February 18, 2013

Terkenang zaman dahulu - peminat rahsia

Assalamualaikum...

Cerita masa zaman sekolah menengah...Teringat semula kenangan ni lepas baca entri Miss Mirror tentang peminat rahsia atau secret admire. Hihi. Dulu kan kat sekolah ada persatuan dan kelab yang buat jualan hadiah untuk diberi kepada sesiapa yang kita mahukan. Diaorang jual epal, teddy bear kecik, bunga ros dan kek. Anggaran hadiah tu dalam RM3-10. Tujuannya untuk menambah pendapatan tabung persatuan masing masing la kan. Bila kita beli hadiah tu, mereka akan sediakan dan balut hadiah tu cantik cantik dan deliverkan kepada orang yang kita nak bagi tu. Jadi masa ni ramai lah kawan kawan termasuk saya yang tujukan hadiah hadiah tu buat kawan kawan , cikgu cikgu dan tak terkecuali orang yang diminati atau bak kata lain secret admire:)

Orang yang muka cun dan handsome tentulah dapat banyak hadiah. Ada sorang kawan saya tu memang cantik, kulit putih, bulu mata lentik..dia dapat hadiah punyalah banyak. Kebanyakan hadiah secret admire yang bagi. Ramai betul peminat. Kita ni tumpang seronok tengok.  Seriously waktu tu memang teruja habis. Ya,  saya nak buat confession yang saya pun beli juga hadiah tu dan beri pada orang yang saya minat. Mamat yang diminati tu memang la ramai peminatnya:) Kiranya saya pun jadi salah seorang secret admire dia la. Hahaha. En hubby kalau baca ni harap tak cemburu sekadar mengenang kenakalan lalu. Yang best tu ada juga orang bagi kat saya hadiah tapi identiti pemberi tersebut telah dirahsiakan. Hihi. Sampai sekarang tak tahu! Tapi tulah ber secret admire bagai sudahnya habis zaman sekolah habis la juga zaman bersecret admire. Wondering juga sama ada budak sekolah zaman sekarang ada ke buat macam ni...

Haippp...korang senyum senyum ye depan screen, mesti pernah jadi secret admire somebody juga kan?

12 comments:

nurbijen said...

mmg saya senyum depan lappy bila baca post ni :)

mmg normal sukakan kat someone masa sekolah, tapi saya ni jenis simpan dalam hati jer :)

Masa kat uni, ada someone yg secret admire kat saya... selalu bagi card dan pernah dapat bunga... saya pun admire dekat card yg dia lukis dan buat sendiri tu... tapi at last kenal jugak siapa SA tu dan yg paling terperanjant dia tu anak pada cikgu saya masa sekolah rendah... Ya Allah, rasa kecilnya dunia...

Kakcik Nur said...

Baru2 masuk kerja dulu pun ada juga peminat rahsia... :)

Kakzakie said...

Kakak masa sekolah kalau ada pun tak mampu nak beli Dila sebab keluarga kakak miskin sangat. Sedih bila ingat..

Papa Mifz said...

biasalah yg cun dan handsome pasti ramai ajer yang minat kan tidak kiralah ketika zaman sekolah ataupun zaman bekerja nih kan...:)

faraherda.razalan said...

A`ah...ade la gak walau tak le ramai. Cewahhh! PErasan!

Wak Gelas™ said...

wak tgh hantuk2 pale wak kt skrin pc ni jeles napela xde sape secret admire wak nii.. uuhhhuu

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tersedak2 kita tau, rupa2nya Dr sebut2 nama I kat sini.

Dr. - tetiba saya teringat pd senior yg selalu berkirim salam time zmn2 hingusan dulu tp until now saya pun tak tau siapa yg empunya nama. Haha.. semua tinggal nostalgia.

Ermayum said...

mesti u cun haha i xdok admirer apa apa pun :)

Hanis Azla said...

he..he.. mmg senyum2 bila teringat zaman dulu.. waktu sekolah mmg zaman suka bersecret admire.. org ni suka org tu.. org tu suka org ni.. tapi kita suka siapa kita sendiri yg tahu he..he.. yg best org yang suka kita pun kita sendiri tak tahu.. ha..ha..

azieazah said...

Saya dulu hadiah buat sendiri. Nak beli tak mampu sebab duit belanja sehari RM1 jer walaupun dah Tingkatan 5.

Mama2Q said...

hahaha..kelakar wak gelas tuu

Ann Ishak said...

erm...ada kot ahaksss

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails