Assalamualaikum..
Terima kasih PapaMifz buat contest sebegini...Katanya yang pertama kali ye, oklah tu dari saya yang tak pernah buat contestbajet belum mencukupi, hihi..nak harap sponsor memang takdalah orang nak sponsor blog picisan ni, huhu..
Oklah PapaMifz....Cerita kacamata saya bermula di sini. Saya ni memang rabun jauh sejak berumur 15 tahun sebab suka membaca di dalam kelam..Jadi sejak itulah terciptanya sejarah saya menjadi budak kacamata ecehwah..tapi sejak berumur 18 tahun saya belajar pakai kanta lekap jadi cermin mata hanya digunakan waktu di rumah dan waktu malam. Kisah cermin mata silih bertukar ni memang amat sinonim dengan saya. Boleh dikatakan saya akan membuat kacamata baru setiap tahun atau 2 tahun. Ini kerana saya adalah insan yang amat cermat lagi berhemah(baca:cemerkap) dalam penjagaan kacamata. Suami saya pun amat memahami keadaan ini dan semenjak berumahtangga saya akan membeli kacamata yang ada ciri-ciri tertentu kerana dia amat bimbangkan kecuaian saya menjaga kacamata yang akan menyebabkan perkara tidak diingini seperti kacamata digigit oleh anak, ditarik dan dicampak oleh anak, dihempap oleh saya sendiri sewaktu tidur:)
Inilah cermin mata rabun jauh saya. Jenama Polo. Saya beli di MOG Eyewear di KL Festival City. Baru tahun lepas buat selepas cermin mata lama saya patah frame. Harga sebenar sudah saya lupa, lebih kurang dalam RM 400. Walaupun cermin mata ini tidaklah mahal harganya, tapi ia memang menepati ciri ciri yang suami saya mahukan kerana dia sudah tidak sanggup melihat saya sering membeli cermin mata baru hampir tiap tahun. Ciri ciri cermin mata saya ialah:
-mestilah elastik
-ringan
-cermin mestilah multicoated dan bukan kaca
-frame dari plastik
-tidak mudah patah
-cermin tidak mudah pecah atau retak
Pendek kata, cermin mata saya di atas memang memenuhi ciri ciri tersebut, dan selalunya bila saya tertidur dengan cermin mata ia tidaklah 'cedera' di hempap badan saya. Bila anak anak menarik cermin mata tersebut dari muka saya pun tidaklah saya terlalu risau ia akan patah kerana saya tahu ia elastik.
Oh ya, saya juga mempunyai cermin mata hitam atau sunglass yang memang dibeli siap. Oleh kerana saya berkanta lekap waktu siang jadi saya tidak perlu menempah cermin mata hitam khas untuk rabun jauh. Jadi saya hanya pakai yang memang siap jual di kedai. Ini juga di beli di KL Festival City tapi di Focus Point. Kebetulan ada jualan murah waktu tu dalam 50%, jadi dari harga RM500+, saya dapatlah separuh harga..Ini jenama Bonia. Saya pakai selalu dalam kereta saja. Kalau berjalan hari panas dan buat aktiviti luar ia amat berjasa kepada saya. Saya suka kedua dua cermin mata saya ni. Tapi kalau dapat yang baru dari PapaMifz lagiiii saya suka:))
Marilah kita meriahkan contest kacamata papamifz ini. Support PapaMifz.com.
Terima kasih PapaMifz buat contest sebegini...Katanya yang pertama kali ye, oklah tu dari saya yang tak pernah buat contest
Oklah PapaMifz....Cerita kacamata saya bermula di sini. Saya ni memang rabun jauh sejak berumur 15 tahun sebab
Inilah cermin mata rabun jauh saya. Jenama Polo. Saya beli di MOG Eyewear di KL Festival City. Baru tahun lepas buat selepas cermin mata lama saya patah frame. Harga sebenar sudah saya lupa, lebih kurang dalam RM 400. Walaupun cermin mata ini tidaklah mahal harganya, tapi ia memang menepati ciri ciri yang suami saya mahukan kerana dia sudah tidak sanggup melihat saya sering membeli cermin mata baru hampir tiap tahun. Ciri ciri cermin mata saya ialah:
-mestilah elastik
-ringan
-cermin mestilah multicoated dan bukan kaca
-frame dari plastik
-tidak mudah patah
-cermin tidak mudah pecah atau retak
Pendek kata, cermin mata saya di atas memang memenuhi ciri ciri tersebut, dan selalunya bila saya tertidur dengan cermin mata ia tidaklah 'cedera' di hempap badan saya. Bila anak anak menarik cermin mata tersebut dari muka saya pun tidaklah saya terlalu risau ia akan patah kerana saya tahu ia elastik.
Oh ya, saya juga mempunyai cermin mata hitam atau sunglass yang memang dibeli siap. Oleh kerana saya berkanta lekap waktu siang jadi saya tidak perlu menempah cermin mata hitam khas untuk rabun jauh. Jadi saya hanya pakai yang memang siap jual di kedai. Ini juga di beli di KL Festival City tapi di Focus Point. Kebetulan ada jualan murah waktu tu dalam 50%, jadi dari harga RM500+, saya dapatlah separuh harga..Ini jenama Bonia. Saya pakai selalu dalam kereta saja. Kalau berjalan hari panas dan buat aktiviti luar ia amat berjasa kepada saya. Saya suka kedua dua cermin mata saya ni. Tapi kalau dapat yang baru dari PapaMifz lagiiii saya suka:))
Marilah kita meriahkan contest kacamata papamifz ini. Support PapaMifz.com.
11 comments:
Good luck Dilla.
Kakak pun join bagi memeriahkan segmen teman blogger kan:)
Semoga menjadi peserta yang bertuah. :)
terima kasih sebab sudi join contest PM yer...
semoga sukses...:)
gudluck mak yee..ehhHhe
gudluck mak yee..ehhHhe
Cantik sunglass tu. Semoga berjaya ye.
Gd luck!
good luck...semoga menang..:)
All the best ya.. akak pun kalau beli cermin mata kena cari kriteria yg macam tu juga sbb tak berapa pandai nak jaga elok2 he..he..
assalamualaikum.... selamat bersegmen moga berjaya...:)
nak jugak cari cermin mata yang betul2 tahan dan elok lagi selepas dipijak atau terjatuh dengan kuat
Post a Comment