January 19, 2013

Ayam masak tempoyak dan petua memasaknya

Assalamualaikum....

Harini saya masak simple je untuk lunch. Simple tapi inilah kegemaran kami sekeluarga terutama en hubby dan anak sulung saya Mikael. Masak tempoyak atau gulai masam ni amat terkenal di negeri Pahang dan Perak. Kalau di Pahang tentulah patin sungai menjadi pilihan untuk dibuat gulai tempoyak. Tapi di KL ni susah nak jumpa patin yang segar dari sungai jadi saya gantikan dengan ayam. Sedap juga jika kena cara masaknya.




Cara masak senang saja. Bahan bahan untuk masak pun tak banyak. Yang penting ada kunyit hidup dalam seinci setengah, cili api dalam 15 biji, tempoyak asli dalam 4 sudu besar, dauk kesum secukupnya dan ayam setengah kilo. Basuh ayam bersih bersih dan toskan, tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat lepas tu masukkan tempoyak dan tumbuk sehingga tempoyak halus. Masukkan air dalam 1 liter ke dalam periuk, masukkan campuran tempoyak dan cili lepas tu masukkan ayam dan daun kesum. Letak atas api dan gaul gaul sedikit dan masukkan 1 keping asam gelugor. Perasakan dengan garam dan tutup api setelah mendidih. 

Memang nampak tak susah masak gulai tempoyak ni, tapi tulah kena praktis banyak kali juga baru dapat hasil yang sedap. Saya pun kali pertama masak memang tak sesedap mak mertua masak. Tapi cuba dan cuba buat lagi sampai jadi. Petua ayah mertua saya ialah cili api harus di tumbuk lumat supaya rasa cili tu tak pijar sangat sebab cili tersebut tidak ditumis. Petua kedua ialah pastikan gunakan kunyit hidup secukupnya, jika guna kunyit serbuk memang tak sedap jadinya. Petua ke tiga, jika tempoyak digunakan tidak cukup masam, tambahkan asam keping mengikut kesesuaian. 


Lawan makan dengan pucuk paku goreng kicap, memang sedap!



14 comments:

gadisBunga™ said...

ayam masak tempoyak saya tak pernah makan lagi. ikan msak tempoyak ye saya makan. faveret!!!

Papa Mifz said...

nampak sodap...tapi PM tak makan tempoyak...huhu

Fadilah Aziz said...

@GB

Setengah orangkan x makan ikan sungai, jadi ayam ni masak tempoyak pun sedap..

Fadilah Aziz said...

@PM

La, rugi tak makan tau, hihi.. memang ada kawan saya makan durian suka tapi tempoyak tak boleh makan..

azieazah said...

Practice makes perfect! Memang kena cuba tanpa putus asa. Mana ada orang terus masak jadi pandai dan sedap. kan?

Kak Azie selalu guna patin utk masak tempoyak. Ayam belum pernah cuba lagi.

ieda immi said...

sedapp nyeee ... masak lemak tempoyak nie pernah juga dgr .. tapi x pernah makan ;)

norh said...

sedapnya menu macam ni..mesti makan bertambah2..

Mama2Q said...

tak pernah rasa lagi,mcm best jer ni....slurpp

~najwa~ said...

beb,ayam masak tempoyak memang rare!
tapi aku pernah makan kat KL (kat gerai mana ntah).

kalau ko goreng ikan kering dan ulam petai tadi..aku nak tumpang bersila makan,keh3.

nea lopah said...

xpenah Cuba ayam msak temoyak. bole Cuba lpas ni. Salam perkenalan..Sy yg ke 200. nealopah yer.Bukan nama sebenar.Hehehehe

ummu faqeh said...

Allahu Akbar sedapnya masak tempoyak..meleh dah air liur ni...kat jordan nak cr tempoyak mmg takder...kena import dr msia nampak gayanyer..slm ukhuwah dari jordan!

Fiza Rahman said...

Sedapnya gulai tempoyak. Tak pernah plak mkn ayam masak tempoyak. Selalu ikan bilis & ikan. Bley try nih.

ummiross said...

Makan dengan nasi panas2, pergh!!, mesti sedap sangat ni.

A D I A said...

pandai plak mikael makan masak tempoyak ye. ni makan nasi panas2, takde lauk lain pun layan jugak ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails