January 15, 2013

Kicap, telur dan mayonis

Assalamualaikum semua...

Lama tak cerita pasal Muaz. Muaz anak paling semangat badannya dulu. Mikael dan Mifzal pun tak se bam bam dia masa kecil. Itu dulu. Sekarang tak chubby dah, sejak selalu sakit sakit masa hantar taska dulu dulu, terus slim ko. Tapi ada chubby juga sikit. Heheh.

Muaz ada 3 makanan kegemaran. Kicap, telur dan mayonis.

Kicap.

Satu item yang tak boleh takda bila Muaz makan. Actually saya pun tak pernah ajar dia makan kicap beria tapi kesukaan dia kepada kicap mula masa dia tinggal dengan pengasuh lama. Kut dia bagi Muaz makan kicap hari hari. Jadilah kicap ni favourite dia. Tak selera makan kalau takda benda ni.

Telur

Ada masa saya dah beria masak nih. Masak lauk ayam ke ikan ke. Tiba tiba kat meja makan bila kita dah siap siap nak makan dah baca doa makan dia boleh minta telur goreng?Dengan muka kesian, "mama, Muaz nak ellor boweh tak ma?"

Mayonis.

Benda ni satu lagi. Makan nugget atau fries dengan mayonis ok lagi. Ada satu masa saya buat cekodok pisang pun dia nak cicah mayonis!Pulak tu kalau cicah sikit takpa tau, ini cicah sampai penuh kat tepi mulut mayonis tu.

Tapi satu yang saya suka ialah Muaz suka sangat minum air masak. Dia memang ada botol air walau belum pergi kindy lagi. Kalau isi botol air tu penuh waktu pagi, petang dah habis atau dah tinggal sikit. Good boy. Dia memang ikut saya kuat minum air masak. Jadi, hari hari memang dia akan buang air besar dengan lawasnya. Jarang sangat kena sembelit.

Last but not least, previously chubby boy....


And now, he is a big brother...:)





19 comments:

Kakcik Seroja said...

Bukan main sengih bujang tu. :)

Najwa.H said...

hang ada 3 heroes yg membesar......hehehe. penin penin. Harap2 big brother pandai adik ye.....

(Irfan, dgn adik perempuan pun dia pukul semacam,main kasar sampai adik takut)

Najwa.H said...

**pandai jaga adik

Dr K said...

hahaha..3 kombinasi makanan yg sedap lagi mantap utk membina badan(lemak)...kalau yg dewasa la selalu makan...hahaha

mrs eyza said...

amboi sakan muaz noo... makan cekodok pisang dgn mayonis hehe... makanan melayu di baratkan muaz ekk hihi...

Kakzakie Purvit said...

Masa baby memanglah belum lasak lagi bila dah besar kan aktif so susutlah sikit tapi oklah tu kalau chubby sangat kena jumpa doktor kena dietlah pulak..

Ayue Rejaluddin said...

dah boleh harap jaga adik ni.... =D

pakbear said...

salam.. samalah dengan anak saya yang no 2, waseem... hari2 request nak makan nasi dgn kicap. nasib baiklah kalau kami gorengkan ayam atau ikan, bubuh kicap n sedikit sayur, masih lagi boleh makan... ;)

Unknown said...

ada seorang anak buah PM pun kamain suka makan telur...telur rebus...

A D I A said...

patitla tajuk blogspot u ada kicap, sempena mknn favourite muaz rupanya hehehe. i sampai besar ni suka kicap. anak tak ikut plak. dia suka nasi bersup.

gadisBunga™ said...

sebenarnya makanan feveret muaz tu makanan feveret gb jugak. Hihihi...

Lagi lagi telur masak kicap...meleleh je tgk!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedapnya mayonese cicah cengkodoq pisang... terliur plak I baca.. nak buat cengkodoq ikan bilis la jap lg.

QA's ~ mamapapa said...

haaaaa...kalau telur tu mmg feberet anak2 sy jgk :)

Umialya said...

masa2 kering idea nak masak , goreng telur mata kerbau + kicap untuk anak2, abis sepinggan nasi

Umialya said...

masa2 kering idea nak masak , goreng telur mata kerbau + kicap untuk anak2, abis sepinggan nasi

Fiza Rahman said...

Comelnya.

Sama mcm anak saya. Dpt kicap ngan telur pon jadilah.

ummiross said...

Makin encem..!

nurbijen said...

kicap tu pun kegemaran anak-anak juga.... makan nasi tak sah kalau tak letak kicap, even makan nasi minyak pun minta kicap juga :)

Mama3Q said...

saya dulu tak penah ajar anak makan kicap, sekali pengasuh dah ajar...disebabkan saya taknak budak2 ni jadi hantu kicap, saya ckp:jgn makan kicap, nanti hitam tak cantik,(tp bila time saya sendiri malas masak kuah, sbb diaorang suka makan nasi berkuah, saya kasi gak kicap, tp kena ckp dulu, makan kicap ni sikit jer tau, nanti hitam, tp sbb mama yang kasi takpe lah.....) hahaha....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails