April 10, 2013

Lapis marie cheese

Assalamualaikum...

Dah agak basi entri ini diperam..entah kenapa tak terkeluar..padahal dah jadi darah daging hasil yang dimakan tu:)

Itulah lumrah kehidupan..seperti biasa alasan sibuk selalu,  tak sempat selalu..huhu

Kek ni saya buat masa farewell meraikan seorang rakan setugas yang berpindah ke Sabah..Pastinya rindu rinduan lepas ni, buat Dr S kalau hang baca blog ku, jangan rindu rinduan dengan lapis marie cheese ini ye..hihi.. Kek ni betul betul serius sedap resepinya..senang pulak tu, 
tak payah bake lagi..macam resepi oreo cheese cake haritu..yummy sangat, alhamdulillah....




Saya buat kek ni lepas nampak kat blog Syida..Thanks Syida..Syida dah pro buat ni, berkali kali dah dia buat...Tu yang lepas je tengok entri kat blog Syida  terasa sungguh menggugat perut dan air liur:), kihkih..tu yang terus nak buat juga:)

Bahan dia senang je, 270gm cheese cream, 300ml whipping cream(non dairy ye), 250g susu pekat dan biskut marie (saya suka perisa kopi). Pukul whipping cream, asingkan then pukul cream cheese dan susu sampai sebati baru campur whipping cream. Susun biskut marie atas loyang dan lapiskan dengan cream sampai habis...Atas tu tabur dengan biskut marie yang di blend halus. Gambar kat atas ni saya buat untuk anak anak makan kat rumah guna biskut marie biasa, tapi ig guna biskut marie kopi rasanya lagiii sedap:)Kawan kawan sekerja semua suka makan..alhamdulillah...siap ada bagi nama mariemisu, kihkihkih.. sebab katanya rasanya lebih kurang cam tiramisu..

Ok, selamat mencuba ya...insyaAllah tak menyesal:-D

*update@3.30pm: lupa pulak nak bagitahu lepas dah habis susun tu tak boleh terus makan tau, sejukkan dalam fridge semalamam ye, kalau dah tak sabar nak makan 4-6jam pun oklah..hihi

April 7, 2013

Teaser: Cuti cuti Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Ini ialah di sebelah Pasar Payang..saya sekeluarga berlibur di Kuala Terengganu cuti sekolah haritu..
Inap kami di hotel grand continental...




Ini pula pemandangan dari bilik saya..Sunrise yang sungguh mendamaikan♥
Cantikkan ciptaan Allah...
Nanti kita cerita lagi ye..

April 3, 2013

Selagi termampu

Assalamualaikum...

Kadang bila dah jarang jarang update blog ni sampai satu masa tak tahu nak tulis apa . Padahal idea dan cerita banyak berlegar dalam kepala. Tak terkeluar. Cerita terperam jadi pekasam. Kalau boleh makan elok juga..hiii...

Inilah stok susu terbaru untuk baby Mifzal bam bam. Alhamdulillah ada rezekinya..ada yang ingin tahu rahsia production susu saya. Jawapannya ialah tiada rahsia. Hanya  pastikan sentiasa mengosongkan miss b bila sampai waktunya...no demand no supply.  Kunci kata lain ialah tak  boleh malas memerah bila di tempat kerja.

Minum air banyak.  Supplement bukan suatu kemestian. Happy breastfeeding:-)

*Dalam tak tahu nak tulis apa ada juga 2 perenggan entri...hiks..dasar blogger..lol

March 22, 2013

Wahai suami...suaplah isterimu...

Assalamualaikum....

Dah lama saya nak berkongsi cerita yang satu ini..tak berkesempatan sebelum ni..kisahnya haritu saya menghadiri sambutan maulidurrasul 1434H...tajuk ceramah agama ialah rahmatan lil 'alamin...atau bermaksud rahmat seluruh alam...

Penyampaian ceramah ustaz  tu memang mantap...sebak di dada bila dia menceritakan tentang akhlak Rasulullah S.A.W...Dalam pada tu diselitkan juga lawak jenaka yang tidak keterlaluan dan siap menyanyi lagu Rahmat rockers lama tu..

Ceramahnya banyak berkisar perihal akhlak nabi.  Nabi Muhammad ialah seorang insan yang paling banyak senyum..menarik sekali bila ustaz sentuh tentang akhlak nabi kerana islam itu ialah akhlak...akhlak yang baik perlu seiring dengan hati yang baik. Pernah tak dengar orang berkata begini "aku ni mulut je jahat tapi hati aku baik"...kalau saya memang pernah dengar orang cakap gini. Jadi ustaz kata kalau ada yang cakap gitu tak betul sebenarnya sebab orang yang mulutnya jahat mana mungkin hatinya baik..

Yang paling seronok Ustaz kata amalan paling baik ialah sedekah. Sedekah ni besar maknanya dan bukan terhad sedekah duit saja. Senyum sedekah, buang kayu di jalan sedekah, tolong angkat barang kawan sedekah. Sedekah yang paling besar pahala disisi Allah kata Ustaz pula ialah seorang suami yang menyuapkan makanan ke mulut isterinya. Menarikkan...:-)semua hadirin pakat seronok bila tahu ni...hihihi..Jadi, Ustaz cakap balik rumah karang pakat bagitahu kat pasangan masing masing suruh suap nanti waktu makan untuk dapat pahala banyak:)

Kadang kita malu kan nak suruh pasangan kita suap makan, tapi bila ada reason macam ni seronok pulak rasa nak usik suami suruh suap makan...





Menyelit sikit..Nasi dagang kat atas ni beli kat kiosk IPR masa pergi follow up semalam. Sedaplah. Suka sambal dia pedas. Tapi yang ni makan suap sendiri. Hubby takda waktu ni pergi tempat lain ada hal.Hihi. Selamat bercuti cuti sekolah. Saya pun cuti juga Khamis dan Jumaat depan, insyaAllah..

March 20, 2013

Nyamannya oreo cheese cake

Assalamualaikum...

Saya buat oreo cheese cake ni sempena hari  lahir Muaz minggu lepas, actually bukan minggu lepas tapi 10 hari lepas. Punyalah entri terperam,hiks..saya superbusy lah.  Dah licin pun baru nak buat entri...hahaha...pertama kali buat kek ni tau..tersangat lah senangnya. Tak payah bakar atau kukus, cuma chill kan saja. Oven kat rumah ni pun dah lama tak guna. Punyalah 'rajinnya'. Jadi bila saya tengok resepi simple dan mudah camni saya sungguh hypermanic . Semudah A, B, C je...amboi kemain lagi:)




Ewah...siap ada nama Muaz lagi, macam tak percaya je saya buat deko deko ni..sebab saya kan tak seni, memang sungguh tak seni. Tapi memang minat juga nak deko deko kek ni. Amacam ok kan(silalah kata ok walau anda fikir saya perasan, hahaha..)


Sedap tau, tapi kek ni memang kena chill at least semalaman baru betul betul sedap. Saya siap letak kat freezer untuk mendapat rasa oreo cheese cake yang nyaman. Memang sungguh nyaman bila lalu kat tekak ni.   Muaz tuan punya kek pun makan berulangkali. Si Muaz ni memang suka biskut oreo. 




Nak kongsi resepi ni...ambik resepi dari blog Maz, Ilham Dapur. Terima kasih Maz..suka kita dengan resepi awak ni. Tapi kita ada menderhaka resepi sikit seperti biasa. Hihi. Jom kita zass resepinya.

Resepi: Non baked Oreo Cheese Cake
Sumber: Maz, Ilham Dapur
Diolah oleh: Fadilah Aziz
Bahan- bahan
Bahan A(base)
  • 15 keping biskut oreo - buang krim dan dikisar, asingkan satu sudu besar untuk tabur dalam adunan kek
  • 2 sudu mentega- cairkan
Bahan B(adunan kek)

  • 270gm cream cheese(suhu bilik)
  • 1 sudu gula halus
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 70gm mentega
  • 300ml whipping cream(non dairy)
  • 1 sudu teh vanilla esen
  • 1 sudu besar gelatin halal
  • 1 sudu jus lemon
  • 2 sudu besar air panas
  • 4-6 keping biskut oreo dipatah dua 

Cara:
1. Sediakan loyang untuk cheese kek jenis loose base. Letakkan tepi keliling loyang kertas minyak agar kek senang dikeluarkan.
2. Satukan bahan A dan tekan-tekan dalam loyang. Masukkan dalam peti.
3. Dalam gelas satukan gelatin(halal)dan air panas, kacau biar gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan(boleh juga masuk dalam microvawe sekejap untuk bagi sebati larutannya)
4. Putar whipping cream bersama jus lemon hingga kental. Ketepikan.
5. Putar cream cheese seketika.Kemudian masukkan gula, susu pekat manis dan mentega. Putar lagi hingga adunan menjadi lembut. Masukkan vanilla dan putar lagi.
6. Masukkan gelatin yang telah larut dan whipping cream. Putar sebati.
7. Tuang suku adunan atas loyang tadi kemudian susun biskut oreo yang telah dipatahkan. Tuang lagi adunan dan ratakan kemudian taburkan sedikit oreo yang dihancurkan. 
8.Satukan lebihan oreo kisar tadi dengan baki adunan cheese dan tuang kesemua ke dalam loyang dan ratakan sepenuhnya. 
10. Hias ikut citarasa dan sedia dihidang .




March 15, 2013

Teringin punya pasal

Assalamualaikum...

Macam ni rupanya burger bakar kaw kaw..pertama kali makan ni. 

Burger bakar cheese kaw kaw

Beli di wangsa maju dekat dengan carrefour tu...Sementara tunggu burger bakar siap saya request kat hubby nak makan pizza pulak..bahaha...makan tak hengat punya. Bahana lama x makan la ni...teringin sangat. Sementara tunggu pizza siap ambil gambar budak bulat ni...Makin membulat tau si baby Mifzal ni. Pandai pulak renung kamera:)

Hello semua:))


Siap je pizza pusing balik kedai burger dan dah siap pun burger bakarnya...oklah dalam setengah jam dah siap, saya ingat 2 jam baru siap.




Thin crust pizza -pepperoni

Bagi saya burger bakar kaw kaw ni ok. Tapi saya lebih prefer burger biasa atau burger king jika teringin nak makan burger lagi lepas ni. Dagingnya memang mewah dan juicy tapi tekak saya kurang boleh terima rasa asapnya yang agak terasa di mulut ketika dan sesudah makan. Tapi tak dinafikan memang menarik burger bakar ni. Beri idea juga kepada saya untuk berusaha buat burger sendiri. Rasanya bukan susah pun kan...

Seminar Fiqh dan Penghayatan Solat 2013

Assalamualaikum semua..


#Entri melekat sehingga 15 Mac 2013, untuk entri baru skroll ke bawah ya# 


|| Seminar Fiqh & Penghayatan Solat 2013 ||

Solat yang didirikan tanpa panduan dan ilmu yang jelas akan memberikan impak dan kesan yang sangat besar kepada agama Islam.

Atas kesedaran ini, maka K Fiqh Sdn Bhd dengan sedikit kekuatan yang ada akan mengadakan Seminar Fiqh dan Penghayatan Solat bagi memberikan dan berkongsi ilmu dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang akan menjadikan solat mereka lebih baik dari sebelumnya.

Insya Allah. Jom perbaiki solat!

Pendaftaran kini telah dibuka!

Temui asatizah seperti:

1. Dr Abu Anas Madani (Dr. Abdul Basit Hj Abdul Rahman)
2. Ustaz Mohd Izhar Ariff
3. Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
4. Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Daftar segera di tiny.cc/jomsolat



March 13, 2013

5 tahun ~Ahmad Mikael


Assalamualaikum...


Kali ini sambutan hari jadi mikael dibuat di tadikanya..alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kalau dua hari lepas harijadi Muaz kalini harijadi Mikael pula. Mac ialah bulan bermakna kami sekeluarga!

Request mikael untuk kek ultraman juga dah ditunaikan...suka sangat dia.Alhamdulillah dah 5 tahun usianya..Moga terus membesar bagai juara dihati mama dan baba.. 

Mari kita layan gambar sekitar majlis ringkas hari jadi mikael di tadikanya..simple dan ringkas je majlisnya tapi tengok wajah gembira Mikael sungguh meriangkan hati:)

Kawan kawan..

Kek Coklat Ultraman printed...

Spageti aglio olio~homemade with love 

Mikael nak potong kek

Tengah nyanyi lagu birthday

#brotherhood #siblingslove

Mama juga mahu menempel

Party bags for children

Isi dalam party bag~mama, jangan bagi sweet sebab abang tak suka makan sweet nanti gigi rosak(so, mama bought chocolate despite of sweet)


March 10, 2013

Selamat Hari Ulangtahun Muaz

Assalamualaikum semua....


Penatnya...minggu ni tersangatlah sibuknya..nak update blog pun tak sempat..Tapi hari ni kena update juga sebab harini hari jadi Ahmad Muaz. Dah 3 tahun si comel yang muka macam girlish ni..bukan saya sorang cakap tapi dulu memang ramai yang kata muka muaz macam keperempuanan....tapi lasaknya ya Allah...pagar kerusi meja habis di panjatnya! Moga terus membesar dengan sihat dan cerdik..jadi anak soleh dan hamba Allah yang taat..amin... Mama buat oreo cheese cake untuk birthday boy...gambar akan di upload kemudian ok..sekarang tengah chillin' dalam fridge.. Happy birthday Muaz..mama love you endlessly!



March 1, 2013

Edcoustic - Muhasabah Cinta



Harini berulang kali dengar lagu ni...Sungguh menyentuh jiwa...Lagu Ketuhanan yang terbaik saya pernah dengar..Lembut je hati dengar..

Contest Kacamata PapaMifz.com

Assalamualaikum..

Terima kasih PapaMifz buat contest sebegini...Katanya yang pertama kali ye, oklah tu dari saya yang tak pernah buat contest bajet belum mencukupi, hihi..nak harap sponsor memang takdalah orang nak sponsor blog picisan ni, huhu..

Oklah PapaMifz....Cerita kacamata saya bermula di sini. Saya ni memang rabun jauh sejak berumur 15 tahun sebab suka membaca di dalam kelam..Jadi sejak itulah terciptanya sejarah saya menjadi budak kacamata ecehwah..tapi sejak berumur 18 tahun saya belajar pakai kanta lekap jadi cermin mata hanya digunakan waktu di rumah dan waktu malam. Kisah cermin mata silih bertukar ni memang amat sinonim dengan saya. Boleh dikatakan saya akan membuat kacamata baru setiap tahun atau 2 tahun. Ini kerana saya adalah insan yang amat cermat lagi berhemah(baca:cemerkap) dalam penjagaan kacamata. Suami saya pun amat memahami keadaan ini dan semenjak berumahtangga saya akan membeli kacamata yang ada ciri-ciri tertentu kerana dia amat bimbangkan kecuaian saya menjaga kacamata yang akan menyebabkan perkara tidak diingini seperti kacamata digigit oleh anak, ditarik dan dicampak oleh anak, dihempap oleh saya sendiri sewaktu tidur:)



Inilah cermin mata rabun jauh saya. Jenama Polo. Saya beli di MOG Eyewear di KL Festival City. Baru tahun lepas buat selepas cermin mata lama saya patah frame. Harga sebenar sudah saya lupa, lebih kurang dalam RM 400. Walaupun cermin mata ini tidaklah mahal harganya, tapi ia memang menepati ciri ciri yang suami saya mahukan kerana dia sudah tidak sanggup melihat saya sering membeli cermin mata baru hampir tiap tahun. Ciri ciri cermin mata saya ialah:
-mestilah elastik
-ringan
-cermin mestilah multicoated dan bukan kaca
-frame dari plastik
-tidak mudah patah
-cermin tidak mudah pecah atau retak
Pendek kata, cermin mata saya di atas memang memenuhi ciri ciri tersebut, dan selalunya bila saya tertidur dengan cermin mata ia tidaklah 'cedera' di hempap badan saya. Bila anak anak menarik cermin mata tersebut dari muka saya pun tidaklah saya terlalu risau ia akan patah kerana saya tahu ia elastik.



Oh ya, saya juga mempunyai cermin mata hitam atau sunglass yang memang dibeli siap. Oleh kerana saya berkanta lekap waktu siang jadi saya tidak perlu menempah cermin mata hitam khas untuk rabun jauh. Jadi saya hanya pakai yang memang siap jual di kedai. Ini juga di beli di KL Festival City tapi di Focus Point. Kebetulan ada jualan murah waktu tu dalam 50%, jadi dari harga RM500+, saya dapatlah separuh harga..Ini jenama Bonia. Saya pakai selalu dalam kereta saja. Kalau berjalan hari panas dan buat aktiviti luar ia amat berjasa kepada saya. Saya suka kedua dua cermin mata saya ni. Tapi kalau dapat yang baru dari PapaMifz  lagiiii saya suka:))

Marilah kita meriahkan contest kacamata papamifz ini. Support PapaMifz.com.

February 28, 2013

Ubat Perangsang

Assalamualaikum semua. ..

Inilah ubat perangsang saya..bahaha..adakah kedengaran terlampau?
Makanlah ini untuk mendapat mood kononnya..er..tapi coklat memang baik untuk kesihatan tau especially dark chocolate...tapi berpada pada la makannya tu.Ni dapat free je.Kawan sekerja bagi dan kami makan ramai ramai. Dahla memang sedap dapat free lagila rasa sedap!

Maaf..dah lama x berkunjung ke rumah kawan kawan..masih cuba menyesuaikan diri sebab baru masuk bekerja..nanti saya datang ye..moh kita lunch pulak..

February 24, 2013

Baby Mifzal demam

Assalamualaikum semua...

Dah dua hari hero last saya baby Mifzal demam. Biasalah ibu mana tak susah hati kalau anak demam. Haritu pun demam juga tapi sehari je, sejak saya sakit ni risau sangat kalau anak anak batuk atau demam. Tapi sentiasa berfikir positif yang ia hanya jangkitan virus. Baru ni masa gi check up, dia membesar dengan baik. Beratnya sudah 6.8kg dan tingginya sudah 62cm. Aduh mengah juga bila mendukung dia. Jika anak demam, sepatutnya kena banyak tuam air sejuk tapi anak anak saya kalau kena towel sejuk terus meraung raung menangis. Jadi hanya boleh letak koolfever yang lekat di dahi tu. Selebihnya mengharapkan suhu badan turun dengan ubat demam dan doa.


Dalam pada baby Mifzal demam, saya sempat buat puding ni petang tadi masa baby Mifzal tidur. Sebab senang je buat dia, mood masak masak dan buat kuih dah datang balik. Dekat sebulan haritu tak sentuh periuk kuali. Tu yang excited je nak ke dapur mencurahkan air tangan. Walau masak tak seberapa dan biasa biasa aja, tapi sambil masak tu baca zikir dan selawat moga moga orang tersayang dekat selalu di hati.





Puding ni puding roti kukus pandan. Ambil dari blog Ayu Citarasa Rinduan. Thanks Ayu, memang supersimple. Hidang masa minum petang tadi sekejap je dah licin:). Suka bebenor saya dengan resepi simple. Nak buat senang je, roti 10keping campur susu pekat manis 1/2 tin, air daun pandan 1 cawan, santan 200ml dan telur sebijik. Pastu kukuskan dalam 1/2 jam. Senangkan?

Esok dah kerja, memang dugaan mula bekerja di waktu anak tak sihat. Moga baby Mifzal cepat sembuh dan moga dia kuat walau tanpa saya di sisinya. Saya mahu kutip semangat baru. Selamat bekerja juga kawan kawan!

February 23, 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com






Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.



Syarat-syaratnya :



  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com



  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com



  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.



  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.


  5. Senang dan mudah bukan?



    15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.



    tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

    February 22, 2013

    Perasaan yang lega

    Assalamualaikum..

    Salam pagi Jumaat semua...Kelmarin dan semalam saya ke hospital untuk follow up anak anak dan saya juga. Saya paling risaukan anak anak punya keputusan ujian makmal yang diambil tempohari. Nak mengambil kahak anak anak ni punyalah susah masa tu. Sebelum ambil kahak mereka kena puasa dulu pulak tu. Mujur baby Mifzal tak meragam sangat sebab tak dapat susu selama lebih kurang 4 jam. Bukan senang nak keluarkan kahak budak budak ni. Mujur juga staffnurse yang buat berpengalaman. Part paling tak sanggup tengok bila ryles tube/tiub panjang di masukkan ke dalam mulut diaorang. Menangis dan meraung raung dalam bilik rawatan tu. Paling juara menangis ialah Ahmad Muaz. Pertama kali buat mereka ni ok lagi, tapi masuk hari ke tiga Mikael dan Muaz dah mula menangis sebelum masuk buat prosedur lagi. Yang kelakar last day sedut kahak tu Muaz tengah menangis siap boleh tanya kenapa nurse lupa bagi dia lollipop...Sebab sebelum tu setiap kali lepas habis je prosedur nurse akan bagi lollipop sorang satu.

    Jadi, hari Rabu tempohari, rasa syukur sangat bila doktor bagitahu kesemua keputusan kahak yang diambil tu negatif. Ujian tuberculin untuk mengesan jangkitan TB untuk Muaz dan Mifzal borderline positif tapi sebab x-ray dan ujian kahak mereka negatif jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Cuma Hemoglobin Muaz sedikit rendah, tak tahu pula apa puncanya. Yang pasti untuk kesekian kalinya Muaz meraung lagi masa nak ambil darah sebab doktor nak siasat lebih lanjut punca kenapa dia ada anemia(kurang hemoglobin). Muaz memang dah cukup trauma dengan bilik rawatan. Nak bawa dia masuk situ pun kena berdukung. Nak ambil darah pun saya terpaksa pegang tangan dia dengan kuat sebab dia struggling.  Seperti biasa Muaz buat kelakar lagi, lepas dah siap ambil darah tu, tengah nangis nangis lagi nurse pun hulurkan lollipop warna biru. Siap boleh kata "taknak lollipop biru, nak pink" sambil nangis. Memang drama king anak mama sorang ni:)
    Balik hari tu dengan perasaan yang amat lega sebab keputusan ujian negatif untuk kesemua anak. Cuma kena teruskan makan ubat pencegah TB/TB prophylaxis sahaja selama 6 bulan. Mujurlah Mikael dan Muaz tak susah disuapkan ubat. Cuma sukar sikit bagi baby Mifzal sebab dia masih kecil. Setiap kali bagi ubat mesti menangis.

    Semalam, saya pula yang pergi follow up. Pejam celik dah sebulan saya makan ubat. X-ray saya tak banyak berubah. Memang ambil masa. Kuman TB ni memang bakteria yang agak "istimewa". Slow growing and slow dying. Sebab tu rawatan pun lama sampai berbulan dan ada tu yang sampai setahun. Keputusan kahak saya dah converted kepada negatif. Lega sangat. Syukur alhamdulillah. Dr Singa ada tanya pasal MC haritu, memang sekarang dah takda MC(medical leave) 6 bulan tu. MC kebiasaannya diberi 2 minggu sekurang kurangnya dan diberi sehingga sapuan kahak menjadi negatif. Ini bermakna saya juga dah boleh bekerja mulai hari Isnin ni. Sedikit informasi tentang TB ialah ia tidak lagi menjangkiti orang lain jika pesakit telah makan ubat lebih dari 2 minggu. Seronok rasa dah boleh bekerja semula. Dah rasa macam orang yang normal semula.

    Harini en hubby, emak dan maid saya pula pergi check up. Saya doakan semuanya yang baik saja. Moga mereka tidak mendapat kuman yang saya menjangkiti saya ini. Ok, sampai sini dulu, selamat berhujung minggu semua..Saya mahu senyum sampai ke telinga:)))

    February 18, 2013

    Terkenang zaman dahulu - peminat rahsia

    Assalamualaikum...

    Cerita masa zaman sekolah menengah...Teringat semula kenangan ni lepas baca entri Miss Mirror tentang peminat rahsia atau secret admire. Hihi. Dulu kan kat sekolah ada persatuan dan kelab yang buat jualan hadiah untuk diberi kepada sesiapa yang kita mahukan. Diaorang jual epal, teddy bear kecik, bunga ros dan kek. Anggaran hadiah tu dalam RM3-10. Tujuannya untuk menambah pendapatan tabung persatuan masing masing la kan. Bila kita beli hadiah tu, mereka akan sediakan dan balut hadiah tu cantik cantik dan deliverkan kepada orang yang kita nak bagi tu. Jadi masa ni ramai lah kawan kawan termasuk saya yang tujukan hadiah hadiah tu buat kawan kawan , cikgu cikgu dan tak terkecuali orang yang diminati atau bak kata lain secret admire:)

    Orang yang muka cun dan handsome tentulah dapat banyak hadiah. Ada sorang kawan saya tu memang cantik, kulit putih, bulu mata lentik..dia dapat hadiah punyalah banyak. Kebanyakan hadiah secret admire yang bagi. Ramai betul peminat. Kita ni tumpang seronok tengok.  Seriously waktu tu memang teruja habis. Ya,  saya nak buat confession yang saya pun beli juga hadiah tu dan beri pada orang yang saya minat. Mamat yang diminati tu memang la ramai peminatnya:) Kiranya saya pun jadi salah seorang secret admire dia la. Hahaha. En hubby kalau baca ni harap tak cemburu sekadar mengenang kenakalan lalu. Yang best tu ada juga orang bagi kat saya hadiah tapi identiti pemberi tersebut telah dirahsiakan. Hihi. Sampai sekarang tak tahu! Tapi tulah ber secret admire bagai sudahnya habis zaman sekolah habis la juga zaman bersecret admire. Wondering juga sama ada budak sekolah zaman sekarang ada ke buat macam ni...

    Haippp...korang senyum senyum ye depan screen, mesti pernah jadi secret admire somebody juga kan?

    February 16, 2013

    Segmen: Ucapan Selamat Hari lahir buat "Si Gule" pada 19 Mac

    Dah lama tak join CGL. Kali ni segmen Ucapan Selamat Hari Lahir buat Si Gule pada 19 Mac.
    Tarikh tutup 19 Mac 2013. Jom meriahkan. Klik pada banner ya.


    Buat "Si Gule", saya doakan anda panjang umur dan di murahkan rezeki. Semoga dengan pertambahan usia hidup anda menjadi lebih bermakna , mencapai segala yang diidamkan dan bahagia bersama En Ejulz. Selamat Hari Lahir pada 19 Mac ini...Senyum selalu tau:)

    February 15, 2013

    Bakat melukis

    Assalamualaikum semua...

    Mikael si abang dah ada bakat baru sekarang. Baru je saya perasan bakat baru ni tau. Mula mula dia asyik minta kertas A4 kosong tu. Nak lukis katanya. Mula tu saya ingat dia nak conteng conteng je seperti selalunya tapi lepas beberapa kali saya perhatikan yang dia memang betul betul melukis. Lukis gambar haiwan, rumah, kapal dan macam macam. Lepas satu habis dia minta kertas lain untuk lukis lagi. Sudahnya rumah jadi bersepah dengan kertas kertas lukisannya. Yang buat saya tersenyum setiap kali habis melukis pasti dihadiahkan lukisan tu kepada saya dan en hubby. "Ni untuk mama, Mikael bagi. Mama simpan tau!"

    Jadi semalam babanya belikan dia drawing block. Senang sikit dia melakar imaginasinya di sini. Ruangnya pun besar dan tak bersepah-sepah kertas. Selepas je beli semalam terus dia mulakan aktiviti melukisnya. Hasilnya boleh tahan untuk kanak kanak berusia 5 tahun. Dari semalam sampai ke hari ni dah 3 lukisan dibuatnya. InsyaAllah kalau itu memang minat dia saya memang akan beri galakkan dan ingin asah bakatnya. Manalah tahu boleh jadi pelukis hebat di masa akan datang!

    Drawing block ni, dah habis ni mungkin kena beli lain pula sebab ada 16 helai saja
     Lukisannya nampak kurang jelas kat sini sebab pakai pensil.

    Lukisan rumah

    Lukisan kapal pirate katanya

    Lukisan angry bird

    Oh, sudah 3 minggu

    Assalamualaikum...

    Hari ni dah masuk hari ke 22 makan ubat. Syukurlah dah takda side effect gatal gatal macam haritu. Cuma kadang ada rasa loya dan pening sikit kalau lambat sangat breakfast selepas makan ubat.

    Oh, pada yang tak tahu apa benda saya merepek, boleh baca entri ini. Buat mama2q yang bertanya tentang rawatan yang saya lalui, saya tak dots di hospital tapi dots kan diri sendiri dan hubby tukang sign. Sigh. InsyaAllah, saya takkan ponteng makan ubat. Saya nak sembuh cepat! Biasanya untuk mengelakkan lupa, saya selalu ambil ubat selepas solat Subuh. Senang sebab waktu tu memang perut tengah kosong. Oh ya, dots tu singkatan untuk directly observe treatment strategy sebab rawatan untuk TB ni lama, jadi untuk mengelakkan pesakit skip atau ponteng makan ubat pesakit perlu datang ke mana mana pusat kesihatan terdekat dan makan ubat depan MA/nurse.

    Apa yang boleh saya simpulkan, selepas beberapa hari je makan ubat, batuk saya terus berkurangan dan hingga kini batuk dah almost tiada. Badan pun rasa sedikit segar, dah takda seram sejuk macam selalu dan dah tak pernah berpeluh waktu malam. Cuma yang paling ketara 2 minggu pertama sakit di bahagian rusuk kiri bawah jadi makin kuat. Even tarik nafas atau bergerak sikit pun sakit. Memang saya ada sedikit effusion(air dalam kantung paru-paru) di sebelah kiri. Tapi syukurlah sekarang dah makin berkurang sakit tu.

    Memang 2 minggu pertama tu saya pun dah jadi macam ninja. Setiap masa pakai mask.  Biarlah saya sorang sakit. Risau sangat kena pada anak anak, suami dan maid. Moga Allah lindungi mereka. Sekarang rasa risau dah kurang sikit sebab dah lepas contagious phase. Mask pun dah tak pakai sangat. Hihi. Sesak la hai. Teringat dulu waktu saya bertugas di wad TB ada masa saya culas memakai mask sewaktu ward round. Degil. Confident sangat. Huu..

    Tapi kan ada satu hikmah paling indah iaitu breastfeeding masih diteruskan seperti biasa. Mujur antiTB compatible dengan breastfeeding. Syukur rezeki baby Mifzal masih ada. Production juga tidak pernah mengecewakan. Hinggakan haritu ada stok frozen EBM yang terpaksa dibuang kerana sudah expired. Sekarang pun sebab duduk rumah banyak direct feeding saja. Baby Mifzal refuse botol kalau mama ada.
    Nantilah saya tayang gambar stok EBM saya. Hihi. Saja nak menaikkan semangat untuk terus menyusukan dan menyokong penyusuan susu ibu.



    February 13, 2013

    Layan cerita Korea

    Assalamualaikum...

    Senyap je blog akhir akhir ni. Tinjau tinjau blog kawan kawan ramai yang balik kampung dan bercuti. Ada yang sempat saya tinggal komen. Banyak yang saya singgah saja. Saya jenis kalau menyinggah suka baca entri entri lama kawan kawan yang tak sempat baca lagi, tu yang kadang tak menyempat nak komen. Seronoknya tengok orang bercuti sakan. Saya pun sakan juga duduk rumah, minggu ni nasib tak perlu ke hospital, minggu depan jadi sibuk semula dengan appointment.

    Demam cerita Korea dah datang balik. Hihi. Kebetulan baru baru ni ada tertengok cerita City Hunter kat TV. Oleh kerana tak boleh nak ikut tiap malam maka saya pun pinjam adik ipar punya harddisk yang memang banyak koleksi cerita korea. Bosanlah konon sebab tu layan cerita korea. Hiks. Adik ipar saya ni memangla rajin download cerita korea, ada tu yang dia boleh tengok walau takda subtitle. Saya belum sampai peringkat tu, tak faham langsung kalau takda subtitle. Cerita City Hunter ni keluar tahun 2011 tak silap. Cerita dia best sebab ada variasi genre aksi dan cinta. Hero pulak handsome,Lee Min Ho.. tu yang penting. Hihi. Heroin pun lawa dan comel. Dah habis pun khatam cerita ni. Pastu pulak tengok Princess Man. Lagilah bertambah demam. Best jugak. Cerita dinasti lama, ada pasal dendam dan cinta juga macam City Hunter. Layan je.

    Dulu zaman jadi uni student memang rajin layan cerita Korea. Paling melekat dekat hati cerita Full House. Alahai sweet sangat. Tak tido malam stay up 'study' cerita ni. Masa tu pinjam VCD kawan. Habis zaman student terus lama tak layan sebab dah kahwin. Sekarang dah terjebak balik, hihi.

    Notakakiku: Bila dah masuk 3 series ni, rasa termuda balik pulak bila layan cerita korea gini, boleh gitu...:))

    February 4, 2013

    Cerita saya

    Assalamualaikum semua...

    Dah lama tak berupdate, dari minggu lepas sampailah minggu ni sibuk sebab asyik berulang alik ke hospital. Bukan sebab menjalankan tugas tapi sebagai pesakit dan membawa anak anak ke Institut Paediatrik. Saya baru disahkan menghidapi penyakit Tuberkulosis paru paru aktif/Active Pulmonary Tuberculosis(TB). Terkejut? Saya lagilah terkejut. Tapi itulah kehidupan. Setiap yang sihat pasti merasa sakit. Itu pasti. Setiap yang hidup pasti merasa mati. Itu juga pasti.

    Hari Rabu bersamaan dengan 23 Januari 2013 tempohari, saya hantar sampel kahak ke makmal setelah batuk lebih kurang 2 bulan tak baik baik. 3 minggu sebelum tu saya dah pernah hantar sekali sampel kahak tapi keputusan ialah negatif. Mulanya saya bercadang untuk hantar sampel kahak untuk bakteria(sputum C&S) kerana saya sangkakan mungkin saya mendapat jangkitan paru paru dari bakteria yang degil kerana sebelum itu saya dah consume beberapa jenis antibiotik. Masa berborak dengan seorang kawan di jabatan, dia suggest kat saya untuk hantar sampel kahak untuk TB. Mulanya dalam hati berkata, "tak mungkin  lah aku ada TB, selera makan ok je, takda loss weight pun(padahal ada beberapa staff tegur yang saya amat kurus)"..tapi masa tu saya rasa suggestion dialah yang menggerakkan hati saya untuk hantar sampel kahak untuk TB.  Dalam pada menghantar tu memang saya langsung tak syak yang saya mungkin ada TB sebab saya dah lama tak tengok atau jumpa patient yang ada TB setelah tidak bekerja di jabatan perubatan. Tapi, saya terlupa mungkin kuman TB dah lama dalam badan dan bila ada peluang sistem imun saya lemah maka tentera kuman TB pun telah menjadi aktif serta merta.

    Pada petang 23 Januari tu juga, saya memang sibuk dengan tugasan reporting scan. Tiba tiba je ada call dari lab technician IPR(Institut Perubatan Respiratori). Terasa jantung berdebar yang amat masa tu sebab saya tahu biasanya lab technician takkan call to inform anything melainkan ianya positif. Soalan pertama dia tanya ialah samaada kahak tu milik saya atau tidak. Of course la kahak saya kan, takkan la saya nak hantar kahak orang lain pulak :)). Saya rasa dia pun tak percaya bila tengok nama saya sebab saya pernah bekerja di IPR selama 4 bulan tahun 2011. Akhirnya, debaran saya sampai ke kemuncak bila dia kata, positiflah doktor...what?positive?? Selepas saya confirmkan dengan dia, terus rasa nak pengsan. Tapi saya kuatkan perasaan. Saya segera turun untuk buat chest x-ray. Dalam hati masa tu saya hanya fikirkan anak-anak. Siap je x-ray saya tengok sendiri filem tu dan saya boleh nampak apa yang selalu saya nampak pada pesakit TB yang pernah saya rawat sebelum ini. Betullah, patutlah lately ni saya kerap rasa badan tak sedap, pernah beberapa kali bangun malam sebab panas berpeluh peluh sampai basah baju(night sweat) dan patutlah batuk saya tak baik baik walau dah telan beberapa antibiotik.

    25 Januari 2013 ialah hari pertama saya bersama ubat antiTB. Akurit 4 namanya. Sebelum Zuhur pada hari tu saya telan 4  tablet besar Akurit 4 dan satu tablet kecil Pyridoxine 10mg. Selepas solat, badan saya panas dan rasa lemah longlai. Saya tak ambil sebarang ubat demam dan malamnya demam beransur kebah. Malam  itu juga adalah malam yang agak teruk sebab satu malam saya tidak lena tidur dek menggaru satu badan!Gatal seluruh badan tapi mujurlah tiada tanda rash atau tindakbalas pada kulit. Saya akan berjuang bersama antiTB selama 6 bulan sekurang kurangnya...setakat ni, rasa gatal gatal dah berkurang, syukur saya tidak mendapat kesan sampingan yang teruk. Anak anak turut makan ubat pencegah TB/TB prophylaxis kerana mereka ialah high risk group yang mempunyai sistem imun yang tidak kuat. Kasihan anak anak, tapi saya perlu tabah agar mereka juga kuat. Moga Allah lindungi mereka...

    Allah Maha Besar. Sayangnya Allah pada saya dan Dia beri peluang kifarah ke atas segala dosa dosa saya selama ini. Ujian yang diberi ini hanya sekelumit berbanding nikmatnya yang tidak terhitung. Saya bersyukur masih boleh bernafas, masih boleh makan(lagi bertambah selera), masih boleh berjalan dan yang paling penting masih boleh solat seperti biasa dan membaca Al-Quran!Subhanallah...

    "MAKA, NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?"
    (AR-RAHMAN;13)

    Banyak lagi yang saya ingin kongsi. Terima kasih buat sahabat yang mendoakan. Moga Allah akan memperkenankan juga doa kalian..Perjuangan saya masih panjang. 

    January 26, 2013

    Cukuplah Allah bagiku

    Assalamualaikum semua...

    Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...Salam maulidurrasul semua, kalau di Johor orang sambut Maulidurrasul sampai sebulan..Moga kita sentiasa mengingati Rasulullah kerana baginda tak pernah melupakan kita...Berikanlah kami syafaatmu di akhirat kelak ya Rasulullah...

    Lama tak update, maaflah tuan blog ada banyak kekangan. Kekangan masa, kekangan kesihatan...Saya kembali bekerja Isnin yang lepas, kembali bekerja dengan penuh semangat. Hari pertama saya sudah incharge scan yang bersusun. Pesakit rata rata merupakan pesakit kanser yang baru di diagnosa. Agak gementar kerana sudah lama tidak bekerja, bimbang melakukan kesilapan kerana kerja saya melibatkan manusia. Namun perancangan Allah itu lebih besar dari yang saya jangkakan. Hari ketiga bekerja saya dikejutkan dengan suatu perkara yang tak terduga. Hampir terduduk. Tapi saya bangun. Kita hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari rutin hidup biasa. Dan juga tak dapat lari dari di uji dan di rundung masalah. Menangis boleh, tapi usah meratap. Cukuplah Allah bagiku...Cukuplah Allah bagiku...Setiap yang Allah beri itu ada seribu satu hikmah tersembunyi...Kadang sampai kita juga kurang mengerti, sweetkan Allah? Kita mahu cintaNya maka perlu melalui ujianNya..


    Selamat berhujung minggu buat semua...minggu ni memang ramai yang bercuti panjangkan sampai hari Isnin..Selamat bercuti dan menghabiskan saat terindah bersama keluarga tercinta...Saya juga bercuti, tapi cuti kali ini ialah cuti sakit yang panjang...Keluarga jugalah penguat saya waktu ini, en hubby kata dia tetap sayang saya walau apa pun terjadi, bila saya sakit lagi dia sayang(saya percaya itu juga kata hatinya). Terima kasih wahai suamiku, moga rumahtangga ini berkekalan hingga ke akhirat...amin:)


    January 21, 2013

    Terkenang zaman dahulu-pengalaman naik bot

    Assalamualaikum...



    Zaman menjadi pelajar perubatan. Masa ni saya di tahun 2. Menyertai program anak angkat sekaligus menjalankan kajian. Pertama kali merasa naik bot tau. Sebelum tu memang tak pernah. Ini di Kampung Nelayan, Tumpat, Kelantan. Kebanyakan mereka yang tinggal di situ ialah nelayan. Kampung tu pun memang kat tepi laut. Pakcik tu ialah ayah angkat kawan saya budak cina lelaki tu, Khar Ming. Sekarang Khar Ming dah ada 1 anak. Comel sangat.

    Tudung biru tulah saya. Tutup mata sebab malu terkena flash. Heheh..Sebelah ialah Qudsiah. Pun dah kahwin dan ada 2 anak perempuan yang cute sangat. Cepatnya masa berlalu. Itulah pengalaman pertama naik bot tau. Seronok sangat. Sampai sekarang tak pernah lagi naik bot. Teringin lagi rasa.

    Kawan kawan pernah naik bot tak?

    January 19, 2013

    Ayam masak tempoyak dan petua memasaknya

    Assalamualaikum....

    Harini saya masak simple je untuk lunch. Simple tapi inilah kegemaran kami sekeluarga terutama en hubby dan anak sulung saya Mikael. Masak tempoyak atau gulai masam ni amat terkenal di negeri Pahang dan Perak. Kalau di Pahang tentulah patin sungai menjadi pilihan untuk dibuat gulai tempoyak. Tapi di KL ni susah nak jumpa patin yang segar dari sungai jadi saya gantikan dengan ayam. Sedap juga jika kena cara masaknya.




    Cara masak senang saja. Bahan bahan untuk masak pun tak banyak. Yang penting ada kunyit hidup dalam seinci setengah, cili api dalam 15 biji, tempoyak asli dalam 4 sudu besar, dauk kesum secukupnya dan ayam setengah kilo. Basuh ayam bersih bersih dan toskan, tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat lepas tu masukkan tempoyak dan tumbuk sehingga tempoyak halus. Masukkan air dalam 1 liter ke dalam periuk, masukkan campuran tempoyak dan cili lepas tu masukkan ayam dan daun kesum. Letak atas api dan gaul gaul sedikit dan masukkan 1 keping asam gelugor. Perasakan dengan garam dan tutup api setelah mendidih. 

    Memang nampak tak susah masak gulai tempoyak ni, tapi tulah kena praktis banyak kali juga baru dapat hasil yang sedap. Saya pun kali pertama masak memang tak sesedap mak mertua masak. Tapi cuba dan cuba buat lagi sampai jadi. Petua ayah mertua saya ialah cili api harus di tumbuk lumat supaya rasa cili tu tak pijar sangat sebab cili tersebut tidak ditumis. Petua kedua ialah pastikan gunakan kunyit hidup secukupnya, jika guna kunyit serbuk memang tak sedap jadinya. Petua ke tiga, jika tempoyak digunakan tidak cukup masam, tambahkan asam keping mengikut kesesuaian. 


    Lawan makan dengan pucuk paku goreng kicap, memang sedap!



    January 18, 2013

    Gemuruh

    Assalamualaikum...

    Jumaat terakhir saya menghabiskan cuti bersalin 3 bulan. Rasa nak lompat ke bintang sebab hari Isnin sudah kembali bekerja. Cuba untuk fokus. Perasaan ini suatu yang sukar diungkap. Bukan kerana malas untuk bekerja.  Oh, tiada istilah itu. Rindu sebenarnya. Kerja inilah rumah kedua saya. Tempat saya mencari rezeki. Cinta hati saya kerana ia cita cita saya sejak kecil. Apa perasaan itu? Dalam hati hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

    Terasa ingin menyanyi lagu ini.


    Gemuruh - Faizal Tahir

    Bila bertalu rentak dikalbu
    Hasrat yang tersirat semakin ku buru
    Bila bergema laungan gempita
    harapan bernyala nadi ku berganda

    Gemuruh jiwa semangat membara
    dari puncak ingin ke angkasa
    berkalungkan bintang berkelipan
    menyerlah jauh dari yang biasa

    Bila bertalu rentak dikalbu
    Hasrat yang tersirat semakin ku buru
    Bila bergema laungan gempita
    harapan bernyala nadi ku berganda

    Gemuruh jiwa semangat membara
    dari puncak ingin ke angkasa
    berkalungkan bintang berkelipan
    menyerlah jauh dari yang biasa
    ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
    segalanya kan pasti terbukti nanti

    Gemuruh jiwa semangat membara
    dari puncak ingin ke angkasa
    berkalungkan bintang berkelipan
    menyerlah jauh dari yang biasa

    Gemuruh jiwa semangat membara
    dari puncak ingin ke angkasa
    berkalungkan bintang berkelipan
    menyerlah jauh dari yang biasa
    menyerlah jauh dari yang biasa





    January 17, 2013

    Rahsia Sembahyang

    Assalamualaikum semua...

    Mari kita lihat 13 rahsia sembahyang.

    1. Niat sembahyang
    Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

    2. Berdiri betul
    Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

    3. Takbir-ratul Ihram
    Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur.

    4. Al-Fatihah
    Fadilatnya sebagai pakaian yang indah indah di dalam kubur.

    5.  Ruku'
    Sebagai tikar kita di dalam kubur.

    6. I'tidal
    Akan memberi minuman air dari telaga al-Kauthar ketika di dalam kubur.

    7. Sujud
    Memagar kita ketika menyeberangi titian Sirotol Mustaqim.

    8. Duduk antara dua sujud
    Akan menaung panji panji nabi kita di dalam kubur.

    9. Duduk antara dua sujud(akhir)
    Menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar.

    10. Tahiyat akhir
    Sebagai penjawab bagi soalan yang di kemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

    11. Selawat nabi
    Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

    12. Salam
    Memelihara kita dalam kubur.

    13. Tertib
    Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

    Sumber: Buku - Sakit Apakah Ubatnya?Penelitian daripada Al-Quran dan Hadis

    imej dari google



    Parodi wabak "Listen11x"

    Assalamualaikum...

    Saya teringin nak kongsi video parodi ini. Semuanya gara gara wabak "Listen" yang sudah menjadi pandemik. Listen ya, bukan sekadar parodi. Terbaikla Ahmad Luthfi:)


    Notakaki: Perlu tonton video asal dulu baru faham parodi ni.

    January 15, 2013

    Kicap, telur dan mayonis

    Assalamualaikum semua...

    Lama tak cerita pasal Muaz. Muaz anak paling semangat badannya dulu. Mikael dan Mifzal pun tak se bam bam dia masa kecil. Itu dulu. Sekarang tak chubby dah, sejak selalu sakit sakit masa hantar taska dulu dulu, terus slim ko. Tapi ada chubby juga sikit. Heheh.

    Muaz ada 3 makanan kegemaran. Kicap, telur dan mayonis.

    Kicap.

    Satu item yang tak boleh takda bila Muaz makan. Actually saya pun tak pernah ajar dia makan kicap beria tapi kesukaan dia kepada kicap mula masa dia tinggal dengan pengasuh lama. Kut dia bagi Muaz makan kicap hari hari. Jadilah kicap ni favourite dia. Tak selera makan kalau takda benda ni.

    Telur

    Ada masa saya dah beria masak nih. Masak lauk ayam ke ikan ke. Tiba tiba kat meja makan bila kita dah siap siap nak makan dah baca doa makan dia boleh minta telur goreng?Dengan muka kesian, "mama, Muaz nak ellor boweh tak ma?"

    Mayonis.

    Benda ni satu lagi. Makan nugget atau fries dengan mayonis ok lagi. Ada satu masa saya buat cekodok pisang pun dia nak cicah mayonis!Pulak tu kalau cicah sikit takpa tau, ini cicah sampai penuh kat tepi mulut mayonis tu.

    Tapi satu yang saya suka ialah Muaz suka sangat minum air masak. Dia memang ada botol air walau belum pergi kindy lagi. Kalau isi botol air tu penuh waktu pagi, petang dah habis atau dah tinggal sikit. Good boy. Dia memang ikut saya kuat minum air masak. Jadi, hari hari memang dia akan buang air besar dengan lawasnya. Jarang sangat kena sembelit.

    Last but not least, previously chubby boy....


    And now, he is a big brother...:)





    January 14, 2013

    Bersemangat ke sekolah

    Assalamualaikum....

    Dah hampir 2 minggu abang Mikael bersekolah. Tahun ini masih di tadika yang sama seperti tahun lepas. Jadi Mikael taklah kekok. Dah ada kawan kawan dan dah kenal cikgu cikgu. Persiapan sekolahnya pun taklah sehebat tahun lepas. Cuma belikan dia beg sekolah, kotak pensil dan alat tulis baru. Yang lain semua lama, uniform lama(masih muat lagi dan tak lusuh), kasut dan stokin lama, botol air dan bekal tupperware lama. Selagi boleh guna yang lama kita gunalah dulu.

    Beg ni baba Mikael yang belikan, beg lagi besar dari badan dia, tapi sebab Ultraman Mebius beg besar pun takpa

    Kotak pensil begini agak praktikal untuk Mikael, boleh buka depan belakang,  siap ada  sharpener sekali

    Pandangan belakang kotak pensil

    Sempat lagi tengok TV sebelum pergi school...
    Oleh kerana sekarang Mikael dah masuk kelas untuk student 5 tahun, dia dah mula ada homework. Minggu lepas saja dah ada 3 kali teacher bagi homework iaitu nombor, tulisan jawi dan bahasa melayu. Oleh kerana saya masih cuti, petang petang lepas Zuhur saya akan monitor dia buat homework. Yang mana dia tak tahu baru saya tunjuk. Lepas ni kalau saya dah kerja , mungkin kena monitor waktu malam.  Dulu Mikael akan stay sampai petang di tadikanya sebab takda orang jaga tapi sekarang dia balik awal pukul 11.30 pagi sebab en. suami dah mengajar sessi petang dan kami dah ada pembantu rumah. Petang bolehlah Mikael rehat dan temankan Muaz main sebab malam ada kelas mengaji Iqra' pula. So far nampak dia teruja sangat pergi sekolah dan kelas mengaji. Bersemangat bukan main. Tak pernah kata penat ke, tak mahu pergi ke. Alhamdulillah. Moga semangatnya itu sampai ke bila bila.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails