May 11, 2010

Sabar atau dayus?

Salam dan bismillah....
"
"
"
Sekarang ni meletup-letup cerita Adamaya kat TV3.  Rating tinggi juga la walau tak setinggi citer drama Nur Kasih tu. Plot dramanya best, tak beratkan kepala. Watak si  Dani tu----mengjengkelkan...dia berjaya buat ramai orang benci kat dia termasukla saya. Tak malu betul perangai dia. Yang paling geram, sayang Maya je,Amani yang kiut miut comellote tu tak sayang pun....

Oh  ye, tujuan utama entri ni nak cakap pasal Adam, saya sukakan wataknya---watak lelaki, suami, dan ayah yang baik, yang amat penyayang, hormat orang tua, cintakan alam sekitar dan teramat penyabar tetapi sebenarnya terasa geram juga tengok kerana sabar tahap gaban...bagus sebenarnya kalau dalam kehidupan sebenar manusia jadi penyabar macam tu tapi kalau dah sampai isteri kena cekup khalwat pun boleh sabar pada saya tu bukan sabar dah---dah macam dayus plak. Yelah, awak tu suami, kalau sayang bini sekalipun sanggup ke tengok terang-terang bini buat dosa dgn lelaki lain tanpa berbuat apa-apa tindakan? Saya tahu ada ramai lelaki-lelaki hebat dan baik di luar sana, tapi wujudkah lelaki sebegini?Mustahil...tapi mungkin ada. Huahuahua...emo plak saya ni, padahal cerita jer..

Tak sabar juga nak tunggu ending cerita ni, minggu ni last. Saya rasa ia akan berakhir dengan happy ending=).Maya insaf dan kembali pada Adam dan Dani rujuk balik ngan isteri dia----ini kalau tuan direktor Adamaya baca ni sure dia gelak guling-guling dengar tekaan saya.lol

Tu pendapat peribadi saya la ye, kalau tak setuju tekanla pangkah kat hujung window tuh...kalau setuju, apa pendapat kawan-kawan?

Oh ye, lupa plak nak selit pasal budak yang cumel ni---saya jadi fans dia dalam FB.


Sangat cumel baca doa makan semalam. Pandai adik Mia Sara=). Pretty, cute, and smart little girl.


*picture di kidnap dengan izin dari FB Miasara*


8 comments:

LYaFRINA said...

dgr2 citer endingnya adam mati.. huhuhu. ye k x?? wait n see..
tp nyampah r dgn dani tu..eee... nk cekik2 rase.

sirna said...

betulla lya, aku pun rasa nak cekik dia---yeke adam mati?ala, tak syoknya..

Nieza Ishak said...

comelkan amani ....
cutee + geram jerk ..hihihi

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

hahah, sorang lagi minat slot adamaya ni..
hihih, i pn dh terjebak sama. awl2 lg siapkn siapkn susu alya. cutekn si amani tu ye.. =D

sirna said...

tula pasal...sangat2 cumel

Diyana Zulkifli said...

diyana teka adam mati..huhu.*dah siap tggl wasiat bagai.konfem ending die maya menyesal tak sudah.huh.*emo plak.hihi

Oyis said...

baru je diskas ngan hubby psl cerita ni bbrp hari lps. yo yo oh la ada laki yg sanggup sabar mcm tu skali. pendek kata x ada la. kalo dah nama nya laki, biasa nya, kalo susah payah sgt, aku bukak cawangan lain, abih cerita... ye dok? *geram berapi nih*

pastu kitaorg (me & hubs) come to the conclusion that citer2 begini (adamaya, nur kasih) adalah memberi harapan palsu kpd bakal2 pengantin di luar sana. mesti ingat alam r/tgga ni best aje, psgan kita cool, penyabar, baik, kalo yg pompuan nak suami romantic mcm dani (candle light la sgt), kalo lelaki nak isteri solehah lg sopan (pijak semut x mati) mcm nur. tp bak kata pepatah, kena ukur baju di badan sendiri la ye dok? udah nama nya drama semata2.... :P

sirna said...

diyana---ala, jgnla adam mati, tak beshkan hero mati?

oyis---betulla oyis, drama tetap drama, penuh dengan keasyikan sampai kita terfikir wujud ke dalam alam realiti, setuju sesangat dengan opinion u!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails