita pun ada prengai pelupa manja ni, tu belum ada anak tu huhu. mmg bila hubby takde jadi pelupa skit. tapi bila hubby ada kita la tukang ingatkan dia. tah apa penyakit tah.

LYaFRINA said...

samala.. serius.. lya xtau apa nk buat kalo fain xde.. sbb tu, smpai skrang mmg lya bgantung harap pada fain drp semua aspek. (TERUK KAN)..

**lya pon cpt sgt jd pelupa & manja gak.. hehehe

Nia said...

betulkan, bila terbayang ibu-ibu tunggal tu jadi kagum dgn ketabahan diaorg.

masalahnya saya ni ade jgk perangai manja berlebihan ni..hehe.

Unknown said...

adia---hehe, tula, boleh jadi terbalik ek, samala kita sekapal

Lya---sama juga lya ek, tapi tula, tak elok juga kalau asyik berharap pada suami kan, sudahnya jadi cam kes saya ni, haru juga tu...

nia---betul tu nia, takutla dengar kalau org bercerai berai ni, nak nak ada anak, kesian betul nak mengharungi hidup sebagai ibu tunggal...selalu berdoa agar rumahtangga yang dibina ni berkekalan selamanya...

Nurzairul Isma said...

heeee..... terlampau rindu kat hubby tu.. semua pon bole lupa... hehehe....

Miss Mirror a.k.a Sam said...

saya pun terover manja dan sering dimanjakan Sirna... sikap berdikari saya semasa ank dara dah hilang 98%...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails