May 31, 2010

Raja sehari dan mini reunion

Salam dan bismillah...

Seperti yang saya katakan dalam n3 sebelum ini saya balik kampung sebab attend kawan saya punya wedding iaitu Dr. Bayah dan pasangannya En. Na'immi. Syaitan menangis lagi kerana 2 lagi umat Muhammad dah mengikat tali pernikahan yang sah. Dr Bayah ni kira bestfriend saya berjimba masa kat USM, dia juga studymate saya dan kawan balik kampung sama-sama.

Alhamdulillah, setelah lama diaorang bertunang, akhirnya majlis yang saya tunggu-tunggu pun tiba. 
Yang seronoknya, majlis kahwin dia ni dah jadi macam mini reunion kami ex USM. Seronok tau jumpa kawan-kawan lama. Masing-masing dah ada life sendiri tapi kebanyakkan yang ada ni belum berpunya lagi, cuma saya dan kawan sorang lagi je iaitu Dr Norli yang sudah tidak gadis, kihkihkih..statement tak tahan..


Inilah pengantin gorjes(pinjam ayat kak gorjes ek...:p)
*sori tukang gambar punya kamera dah banyak penyakit, so gambar tak berapa clear*

sweet Dr Bayah

ini picture yang clear sikit saya kidnap dari FB Dr. Monie

2 dari kiri adalah mak mak dara dan 3 dari kanan adalah anak anak dara...

ini picture kidnap FB orang juga..hehe..



kek pengantin yang sweet dan cantik

USMians di atas pelamin pengantin

inilah Dr Norli, ex roommate saya dengan eidil khadijah(mikael dah pandai tau nak malu2 bila jumpa gegirl)

posing dengan baby Muaz selepas majlis

happy nya anak bujang saya ni, pandai nak drive kereta

 baby Muaz yang sangat baik, langsung tak meragam walau dewan tu panas dan ramai orang

Tahniah buat Dr Bayah dan suami
semoga cepat-cepat menimang cahayamata dan bahagia bersama hingga hujung nyawa...



4 comments:

Dokter faRyn said...

sirna, macam aku kenal lah bayah yang kawin tu. dia orang batu pahat ke? dia ada kembar kan?


lepas tu mohd khairul awang (etonk); mamat pakai baju kaler dark blue tu classmate aku masa dekat MOZAC dulu.


kecik nya dunia ni. hehehhe :)

Ct SoLeHa said...

nasib xropoh pelamin budak2 USM duduk..hehe..tahniah kak Bayah

sirna said...

Dr faryn---yelah tu, betul, kau kenal ek ngan diaorang?kembar dia nama zura
la, etonk tu exclassmate ke, betulla, memang kecik dunia ni, pusing-pusing kat situ juga,dia skrg kat spital putrajaya, hehe...

Sol---tula pasal, semua pakat naik ramai2, nasib mak andam tak sound

Dokter faRyn said...

bayah tu ada datang masa aku nikah dulu. dia geng dengan official photographer aku. hehehe.

kem salam dia ekk. kalau dia stil ingat aku :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails