January 21, 2013

Terkenang zaman dahulu-pengalaman naik bot

Assalamualaikum...



Zaman menjadi pelajar perubatan. Masa ni saya di tahun 2. Menyertai program anak angkat sekaligus menjalankan kajian. Pertama kali merasa naik bot tau. Sebelum tu memang tak pernah. Ini di Kampung Nelayan, Tumpat, Kelantan. Kebanyakan mereka yang tinggal di situ ialah nelayan. Kampung tu pun memang kat tepi laut. Pakcik tu ialah ayah angkat kawan saya budak cina lelaki tu, Khar Ming. Sekarang Khar Ming dah ada 1 anak. Comel sangat.

Tudung biru tulah saya. Tutup mata sebab malu terkena flash. Heheh..Sebelah ialah Qudsiah. Pun dah kahwin dan ada 2 anak perempuan yang cute sangat. Cepatnya masa berlalu. Itulah pengalaman pertama naik bot tau. Seronok sangat. Sampai sekarang tak pernah lagi naik bot. Teringin lagi rasa.

Kawan kawan pernah naik bot tak?

13 comments:

Kakcik Nur said...

Pernah dulu naik sampan di Sg Perak. Ada dua tiga kali naik bot untuk jarak yang dekat menyeberangi Sg. Sarawak. :)

Kakzakie said...

Seumur hidup kakak belum pernah naik bot. Tapi bila tengok gambar macam tu nampak happening sangat:)

Dr Singa said...

Kampung Laut ke..?

pakbear said...

ooooooo... doktor ke ni? baru tahu.. huhuhu

faraherda.razalan said...

Eh, awak doktor eh?

Daddy Ziyyad said...

Khar Ming tu mmg cina Kelantan eh?

A D I A said...

penah naik bot nak kat terengganu and langkawi n labuan. eh byk tu. terbang2 habis rambut. baju pegang la kang terbang gak. hikhikhik,

nurbijen said...

pernah naik bot macam ni masa kecil... time tu banjir, arwah ayah pinjam bot kawan dia dan kami adik beradik naik beramai-ramai... mmg best sgt, sampai ke hari ni masih teringat kenangan tu :)

gadisBunga™ said...

penah! masa kat taman negara. then masa pi pulau sapi/manukan. sekarang ni tengah aim nak naik cruise pulak dan jetski.

haha cam lari tajuk je komen kan? ;D

azieazah said...

Takda jaket keselamatan pun kan?

Syida said...

1st time naik bot masa mencandat sotong kat ganu. nasib baik saya tiada mabuk laut.

Papa Mifz said...

PM agak biasa naik bot setiap kali pergi bercuti ke pulau...:)

Mama2Q said...

USM kelantan kah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails